INGIN MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DARI RUMAH
Posted Februari 8, 2011
on:- Dalam: Perniagaan Katering
- 15 Comments
Ingin menceburkan perniagaan katering dari rumah?. Memulakan perniagaan perkidmatan katering dari rumah merupakan satu karier perniagaan yang amat baik untuk suri rumah yang sentiasa aktif, pandai memasak dan suka berhubung dengan orang ramai. Perkhidmatan katering dari rumah boleh buat secara kecil-kecilan atau pun bersekala besar yang merangkumi penghantaran makan tengah hari dari rumah ke rumah, pejabat, majlis-majlis keraian hari lahir, majlis keagamaan seperti kenduri tahlil atau baca doa selamat, seminar perniagaan atau kursus-kursus, mesyuarat, dan sehingga kepada majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan. Ada juga katerer yang hanya menumpukkan majlis perkahwinan yang mencukupi untuk kesibukan anda dalam bidang perniagaan ini. Bidang katering sentiasa berkembang maju tanpa had di negara ini.
1. Langkah pertama memulakan perniagaan dalam katering ialah dengan “Perancangan Perniagaan” atau “business plan”. Rancangan perniagaan juga amat mustahak sekiranya anda ingin memulakan perniagaan ini secara sekala besar atau pun kecil. Rancangan Perniagaan ini juga membantu kepada yang ingin membuat pinjaman kewangan dari agensi-agensi kerajaan atau pun bank-bank tempatan yang mempunyai plan pinjaman untuk peniaga kecil atau sederhana. Rancangan Perniagaan juga akan membantu anda berniaga secara bersistematik dan berupaya daya maju dalam bidang ini. Banyak persoalan tentang pentadbiran kewangan, pemasaran yang timbul dalam perniagaan ini, akan terjawab sendiri melalui rancangan perniagaan yang praktikal. Rancangan Perniagaan juga membawa dan memacu syarikat anda untuk memberi perkhidmatan secara profesional dan boleh di yakini oleh pelangan. Insyallah dalam post akan datang nanti, Mamak akan berikan tip-tip bagaimana sediakan Rancangan Perniagaan katering yang komprensif dan praktikal khusus dalam bidang katering dari rumah.
2. Sebelum anda mulakan perniagaan katering, anda perlu mendaftar syarikat anda di pejabat pendaftaran SSM. Kos daftar dan cara daftar amat murah dan mudah. Perniagaan tanpa daftar adalah satu kesalahan undang-undang. Jangan ambil mudah perkara ini. Pendaftaran ini juga akan memberi banyak kemudahan untuk diri anda dan perniagaan anda seperti dalam urusan perbankan, pinjaman dan anda akan lakukan perniagaan ini secara serius dan profesional. Selepas pendaftaran anda perlu ke majlis tempatan untuk mendapatkan suntikan mencegah penyakit menular. Suntikan ini amat perlu bagi anda sebagai pengendali makanan. Adalah satu kesalahan sekiranya anda mengendalikan makanan tanpa suntikan ini. Sebagai pengendali makanan, anda juga wajib menghadiri kursus pendek (1 hari) pengendali makanan yang dianjurkan oleh pihak Majlis berkuasa tempatan. Sekiranya anda punyai tempat masak yang berasingan untuk perniagaan katering, adalah wajib dapatkan lesen perniagaan dari majlis berkuasa tempatan. Kemungkinan dapur anda dilawati oleh pihak pejabat kesihatan tempatan untuk memberi nasihat dan teguran. Jangan ambil keputusan, jabatan kesihatan menyukarkan diri anda dalam perniagaan tetapi ia sebagai nasihat yang berguna apabila kita mula jual makanan kita untuk makanan untuk orang ramai. Cara penyediaan dan mengendali makanan cara yang salah akan memberi kesan yang buruk kepada pelangan dan juga perniagaan anda di masa akan datang.
3. Setelah segala urusan pentadbiran dan tersedianya syarikat, anda perlu mula berfikir untuk apakah jenis dan menu makanan akan dipertengahkan untuk pelangan. Apabila makanan dan menu telah dirancang dan putuskan, anda sekarang perlu memikirkan peralatan dan perkakas untuk memasak. Selepas memasak, bagaimana pula anda akan memindahkan makanan yang telah masak ke lokasi pelangan anda?. Perlukah anda menyediakan kenderaan khas seperti lori bonded dan ciri-ciri khas untuk memunggah makanan yang telah siap.
4. Sekiranya anda tidak punyai kemahiran masak secara kuantiti besar, anda perlu menghadiri kursus-kursus jangka pendek dalam masakan katering untuk menyediakan diri anda. Kursus-kursus yang baik akan membantu anda meringankan kekusutan dalam memasak apabila dapat terima pesanan nanti. Jangan cuba berniaga cara, “trial in error nama syarikat dan reputasi anda akan rosak dalam pemasaran dan sukar untuk dibaiki dalam masa terdekat.
Setelah anda telah daftar syarikat, telah memenuhi segala syarat Majlis berkuasa tempatan berkenaan keselamatan makanan, jenis menu dan masakan yang perlu, perkakas dan peralatan telah sedia ada, dada dipenuhi ilmu masakan, kini tiba pula untuk memikirkan kos (harga) menu anda untuk pelangan. Cara paling mudah untuk mengetahui kos menu ialah dengan melayari halaman web katering-katering dan juga dapatkan harga dari syarikat katering di tempat anda. Selidik kos yang ditawarkan oleh mereka. Untuk permulaan ikuti kos berkenaan. Jangan lakukan “price cutting” atau memotong harga pasaran dengan tidak munasabah. Harga tetapkan tetapi beri discount atau potongan harga. Jangan sekali merosakan pasaran harga. Bersaing dengan sihat dengan beri penumpuan pada perkhidmatan yang baik bukan dengan lawan harga. Anda akan merosakan bidang katering secara total kelak. Jana perhubungan yang baik dengan katerer yang lain di tempat anda.
5. Setelah tentukan kos menu anda, kini kerja yang paling berat ialah bagaimana anda memasuki dalam pemasaran. Strategi pemasaran tidak perlu yang hebat dan cara yang mudah ialah iklankan di surat khabar, radio, di Face Book atau melalui blog sosial. Anda juga boleh memperkenalkan perkhidmatan katering melalui mengambil bahagian dalam amalan amal jariah seperti menghantar makanan percuma ke majlis-majlis di Surau atau Mesjid. Anda juga Berhubung boleh dengan “event organizer” (syarikat pengatur-cara majlis) untuk menjemput ke tempat anda untuk “Taste Food ” /uji makanan dan perkhidmatan katering anda untuk memberi keyakinan pada mereka untuk mengambil syarikat anda sebagai rakan mereka.
6. Perniagaan katering memerlukan kerja keras dan bidang ini mampu beri kepulangan lumayan sekiranya anda sanggup berkerja kuat dan dengan cara yang betul. akhir sekali sedikit nasihat, “Don’t Do Right Thing In Wrong Time, but Must Do Right Thing In Right Time”. We provide food that customers love, day after day after day. People just want more of it. Perfection in food business is very difficult to acheive, and perfection was what a caterer wanted in his/her business. Everything else was secondry for us.
15 Respons kepada "INGIN MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DARI RUMAH"

Terima kasih diatas idea yg diberikan tapi anda boleh gabungkan bersama menjadi satu rangkaian perniagaan di setiap negeri dan di setiap daerah dengan sistem dan bantuan modal atau tips perniagaan bersama pratikalnya majukan bersama satu rumpun atau asas yang sama.Sila lihat restoran pelita samudra…Tauke lain-lain,untung sendiri-sendiri tapi produk yg sama dan prasarana ada standard….pelanggannya terlalu ramai orang islam+orang melayu.Mengapa org kita yg sangat bersetuju nak mengayakan mereka atau kita sendiri yg lupa identiti kita atau jemu dengan adat resam kita atau memang melayu sudah luput di Malaysia.Marilah sama-sama kita befikir dan bertindak untuk majukan diri kita jadikan contoh barulah kita boleh dicontohi oleh bangsa kita sendiri.Mana platform yg hakikatnya benar-benar boleh membantu.Tunjukkan dan buktikan kepada saya.Melayu sudah berubah.


assalamualaikum..sy ingin bertanya..bagaimana saya ingin mengetahui cara-cara pemasangan khemah..perhiasan meja pengantin…susun atur meja bulat..pemasangan ropol-ropol…senang cerita semua tentang katering..dari segi masakan insyallah saya sudah agak mahir..cuma saya mahu tahu langkah-langkah seterusnye..ape yang saya perlu beli dahulu…minta tolong tunjuk ajar…sekarang saya tengah mencari-cari ade atau pun tidak kursus katering…dimana kursus itu akan ajar saya dari A-Z..


hi , saya dah memang buat katering dari rumah ,tapi i pandai cari customer. tolong tunjuk ajar saya …………………………………..SVE caterer
f-3-7 pangsapuri bukit kuda ,klang ,,,,,,,,,,,012-7192324/012-9092324
jom rasa……………………. sesiapa ingin membuat tempahan makanan harian pun boleh (HALAL),,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,10Q


untuk mendaftar perniagaan anda di SSM boleh pergi laman web ni http://www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi…yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9…lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.


Sy mmg btl2 minat pniagaan katering tp blh bg ke mn tempat utk kursus katering… Sy sedang mencari tempat kursus.

1 | hafizbiz
Jun 20, 2011 pada 7:10 am
saya teringin sgt nk mulakan biz..skg still nga mencari..katering seperti ade potensi..harapannya saya akan berjaya..amin..
Mohammad Roslan
Jun 20, 2011 pada 3:48 pm
Bulan Ramadhan adalah bulan yang membawa barakah. Maka molek benar mulakan perniagaan anda pada bulan ini. Insyallah Allah SWT akan berkati saudara..amiiin.
haslanhamdan
September 13, 2011 pada 2:06 am
amin