PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Masakan Asas Nasi Kandar: Nasi Putih

Posted on: September 4, 2010


Masak Nasi Putih adalah sangat kritis dalam seluruh masakan Resepi Nasi kandar. Kesedapan apa jua lauk-pauk nasi kandar bergantung kepada keadaan dan kesedapan nasi putih anda. Baru-baru seorang peminat Nasi Kandar dari UK (england) mengirim e-mail bertanyakan resepi masakan nasi putih nasi kandar yang sedap. Ramai diantara daripada kita memang tidak memandang berat dalam masakan nasi putih nasi kandar. Memang tepat saudari dari England itu bertanyakan Resepi Nasi Putih Nasi Kandar. Maka kali ini saya terpaksa kembali kepada asas yang perlu diketahui untuk menyediakan nasi putih nasi kandar yang wangi, tidak lembik atau keras, bergebu dan butir nasi yang tak melekat dan berderai cantik seperti mutiara. Maka asas masak nasi atau bertanak nasi adalah sangat mustahak.

Dalam masakan nasi kandar ada dua jenis beras yang selalu digunakan ia itu beras “basmathi” dan beras biasa.  Beras basmathi adalah beras yang paling sempurna kerana tidak punyai beras hancur dan tidak punyai kanji yang berlebihan tetapi ia adalah lebih mahal dari beras biasa. Beras Basmathi yang tinggi mutunya kadangkala mencecah 1 kg sehingga berbelas ringgit dalam pasaran. Maka beras seperti ini biasanya digunakan masakan nasi istimewa seperti Nasi Beriani. Inilah  sebabnya beras ini di gelar “Beras Beriani“.

“Beras biasa” mempunyai dua jenis iaitu beras baru dan lama. Kualiti beras biasa selalunya bergantung kepada kuantiti beras hancur dicampurkan. Biasanya ialah 5 peratus , 10 peratus dan 15 peratus (beras subsidi kerajaan). Beras biasa yang elok dan baik untuk masakan nasi kandar ialah beras yang punyai 5 peratus beras hancur.  Beras baru atau Beras lama  sukar untuk ditentukan sekarang. Maka kita ambil jalan mudah “beras baru”. Kenapa beras baru dan beras lama itu berbedza?. Ini kerana kandungan kelembabpan atau “moisture” itu berbedza. Beras lama kandungan kelembapan kurang maka kita perlu gunakan lebih sedikit air memasak. Kalau beras yang baru caranya kurangkan air. Untuk mengatasi masalah ini cara mudah ialah rendamkan beras yang ingin masak itu sebelum masak (basuh dengan air biasa sehingga bersih dua atau tiga kali sehingga air basuhan beras jernih sedikit, dan rendamkan dalam air selama 15minit).  JANGAN MERENDAM BERAS LAMA. Selepas beras direndam jangan sekali cuba meramas beras atau basuh;  ini akan memecahkan butiran beras. Sebelum masak tapis beras yang direndam dan terus masukkan dalam periok.

Cara masak nasi putih ada dua cara:

1. Cara buang kanjinya selepas nasi mulai masak 95% (kalau nasi masak kadar besar 90%).

2. Cara Sejat atau pun masak dengan Periok Nasi (Rice Cooker).

Walau cara “buang kanji”  adalah cara yang rumit dan sukar berbanding dengan cara sejat, tetapi ia baik untuk kesihatan. Masakan Nasi kandar asli ialah menggunakkan cara buang kanji nasi.

Cara-cara Masak nasi cara “buang kanji” “Ala Nasi kandar:

1. Basuh Beras dan rendamkan selama 15 minit dan tapis. (jangan lama beras anda akan kembang).

2. Didihkan air dalam periok anggaran air biasanya 1:4  maknanya 1 cup beras 4 cup air.

3. Masukkan minyak masak (minyak sayuran “vanaspathi” ) dlm air sedang didih  1 sudu besar (1 sudu besar untuk 1 cup beras).

4. Masukkan garam secukup rasa ( periksa keasinan melalui air).

5. Masukkan “campuran garam masala” (1 btg kayu manis, 2 biji buah pelaga, 3 bunga cengkih dan 2 biji bunga lawang).

6. Masukkan beras . Tutup tudung dan mediumkan api dapur.

7. Selepas 12 minit buka tudung dan kacau perlahan supaya beras dibawah periok tidak hangus. Cuba ambil nasi yang sedang masak dan rasa kelembutan. sekira tidak mencukupi 95 peratus tutup kembali. Buka semula tudung dan periksa kelembutan sekiranya capai masak 95 peratus. Buang air kanji dengan menggunakan tuang kanji itu kedalam tapis (nasi yang keluar boleh dimasukkan kembali dalam periok.

8. Tutup kembali tudung dan 5 peratus lagi nasi itu masak dengan wapnya sendiri.

Selamat mencuba. Kalu tak mencuba ia tak jadi. “Practice make perfect”.

About these ads

2 Respons to "Masakan Asas Nasi Kandar: Nasi Putih"

Terima kasih atas resepi2 dan tips2 yang diberi. Setakat ini semua resepi yang dicuba memang terasa macam makan kat restoran mamak. TQ :)

Bila mamak cheghita pasal nasi kandar, teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Selalu pekena nasi kandaq di kedai nasi kandaq yang terletak di seberang jalan, balai polis jelutong. Kalau x salah saya, kedai tu bersebelah dengan kedai kopi Cina. Depa kata sampai sekarang, kedai nasi kandaq tu masih ada. Warisan berzaman. Memang susah nak cari nasi kandaq yang pure rasanya. Yang ada sekarang ni, lauk saja yang rasa lauk kandaq, tetapi nasi rasa biasa saje. Oh… baru saya tahu macam ni caranya buat nasi kandaq. Saya selalu buang kanji saja, tak tahu ada campuran lain seperti minyak sayuran dan garam masala. Nanti saya nak cuba masak cara mamak masak. Semoga hilanglah kempunan nak makan nasi kandaq yang pure…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,193,459 hits
September 2010
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 402 other followers

%d bloggers like this: