PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PENGURUSAN KANTIN KILANG: BHG.1

Posted on: Mei 1, 2011


Kantin kilang berfungsi sebagai tempat untuk menyediakan berbagai menu makanan yang berkhasiat, murah, dan juga menjadi tempat beristirehat untuk para pekerja-pekerja dalam sesebuah kilang. Kantin kilang pada anggap ramai bukanlah tempat yang hanya untuk mengisi perut kosong para pekerja yang bertungkus-lumus saban hari. Kantin kilang juga bukan tempat yang menawarkan makanan murah untuk pekerja-pekerjanya dengan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak berkualiti dari segi mutusumber bahan penyediaan makanan atau pun dari segi perkhidmatan pelangan. Konsep negatif seperti dalam pemikiran pihak pengurusan kilang sepatutnya dihindarkan. Kantin Kilang sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan pekerja-pekerja dan juga berperanan menjalinkan suasana kerjasama erat dan harmoni di antara pekerja-pekerja untuk membantu meningkatkan produktiviti dan moral pekerja-pekerja di sesebuah kilang perusahaan. Dengan ini anda boleh kenal kilang yang maju dan berintergeriti tinggi pengurusan kilangnya dari melawat kantin sesebuah kilang.  Apabila anda hadiri temuduga untuk mengisi jawatan di sesebuah kilang jangan lupa singgah kantin kilang itu untuk mengetahui kebajikan pekerja atau sistem pengurusan kilang itu. Selepas melawat ambil lah keputusan sekiranya anda sanggup bekerja kilang tersebut. kantin di kilang perlu diberi perhatian serius dalam sistem pengurusan sumber manusia. Pihak pengurusan kilang jangan pandang ringan dan sempit dengan menepikan segala sumbangan kantin itu untuk meningkatkan produktiviti kilang. Dengan ini kantin kilang perlu diuruskan dengan baik dan teratur oleh pihak pengurusan kilang. Pihak pengurusan kilang perlu memberi perhatian khusus untuk membaiki perkhidmatan kantin mereka seperti, kantin dibina mempunyai pengudaraan semula jadi yang baik dan seboleh-bolehnya kantin perlu berhawa dingin. Negara kita yang bercuaca panas hampir mencecah 36 – 38 darjah celcius pada waktu tengah hari dan untuk menjamu hidangan tengah hari, bayangkan betapa sengsaranya pekerja pekerja anda. Ada juga konsep pengurusan kilang memberi bilek makan yang untuk eksekutifnya yang sememangnya yang berkerja dalam bilek yang berhawa dingin tetapi kebajikan pekerja-pekerja yang bertungkus lumus kebajikan mereka dilupakan begitu saja. Kantin sekolah pun mengamalkan cara begini, yang mana bilek makan guru dan hidangan diasingkan dengan murid-murid. Hidangan guru amat istimewa dan mutunya hidangan makanan berlipat kali ganda terbaik dari murid-murid dan harganya pula pasti lebih murah. Apakah ini dasar penjajah dari Eropah dan ketuanan kulit putih masih menjadi amalan yang berkekalan di kantin sekolah dan kilang masih berkekalan?. Kenapa di rumah kita digalakan makan dbersama engan anak-anak semeja untuk membina kemesraan keluarga itu tidak diamalkan di tempat kerja?. Keperluan asas di kantin perlu dilengkapi dengan kerusi meja yang baik, cahaya lampu yang bersesuain, tempat cuci tangan yang mencukupi, pastikan membekalkan makanan dan air minuman yang mencukupi untuk setiap pekerja-pekerja menjamu selera, pihak pengurusan juga perlu bijak memilih katerer kantin yang punyai pengalaman dalam sajian makanan dan juga mempunyai berpengetahuan yang baik dalam pengendalian penyediaan makanan yang sihat. Pihak pengurusan perlu pastikan kebersihan kantin sentiasa dijaga rapi bukan saja oleh pihak katerer tetapi pekerja-pekerja kilang juga harus menjaga ersama seperti, menggunakan pengalas makanan (serving tray), jangan tinggalkan sisa-sisa makanan di atas meja selepas selesai makan, kembalikan pinggan cawan, dan tray ditempat yang disediakn dan lantai tempat makan sentisa perlu dijaga kebersihan.

Perkara asas untuk perkhidmatan kantin terbaik di kilang ialah, pihak pengurusan kilang perlu menyediakan dewan makan dan dapur kantin yang bersesuain dengan kapasiti jumlah pekerja-pekerja. Dewan makan pekerja perlu sesuai dengan jumlah pekerja yang menjamu dalam sesuatu jadual makan. Jadual (break) makan untuk pekerja-pekerja perlu di atur dan disusun rapi untuk mengelakan dewan makan penuh sesak dan juga pekerja harus beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Ini akan membosankan pekerja-pekerja yang sedang lapar. Kantin seperti ini bukan meningkatkan prestasi produktiviti tetapi meleburkan segala impian dan usaha yang sia-sia oleh pihak pengurusan untuk meningkatkan moral dan semangat pekerja selepas menjamu selera dan kembali ke tempat kerja. Keluasan lantai (floor) dewan makan perlu ditentukan dengan jumlah pekerja yang keluar untuk makan. Pada amalan biasa keluasan dewan makan berhubung kait rapat dengan jumlah pekerja yang menjamu selera dalam satu masa di dewan itu. Sebagai panduan, untuk 80 orang pekerja, seorang pekerja memerlukan kawasan 11 kaki persegi (maka keluasan keseluruhan dewan yang diperlukan ialah 80 X 11kaki persegi), tetapi sekiranya 800 pekerja pula, keluasan kawasan untuk seorang pekerja boleh dikurangkan kepada 8 kaki persegi (maka keluasan dewan makan 800 X 8 kaki persegi). Pengudaraan semula jadi adalah amat mustahak di dewan makan sekiranya dewan makan pekerja tidak berhawa dingin. Dewan makan pekerja di kantin perlu direka dan dibina tingkap cermin dalam kadar 1:10 dari keluasan seluruh keluasan dewan makan.

Peranan dan reka dapur kantin memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan yang secukup untuk semua pekerja dalam waktu yang ditentukan. Maka keluasan dapur juga amat mustahak yang tidak boleh pandang ringan oleh pihak pengurusan kilang. Contoh keluasan dapur:

Jumlah pekerja: 100                Saiz Keluasan Dapur: 20′ X 15′

300                                                           25′ X 20′

400                                                           30′ X 25′

500                                                           35′ X 25′

1,000                                                        50′ X 30′

LANGKAH -LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN KILANG UNTUK MENENTUKKAN KANTIN BERFUNGSI DENGAN BAIK:

  1. Pengurusan kilang perlu tentukan ruang dewan makan kantin yang mencukupi keluasan untuk pekerja-pekerja mereka menikmati hidangan makanan dengan selesa.
  2. Pastikan dewan makan kantin mempunyai pengudaraan yang baik dengan tingkap yang mencukupi dan berkipas angin atau cuba mengadakan dewan makan yang berhawa dingin.
  3. Lantai dewan makan perlu dipasang dengan jubin yang mudah untuk bersihkan dan anti-licin (non-slip). Pastikan lantai dewan makan sentisa bersih dan kering.
  4. Kerusi dan meja makan sentisa disusun dengan rapi dan mencukupi.
  5. Tentukan harga makanan dan menu harian dipamirkan untuk pekerja-pekerja kilang. Sukatan seperti nasi dan sayur perlu menggunakan peralatan (senduk) yang standard.
  6. Pekerja-Pekerja perlu diberi pengetahuan yang cukup untuk mengetahui cara-cara kegunaan kantin seperti, waktu buka, waktu tutup, bagaimana memilih dan mengambil makanan, cara makan di dewan makan, memulangkan pingan makan, cawan dan sudu-garpu ditempat yang disediakan, apa yang tidak boleh lakukan dikantin (membawa bahan makanan yang sensitif pada agama seperti makanan luar yang mengandungi haram untuk orang Islam, dan makanan ditegah untuk yang beragama Hindu atau Budha dan lain-lain), bagaimana beratur untuk mengambil makanan, memilih meja makan, dan lain-lain perkara. Cara-cara kegunaan di kantin ini juga boleh dijadikan sebagai undang-undang kecil syarikat. Semasa pekerja baru jalankan induksi kursus pengenalan kilang, boleh muatkan skop kegunaan kantin dalam sylbus pembelajaran untuk pekerja baru).
  7. Katerer yang dipilih untuk mengendalikan kantin perlu punyai pengetahuan yang dalam mengenai makanan kesihatan, cara mengendalikan makanan, kesihatan makanan dan juga pekerja-pekerja syarikatnya terlatih dalam pengendalian makanan da juga mempunyai sikap yang terbaik dalam bidang penyediaan makanan dan hospataliti.
  8. Meja makan perlu dibersihkan segera oleh katerer kantin selepas setiap sesi waktu makan. Katerer juga perlu menentukan semua menu harian sentiasa mencukupi untuk semua pekerja-pekerja kilang. Sudu garpu, pingan dan cawan perlu sentiasa bersih dan mencukupi.
  9. Bilangan sinki cuci tangan yang mencukupi. Sinki-sinki  ini sentiasa perlu bersih dan dilengkapi sabun. `
  10. Keadaan dapur kantin sentisa kemas dan bersih. Segala amalan pengendalian makanan yang selamat perlu dipatuhi pihak katerer dan pekerjanya. Semua syarat-syarat Majlis kerajaan tempatan dan kesihatan perlu dipatuhi.
  11. Pihak pengurusan kilang sentiasa memantau kantin kilang mereka mematuhi segala arahan dari masa kemasa. Audit dalaman kilang perlu memasukkan kantin sebagai salah satu organisai yang perlu odit.Pemerikasan mengejut akan memberi impak yang baik untuk menentukkan segala syarat dan arahan dipatuhi oleh katerer yang berkhidmat. Segala teguran perlu dicatit dalam fail khas untuk penilaian semula menyambung kontrak katerer. Adalah cara terbaik mengekalkan katerer yang baik dan singkirkan katerer yang selalu melanggar peraturan-peraturan kantin.
Nota: Sila rujuk cara memilih katerer yang baik untuk kantin anda dalam tulisan mamak yang post yang lepas.
balannambiar.wordpress.com/2009/07/25/penubuhan-jawatan-kuasa-kantin/
balannambiar.word.press.com/2010/07/16/temuduga-melantik-pengendali kantin/
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: