PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for September 8th, 2010


Malam Hari Raya adalah malam yang sungguh istimewa di mana anak beranak, saudara mara berkumpul. Sementara orang perempuan sibuk mengemas dan masak untuk menyambut Hari Raya, orang lelaki pula buntu fikiran dan tidak tahu apa yang nak buat. Pada masa zaman mamak muda-muda selalu Nana mengajak main meriam karbide atau pun mercun untuk memeriahkan malam hari raya sehingga menjelang pagi. Main Meriam buluh Karbide, mercun dan bunga api telah dilarang kerajaan untuk keselamatan. Suasana malam Raya masih boleh dijadikan kenangan dengan membakar Ayam atau barbeque yang lazat bersama anak-anak dan sanak saudara diluar rumah. Sambil bakar dan sambil menjemu selera membawa satu kenangan manis buat anak-anak. Sesiapa yang punyai halaman terbuka boleh jadikan “pesta barbeque” yang amat istimewa. Anda cuma perlukan satu bekas “Grill Barbeque” yang boleh dibeli dari pasar raya. Arang kayu (charcoal) juga boleh didapati dipasar-pasar raya atau kedai runcit. Kalau anda tidak mahu membeli anda juga boleh buat sendiri dan simpan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlukan. Lihat contoh “grill Buatan sendiri” dibawah ini. Boleh tiru dan masih belum dipatenkan..hahaha!.

Jangan lupa isikan separuh bekas pembakar ini dengn pasir kering untuk jimatkan arang kayu (charcoal). Kalau nak smoke atau salai tutup saja penutupnya. Kalau nak grill tak perlu tutup. Cara smoke tidak di gemari orang kita. Smoke perlu gunakan kayu yang mengeluarkan asap yang berwangi…di sini sukar diperolehi jenis cebisan kayu ini.

AYAM BARBEQUE:

Bahan-Bahan:

2 – ekor ayam yang telah dibersihkan dan dipotong mengikut selera. Boleh potong dua atau empat bahagian. Kalau keluarga besar potong saja lapan bahagian.

Cara-Cara:

a. 2 biji bawang putih ditumbuk halus.

b. 4 sudu besar  cuka beras (cuka beras dapatkan  yang halal dan dikhuatiri punyai kandungan alkohol) kalau tidak dapat memperolehi yang HALAL, gunakan saja air perahan lemon.

c. 5 sudu besar Barbeque sos. (sekiranya tidak memperolehi barbeque sauce sila rujuk resepi barbeque sauce).

d. Gaulkan semua bahan di atas dengan ketulan ayam dan peram sekurang-kurangnya 3 jam.

e. Bakar ayam perlu dimulakan dengan permukaan isi ayam (bahagian kulit) untuk mendapatkan bekas bakaran yang cantik. Jangan sampai hangus. 2-3 minit sudah memadai kerana kita bukan ingin masak permukaan daging ayam itu.

f. Segera terbalikan ketulan ayam kepada permukaan yang punyai tulang. Tidak perlu balik-balikan ketulan ayam sehingga masak. Jaga bara api dan tutup kalau ada penutup grill.

Selamat mencuba. Resepi ini khas untuk peminat barbeque yang baru ingin  bakar ayam. Senang dan mudah.

Resipi “Barbeque Sauce”.

Bahan-Bahan:

1.   2 cawan sos tomato.

2.   1/2 tsp air perahan lemon.

3.   1 cawan gula merah (pastikan dicairkan dan ditapis).

4.   1 tsp sos seasoning maggie.

5.   2 tsp all spice (boleh didapati dalam botol keci di pasar raya).

6.   1 tsp Paprika atau serbuk cili.

7.   1 tsp sos Hot Spice atau sos cili pun boleh.

8.   1/2 cup Gula Perang (brown sugar).

9.   1 tsp Jintan Putih.

10. 1 tsp lada sula (white pepper).

Cara -Cara:

Masukkan semua bahan tersebut di atas dalam periok steel dan masak dengan api sederhana(medium) selama 30 minit sehingga gula perang cair dan sebati.

Selamat mencuba. SELAMAT HARI RAYA.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,655 hits
September 2010
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.