PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Disember 25th, 2010


char kuoy teow2 (2)Char kuey Teow Pulau Pinang ini adalah resepi Melayu Pulau Pinang atau orang utara semenanjung yang telah diubah-suai dari Char Kuey Teow yang asal. Resepi ini berbeza dengan  dengan Char Kuoy Teow masakan Cina yang biasa atau resepi Indonesia “kwetiau Goreng“. Char kuey Teow Pulau Pinang adalah kuey Teow Goreng Basah yang berkuah berwarna merah pudar yang lazat. Bukan yang berwarna hitam yang digelar juga char kuey teow basah. Sajian ini biasanya cuma terdapat di tempat-tempat tertentu. Tempat Char kuoy Teow yang terkenal dengan paling sedap terdapat di sekitar Permatang Pauh, Sungai Dua, dan Seberang Prai. Anda perlu ke kedai yang khasnya menyediakan hidangan ini. Di Restoren biasa anda cuma boleh dapat Kuew teow Goreng atau pun yang basah yang berlainan resepi dan rasanya. Menyediakan resepi ini perlu gunakan api dapur yang keras dan besar. Kecekapan guna kuali dan kelajuan tukang masak terdiri dari anak-anak muda Melayu sangat menakjubkan. Sekiranya anda melancung ke Pulau Pinang  jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ini. Harga se pinggan biasa RM3.50 dan special RM4.50. Special atau istimewa hidangan ini ditambah dengan telur goreng mata lembu dan juga tambahan udang besar segar. Rahsia kelazatan resepi ini bergantung kepada penyediaan “pes” atau kuahnya dan kesegaran udang besar yang dihiaskan diatas kuey Teow. Oleh kerana Char kuoy Teow ini menjadi sinonim bagi semua kenduri dan majlis makan di Utara, maka terpaksa kali ini saya menurunkan rahsia kuah pes dan cara menyediakan Char Kuoy Teow ini kepada pengunjung blog ini. Sekali lagi Mamak cuba mengingatkan, setiap resepi baru Mamak adalah dibaik -pulih dan telah cuba dalam perniagaan dan kos penyediaan yang telah diminimumkan tanpa menganggu kelazatan asal. Masalahnya cuma kuantiti resepi Mamak ini kadang-kala dalam sekala yang yang besar sedikit. Harap suri-suri rumah tanggaa yang keluarga kecil, dapat memperkecilkan kuantiti ini mengikut keperluan keluarga. Jangan membazir. Seperti biasa kalau ada masalah dalam penyediaan sebarang resepi boleh e-mailkan: mohd.roslan99@gmail

PENYEDIAAN PES ATAU KUAH:

Bahan-Bahan:

1  Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih).

1 mangkok (cup) gula pasir.

3 sudu besar perasa makanan (Aji No Moto).

250  ml (1 cup) Kicap cair (pilih yang berwarna cerah sedikit).

125  ml (1/2 cup) Kicap sos ikan cap Ikan.

250 ml (1 cup) Kicap sos ikan cap Sotong.

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja.

nota: tidak perlu gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.

CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG:

Jeruk cili Muda Rangup

Jeruk cili Muda Rangup

BAHAN-BAHAN:

1 kg.  kuey teow.

7 biji telur.

300gm taugeh.

250 gm daun kucai

1 kilo udang besar segar bersaiz ” A”.

250 gm Cili Boh.

5 ulas bawang putih (kupas kulitnya dan ditumbuk kasar/crush dan masukan dalam cili boh).

1 cup minyak masak.

CARA-CARA MEMASAK:

1. Bersihkan udang. Jangan buang kepala dan kulit. Cuma gunting sesungut dikepalanya.

2. Daun kucai dibersihkan dan potong sepanjang 1 inci. Taugeh dibasuh bersih.

3. Panaskan kuali dengan api yang kuat, apabila kuali panas masukkan minyak masak. Masukkan udang sebanyak tiga ekor dan goreng cuma 15- 20 saat. Bila kulit udang bertukar warna kemerahan segera keluarkan kuali dari dapur dan masukan udang dalam alam sebuah bekas asing. Kuali yang bertangkai kayu amat sesuai untuk menyediakan resepi ini.

4. Panaskan kembali kuali dan masukkan 1 sudu kecil cili boh (kepedasan terpulang pada rasa anda) bersama bawang putih yang telah hancurkan ke dalam cili boh – minyak gorengan udang mencukupi untuk gorengan seterusnya.

5. Masukkan secekak kuey teow, taugeh dan sedikit daun kucai. Jangan biarkan taugeh dan kucai anda melecur dalam proses ini. Masakan perlu pantas dengan api dapur yang keras 3-5 saat sudah memadai. Masukkan 2 senduk pes yang telah sedia ke dalam kuali . Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Apabila telur putih mula menujukkan tanda masak, segera keluarkan kuali dan tuang kedalam pingan hidang tersedia. Masukkan udang yang tersedia goreng ke atas kuey teow anda. Boleh guna cili jeruk untuk menambahkan kelazatan. Sila hantarkan e-mail untuk  resepi “cili jeruk”.

6. Proses masak kueh teow 1 hidangan ini gunakan api yang keras dan seluruh masa masak cuma 2-3 minit.  Bayangkan kepantasan yang anda perlu ada pada anda. Masakan ini perlu masak satu demi satu hidangan. Tidak boleh masak selonggok seperti kuey teow goreng. Masak sepingan demi sepingan. Suri rumah tidak perlu berebut seperti tukang masak mahir. Boleh gunakan api max didapur dan masak perlahan sedikit tak mengapa. Uji hidangan pertama untuk rasa garam dan kuahnya secukup. Hidangan seterusnya anda akan mengetahui sendiri apa yang kurang dan lebih. Kicap ini ada berjenis-jenis dan kemasinan dan warnanya tidak seimbang sebab itu hidangan pertama adalah Test Food anda untuk menetukkan pes anda dan juga kuatiti bahan yang telah diadunkan.

7.  Simpan pes/kuah yang berlebihan ini ke dalam peti sejuk. Boleh digunakan untukgoreng mee atau beehoon dan maggie yang lazat atau pun resepi kuey teow kerang. kuey teow yang tidak digunakan jangan sekali simpan dalam peti sejuk. Bila masak kuew teow anda akan hancur. MERRY CHRISTMAS UNTUK YANG BERAGAMA KRISTIAN. Selamat Mencuba.

Resepi Jeruk Cili Hijau Muda:

Bahan-Bahan Diperlukan:

250 cili hijau muda.

1 cawan cuka.

4 sudu besar gula.

1/2 sudu kecil garam.

2 cawan air untuk masak cili.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan.

2. Masak air + gula + garam sehingga mendidih dan gula larut. Bila air mendidih, tutup api dapur.Masukkan hirisan cili dalam bekas air mendidih dan kacau rata. Proses perlu buat cepat dalam 20-30 saat saja. Angkat cili dan toskan cili di dalam penapis. Larutan tadi boleh digunakan sebagai air rendaman jeruk selepas ia sejuk.

3. Rendam kembali cili dlm larutan tadi bila sejuk. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk. boleh gunakan selama 1 seminggu dan perlu di simpan dipeti sejuk kerana kita tidak gunakan pengawet anti-kulat yea.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,655 hits
Disember 2010
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.