PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

KANTIN KILANG BHG 2:RESEPI MASAKAN ANTARA-BANGSA

Posted on: Mei 2, 2011


Menu masakan kantin perlu diragamkan mengikut selera pekerja. Kali ini Mamak ingin mempertengahkan resepi yang terkenal dari dari negara Nepal dan Bangladesh dan juga resepi popular keturunan Tiong Hua. Seperti kita maklum pekerja dari negara-negara Nepal dan Bagladesh telah mengisi kekosongan peringkat bawahan operasi kebanyakan kilang-kilang di Malaysia. Adalah dikatakan sektor perkilangan negara ini sangat memerlukan perkhidmatan mereka. Tanpa tenaga buruh dari negara-negara ini melumpuhkan sektor-sektor perkilangan tertentu. Nampak gaya orang tempatan tidak lagi berminat kerja peringkat bawahan di kilang-kilang negara ini. Mungkin warga tempatan mengambil kira masalah gaji ekoran dari kos sara hidup yang terlalu tinggi sejak kebelakangan. Maka menu masakan di kantin kilang kadangkala perlu masak mengikut resepi kegemaran pekerja asing ini. Pekerja asing ini  jangan pula kita lupakan sebagai pelangan dan harus melayani mereka sama seperti pekerja tempatan. Pekerja migran ini juga manusia diciptakan mulia oleh Allah SWT, maka Islam mengajar kita, mereka juga berhak dilayan sama-rata.

Sempena Hari Pekerja, benarkan Mamak komen sedikit tentang nasib golongan pekerja di negara ini. 34 peratus gaji bulan pekerja kilang di negara ini adalah bawah RM700. Kebanjiran tenaga asing antara sebab upah yang rendah – Berita Harian: 2010/08/06. Gaji bawah RM700.00 itu adalah dibawah garis miskinan yang ketika ini ditetapkan pada paras RM720.00. Adalah dikatakan 2.2 juta pekerja tempatan di seluruh negara menerima gaji pokok di bawah RM1,000.00 sebulan dan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar. Golongan miskin di negara ini ditakrifkan sebagai isi rumah dengan jumlah pendapatan kurang atau bersamaan RM750.00 sebulan, manakala miskin tegar pendapatan isi rumah kurang daripada RM440.00 sebulan. Sedih memikirkan nasib pekerja di negara ini. Agar kerajaan cepat laksanakan “Gaji Minima” untuk pekerja dengan segera untuk membantu golongan pekerja yang semakin hidup tersepit dengan belengu kenaikan harga barang. Walau bagaimana pun Mamak ucapkan “Selamat Menyambut Hari Pekerja” , kepada semua warga pekerja.

RESIPI 1:  MEE HOON GORENG SINGAPORE (resepi masakan Cina).

Bahan-Bahan:

  • 1 Bungkus Mee Hoon.
  • 3 tbsp (sudu besar) minyak masak.
  • Sedikit udang segar sederhana dikopek kulit.
  • 1 tbsp bawang putih dicincang halus.
  • 1 tbsp halia dicincang halus.
  • 1 tbsp hirisan kiub bawang merah (kecil).
  • Sedikit cili masak dihiris halus.
  • 1 tbsp cili kering kisaran(ikut kepedasan yang dikehendaki).
  • 2 tbsp serbuk kari.
  • 1/2 cawan “chicken stock” / atau cairkan 1 kiub stock ayam dlm 1/2 cawan air.
  • 3 tbsp kicap cair.
  • 2 tsp (sudu teh) gula pasir.
  • 2 cawan taugeh yang telah dibersihkan.
  • 1/2  tsp lada sula (pepper)
  • Garam secukup rasa.

CARA-CARA :

  1. Mee Hoon terlebih dulu direndam dalam air panas didih selama 2-3 minit. Keluarkan serta-merta dan rendam pula dalam bekas air (paip) yang tersedia untuk memastikan haba panas yang terperangkap dalam bee hoon semasa direndam air panas tidak lagi masak lagi bee hoon yang terendam. proses ini rendam dalam air biasa itu untuk matikan haba panas. Pada lazimnya orang kita cuma rendam bee hoon dan goreng dengan sedikit air ditambah semasa gorengan. Rendam dala air panas ini proses yang cepat dan boleh hindarkan bau hapak bee hoon.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Goreng udang basah sehingga masak dan ketepikan. Kuali yang diperbuat dari logam alluminium tidak sesuai untuk gorengan bee hoon kerana ia akan melekat pada permukaan kuali. Gunakan kuali tidak melekat (non stick) atau kuali “cast iron” yang bertangkai diperbuat dari kayu.
  3. Masukkan kembali minyak masak dan keraskan api dapur. Masukkan hirisan bawang putih , bila bawang putih keluarkan bau haruman, masukkan kisaran cili kering dan hirisan halia hirisan kiub bawang merah da masukkan serbuk kari.
  4. Masukan air kiub ayam taugeh atau sayur sawi pendek (Bok Choi) yang telah dibersihkan. Perlahankan api dapur. Masukkan kicap cair, gula, lada sula dan Garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih selama 3-4 minit.
  5. Masukkan Mee Hoon dan goreng sehingga semua perencah sebati dengan mee hoon. Masukkan udang yang telah goreng. Keluarkan dan hidangkan dengan potongan telur dadar yang telah hiris, daun bawang dan daun sup serta bawang goreng. Cili merah boleh ditaburkan di atas hidangan. Selamat mencuba.

RESEPI 2: RESEPI TERKENAL NEPAL “ALU ACAR”

Bahan-Bahan perlukan:

  • 6 biji kentang agak besar.
  • 2 sudu minyak bijan.
  • 2-3 cili hijau dipotong melintang.
  • 1/2 tsp serbuk kunyit.
  • 3-4 tbsp air perahan lemon.
  • 1 tbsp serbuk cabai.

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan kentang dan rebus sehingga lembut. Kopek kulit dan potong kiub 1 inci.
  2. Masukkan serbuk cili, garam, serbuk kunyit dan jus perahan lemon dan gaulkan.
  3. Boleh dihidangkan dengan hiasan potongan daun sup.

RESEPI 3: RESEPI TERKENAL DARI BANGLADESH “KURMAK IKAN”. 

1 kg. Ikan yang agak keras isinya.  (ikan talapia merah).

1/2 cawan yogurt (tairu).

1/2 cawan kisaran bawang.

2 tbsp pes halia.

1 tbsp pes bawang putih.

1 tbsp pes biji rempah (serbuk boleh dijadikan pes dgn campur sedikit air).

6 biji Buah pelaga.

2 keping kulit kayu manis 1″.

3/4 cawan Minyak sapi (ghee).

6 cili hijau.

1 tbsp gula pasir.

1 tbsp Jus perahan limau.

2 tsp garam.

Cara memasak :

Sama seperti masak kurma biasa. Sila baca posting Mamak yang lepas, “Kurmak Ayam”. SELAMAT MENCUBA RESEPI-RESEPI INI DI KANTIN ANDA.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,192,387 hits
Mei 2011
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: