PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

CARA MENINGKATKAN KEUNTUNGAN RESTOREN ANDA: PENJIMATAN TENAGA LETRIK DAN GAS MASAK

Posted on: Disember 27, 2010


BAHAGIAN KEDUA: PETI SEJUK

Sejak Tenaga Letrik Negara dan Pembekalan air bersih Negara dikendalikan oleh syarikat-syarikat perniagaan, iklan-iklan penjimatan letrik dan air telah hilang dari pemikiran rakyat Malaysia. Syarikat-syarikat ini seperti peniaga-peniaga seperti kita juga. Dasar perniagaan, lebih banyak menjual, lebih untung diperolehi. Di sini saya tidak bincang pasal politik atau pun mewakili NGO-NGO ” Selamatkan Dunia”, tetapi sebagai peniaga mementingkan keuntungan dalam perniagaan Restoren. Penjimatan tenaga letrik, Gas masak LPG dan air bersih di restoren adalah cara paling mudah sekiranya anda mengubah sedikit cara pengendalian harian restoren anda. Ambil sebagai contoh peti sejuk anda yang anda saban hari merenung dan ia beroperasi selama 365 hari dalam setahun. Ada pemilik restoren berpendapat mempunyai Peti sejuk yang paling besar akan iktiraf restoren anda sebagai prestasi keunggulan restoran anda. Paling tidak anda ingin menyediakan peti sejuk pameran (air minuman) yang enam pintu. Dalam pada itu bila ajen minuman jenama tertentu pula menempatkan peti sejuk jenama syarikatnya tanpa tanpa sebarang bayaran tetapi bersyarat cuma boleh mempamirkan minuman produk syarikatnya. Ini belum lagi peti ais krim yang berjenis–jenis seperti kedai ice-cream. Dibahgian kaunter pulak bersusun dengan minuman cordial berwarna merah, hijau, unggu atau pun ungu. Ini tidak masuk lagi peti sejuk di dapur. Kadangkal dalam sesetengah restoren itu penuh dengan peti sejuk lebih dari pekerjanya.

Prinsip operasi peti sejuk ialah menyerapkan haba dalam peti tersebut dan membebaskan haba panas dari pemampatan gas (freon) itu melalui penyejukan gas itu melalui pemelowap(condensor) menerusi penyejukan udara dengan kipas angin (blower) yang terletak di atas atau dibawah peti sejuk. Pendekata haba yang bersuhu tinggi akan dibebaskan dalam restoren anda. Bayangkan suhu dalam restoren anda dari matahari yang memancar ditambah pula dengan haba dari peti-peti sejuk ini. Contoh yang terbaik ialah sekiranya anda melawat Kedai-kedai pasar mini di kampaung-kampung anda akan merasai haba panas dalam pasar mini ini lebih panas dari kepanasan di luar. Kadangkala segala minuman yang berada dalam peti sejuk lebih panas dari minuman yang belum disejukkan. Janganlah cuba beli coklat kegemaran anda dan cuna menikmati. Sudah tentu coklat cair!. Barang akan cepat rosak disebabkan haba panas yang tinggi. Peti sejuk pula selalunya tidak berfungsi disebabkan haba dalam pasar mini tidak dapat menyejukan proses penyejukan gas(freon), maka peti sejuk akan beroperasi 24 jam dan membabitkan kegunaan tenaga letrik yang banyak. Untuk mengatasi masalah ini, pekedai ini terpaksa memasang hawa dingin untuk menarik pelangan. Haba yang dihasilkan oleh peti sejuk akan memaksa pekedai itu menambah kapasiti kesejukan penghawa dingin daripada kapasiti (cooling load) yang normal. Dalam keadaan biasa di negara kita 1 kaki kubic persegi memerlukan 110 btu/hr. dengan kiraan 1 hp (kuasa kuda) = 12,000 btu/hr. Contoh: Sekiranya mini market itu memerlukan kapasiti 2 HP penghawa dingin tetapi untuk mengawal suhu panas yang dihasilkan oleh peti-peti sejuk, perlu pulak menambah penghawa dingin yang punyai kapasiti 4 hp. Untuk memasang 4 hp penghawa dingin pula, kedainya perlukan bekalan voltan 4 fasa. Pemasangan bekalan letrik 4 fasa, memerlukan kos yang tinggi dan juga peralatan untuk menghidupkan penghawa dingin pula perlu diubah-suai. Kos untuk pemasangan saja akan mencecah kepada ribuan ringgit; belum lagi kos unit pembelian hawa dingin. Maka untuk menjimatkan kos tinggi ini, dia perlu memasang dua unit penghawa dingin dengan menggunakan bekalan voltan satu fasa. Maka setiap kali dia mula menghidupkan penghawa dingin anda boleh lihat meter TNB di luar akan berputar seperti kipas angin yang dalam pilihan maksima. Di mana kesilapannya?. Anda renungkan. Kalau pemilik itu mengupah mengalihkan unit pemampat peti sejuk (condenser unit) itu diluar kedai, bukankah begitu banyak dia boleh jimat. Di mana silap…silapnya adalah tidak punyai pengetahuan yang cukup. Semasa saya di Johor Bahru pernah saya cadangkan kepada tiga pekedai pasar mini cara ini. Memang boleh lakukan dengan mudah kerja-kerja pemasangan ubah suai ini dan keputusannya amat memuaskan. Jimat kos adala keuntungan syarikat anda.

Perkara di atas sama juga dengan pemilik restoren. Anda sebagai pemilik restoren dalam serba moden ini dan baranagan masak yang melambung mahal ini perlu mengetahui sedikit sebanyak bidang teknikal semasa anda menghadapi urusan harian pengendalian restoren anda atau pun memulakan perniagaan baru dalam perniagaan restoren. Perniagaan masa kini menghadapi cabaran persaingan perniagaan semakin hebat. Cuma pemilik-pemilik yang cekal dan berpengetahuan dalam bidang restoren boleh kekal dalam persaingan ini. Anda pandai masak bukan beerti anda boleh menceburi dalam perniagaan restoren yang paling mencabar ini. Anda tidak perlu menjadi seorang juru teknikal atau pun “Jack Of All Trade” dalam perniagaan restoren ini, tetapi memadai dengan sedikit pengetahuan asas untuk menjimatkan kos pengendalian restoren anda untuk mencari keuntungan maksima. Contohnya seperti di atas hanya perlu tanya kepada pembekal semasa buat tempahan belian, apakah kapasiti dan kuasa letrik yang digunakan oleh peti sejuk pilihan anda. Kuasa bermakna jumlah tenaga letrik yang digunakan. Anda juga perlu baca buku penerangan peralatan tersebut. Buku penerangan selalunya dalam bahasa mudah yang senang difahami oleh semua jenis pelangan. Saya telah membuat sedikit kiraan untuk peti sejuk  semasa membuka restoren pertama saya yang kecil:

TNB Tarif B – Voltan Rendah Tarif Perdagangan:Untuk keseluruhan penggunaan Bulanan di antara 0 – 200 kWh/bulanan : 37 sen untuk 1 kWhr.

*peti sejuk satu pintu perdagangan : 1/4 hp = 186.5 watt ( 1hp = 746 watt) atau 0.187Kw X 24jam = 4.476KWhr X 37 sen =  RM1.65 X 30 (satu bulan)  = RM49.50 X 12 (1 tahun) = RM594.00.

*Sekiranya saya menggunakan peti sejuk tiga pintu (kuasa menjadi 3/4 hp) = 559.5 watts atau 0.560 KWhr X 37 =  RM2.07 sen (sehari). X 30 (sebulan) =RM62.10. X 12 (setahun) = RM745.20.

Perbedzaan diantara peti sejuk dua pintu dan tiga pintu untuk setahun…RM151.20.

Nota: Baca juga “mengenali peti sejuk anda” , diblog ini. Sila tunggu bahagian 3: Cara-Cara jimatkan Kos Peti sejuk anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
Disember 2010
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: