PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Seni Kulinary Boleh Bantu Ekonomi Negara.

Posted on: November 2, 2010


The culinary arts can spice up Singapore’s economy — Richard Hartung.

NOV 2 — Who would have thought that the next big competition for Singapore might be a cook-off with gourmet havens in the region?

Sure, we all know that Singapore has great food, and new restaurants opened by top chefs at the integrated resorts have made dining even better. Along with these, it’s the somewhat stealthy expansion at culinary arts schools here that could give the sector more buzz and turn it into an even more strategic economic sector.-  – http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/the-culinary-arts-can-spice-up-singapores-economy-richard-hartung/

Apabila kita membaca atikal tersebut di atas sudah tentu bidang masakan yang profesional boleh di kategorikan boleh bantu pertumbuhan ekonomi negara melalui Industri Pelancungan. Malaysia yang terkenal sebagai Hub Masakan Halal berbagai  bangsa adalah daya tarikan untuk pelancung-pelancung luar negara yang ingin menikmati resepi-resepi tempatan yang begitu unik dan lazat yang belum pernah mereka menikamati.  Pelancung-pelancung ini tidak lagi cenderung kepada masakan ‘ala barat dan juga Makanan Segera yang boleh di dapati di negara mereka. Pelancung- Pelancung ini inginkan kelainanan dan satu pengalaman baru dalam percutian mereka (memorable Holidays).

Walau pun pusat-pusat pengajian tempatan mengeluarkan ribuan graduan dalam seni kulinari tetapi ramai daripada mereka cuma berakhir menjadi seorang chef hanya di sehelai kertas. Adakalanya chef-chef muda ini yang mempunyai kertas gulungan yang dikatakan diploma, gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam pengurusan atau pun dari segi masakan atau ilmu asas pemakanan. Apa yang mereka belajar cuma untuk mendapatkan sehelai kertas gulung dinamakan Diploma saja.  Kita tidak boleh salahkan chef-chef muda ini. Memang pada mulanya chef-chef muda ini memang punyai semangat yang terkobar-kobar mahu menjadi seorang chef yang berstatus antara bangsa seperti chef Wan. Malangnya apabila mereka keluar dari insitusi pengajian tinggi mereka ditawarkan kerja-kerja sebagai pembantu dapur, pemotong ayam atau daging ada kalanya mereka ini menjadi steward di hotel-hotel berjenama dan glamor. Mereka sudi dan sanggup berkerja di hotel-hotel termuka ini dari kerja Restoren, Katering atau pun Kantin kerana apa?.  Cuma ingin menjadi glamour. Tak kiralah walau pun upah yang mereka perlehi itu cuma sedikit dan pengalaman yang mereka dapati tak boleh bawak kemana. Namun begitu, Chef-chef muda ini jarang sekali mahu berkhidmat di Restoren- Restoren, bidang Katering atau pun kantin-kantin Industri. Hotel-Hotel termuka pula gunakan kesempatan ini dengan memberi segala macam impian segunung tinggi yang kosong kepada mereka. Janji manis yang ditaburkan itu sebenarnya cuma untuk mengisi tempat kosong di bahagian-bahagian yang kerja-kerja berat dan yang perlukan kekuatan tenaga orang muda. Bahagian-bahagian seperti pencuci atau steward, pemotong ayam atau daging, bahagian gorengan atau pun bahagian pelayan (serving) . Bahagian-bahagian ini tidak lagi diminati oleh pekerja tempatan kerana kerja ini berat dan gaji yang tak sepadan dengan kerja yang dilakukan. Maka Chef-Chef Muda dari Pengajian Tempatan yang dahagakan pengalaman ini dieksploitasi dan dimanupulasikan untuk tujuan tenaga pekerja murahan.  Pada hal mereka tidak akan dapat pengalaman dan pendapatan setimpal, akhirnya mereka seperti ini tidak ada pilihan lain dan terpaksa meninggalkan bidang masakan selama-lama untuk mencari kerjaya yang lain yang beri pendapatan lumayan. Chef-Chef muda ini sepatutnya tumpukan kepada Restoren-Restoren, Bidang Katering, kafeteria atau pun di kantin-kantin industri untuk menjalani latihan praktikal mereka. Biar dari kecil ke besar. Banyak perkara boleh dipraktikan dari apa yang mereka belajar dulu dan bidang ini boleh menjanjikan  masa depan yang cerah untuk mereka  menjadi pengusaha makanan yang profesional. Dengan penyertaan mereka dalam bidang Restoren, Kafeteria atau pun kantin sekolah,  kita boleh harapkan bidang-bidang ini  akan dapat sentuhan dari golongan profesional. Bila golongan profesional ini menyertai bidang-bidang ini maka wujudlah sau perkhimatan yang dikatakan profesional. Inilah aspirasi negara maju 2020. Tanpa penyertaan golongan ini dalam bidang ini amat sukar untuk bidang katering dan restoren maju dalam negara kita.

Pelancung-pelancung dari negara maju inginkan satu perkhidmatan yang profesional mengikut definasi negara maju. Pelancung-Pelancung luar ini kadang kala jemu dengan suasana sekitaran hotel mereka yang menginap. Mereka ingin menjamu selera di luar dalam suasana bersama dengan orang ramai yang terdiri dari rakyat tempatan. Sekiranya aspek kebersihan, mutu makanan atu layanan yang tidak memuaskan pasti pelancung-pelancung ini tawar hati. Pengusaha-pengusaha Restoren, Katering, kafeteria atau kantin perlu berubah sikap dan pandangan mereka dalam industri ini untuk seiring dengan kemajuan negara. Sudah tiba masanya pengusaha-pengusaha ini memcari dan mengisikan chef-chef yang profesional dalam syarikat mereka. Zaman mencari tukang masak 30 tahun pengalaman tetapi tak mahu ikut peredaran zaman tidak memerlukan lagi. Sebagai tukang masak kita mahu,  perlu tahu pengurusan dapur, menentukan harga menu, sentiasa berusaha cari menu baru, tahu mengenai makanan kesihatan (Health Food), tentang kalori, tentang makanan golongan tua, golongan kanak-kanak dan lain-lain mengikut keperluan. Takat pandai masak  asam pedas, masak lemak cili api, kari nasi kandar bukan boleh lagi jadikan tukang masak yang baik. Tugas tukang masak sudah berubah, maka kita perlu berubah juga. Beri peluang pada Chef-Chef muda dari pengajian tinggi dan kalau boleh belajar dari mereka untuk jadi pengusaha Restoren, Katering atau Kantin profesional mengikut arus kemajuan negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
November 2010
I S R K J S A
« Okt   Dis »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: