PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PERNIAGAAN PASAR RAMADHAN

Posted on: September 1, 2010


Kemunculan ramai peniaga Bumiputera setiap Ramadan amat menarik perhatian. Melihat kepada jumlah Bumiputera berniaga di pasar dan bazar Ramadan di merata tempat, memberi harapan kepada kita bahawa semakin ramai Bumiputera berani dan mampu menjadi usahawan. Namun apabila ditinjau, sebahagian besar peniaga Ramadan sebenarnya daripada golongan peniaga tetap. Mereka mengambil peluang berniaga di pasar dan bazar Ramadan untuk mencari keuntungan tambahan. Kebanyakan mereka mempunyai kedai atau gerai tetap dan sudah berpengalaman sebagai usahawan. Bilangan peniaga sambilan pada Ramadan sebenarnya tidak begitu ramai. Amat sedikit pula daripada kalangan peniaga sambilan ini menjadi peniaga tetap selepas Ramadan. Mereka berniaga di bulan puasa sekadar mencari pendapatan tambahan dan bukan sebagai proses latihan menjadi usahawan sepenuh masa.

Walaupun banyak usaha dilakukan untuk meramaikan lagi usahawan Bumiputera, kadar penambahan usahawan baru Bumiputera masih rendah. Kekurangan modal dan pengalaman mungkin antara faktor menghalang pembabitan lebih ramai Bumiputera dalam perniagaan. Masalah kekurangan modal dan pengalaman boleh diatasi dengan adanya pelbagai program pembangunan dan latihan keusahawanan oleh kerajaan. Namun mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya harus ingat kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan modal yang cukup. Ramai usahawan diberi bantuan modal tetapi masih gagal. Ada banyak faktor menentukan kejayaan usahawan dalam perniagaan. Antaranya ialah minat mendalam, tahap kesungguhan tinggi, rajin bekerja, bersedia dengan pengetahuan mengenai bidang diceburi, memahami bagaimana perniagaan berfungsi dan beberapa ciri lain. Satu daripada ciri penting keusahawanan ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait rapat dengan tahap risiko.

Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam perniagaan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko terbabit. Usahawan sendiri perlu tahu perkara asas mengenai risiko dan bagaimana mengurusnya. Ramai usahawan gagal kerana tidak nampak risiko yang mengancam perniagaan mereka ketika membuat keputusan tertentu. Dalam perniagaan, setiap keputusan pasti membabitkan soal kewangan. Usahawan hendaklah sentiasa ingat matlamat perniagaan adalah untuk meningkat kekayaan dengan menambah nilai kepada modal asal. Ini memerlukan keputusan dan tindakan yang tidak membawa kerugian kewangan kepada perniagaan. Untuk mengurus risiko, usahawan perlu mampu membayangkan setiap kemungkinan hasil sesuatu tindakan atau kegiatan yang ingin diputuskan. Oleh itu sangat penting mendapatkan semua maklumat sesuatu kegiatan dalam proses membuat keputusan. Dalam keadaan sebenar, usahawan jarang sekali mendapat semua maklumat dalam tempoh yang dikehendaki. Biasanya usahawan terpaksa membuat keputusan tanpa maklumat lengkap. Ini mendedahkan usahawan kepada risiko membuat keputusan salah dan merugikan. – Sumber : Bulletin PNB.

Advertisements

2 Respons to "PERNIAGAAN PASAR RAMADHAN"

Terasa macam nak ceburkan diri secara part time dalam katering selepas membaca artikel tuan ini. Terima kasih kerana memberi suntikan semangat kepada para pembaca seperti saya. Jika tuan ada lagi tips2 untuk mereka2 yang tidak pernah menceburkan diri dalam perniagaan dan katering, harap buleh dikongsi bersama. Semuga Allah menambahkan lagi ilmu kepada tuan. Terima kasih kerana tidak lokek ilmu.

Salam,
Inilah matlamat saya semoga ramai orang muda Melayu kecimpung dalam perniagaan ini. Katering ini perlukan tenaga orang muda. Tenaga juga tidak mencukupi tetapi perlu kendalikan cara profesional. Insyallah saya aka cuba untuk beri banyak tip pengalaman dalam bidang ini. Jangan ragu-ragu yang baru ingin menceburi boleh e-mail mamak pada bila-bila masa : mohd.roslan99@gmail.com.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,399,302 hits
September 2010
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: