PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESIPI: PENYEDIAAN YOGURT

Posted on: September 6, 2010


Salam,

Ramai hantar e-mail dengan berbagai-bagai soalan tentang masakan resipi Nasi Kandar dalam bulan ramadhan ini. Terima kasih. Mamak Haji sedaya upaya cuba balas e-mail pengunjung dengan kadar segera. Yang minta resepi baru, kena sabar dan Mamak Haji cuba tulis resepinya bila ada kelapangan. Dalam masakkan tidak ada resipi yang paling tepat atau pun paling standard. Resepi  yang anda perolehi dari mana pun sumbernya, boleh diubah-suai mengikut selera anda  seperti kuantiti rempah, rasa pedas, manis atau pun masin. Buat ikut selera anda, tak perlu terlalu taksub dengan resepi orang lain. Masak seperti bidang muzik perlukan yang baru, kalau sama biar beli yang asli. Ada yang ingin menjaga kesihatan, cuba kurangkan minyak, garam atau perisa makanan dan makanan. Hindarkan penggunaan santan yang berlebihan. Masak ini cuma teknik  yang harus dipelajari yang mana awal dan terkemudian. Tak perlu sangat keseluruhan  resipi pencipta itu. Jadikan masak ini sebagai hobi yang amat menyeronokkan. Seisi keluarga perlu berganding bahu untuk menyediakan sesuatu resipi-resipi yang baru, bila ada kelapangan. Apabila siap, hidang dan makan bersama ahli keluarga dengan ini wujud kasih sayang itu berwajah mirip hidangan. Keluarga anda akan rasa bahagia kerana penyertaan bersama untuk menjayakan resepi atau pun apa saja masalah keluarga dan jimat perbelanjaan satu hal yang lain. Bayangkanlah kalau keluarga lima atau enam orang berjamu di Restoren Nasi kandar…kosnya amat tinggi tetapi tidak dapat kegembiraan yang kita masak bersama dan jamu selera bersama di rumah.

Rumah bukanlah sebuah bangunan semata-mata atau kayu dengan tiada-mata dak ada perasaan kasih sayang. Setiap inci bahan binaan dicantum jadikan rumah yang indah seperti kasih sayang penghuni rumah yang telah dicantum dijadikan sebuah keluarga yang bahagia, Ia adalah mahligai indah walau pun cuma beratapkan zink. Rumah juga tempat gabungan terkumpulnya kasih sayang yang terjalin diantara suami isteri dan anak-anaknya. Jadikan rumah anda sebagai syurga anda di muka bumi ini.

 

YOGURT:

Yogurt atau nama tempatan di panggil “tairu” dibuat sendiri adalah lebih segar, kurang masam dan tidak ada geletin yang perlu was-was dari terdapat di pasar raya-pasar raya. Yogurt yang dibuat sendiri amat tergantung kepada kandungan lelemak susu yang digunakan, jenis pendahulu Yogurt (culture yogurt) yang digunakan. Kepejalan yogurt yang buat dirumah juga bergantung kepada kandungan air dalam susu. Untuk mengelakan susu dan kandungan air kita perlu mendidihkan susu.

Menyediakan 500ml yogurt kita perlukan susu 500ml dan dua sudu cultured yogurt sebagai pendahulu.

1. Didihkan susu dalam periok sehingga mendidih. Tentukan susu yang didih sentiasa dikacau untuk memecahkan lemak yang mula terbina dipermukaan. (10 – 12 minit).

2. Biarkan sejuk susu yang telah didih kepada 40 C – 48 C atau 100F – 115 F. Suhu didapur cuaca panas memadai.

3. Masukkan “culture yogurt” dua sudu besar. (culture yogurt perlu dihancurkan) . Tutup penutup bekas yogurt ini dengan tuala dapur dengan membungkus untuk menyerapkan wap air. Suhu  40C – 48 C sentiasa perlu dikekalkan sepanjang pemerosesan ini.  Pembentukan yogurt amat berantung kepada keadaan suhu ini. Maka adalah dinasihatkan dengan ini  yogurt perlu dibuat pada tengah hari dengan cuaca panas di negara kita.

4. selepas 8 jam yogurt akan beku. Selepas beku segera masukkan dalam peti sejuk untuk mengelakan tindak balas bakteria yang lampau yang mana boleh masamkan yogurt anda. Dinginkan sekurang-kurangnya 12 sebelum digunakan.

Nota: Resepi ini khas untuk Saudari yang berminat resepi nasi kandar tinggal di Sarawak yang sukar perolehi Yogurt asli. Saudari ini mengidam dengan resepi kurmak ayam dan ayam bakar tandoori nasi kandar ..semoga Mamak haji tak menghampakan keinginan beliau. * Cultured Yogurt boleh didapati dari penjual-penjual susu segar tempatan. Tidak galakan membeli dari yogurt dari pasar raya kerana dikhuatiri bercampur geletin.

SELAMAT HARI RAYA.

 

contoh yogurt yang boleh digunakan dalam resepi Nasi kandar

MAAF ZAHIR BATIN DARI MAMAK PENANG DAN KELUARGA.

Advertisements

2 Respons to "RESIPI: PENYEDIAAN YOGURT"

mcm mn rupa (culture yogurt)??? dkat mna blh beli???

Bakteria-bakteria yang digunakan untuk penyediaan yogurt dipanggil “Yoghurt Cultures”. Bakteria ini digelar bakteria baik atau pro-biotics. Bakteria yang terdapat dalam yoghurt ialah Lactobacillus acidophius, bifidobacteria dan kadang-kala gunakan Lactobacillus Casei. Sekiranya pertama kali beli yogurt digunakan untuk penyediaan yogurt sendiri tentukan label yogurt yang ingin beli itu punyai “live Culture” dan tidak di pasteurised. Sila Lihat Netle Yogurt Asli, “NESTLÉ Natural Set Yogurt is also a mixture of milk & live cultures. However, the live cultures are grown directly in the retail tubs & the yogurt is not stirred. It is left to set, similar to jelly. Membuat yogurt pertama kali mungkin menghadapi masalah sedikit tetapi yogurt yang kita hasil itu berupaya digunakan pembuatan yogurt berterusan. Yogurt ini boleh didapati hampir semua pasaraya dan juga boleh beli dari pembekal susu lembu..tetapi anda jangan pula tanya penjual susu itu Yogurt ada live culture kah?.. pening nanti si penjual susu segar itu!. sebut saja “TAIRU” sudah memadai. Tairu biasa punyai live culture tetapi kandungan bakterianya mungkin kurang .Perlu uji sukatan beberapa kali sebelum mahir dalam menghasil yogurt yang berkualiti..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,192,387 hits
September 2010
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: