PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RASA DAN PERASA DALAM MASAKAN.

Posted on: November 11, 2010


Dalam karier masak ini Mamak selalu saja menghadapi  masalah rasa masakan. Kenapa ada pelangan kata sedap dan ada pula kata tak sedap. Apa yang sebenarnya menyebabkan masakan itu sedap?. Masakan mami (isteri) memang rasa paling sedap bagi Mamak, tapi bagi anak-anak pulak masakan mamak yang paling sedap. Ada juga isteri-isteri di luar sana berhenti masak kerana sedih dan kecil hati dengan suami yang suka merungut masakan isteri tak sama dengan masakan ibu. Wal hal isteri dia masak sebijik sama resepi dengan ibu mertuanya. Kenapa ini berlaku?. Ada Restoren masakan sedap bagi sebahagian pengunjung dan  ada pengunjung pulak tak suka masakan restoren itu dengan mengatakan masakan yang tak sedap. Apakah air tangan yang membuatkan sesuatu masakan itu rasanya sedap?. Apakah sebenarnya berlaku di mulut kita?. Apa yang sebenarnya SEDAP itu?.

Bila kita mula menjamah makanan yang telah masak, ada di antara kita selalu saja merungut tentang rasa masakan itu. Menikmati masakan yang baik adalah satu pengalaman yang unik bagi semua deria (sense) kita. Bayangkan, apabila  masakan kegemaran dibawa hampir dengan kita, wangi yang harum dari masakan yang baik akan segarkan deria hidu kita secara mendadak dan mengerakan deria mata ke arah masakan itu dan secara otomatik akan beri rangsangan selera makan.  Apabila kita mulakan suapan pertama kedalam mulut kita, semua deria dalam lidah kita macam tidak sabar lagi menanti untuk merasai lima rasa asas: Manis, masam, pahit dan masin yang kelima adalah MSG terutama bagi lidah orang Asia.  “MONOSODIUM GLUTAMATE atau MSG dan dipanggil dalam bahasa Jepun UMAMI. MSG adalah Persa Utama dalam makanan orang Malaysia.

Apabila kita masukkan makanan dalam mulut kita, Molikul PERASA (MSG) yang telah larut dalam masakan itu terawal dan yang pertama sekali agaknya menyentuh deria di lidah dan memberi rasa yang sensasi didalam mulut kita.  Selepas mengunyah makanan yang telah didaftarkan oleh deria lidah kita sedap,  mulut kita akan mula mengeluarkan perasa baru untuk menghasilkan pula saliva (air liur) untuk menghasilkan enzim. Enzim ini akan bertindak balas kimia dengan protin atau lain-lain bahan dari makanan itu sebelum dihantar ke dalam perut kita. Keadaan ini berulang kali berlaku semasa setiap kali kita mengunyah makanan itu. Bila kita gunakan gula dalam masakan, deria lidah kita manis itu cuma beri isyarat manis, kurang manis saja masakan itu. Perasa makanan adalah paling penting dalam proses sensasi deria lidah. Berpatah pada rasa sedap sesuatu makanan, apakah lidah kita cuma dilatih untuk rasa MSG  dan kemudian Gula?. Apakah ini yang dikatakan sedap mengenai sesuatu masakan?.

Deria asas kita dalam lidah adalah lima (4+1) yang utama. Masakan yang dimasak tanpa lima deria asas ini tidak akan sedap. Seorang tukang masak yang bagus perlu pandai mengimbagi kelima-lima asas rasa, ia itu manis, masam, pahit, masin dan jangan lupa MSG?. Mamak tak mahu cerita pasal MSG ini bahaya atau tak bahaya dan cuma tiori-tiori yang  mengatakan MSG ini bawa masalah kesihatan. Tak tahulah kadar sebenar yang perlu digunakan untuk tubuh badan manusia. Mee segera lama bertahan di negara kita penuh dengan MSG. Kalaulah apa yang gembar-gemburkan itu betul tentang keburukan pengambilan MSG ini, kenapa FDA di Amerika tidak haramkan kegunaan bahan ini?.  Apakah deria lidah kita sudah dilatih dengan rasa perasa MSG ini pada setiap makanan?.  Kadangkala Mamak fikirkan serbuk kas-kas yang digunakan untuk pekatkan lauk nasi kandar itu lebih bahaya dari MSG ini. Kerana kas-kas adalah biji dari pokok candu yang dihasilkan dadah Morphine. Dadah Morphine dihasilkan dari kelaran pada buah pokok candu yang hasilkan getah.  Buah candu pula mengandungi biji kas-kas. Sekiranya ambil lauk nasi kandar berlebihan yang menggunakan serbuk kas-kas, kemungkinan ujian air kencing akan menunjukkan positif dadah. Awas. Di Dubai kalau dalam kocek anda ada kas-kas, anda boleh dipenjara. Arab saudi, Emirate Arab, Australia dan Singapura telah haramkan impot biji kas-kas ini. Apakah tidak haram minum “teh kas-Kas”…untuk kecergasan?. Tepuk Dada Tanya Iman.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
November 2010
I S R K J S A
« Okt   Dis »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: