PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

REMPAH SERBUK KARI.

Posted on: April 7, 2011


Posting kali mengenai Rempah Serbuk Kari. Ramai pengunjung blog mamak  bertanyakan jenama rempah serbuk kari yang terbaik dalam pasaran untuk masakan kari mereka. Bagaimana nak jawab soalan ini?. Berbagai-bagai jenama rempah serbuk kari terdapat dalam pasaran di negara ini. Ada jenama yang bergelar, “Raja kari rempah”,  “Rempah yang paling laris di Malaysia”, ada pula bergelar diri mereka, ” Rempah kari rahsia zaman kesultanan Melaka ” dan bermacam-macam lagi. Mana satu Rempah Serbuk Kari yang paling sedap ini?. Betul juga pening dibuatnya. Resepi kari Mamak dalam blog ini pulak, tambah rempah tertentu lagi dalam rempah serbuk Kari yang sedia ada. Sebenarnya semua Rempah Serbuk Kari yang terdapat dalam pasaran ada kelebihan masing-masing. Resepi rempah yang dicipta oleh pengilang rempah kari ini untuk kegunaan secara ‘am bukan untuk cita-rasa perseorangan.

Asal usul Rempah Kari Serbuk ini sebenarnya di reka oleh Penjajah British di India untuk kegunaan komersial dan mudah untuk mereka mengekploitasi untuk perdagangan mereka. Mungkin juga memalaskan rakyat India yang dibawah penjajahan mereka.  Biasanya Rempah kari dalam dapur orang India satu masa dahulu, digiling segala rempah dengan mengikut resepi yang telah diperterunkan genarasi ke genarasi. Maka resepi kari ini tidak sama dengan satu keluarga dengan ke satu keluarga yang lain. Keluarga masing-masing punyai rahsia resepi rempah kari yang tertentu. Harus juga anda memahami, Rempah Kari Serbuk ini yang dijual ini dengan berbagai jenama bukanlah hasil dari hanya satu jenis rempah saja. Serbuk Rempah kari ini adalah percampuran dengan berbagai jenis rempah yang diadunkan dengan dengan kuantiti tertentu untuk menjadikan satu resepi untuk masakan kari pilihan anda. Sudah mestinya kita boleh cipta resepi ini khas untuk selera keluarga kita. Kita boleh adunkan rempah yang perlu dengan kuantiti tertentu  mengikut cita rasa selera kita dan menghasilkan Rempah serbuk Kari. Dengan ini resipi rempah kari yang anda cipta itu boleh menjadi hak milik anda dan keluarga anda selama-lamanya. Ingin mencuba?.

Rempah-Rempah yang biasa digunakan dalam rempah kari ialah:

1. Serbuk Cili (kering) 2. Serbuk Kunyit 3. Serbuk Jintan Manis 4. Serbuk Jintan Putih 5. Serbuk biji rempah (corriander) 6. Serbuk lada putih 7. serbuk biji halba (fenugreek seeds) 8. Serbuk cengkih 9. serbuk halia 10. serbuk buah pelaga. 11. serbuk kulit kayu manis. (kalau tak kenal rempah baca dulu posting mamak diblog ini berkenaan Rahsia Repmah). Halia , bawang putih dengan bawang merah seperti biasa perlu digunakan juga dalam resipi kari anda nanti. Rempah-rempah anda boleh beli dari dikedai-kedai rempah. kalau tidak dapat beli anda boleh kisar sendiri dengan biji-biji rempah (raw) ini dengan masukkan dalam ketuhar dalam suhu 350 darjah F selama 7 minit  atau pun salai di panas terik di luar rumah. Anda juga boleh giling dengan sedikit air bersama dengan bawang putih, bawang merah kecil dan halia sekali. Cili kering perlu pemula dalam proses giling. Jadilah rempah giling basah. Yang Mamak jual rempah giling yang berlonggok itu bukan giling rempah asli cuma serbuk rempah dibasahkan dengan air. Jangan teruja dengan rempah giling asli…hmmm tanggal lengan anda kalau giling sebegitu banyak rempah seharian kecuali mengunakan mesin giling import yang bodoh.  Masalah rempah serbuk pula yang kita beli telah ditambah tepung beras dan kualiti rempah yang digunakan tidak memuaskan. Maka hasilnya tidak akan sama dengan rempah giling yang menggunakan rempah berkualiti dan tanpa campuran dengan bahan lain. Masa Mamak kanak-kanak dulu selalu ikut Ibu (mami) hantar rempah yang telah disalai ke Kilang (kecil) kisar rempah. Mami suka gunakan rempah yang telah dikisar untuk masak, masakan lauk nasi kandar. Mamak kurang tahu pulak masih ada lagi kah kilang (kecil) pengisar rempah yang boleh ambil upah untuk mengisar rempah yang kita sediakan?. Kalau ada sila gunakan perkhidmatan mereka. Boleh jadi taukeh rempah.

Resepi Rempah untuk resepi 1/2 kg. Ikan masak kari:

  • Dua sudu besar (tbsp) Serbuk Cili.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 2 sudu besar Serbuk Biji Rempah (corriander powder)
  • 1/2 sudu kecil serbuk halba (Fenugreek powder).
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
  • Nota: Perhatikan sekiranya penyediaan rempah untuk ikan, garam masala tidak digunakan. Garam masala?. apa benda itu?….cari sendiri. Sekiranya masak daging atau ayam perlu gunakan serbuk garam masala.

Anda boleh bermula dengan adun rempah dari jumlah kecil hingga ke jumlah yang besar sekiranya sudah dapat formula yang terbaik. Ciptalah resepi anda sendiri lebih hebat dari resepi rempah Mamak di atas untuk selera anda dan keluarga anda. Rempah serbuk kari Daging dan kari Ayam belajar adunan rempah sendiri yea….hahaha!.  Bukan apa, nanti taukeh Kilang kat Bukit Mertajam, Seberang Prai mengamok pulak dah dengan mamak nanti..wassalam.

10 Respons to "REMPAH SERBUK KARI."

salam , saya peminat dan pencinta rempah kari , saya ingin mendapat tunjuk ajar dari tuan haji tentang perbezaan rempah garam marsala dengan rempah nasi beriani , harap tuan haji respon kesulitan saya ini .. saya En.Ahmad , pengusaha kecil-kecilan nasi kandar luar bandar di Kuala Nerang , Kedah ..

Mualaikum Wasalam Che Mat,
Mamak haji ada buat posting kedua-dua rempah ini dlm blog ini.Masakan kari ini sebenarnya perlu rempahnya buat sendiri. Sebagai tukang masak kita perlu sediakan rempah-rempah kari ini dengan sendiri. Setiap tukang masak perlu ada resepi rahsianya sendiri. Begitulah restoren-restoren nasi kandaq rasa dan haruman kari berbedza-beza kerana tukang masak restoren gunakan resepi sendiri. Sekiranya kita gunakan rempah yg tersedia dijual seperti Baba’s, Adabi atau pun alagappa’s kari kita tidak akan berbeza. Rempah yg sediakan oleh syarikat rempah cuma untuk tukang masak yg novice bukan untuk peniaga-peniaga. Rempah yang adun perlulah berkualiti sebagai contohnya ada kayu manis yg berharga sekilo RM8.00 dan ada yg mahal cecah sampai RM45.00 sekilo.Maka syarikat yg buat rempah pada kebiasaannya cuma gunakan rempah jenis yg murah dan gunakan rempah yg paling murah untuk kuantiti. Sebagai contoh harga jintan putih lebih mahal dari jintan manis.Inilah sebab Mamak haji semakin hari semakin cuba ubah pembaca blog kepada tahap yg lebih tinggi dlm penyediaan resepi nasiq kandaq. Pada mulanya memang resepi mamak haji tulis gunakan rempah daging atau Ikan yg jual dalam pasaran. Ramai tanya Mamak Haji rempah yg terbaik dalam pasaran “cop apa”?. Mamak haji tak balas soalan seperti itu. Selepas dah lama pembaca blog berjinak dgn kari, maka mamak haji bawa pembaca ketahap lebih tinggi untuk penyediaan rempah sendiri. Sebagai contoh Mamak Haji tulis resepi rempah beriani yg sebenar rujuk: https://balannambiar.wordpress.com/2010/07/05/rahsia-serbuk-beriani/ dan https://balannambiar.wordpress.com/2012/01/07/rempah-garam-masala/ dan Mamak haji juga ada tulis mengenai resepi rempah daging.

Kalau saudara baca kedua=kedua atikal, akan faham apa yg maksudkan garam masala dan rempah beriani dan juga rempah daging. Dlm pada itu Mamak haji juga ada menulis bagaimana membuat pes bawang putih halia dan membuat yogurt atau tairu dan lain-lain. Ada kelapangan nanti mamak haji juga ingin menulis resepi rempah kurmak.Mamak haji akui membaca posting dlm blog ini membosankan tetapi setiap posting mamak haji ada selitkan rahsia dan tip masakan yg amat berguna untuk peniaga. selain posting mamak haji banyak membalas e-mail yg khusus yg ingin penerangan lanjut. Tulis posting dan menjawab e-mail lain. e-mail adalah cara terbaik untuk kekusutan yg dihadapi semasa masak dan baca posting adalah untuk pengetahuan ‘am. Mamak haji banyak juga ke blog-blog masak dlm net ini. Kebanyakan resepi masakan yg terdapat ialah untuk suri rumah atau pun bagi menjadikan masak ini sebagai hobi. Masak untuk keluarga dan masak untuk berniaga lain cara. Cara dan tip perniagaan inilah kita perlukan sekiranya kita ini peniaga.Sekurang-kurangnya kita sebagai taukeh restoren atau katering tahu apa yg perlu buat dibahagian dapur.Kadang-kala tukang masak kita ini lebih dari boss.Macam tokong. Tak boleh tegur dan terus merajuk dan berhenti kerja atau sabotaj perniagaan kita.Mamak haji juga sering hadapi masalah ini.Untuk elakan perkara bergesel dgn tukang masak kita perlu ada resepi tetap retoren atau katering. Kita tidak perlukan perkhidmatan tukang masak super dooper cuma perlukan yang tahu gunakan kuali, senduk atau api dapur sudah memadai. Bukan saja kos tetap dapat kurangkan tetapi tahap pengurusan amat berkesan. Inilah berlaku di restoren yg mashur seperti KFC, McD’s dan lain. Restoren ini tidak gunakan perkhidmatan tukang masak tetapi cuma ada kitchen crew. Panjang mamak haji tulis ini…hahahaha!. Inilah tabiat mamak haji sukarubah..membebel!. Sekiranya saudara masih ragu atau ada masalah e-mail kat Mamak haji : Mohd.roslan99@gmail.com. yg tunggu jawapan e-mail itu harap sabar,..mamak haji tetap balas.Terlalu banyak e-mail perlu balas dgn betul..kena pikiaq panjang. Wassalam.

Assalamualaikum , terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur dia atas kesudian Tuan Haji menjawab dan berkongsi kesulitan saya berkaitan perbezaan kegunaan dan kandungan garam marsala dan rempah beriani .
Sebenarnya , saya ingin mendapat penjelasan lebih tinggi , benarkah garam marsala adalah ibu rempah dan ia boleh dijadikan adunan membuat serbuk rempah kari ikan , ayam/daging dan kurma sebagai contoh , garam marsala + serbuk jintan putih + serbuk jintan manis + serbuk kunyit + serbuk cili + serbuk halba jadi serbuk kari ikan , begitu jugak garam marsala ( ibu rempah ) boleh dijadikan rempah nasi beriani , nasi daging dan nasi mandy
persoalan saya di sini , apa yg saya belajar dan telah saya praktikkan dalam perniagaan saya selama 3 tahun , saya keliru adakah yg saya belajar itu betul atau salah ???? di sini saya memohon tunjuk ajar Tuan Haji cara yg betul membuat rempah kari nasi kandar yg original seperti rempah kari ikan , ayam/daging dan rempah kurma .. Harap mendapat maklum balas Tuan Haji ……. Sekian Terima kasih .. :)

Salam, Garam Masala digunakan semasa akhir masakan. Rempah kari pula digunakan diawal masakan. Garam Masala digunakan sebagai serbuk perisa masakan yang berasaskan rempah. Fungsinya adalah menyedapkan masakan berempah dan juga menaikan lagi aroma masakan tersebut. Kegunaan Garam Masala tidak ada had untuk masakan rempah saja..kek gunakan garam masala pun ada. Dengan ini saudara gunakn garam masala untuk berbagai masakan tidak ada masalah. Garam Masala ini seperti kita gunakan perisa makananan MSG.Ibu Mamak haji masak kari tidak pernah gunakan remmpah yang sedia jual di kedai. Rempah kari ikut selera kita. Tak ada “standard” dalam penyediaan.Mamak Haji cuma boleh beri asas penyediaan rempah kari dan tak boleh juga mengaku rempah kari mamak paling sedap!. Terpaksa rajin sedikit untuk dapatkan “My Secret Recipe”.Mamak haji cuma boleh menulis resepi rempah yang asas yang lain terpulang pada anda semua untuk memperbaiki resepi tersebut mengikut selera anda. Terima kasih tinggalkan komen. Mamak Haji cuba bawa lagi penyediaan rempah-rempah yang saudar mohon. Wasalam.

Saya memiliki produk rempah2…gmn memasarkannya ?

Salam, soalan yang pendek tetapi terlalu mendalam..hahaha!.Sebelum mamak haji jawap soalan saudara, nak tanya dua solan kepada suadara. 1.Siapa pelangan saudara?. 2. Siapa yang akan beli produk saya?.Jangan anggap semua orang akan beli produk saudara. Jangan membuat andaian atau asumsi dengan menyedapkan hati, “semua orang akan beli produk saya!”. Andaian atau membuat asumsi dlm perniagaan boleh menyebabkan kesilapan dalam mengambil keputusan, kesilapan dalam menentukan harga jualan atau pun kesilapan dalam strategi pemasaran. Kesilapan ini akan membawa kepada kegagalan dalam perniagaan.

Usahawan perniagaan kecil perlu memahami sebilangan kecil orang akan membeli produk kita. Tugas pertama kita sebelum memulakan perniagaan ialah mengenali siapakah pembeli ini dan mulakan dengan mensasarkan kepada orang-orang ini dan tumpukan sasaran pemasaran dengan menganbil kira tiga faktor yang akan menyebabkan orang beli produk kita. 1. Pembeli akan membeli produk baru untuk keperluan asas mereka. 2. Pembeli membeli produk baru untuk mengatasi masalah yang mereka alami pada produk yang sama dengan menguji produk baru. 3. Mereka membeli produk baru sekiranya penjual dapat memuaskan hati mereka.Sementara ini kaji selidik strategi pemasaran menggunakan 4P..1. Product strategi 2. Pricing strategi 3. Promotional stargies 4. Placement Strategies. Mungkin kalau mamak haji ada masa nanti buat posting mengenai tajuk seperti saudara minta itu..wassalam.

Saya menggunakan rempah untuk keperluan asas.Masalahnya setiap kali ingin memasak sesuatu masakan seperti memasak kari ikan, kari ayam,rendang ayam/daging,masak korma,acar,kuah satay,rempah kicap, rempah sup ,rempah yg digunakan adalah berbeza-beza.Apabila pergi ke kedai,saya terpaksa membeli rempah yang berbeza-beza mengikut jenis masakan sedangkan saya perhatikan semasa membeli rempah, bahan rempah utamanya adalah sama cuma campurannya sahaja yang berbeza-beza.kalau tidak silap saya, kedai yang tempat saya beli itu hanya mempunyai 6 atau 8 jenis rempah sahaja yang digunakan untuk membuat rempah seperti rempah kari ikan,rempah daging,rempah rendang,rempah satay, rempah acar,rempah sup dan rempah korma.Boleh kah tuan berikan resipi pelbagai rempah tersebut (bahan utama sahaja) supaya saya hanya membeli 6 atau 8 jenis rempah sahaja (seperti yg biasanya ada dijual di dlm kedai rempah)dan saya campurkan sendiri rempah tersebut apabila membuat masakan.Dengan resipi (rempah/bahan asas sahaja)yg tuan berikan,maka saya tidak perlu membeli pelbagai jenis rempah lagi di kedai di samping saya boleh menjimatkan kos pembelian. Sekiam,terima kasih

Salam,
Ramai saudara-mara mamak haji biasanya tanya dua perkara dgn mamak haji tentang kari. 1. Kenapa kari mamak pekat?. 2. kenapa kari mamak wangi?. Rahsia kari mamak pekat likat bukan disebabkan serbuk kas-kas semata-mata. Kari mamak pekat disebabkan masa yg diambil untuk reneh kari itu agak lama. Renehan (simmering) kari mengambil masa sekurang-kurangnya 30-45 minit supaya rempah cukup masak. Soalan kedua?. Kenapa kari mamak wangi?. Ada yg kata kerana ia digiling atau rempah yg mahal-mahal. Mungkin benar tetapi wangi kari itu sebenarnya dari adunan rempah yang dikisar biji rempah yg cukup kering kepanasan matahari atau pun digoreng kering biji-biji rempah itu terlebih dahulu. Maka rempah tak perlu ditumis dgn minyak panas. cara ini cuma hilangan kewangian rempah itu sendiri.wassalam.

Salam, saya ingin bertanya kalau mamak hajI tau tempat saya boleh hantar rempah ratus dan kunyit untuk dikisar halus macam tepung. Atau dimana saya boleh dapatkan mesin untuk kisar halus seperti tepung

mualaikum wasalam,
Biasanya kisar di kilang kecil rempah tradisional India..tetapi kilang-kilang kecil ini semakin pupus kerana serbuk-serbuk ‘ready-made’ lebih dikenali sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 5,463,213 hits
April 2011
M T W T F S S
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: