TIP- TIP MASAKAN 2: KARI IKAN @ AYAM
Posted September 29, 2010
on:SOALAN E-MAIL:
Mamak,
Saya silent reader. Amat menghargai penulisan anda yg jujur. Syabas.
Pertanyaan saya ada kah benar masak kari ni mesti letak paste tomato baru sedap. Kalau boleh saya nak resipi pelbagai masakan kari.
Harap membantu
Az
JAWAPAN:
Masak kari ayam atau daging berbeza dengan Masak Kari Ikan. Kari ikan selalunya masam sedikit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut. Ikan yang guna perlulah isi yang keras sedikit kalau boleh yang ikan ketul. Semasa bersihkan perlu ambil perhatian mengenai darah ikan dan bahagian perut ikan. Darah ikan perlu basuh bersih selalunya terdapan di tengah tulang ikan. Darah ikan ini akan menyebabkan kari akan bertukar kehitaman. (darah Ikan ikut hukum sharia perlu dibersihkan). Rendamkan ketulan ikan dalam campuran limau nipis/ asam jawa(acidic) dan garam sekurang-kurangnya 10 minit untuk menghilangkan alkoloid yang menyebabkan kehanyiran ikan. Bekas masak juga perlu diambil perhatian. Kuali yang hitam akan menyebabkan pertukaran warna kari. Gunakan periok keluli atau stainless steel.
Boleh masukkan “paste tomato”, boleh sedapkan kari. Tetapi kalau kita gunakan tomoto segar lebih baik biasanya inilah dilakukan dlm masakan kari ikan. Terung dan kacang bendi juga boleh ditambahkan dalam kari Ikan. Tomato paste atau pun tomota segar boleh digunakan dalam kari Ikan semata-mata untuk tujuan masamkan sedikit kari. Tetapi kari ayam atau daging kita perlukan pekat dan berlemak sedikit dengan itu kita gunakan kentang dan tomato segar. Paste tomato jarang digunakan dalam katering kerana kos tambahan. tetapi mamak suka gunakan paste tomoto dan sup tomato yang dalam tin untuk masak DALCA dan Nasi beriani atau nasi tomato untuk mendapatkan complexion (warna) yang cantik. Boleh gunakan Paste Tomato tapi nisbahnya perlu ditentukan jangan sampai masam seperti kari yang sudah basi.
Terima kasih feed back dari saudara. Tentang menu kari ini cuma kita perlu ketahui asas buat kari itu dan rempah yang perlu digunakan. Insyallah boleh masak apa saja kari mengikut asas kari ini dgn menambah atau mengurangkan rempah mengikut selera kita. Kena cuba…” practice make perfect”. Masakan kena cuba berulang kali baru akan mendapat satu menu yang khas untuk selera kita.
Tinggalkan Jawapan