PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PERNIAGAAN KATERING: 10 SEBAB KENAPA RAMAI YANG GAGAL?.

Posted on: Februari 21, 2011


“Jangan pedulikan berapa kali anda gagal dalam perniagaan. Jangan pedulikan berapa kali anda nyaris-nyaris berjaya. Tidak siapa yang akan tahu atau ambil peduli dengan kegagalan kita. Anda juga jangan pedulikan kegagalan dalam perniagaan. Setiap kali jatuh untuk bangun semula dengan kekuatan baru bukannya untuk tertiarap terus. Bangun dengan harapan baru yang kuat,  supaya tidak mudah jatuh lagi. Apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya ialah belajar dari kesilapan lampau dan belajar dari orang telah berjaya. Perbetulkan diri anda untuk mencapai kejayaan bukan untuk gagal sekali lagi. Setelah anda berjaya semua orang di sekeliling anda pasti tahu kejayaan anda.”

1. SIKAP.

Ramai di antara kita lebih menonjolkan diri kita sebagai Katerer dan bukannya sebagai  “ahli perniagaan” (business man). Sikap terbentuk apabila bingkai terbina dalam minda dan mengisi apa yang kita kehendaki. Bingkai atau Frame adalah mustahak untuk manusia mengubah sikap manusia. Sikap akan memperbetulkan kehidupan manusiasekiranya bingkai di isi dengan Ilmu yang betul. Berfikir sebagai “katerer” cuma akan membantutkan kejayaan anda untuk mengembangkan atau majukan perniagaan anda. Apabila anda berfikir sebagai ahli perniagaan, anda akan mula memikirkan bagaimana majukan perniagaan anda dengan perkara yang paling utama dalam sektor perniagaan. Faktor paling utama dalam perniagaan adalah strategi pemasaran, pengurusan kewangan dan lain-lain perkara dalam rancangan perniagaan anda. Sekiranya Faktor ini tidak  diambil peduli perniagaan anda akan mula akan celaru dan gagal. Anda perlu membina perniagaan anda. Sekiranya anda lemah dalam cara-cara menguruskan perniagaan dengan cara betul, belajar dari kursus-kursus yang dianjurkan kementerian dan ajensi kerajaan untuk  membantu golongan peniaga Melayu (itu pun kalau anda ada kabel yang baik). Cara yang baik ialah bergabung tenaga dengan orang yang mahir dan punyai skill dalam bidang perniagaan. Anda perlu mula berfikir sebagai ahli perniagaan!.

2. TERPERANGKAP DALAM KEADAAN MASA SILAM.

Maksud masa silam ialah mungkin anda punyai pengalaman 30 tahun menjadi katerer atau pun pemilik restoren dan anda cuma meneruskan perniagaan anda dengan cara anda lakukan berpandukan kepada pengalaman 30 tahun yang lepas. Pendekan cerita, anda tidak punyai Kreativiti, Innovatif dan daya reka cipta untuk menghadapi cabaran masa kini. Masalah berpandukan pengalaman (pradigma) seperti ini Mamak pernah melalui dengan Tukang Masak yang sudah berumur. Perkara seperti ini lagi parah sekiranya anda cuba kekalkan tukang masak atau pengurus bekas pemilik premis itu semasa proses ambil alih perniagaan. Tukang Masak seperti ini tak ambil pot, kenapa taukeh lama dia itu  gulung tikar dan apa yang mereka tahu “taukeh lama tak betul ini dan itu saja”. Tetapi berkenaan kesilapan diri mereka itu yang tak betul tidak sedar. Ada saja alasan dan kerenah mereka ini sekiranya anda minta mereka mengubah menu atau pengurusan. Ada juga tkang Masak di kantin-kantin perusahan menu mereka tetap sama selagi syarikat katering tidak ubah. Ada juga pengurus kilang merungut , kalau katerer tak tukar menu, kita tukar saja katerer baru, habis cerita”. Maka setiap tahun kantin kilang terpaksa kelurkan tender baru untuk katere baru ambil alih. Maka katerer di kilang perusahan awas dengan tukang masak yang “sikap” begini. Apa yang anda perlu lakukan kalau tukang masak sedia ada tak mahu mengubah resepi anda tukar tukang masak yang lain.

Pemilik syarikat Katering pula  janganlah terlalu bergantung sangat dengan cara berniaga dari pengalaman yang berpuluh tahun anda itu. Fikir perbesarkan perniagaan dengan idea yang terbaik untuk kejayaan anda. Inovasi adalah kualiti yang penting dalam perniagaan. Kebanyakan pemilik-pemilik yang berjaya ialah pemilik yang punyai daya kreatif dan inovatif yang tinggi. MacDoland berjaya bukan kerana kemahiran pemilik adik-beradik “MacDonald” tetapi pemikiran inovatif seorang jurujual peralatan yang sering berkunjung ke kedai MacDonald, Ray Kroc yang berumur 52 tahun. Ray Kroc ini berfikiran innovatif dan impikan perbesarkan perniagaannya setiap pelusuk dunia dengan cara kaedah “Francise”. Ray Kroc tak tahu buat “double Cheese burger” tapi punyai idea yang inovatif untuk mengembangkan perniagaan kepuncak yang tinggi. Bagaimana anda membolehkan anda menjadi seorang yang kreatif dan innovatif. Apa yang anda perlu lakukan ialah kunjung ke seminar-seminar dan “trade show” tentang makanan. Berapa ramai antara katerer yang pernah hadiri ke “Halal Hub Trade Show”,  yang telah berlangsung di Kula Lumpur baru-baru ini?. Berapa ramai katerer yang ingin saji makanan halal untuk ahli sukan olimpik yang beragama Islam di negara bukan Islam?. Fikir dari sekarang.

3. TIADA SISTEM:

Menjadi seorang katerer bukan senang. Sentiasa sibuk dan saban hari perlu menghadapi pelbagai masalah dengan kegiatan harian yang cukup padat. Siapa yang tak sibuk seperti ini, dia bukan seorang katerer yang baik. Setiap pagi  kesibukan bermula dengan urusan bank, memesan bekalan makanan, bayaran kepada vendor, menyelia tempat kerja, masalah teknikal dan berbagai-bagai masalah yang lain. Dalam kesibukan saban hari ini satu perkara yang paling mustahak anda telah lupa ialah, “Bagaimana anda perlu majukkan perniagaan Anda?”. “Bagaimana Anda Cari Pelangan Baru?”. “Bagaimana anda memuaskan hati pelangan yang sedia Ada?”. Untuk lakukan semua ini anda perlu ada “SISTEM”. Jadikan sistem ini sebagai pemangkin untuk kejayaan anda dalam perniagaan.

4. IMPIAN YANG TERSASAR:

Mamak kenali seorang katerer wanita yang punyai “impian”  yang ingin menjadi kaya untuk pakai kereta BMW dan rumah dua tingkat. Setiap kali dia berjumpa dengan mamak dia akan cerita perkara ini…mahu cari duit banyak!. Memang dia seorang wanita yang sangat gigih, kerja kuat, keluar Rumah sebelum solat subuh dan balik rumah lepas waktu Isyak. Kerja 18 jam! 7 hari seminggu!. Akhirnya dia datang dgn BMW baru. Bukan mamak terkejut pasai BMW baru, tetapi terkejut tengokkan dia gemuk, katanya ada darah tinggi, rumah tangga jadi kacau-bilau, akhirnya retak jadi janda. Apa kita pelajari dari kisah wanita gigih ini,  dia dapat apa yang di impikan selama ini tetapi impiannya membuatkan dia kehilangan apa yang telah ada padanya untuk megejar apa tiada. Impian yang betul  amat perlu untuk kejayaan perniagaan tetapi ia perlu lebih utamakan demi keluarga anda dan kehidupan anda. Impian yang baik akan berpandukan dengan sistem sistem pentadbiran yang baik, seperti anda cuma perlu kerja 6 hari seminggu dan sehari untuk bersama keluarga yang sayang. Setahun sekali pergilah “cuti-cuti Malaysia”, dan bila tiba masanya untuk berehat, anda  boleh jual rangkaian perniagaan anda untuk satu atau dua juta ringgit..bersyukur pada Illahi dan tumpukan pada beribadah dan cari bonus bekalan untuk akhirat. Inilah hidup sebenarnya sebagai seorang Muslimin. Jangan jadi papa didunia nanti iman pun ikut jadi papa kedana. Allah tak melarang kita tebar dan mencari rezeki yang halal tetapi kena beringat selalu, jangan impian kita tersasar!.

5. TIADA STRATEGI PERNIAGAAN.

Bila Mamak tanya kebanyakan pengurus pemasaran, ” apa itu strategi pemasaran?”, dengan pantas mereka jawab, ” iklan, “yellow page”, buat banner, buat pamplet, gunakan media cetak dan media elektronik dan mcm-mcm lagi. Sebenarnya yang disebutkan ialah mereka itu cuma “Taktik” bukan “Strategi”. Apa perbedzaan di antara strategi dan taktik?. Strategi yang betul akan menjadikan taktik berfungsi baik. Strategi yang betul akan mengurangkan tekanan kepada sebarang taktik dan mudah untuk anda menguruskannya.

Sekiranya anda pergi hentak kepala ke dinding kerana anda berasa kesal dan sesal kerana masih gagal untuk berjaya dalam perniagaan kerana kebodohan anda walau pun anda telah kerja keras untuk mencapai kejayaan tetapi seringkali gagal;  ini bukan bermakna anda adalah seorang yang gagal, tetapi ia bermaksud anda telah memilih STRATEGI yang salah.  Anda tak perlulah cari pakar-pakar untuk membetulkan strategi pemasaran anda. Ini adalah perniagaan anda dan anda yang lebih mengetahui kesilapan. Apa yang anda perlu mengetahui yang mana satu, strategi untuk  “impian jangka pendek” dan “impian jangka panjang”  untuk kejayaan total. Perancangan Perniagaan yang betul dan tepat boleh dicapai menerusi “visi yang besar” untuk kejayaan perniagaan anda.

6. KEPAKARAN DALAM JUALAN (SELLING SKILLS)

Adakah anda bosan untuk menjual produk katering anda kepada pelangan?. Kadang-kala cara ambil talipon tekan no. bakal pelanggan untuk memperkenalkan perkhidmatan katering anda amat membosankan. Bagaimana pula, bila berjumpa setiap kawan dan kenalan anda hulur kad nama dengan berkata, “This My card”?. Adakah anda juga bosan juga memberi senyuman palsu setiap kali berjumpa dengan pelanggan?.  Mamak memang bosan dengan cara disebutkan di atas dan  anda juga pasti bosan. Jangan lakukan perkara seperti ini. Apa yang diterangkan di atas bukanlah cara jualan profesional (profesional selling) – tetapi ramai yang lakukan perkara seperti ini. Jadi bagaimana memasarkan produk katering kepada bakal pelangan?. Untuk  anda memasarkan produk katering anda dengan cara yang betul, pastikan produk anda, “telah dijual” (sold)  kepada pembeli bukan membuang masa dengan pelangan yang belum dijual produk anda.

7. KAWALAN KEWANGAN:

Industri katering biasanya di minati oleh dari kalangan yang bukan dari bidang kewangan tetapi perlu ingat perniagaan katering tidak akan berjaya sekiranya, anda tidak punyai kefahaman dalam bidang kewangan terutamanya mengenai akaun perniagaan yang asas. Sekiranya anda tidak punyai sebarang kemahiran mengenainya tolonglah belajar. Kalau tak mampu dan tak masuk dalam otak, carilah seorang yang punyai kemahiran simpan kira-kira  (book keeping) yang untuk part-time (separuh masa) untuk anda. Patuhlah arahan-arahan yang diberikan olehnya mengenai menguruskan kewangan syarikat anda. Jangan sekali abaikan dan ambil mudah mengenai kewangan syarikat anda.

8. PENGURUSAN PEKERJA:

Mungkin anda kenali atau sering dengar, ramai majikan yang membayar gaji dan layan pekerja mereka sangat buruk. Majikan seperti ini tidak menyukai dan tidak percaya kepada pekerjanya sendiri. Dalam perniagaan apabila anda tidk suka atau tidak percaya kepada pekerja anda sendiri keadaan ini akan berlaku sama di pihak pekerja juga. Sudah pasti pkerja itu juga tidak suka dan tidak percaya majikannya. Pekerja seperti ini selalu akan buat apa yang disuruh itu pun selalunya kena memerhatikan setiap gerak langkah mereka. Ingat!. pekerja adalah penting untuk kejayaan syarikat anda lebih dari pelangan anda. Cari pekerja yang terbaik, jaga mereka dengan baik dan bayar mereka dengan tinggi sedikit dari persaing anda. Pasti mereka juga akan menjaga pelangan anda seperti emas. Jangan terlalu tamak, bayar pasukan pekerja anda gaji yang baik dan sayrikat anda akan maju dan akan menjadi besar. Anda akan sentiasa gembira apabila lihat wajah-wajah pekerja anda yang riang, begitu juga dengan pelangan anda. (sila baca posting masalah pekerja dalam bidang katering di blog ini).

9. KELETIHAN DAN HAMPA

Dalam perniagaan katering, keletihan dan hampa kerap kali berlaku. Perkara ini akan gagalkan semua usaha anda untuk kejayaan. Kehampaan cepat berlaku dalam perniagaan katering apabila anda gagal lakukan terbaik untuk pelangan anda. Cemuhan dan sikap pelangan juga kadang-kala boleh menghampakan anda. Jaga sentiasa diri anda dan kesihatan anda. Jangan letak semua kerja, di atas bahu anda seorang saja. Agihkan kerja dengan bersistematik. Sebelum sesuatu pesanan dari pelangan, adakan mesyuarat bersama dengan pekerja anda untuk mengagihkan kerja. Keluarkan arahan tugas secara bertulis kepada pekerja anda. Amalkan sistem yang terbaik untuk menghindarkan kehampaan anda terhadap kejayaan perniagaan anda. Jangan pancit di tengah jalan.

10. ISLAM DAN PERNIAGAAN:

Orang berkata, “punca rezeki dari 10 itu 9 cabang ada dalam perniagaan. Allah s.w.t telah menyeru umatnya mengikuti dalam semua keadaan dan aspek kehidupan contoh yang mulia adalah Nabi Mohammad s.a.w. Nabi s.a.w sebelum diangkat kerasulanya adalah seorang pedagang yang paling amanah dan jujur sehingga Siti Khadijah r.a yang kaya-raya dan berpengaruh jadikan Rasulullah s.a.w sebagai suaminya kerana kejujuran dan kebijaksanaan Rasullulah s.a.w sebagai pedagang atau pun bahasa sekarang digelar “business man”.  Orang Islam di zaman kegemilangan Islam telah menjadi pedagang antara-bangsa yang paling dihormati dan disegani di dunia. Kejayaan pedagang Islam ini kerana mereka amat taat dan jadikan amalan cabang Ibadah (muamalat) dalam perniagaan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Maka setiap peniaga dalam apa juga bidang perniagaan, perlulah ikut lunas-lunas Islam. Tanpa keberkatan dan Keredahan Allah s.w.t betapa anda handal sekali pun dalam perniagaan; anda tetap akan gagal dalam kehidupan yang sebenar di dunia dan akhirat. Maka Ingatlah dan ikutlah segala suruhan Allah dan amalan kekasihnya Rasullullah s.a.w dalam setiap amalan dalam perniagaan. Banyak Mamak tulis tentang Penyediaan Makanan cara Islam dalam blog ini. Adab makan juga ada Mamak postingkan.

P/S: Mamak  terus terang kata bukan pandai (yang pandai dan hebat itu cuma Allah s.w.t) dan ada-kala tulisan mamak tersasar, silap kesalahan ejaan dan juga ayat yang “carca marbah”, mungkin ia tidak memuaskan hati pembaca. Bahasa Malaysia Mamak ialah “O Level”  tahun 60-an. Kini bahasa Melayu banyak berubah. Apa yang penting ialah isi tulisan bukannya gaya bahasa yang ditonjolkan. Sekiranya ada kemusykilan dan kurang faham tentang apa saja dari tulisan Mamak diblog ini, sila e-mail kat Mamak. Insyallah Mamak tetap membalas setiap e-mail pengunjung blog ini. Kalau ingin penerangan dalam Bahasa Inggeris lagi Mamak suka. Kelebihan blog ini ialah mamak ingin wujudkan silatulrahim sesama kita dan interaksi di antara penulis dan pembaca. Saudara-saudari tak perlu gunakan ruang komen. Mamak akan cuba beri penerangan setiap pengunjung blog ini. Tak perlulah risau tentang alamat e-mail anda; Mamak tidak gunakan blog ini sebagai sumber mencari rezeki. Rezeki dari Allah sudah memadai untuk Mamak (pahala dari allah yang dicari). Wassalam. Insyallah semoga anda  diberkati dan permurahkan rezeki dari Allah s.w.t….aminn. e-mail: mohd.roslan99@gmail.com

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,215,910 hits
Februari 2011
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 403 other followers

%d bloggers like this: