PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

SUP AYAM BERKRIM

Posted on: Disember 16, 2010


Sup ayam berkrim atau Cream Of Chicken Soup amat lazat dimakan dengan roti bawang putih yang dibakar (Garlic Bread) atau pun di rasa begitu saja. Kanak-kanak amat gemari sup ini kerana ia berlemak dan berperisa ayam. Sup ini amat mudah untuk disediakan di rumah. Biasanya kita beli sup ini di dalam tin. Rasa makanan dalam tin dan dibuat dirumah amat beza kelazatannya. Suri-suri rumah yang sibuk boleh menghidangkan sup ini  untuk seisi keluarga. Masa Penyediaan:10 minit. Jumlah masa memasak cuma 12 minit. Sesuai untuk 4 orang.

 

 

SUP AYAM BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

60 gm butter.

1 biji bawang labu dipotong dadu.

2 ulas bawang putih diketuk (crashed) dan dibuang kulit.

1/2 cawan atau 60gm tepung gandum biasa.

1 liter air stok ayam (sila lihat penyedian stok ayam).

1 ketul daging ayam bahagian dada dihiris halus.

1/4 krim berat atau 1/2 tin susu cair (Evaporated Milk).

2 tangkai daun parsley* atau daun tyme* dihiris halus untuk taburkan di atas sup.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan periok stainless steel dan masukkan butter. Masukkan bawang dan goreng dgn api sederhana 2-3 minit sehingga bawang lembut. Masukkan bawang putig goreng 2 minit. Masukkan tepung gandum dan kacau serata selama 1 minit. Api dapur jangan terlalu keras kalau boleh alihkan periok dari apai dapur supaya tepung anda tidak hangus.

2.  Masukkan hirisan ayam dan stok ayam (air rebusan ayam). Sentiasa kacau (menggunakan pemukul telur) serata sehingga sup menjadi pekat dan mendidih. Kecilkan api dan masukkan krim. Kacau sup anda serata selama dua minit. Masukan garam (sekiranya gunakan stok ayam ikut panduan air yang tertera di kotak stok ayam dan garam tidak diperlukan), serbuk lada putih dan perasa makanan mengikut kehendak anda. Semasa hidangkan taburkan daun thyme atau parseley di atas hidangan anda. Sup anda telah siap.

3. Sup ini boleh juga masukkan cendawan, kiub karot, kentang dipotong kiub atau celery dipotong halus mengikut selera anda.

CARA PENYEDIAAN STOK AYAM( AIR REBUSAN AYAM / CHICKEN STOCK.

BAHAN-BAHAN:

2 kg tulang ayam (kerangka yam boleh diperolehi di pasaraya atau di pasar).

1/2  bawang labu hanya dikupas saja.

2      batang karot di potong dadu.

2      batang celery dihiris termasuk daunnya.

3.5  liter air.

1      ikat daun parsley.

CARA-CARA:

1. Dengan api dapur sederhana didihkan air dan tulang ayam (kerangka). Setelah air mendidih, Keluarkan bahan asing dan bueh yang terapong di permukaan air. Masukan satu ikat daun parsley (mengikat tangkai bersama). Masukkan 15 biji lada hitam bersama dengan karot, bawang dan batang celery yang dihiris. Masak tulang ayam sekurang-kurangnya 3 jam. Tapis airnya dengan mengunakan penapis dan jus dari sayuran perlulah ditekan dan dikeluarkan.

2. Masukkan air rebusan itu kedalam eti sejuk dibahagian beku. Apabila lemak di permukaan atas rebusan ayam itu beku, keluarkan lemak yang telah pejal dan terapong. Stok ayam anda telah sedia. Sekiranya anda menyimpan dibahagian dingin peti sejuk, boleh digunakan dalam tempoh 2-3 hari saja. Tetapi sekiranya digunakan tempat beku anda boleh gunakan stok ayam ini sehingga 8-12 bulan. Anda akan perolehi 2.5 liter stok ayam.

Nota: * Daun Rempah Eropah bukan satu kemestian.

Advertisements

1 Response to "SUP AYAM BERKRIM"

[…] 4 cawan sup (sup boleh disediakan dengan tulang lembu atau tulang ayam ditambah bawang besar belahan empat (cuma diatas bawang dan bukan belah putus), halia  dan sup bunjut adabi, dimasak sekurang-kurang 45 minit). Boleh juga gunakan sup stok ayam. Sila baca bagaimana sediakan stok ayam di “Cara Penyediaan Stok Ayam di sini:https://balannambiar.wordpress.com/2010/12/16/sup-ayam-berkrim/ […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,949,928 hits
Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: