PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI RAMADHAN SIRI 3: DALCA

Posted on: Ogos 23, 2010


Dalca adalah satu resepi yang amat mudah dan ia selalunya digunakan untuk pengemar kuah. Resepi ini ialah tambahan kepada sebarang masakan Nasi yang istimewa seperti Nasi beriani, Nasi Bukhary atau pun Nasi Tomoto. Kuah yang tidak pedas dan pekat menyelerakan hidangan nasi bersama apa jua resepi lauk nasi kandar. Di Pulau Pinang tanpa DALCA ini tak sempurnalah apa jua set masakan. Set masakan yang untuk jamuan biasanya di Pulau Pinang:

1.Nasi Beriani/Minyak/Tomato/Hujan Panas.

2. Ayam Masak Merah/Ros.

3. Daging Masak Hitam.

4. Dalca Ayam.

5. Kerabu Nenas + timun.

Tambahan : Kurmak Kambing / Acar Buah/Buah Tembikai/ Teh Tarik/Roti Canai/ Ais kacang/ Bubur Kacang.

Nota: Nasi biarlah guna beras basmathi..Jamuan .. sekali sekala!.

Resepi Dalca:

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DALCA MAMAK PENANG

DALCA MAMAK

– 1/2 kg Tulang kambing bhg. rusuk atau pun -tulang Ayam (rangka). di potong ikut selera.
– 150 gm Kacang Paruppu biasa (Australia). Direbus bersama tulang kambing. Sehingga empuk (45minit). *Jangan sekali simpan kacang paruppu yang belum masak ke dalam peti sejuk…sampai esok pagi anda tidak dapat kacang parrupu itu empuk atau masak.
– 2 btg karot sederhana. di kupas kulit dan dipotong 45 darjah. tebal 5-8 mm jangan terlalu nipis.
– 2 biji terung bulat dipotong empat dan dipotong sekali lagi setiap 4 x 2 bahagian. selepas potong tentukan potongan terung ini direndam dalam besin atau mangkuk yg berisi air untuk mengelakan terung menjadi lebab dan kehitaman setelah masak.
– 5 biji ubi kentang sederhana besar. Kupas kulit dan potong 4 X2 (cara potongan 45 darjah). Rendam ubi dalam mangkok berisi air supaya tidak lebam.

*Pisang Muda kari atau Mangga Muda boleh juga masukkan. Tentukan ia tidak lebam..rahsianya rendam dalam air sehingga digunakan.

Adunan Rempah:
– 1 sudu kecil Jintan Putih.
– 1 sudu kecil Jintan Manis.
– 1 sudu kecil serbuk Kas-Kas ( dikecualikan).
– 1 sudu kecil serbuk kunyit.
– 3 sudu besar rempah daging.
– 1 sudu kecil garam masala (kalau ada).
– 100gm santan pekat.
– 2 sudu besar jus asam jawa.
– 2 tangkai daun pudina.

Bahan untuk ditumbuk halus:
– 3 ulas bawang putih.
– 1 inci Halia.
@ kalau ada pes halia bawang putih – 1sudu besar.

Bahan Untuk Menumis:
– 2 biji bawang besar dihiris .
– 1 btg kayu manis, cengkih 5, bungan lawang 3, buah pelaga 5.
– Minyak untuk menumis.
– Daun pandan 1 helai dipotong 3 inci panjang.
– 1 batang serai diketuk diperdu.
– 2 tangkai daun kari.

Cara-cara Menyediakan :

1.Sediakan rebusan paruppu / kacang dal seperti mamak haji terangkan dalam resipi semalam “kari paruppu”. Rebuskan tulang kambing sekali dengan kacang paruppu.

2.Panaskan minyak, bila minyak panas masukkan serai, daun pandan dan kayu manis, bunga lawang, bunga lawang dan buah pelaga, bila aroma dikeluarkan… masukkan bawang hiris dan goreng sehingga warna bawang bertukar ke kuning keemasan, masukkan pes bawang putih halia tunggu sehingga pecah minyak (jangan sampai hangit) kecilkan api dapur.

3.Ambil sebuah bekas masukkan semua serbuk rempah..jintan putih, jintan manis, kunyit, kas-kas dan juga rempah daging, Masukkan sedikit air dan jadikan pes yg pekat (perlu disediakan awal). Masukkan pes ini kedalam tumisan. Kacau sebati dan biarkan 1 -2 minit. Masukkan daun kari. Seterusnya masukkan kacang paruppu yg telah rebus. tambahkan air ikut kepekatan yang anda perlukan.

4.Kuatkan api dapur dan masukan Karot, Terung, kentang, pisang muda atau mangga muda ke dalam rebusan tadi.

5.Bila ubi kentang dah masak secukup. Masukkan santan pekat (diganti susu cair pun boleh) kalau ingin perlemakan kuah anda. Masukkan jus asam jawa, garam dan sedikit gula. Bila kuah dalca anda mula mendidih matikan api dapur. Dalca anda dah sedia untuk hidangkan dengan daun pudina…selamat mencuba.

6. Dalam masakan nasi kandar, bila siap masak cepat kena tutup tudung periok. Bila anda buka tudung pasti wangian masakan Dalca anda boleh menusuk hidung untuk bangkitkan selera makan. Selamat cuba. Jangan putus asa setiap kali mencuba masakan nasiq kandaq Pulau Pinang. Anda akan mahir dari satu resipi ke satu resipi nanti.

Label:

3 Respons to "RESEPI RAMADHAN SIRI 3: DALCA"

resipi dalaca yang berbeza dari yang selalu saya masak. terima kasih dan saya pasti mencuba

Salam mamu. 3 rempah ratus mcm mana….

REMPAH RATUS..BIASANYA DIJUAL DICAMPUR DGN KAYU MANIS, BUAH PELAGA, BUNGA LAWANG, CENGKIH.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 4,097,592 hits
Ogos 2010
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 543 other followers

%d bloggers like this: