PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for November 3rd, 2010


E-Mail dari: NormlizaNordin.

salam terima kasih pada mamak haji yang telah banyak beri tip berfaedah pada saya.saya nak tanya macam mana nak memasak nasi dalam kuantiti yang banyak contohnya untuk seribu orang dan lauk juga.saya daripada kajang mamak haji takda buat kelas memasak untuk katering ke. terima kasih.

Jawapan:

Mualaikum Salam Cik Nora,

Terima kasih kerana sudi singgah diblog mamak haji yang tak seberapa ini. Masak nasi dlm Quantiti besar selalunya mudah dari yang sedikit. Tetapi beberapa perkara perlu diambil kira seperti:
1. Dalam Perniagaan katering ini anggaran adalah paling mustahak untuk mencapai keuntungan. Bila masak nasi tidak boleh kurang dan tidak boleh berlebihan. Berlebihan akan merugikan kita. Kurang pulak kena hambat dengan tuan punya kenduri. Untuk mengatasi masalah ini kita sebagai katerer selalunya anggarkan:
a. Beras untuk nasi putih berat satu kilo untuk 12 orang dewasa.
b. Kalau gunakan basmathi pulak 1 kilo anggaran 10 orang Dewasa. Kalau seribu orang maknanya cik nora kena gunakan 100 kg Berasmathi.
2. Periok yg masak perlu diambil kira, kerana nasi ini masak dengan bantuan wap yang dihasilkan oleh air tadi.(kiraan air adalah kalau satu baldi beras sama dengan 1 baldi air atau nisbah 1:1). Untuk mendapatkan wap yang baik kita perlukan ruang dalam periok. Maka cara yang lazim ialah apabila ingin masak 10 gantang beras gunakan periok saiz 10 gantang (satu gantang bersamaan dengan 6 kati. 1 kati bersamaan dengan 600gm..maka 3.2 kilo sama dengan 1 Gantang)…10 gantang sama dengan 3.2 X 10 = 32 kg atau pun 30 KG sudah memadai untuk gunakan periok saiz 10 gantang. Kalau dapat periok saiz 30 gantang…dua kali masak sudah siap. Permulaan sewa dulu periok seperti ini.
3. Api – api adalah mustahak dalam masak nasi. Kawalan api amat mustahak. Kalau pakai kayu api perlukan kemahiran dan pengalaman. Tetapi cepat masak. Kalau gunakan dapur gas gunakan dapur gas yang punyai mata enam kerana api akan serata di permukaan bawah periok.
Tentang kursus ini Mamak Haji sibuk sekali hujung tahun, insyallah Mamak Haji cuba adakan pertengahan tahun 2011 nanti. Ramai juga mohon. Kalau ada masalah jangan segan e-mail. Mamak Haji cuba membantu saudari setakat mampu. Wassalam.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,547,745 hits
November 2010
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.