PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

KENALI RAHSIA REMPAH.

Posted on: November 15, 2010


BUAH PELAGA:

Buah Pelaga dalam bahasa Inggeris digelar “Cardamom” dan         Penduduk kaum Tamil rakyat negara ini menggelar “Elaika”. Buah  Pelaga ini dalam masakan lauk memberi aroma harum yang  lembut dan  manis dan berasa sedikit rasa lemon. Ia  mempunyai tiga jenis Hijau,  Putih dan Hitam. Kebiasaan dalam  lauk Nasi kandar cuma gunakan  yang berwarna hijau dan putih digunakan, walau pun  yang berwarna Hitam lebih baik  tetapi mahal. Buah Pelaga juga terkenal dengan nama “Ratu Rempah” kerana pegiktirafan yang kedua selepas “Raja Rempah” Lada Hitam.  Daris egi perubatan buah pelaga memmbantu dalam sistem penghadaman dan juaga boleh menghilangkan bau mulut dengan mengunyah. Buah pelaga juga boleh membantu dalam melegakan batuk.

BIJI REMPAH:

Dalam sebutan Bahsa Inggeris digelar “Corriander Seed” dan                   Bahasa Tamil tempatan digelar,  ” Malli”. Biji Rempah ini biasanya digoreng kering dalam haba yang sederhana dikisar atau di tumbuk jadikan serbuk yang punyai bau yang harum. Dalam masakan kurmak ia adalah bahan asas yang di adunkan dengan rempah yang lain. Kegunaan rempah ini dalam resepi masakan boeleh dikatakan merangkumi seluruh dunia.

KAYU MANIS:

Masakan lauk nasi kandar tanpa Kayu manis adalah seperti makan nasi tanpa lauk. Kayu manis adalah rempah utama dalam masakan nasi kandar. Dari Nasi hingga lauk digunakan kayu manis. Selain dari memberi rasa manis dan aroma yang menyelerakan, kayu manis adalah bahan perubatan asli yang amat baik untuk tubuh badan. Adalah dikatakan dari kajian saintifik sekiranya anda mengambil 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis dengan 1 sudu madu asli, anda jarang kena penyakit kronik. Kayu manis boleh rendahkan LDL Cholestrol anda.  Kayu manis juga terbaik untuk mengawal kandungan gula dalam darah untuk pesakit Diabetes type 2. Selain itu kayu manis punyai Manganese, fibre, zat besi dan Kalsium yang tinggi. Inilah rahsia rempah yang digunakan dalam resepi nasi kandar. Sebenarnya rempah seperti ini adalah ubat yang beri kesan kolestrol akibat makanan  Nasi kandar yang berkolestrol tinggi. Bagi pesakit diabetes Type2 ambil segengam kayu manis dan masak dalam periuk dengan api sederhana dengan menutup tudung selama sejam. Sejukan dan masukkan dalam botol. Minum sebagai  minuman biasa segelas sekali di pagi dan sekali lagi malam. Insyallah gula anda boleh dikawal. Tetapi awas jangan minum banyak takut gula dibadan anda akan terlalu kekurangan. Insyallah anda boleh kawal gula dalam darah anda. Ingat diabetes tidak boleh dihindarkan tetapi hanya boleh dikawal.

JINTAN MANIS:

Rempah yang tinggi aroma dan menjadi pilihan utama dalam Lauk pauk Nasi Kandar. Dalam Bahasa Inggeris Fennel Seed. Rempah ini kalau yang baru berwarna kehijaun atau pun berwarna coklat berkuningan. Dalam bahsa Tamil orang tempatan digelar “shombu” atau pun “Periacheeragam” yang bermakna jintan yang besar. Kegunaan dalam resepi nasi kandar sebagai biji atau pun serbuk. Tanpa serbuk ini resepi nasi kandar tidak menjadi. Rempah kari yang siap kita beli di kedai tidak akan beraroma tanpa serbuk jintan ini. Di Pakistan dan India Jintan ini digoreng kering dan dikunyah begitu saja untuk penghadaman dan juga sebagai pewangi mulut.

JINTAN PUTIH:

Dalam Bahasa Inggeris digelar “Cummin Seed”. Ia digunakan secara biji atau pun serbuk dalam resepi lauk Nasi kandar. Kegunaannya adalah untuk mendapatkan aroma tetapi ia banyak berkaitan dengan sebagai bahan perubatan yang semula jadi. Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan petang selama empat minggu. – Wikipedia.

TIP – TIP MENYIMPAN REMPAH.

1. Simpan rempah ditempat  sejuk dan gelap. Cahaya dan Haba boleh menghilangkan aroma dan rasa rempah.

2. Secara amnya tempoh rempah boleh ialah selama setahun bagi rempah yang telah dikisar. Rempah yang belum dikisar boleh bertahan 3 hingga 5 tahun.

3. Sediakan rempah anda sendiri kerana rempah yang beli kita tidak tahu kualiti rempah sebelum dikisar dan juga rasa yang kita kehendaki. Rempah masih bentuk asal boleh diserbukan ditumbuk halus atau pun mengkisar sendiri. Sekiranya perlukan dalam kuatiti banyak boleh hantar ke kilang pengkisaran yang kecil dan persendirian dengan membayar sedikit upah untuk mengkisar rempah yang perlukan.

4. Goreng kering rempah yang ingin kisar dalam kuali dengan api sederhana. Bila bau haruman mula dihidu, rempah itu cukup garing untuk dikisar.

5. Rempah yang berlebihan boleh disimpan dalam bekas yang kedap udara.

6. Tidak ada sebarang formula untuk nisbah untuk campur rempah untuk sesuatu lauk nasi kandar. Ia memerlukan pengalaman dan perlu cuba berulang kali dengan mencipta rasa unik untuk diri anda.

Tamat bahagian: 1

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 5,463,213 hits
November 2010
M T W T F S S
« Oct   Dec »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: