PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI KATERING: NASI AYAM HAINAN 50 HIDANGAN.

Posted on: Julai 13, 2011


Resepi NASI AYAM HAINAN ialah hidangan menu yang berasal dari negara Cina. Hidangan Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di negara kita dan Singapura atau di Thailand adalah versi yang telah mengalami proses pengubah-suaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing.  Asal-usul Menu Nasi Ayam Hainan di negara Cina adalah dari hidangan Daerah Hainan di negeri Cina yang membawa maksud ayam tua atau “Ayam Weng Chang”.  Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di Malaysia dan Singapura adalah hidangan gabungan dua suku masyarakat Cina, Hainan dan Kantonis. kelazatan sebenar Nasi Ayam Hainan ini terletak pada cara dan proses penyediaan stok ayam (air rebusan ayam segar). Dalam menu ini “Stok Ayam” adalah bahan asas yang digunakan untuk masak nasi, sup dan juga cicah sos cili yang lazat. Cara masakan tradisi Hainan, ayam yang digunakan adalah dipilih lebih tua untuk mendapatkan minyak ayam yang lebih sedikit dari gunakan ayam yang muda tetapi pengaruh suku kaum Cina kantonis telah mengubah resepi asal ayam tua kepada ayam muda yang punyai lebih padat isi ayam dari ayam tua.

Hidangan ini sekali lagi bertukar bila orang Melayu peminat masakan nasi ayam. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut cita-rasa penggemar Hidangan Nasi Ayam. Tak salah Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang penting ialah, resepi yang diubah perlu disukai ramai dan punyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan.

Hidangan Nasi Ayam Hainan ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk ‘diet seimbang’. Maka hidangan “Nasi Ayam Hainan” adalah  satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan. Kali ini Mamak Haji ingin kemukakan resepi hidangan lebih besar untuk saudara-saudari kita yang ingin mencebur dalam perniagaan Bazar Ramadhan yang tak lama lagi. Suri Rumah yang ingin mencuba resepi ini sila bahagikan dengan 10 untuk hidangan 10 orang di rumah.

RESEPI NASI AYAM HAINAN. (50- 60 hidangan).

CARA- CARA MENYEDIAKAN STOK AYAM:

  1. 10 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 – 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan 2 sudu besar hirisan halia dan daun bawang putih (scallions/ leek) yang telah dihiris ke  dalam rongga badan ayam. Lumurkan ayam dengan 1 sudu besra garam untuk setiap satu ekor ayam.
  2. Isikan air secukup dalam periok besar (kalau tidak muat semua ayam, boleh rebus dua kali).
  3. Masukkan 3 sudu biji lada putih pada air, Biarkan air mendidih.
  4. Tenggelamkan ayam dengan bahagian dada ke bawah.  Air rebusan perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Apabila semua ayam telah masukan dengan segera rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan. rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45-60 minit. Sediakan air ais dalam sebuah besin.
  5. Apabila semua ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais/  air biasa yang telah disediakan. Rendam semua ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam masak lagi isi ayam.
  6. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong untuk dihidangkan semasa pelanngan meminta.
  7. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.

CARA-CARA MASAK NASI AYAM (5KG).

BAHAN-BAHAN:

  • 5 kg. beras 5% hancur. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
  • 1/4 cawan hirisan bawang putih (chopped).
  • 1/2 cawan hirisan halia.
  • Garam secukup rasa. (1/2 senduk besar).
  • 1 senduk besar minyak masak (1/2 cup).
  • 3 helai daun pandan disimpul.
  • 3 1/2 jug (2 liter) air rebusan ayam (stok) yang telah disimpan. Paling mudah ukuran air ialah sukat beras dan air ikut sukatan beras. Air stok ayam dan Beras dalam nisbah 1:1.
  • 3 kiub stock ayam segera sebagai penambah rasa.

CARA-CARA MEMASAK NASI:

  1. Basuh beras sehingga air basuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).
  2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi, sekiranya lemak amat sedikit boleh tambahkan satu senduk besar minyak masak.
  3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10-15 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.
  4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan kiub stok ayam. Rasa Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering dan nasi anda keluarkan gelembung. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.

SOS SEBAGAI PENCICAH:

Tentang sos ini untuk komersial gunakan cili kering dan cuka ia jimat kos anda. Tapi untuk kelazatan yang sebenar gunakan Cili Masak Hidup dan Air limau kasturi. Ini terpulang pada anda. Ada yang kata cuka tiruan mudaratkan perut tetapi Mamak rasa semua jenama sos cili gunakan cuka maka mungkin ia cuma dari segi alahan (alergi) induvidu. Dalam posting yang lepas Mamak ada resepi sos cili sila gunakan resepi sos cili ini.

Sos kicap boleh didisediakan dengan menggunakan kicap pekat lemak manis dan ditambah dengan sos tiram dan juga bawang putih. Cairkan sos anda dengan menggunakan stok ayam (rebusan ayam) yang anda sediakan. Anda boleh sediakan sos mengikut cita rasa anda. Tak sos yang standard dalam resepi Nasi Ayam atau anda boleh gunakan sos sedia yang dijual. Kepada peniaga yang ingin dapatkan resepi sos Mamak yang lengkap sila e-mailkan kepada: mohd.roslan99@gmail.com

About these ads

18 Respons to "RESEPI KATERING: NASI AYAM HAINAN 50 HIDANGAN."

Asalamualaikum., tuan saya ingin dapatkan resipi sos cicli mamak.

sekian, terima kasih.

nak tahu mcm mna nak masak nasi tomato, dan sebagainya. dan nasi ayam berbagai jenis resepi nasi ayam?……….

Salam Saudara Jai Mohd Nahar,
Tentang resepi Nasi Tomoto, sila baca posting-posting Mamak yang lepas ada resepi untuk 10 hidangan dan ada juga resepi katering 100 hidangan. Harap Saudara Jai ada masa baca posting berkenaan yea!. Tentang resepi Nasi Ayam masakan yang lain memang banyak tetapi Mamak cuma ingin tumpukan blog ini membantu orang Melayu yang berminat berniaga dalam bidang perniagaan katering atau kedai makan atau yang ingin berniaga kecil-kecilan untuk mencari rezeki. Kadangkala Terlalu banyak hidangan di pemikiran kita, kadangkala akan peningkan kepala. Kita perlu pilih satu menu dan jadi popular dengan menu itu. Maka menu itu kita perlu cipta melalui kreativiti dan artistik yang tidak sama dengan menu orang lain. Ini yang Mamak Galakan. Contoh Nasi Ayam, berbagai-bagai jenis masakan ayam kita boleh buat tetapi yang utama “Nasi” itu sebagai Menu utama. Ia sama seperti Nasi Lemak..yang penting “Nasi” dan bukan sambalnya bermacam-macam ragam. Kalau kita ingin terkenal kita perlu ada resepi yang unik …maka resepi unik itu adalah, “secret Recipe” kita. Ramai yang berjaya mencipta resepi dari kreativiti. Bagi yang suri rumah yang ingin cuba boleh dapatkan resepi di internet beribu tetapi jarang sekali menjumpai tip-tip masakan itu. “lain Padang, Lain belalang”. Blog Mamak cuma seperti sekuntum bunga teratai yang tumbuh di paya. Tak ada yang istimewa cuma lakaran seorang tua yang sedang menanti…..Mamak Haji pohon maaf kerana tak dapat tunaikan permintaan saudara. Insyallah!, kalau Mamak Rajin dan cuba resepi baru..mamak akan keluarkan resepi-resepi Nasi ayam yang paling terbaik.Terima kasih atas kesudian singgah diblog Mamak.Wassalam

Boleh ajarkan masak nasi Beriani dan Beriani ayam dan daging

Salam,
Dalam blog ini Mamak ada tulis mengenai Nasi beriani cuba baca dan kalau ada masalah boleh e-mail pada Mamak kalau ada masalah e-mail Mamak Haji: mohd.roslan99@gmail.com

wslm, terima kasih telah menberi jawapan pda saya. klau ada msa saya akan tanya masakan nasi berbagai jenis masakan, klau boleh resepi tu msuk dlm internet senang saya boleh belajar.

assalamualaikum encik mamak.
banyak2 blog yang saya baca, blog encik dapat saya rasakan keikhlasannya. belum mencuba apa2 resipi kerana kali pertama membaca tapi saya tahu ianya pasti sedap.saya baru berjinak dengan bisnes catering sebagai part time. semoga encik mamat diberikan kesihatan untuk terus berkongsi dengan pembaca. terima kasih. blog yang terbaik

Asalamualaikum., tuan saya ingin dapatkan resipi sos cili mamak.

Terima kasih.

Salam, Mamak haji ada buat posting mengenai sos cili ini di posting..cuma untuk nasi ayam cuba ubah-suaikan sedikit. Cara buatnya sama tetapi kita tambahkan sedikit bawang putih, Halia dan guna sedikit sos ikan ia akan bertukar menjadi sos cili Thai.Untuk niaga kalau nak guna cili hidup atau cili Melaka memang tak pulang modal, lah sekarang. Cili Melaka sekilo dah cicah harganya RM15.00 atas.Cuka nak ganti air limau kasturi memang kopak kita. Maka guna pakai resipi Mamak Sos Cili dan ubah sedikit rasa supaya ia lain dari resepi Mamak Haji..hahaha!. Wassalam.

Salam,

Boleh tak tuan terangkan resepi bahan untuk Nasi Lemak Kukus berasaskan dari 5 kilo beras.

maklum balas dari tuan, saya dahulukan dgn terima kasih.

semoga murah rezaki.

Salam, hahahaha…Nasi lemak kukus…nanti Mamak Haji tanya Mami resepinya, Akhir tahun ini sibuk sikitlah Man..nanti tahun depan Mamak haji cuba tulis semua resepi untuk perniagaan. Harap maaf kelewatan.

mamak haji memang da besttt

salam sy ina ini bru first time masuk blog ini resipi nasi ayam ni mmang bagus dan sy akan mencubanya tpi unt family dulu sy ada keinginan unt mencuba dlm bidang makanan tpi kurang keyakinan tkt gagal agaknya encik bleh bantu bg sedikit tunjuk ajar ke? apakah langkah kite prlu tau dlm peniagaan restoran ni? sy ingin buka restoran bufet stimboat,,sy mkn di tmpat org dan nmpk ye mmang byk pelanggan dan di tmpat sy xda lg restoran cm ni jd sy ingin mencuba dan masakan sy mmang bagus menurut kwn2 tpi sy was was tkt gagal hilang duit sbb modal pn agak besar unt bukak sebuah restoran cm tu binggung la cik mamat,

[...] masak Hainan Jifan ni dulu tapi resepi sos dia macam tak berapa best. So, resepi kali ni ambil kat sini TAPI dah kurangkan portion dia untuk makan 5 orang je dan dah adjust sikit. [...]

Salam, buat resepi ikut selera anda..sukar untuk dapatkan resepi ikut selera sendiri. Tambah atau kurangkan saja apa yang perlu..jadilah resepi sendiri…hahaha!. terima kasih singgah kat blog mammak haji. Wassalam.

Salam mamak haji,
Terima kasih atas resepi,tips serta tunjuk ajar yg diberikan.Hanya Allah saja yg dpt membalas curahan ilmu mamak haji pada kami.
Sy ingin bertanyakn pada mamak haji, saya ada terdengar seseorg mengatakan nasi ayam lebih sedap jika beras itu digoreng dahulu.saya pernah mencuba dan rs ye saling tk tumpah seperti nasi ayam kfc.
Apa komen mamak haji.terima kasih.

Salam, memang betul..mamak haji memang syorkan beras selepas basuh, toskan dan masukkan sedikit minyak masak dan minyak bijan (seasame oil) kalau ada lemak ayam berlebihan, hirisan bawang putih dan bawang..bila keluarkan bau haruman (jgn sampai rangup) dan masukkan beras dan goreng. Goreng ini untuk matikan kanji dalam beras caranya sama seperti berasbasmathi. Nasi yg masak seperti ini akan menjadi lerai dan sangat cantik. Nasi ayam hainan memang lain dari lain..beras kena goreng. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 2,212,156 hits
Julai 2011
I S R K J S A
« Jun   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 403 other followers

%d bloggers like this: