PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for September 4th, 2011


Pesta Bazar Ramadhan telah berlalu bagi tahun ini dengan menjadi sebagai pesta yang begitu menarik untuk semua golongan masyrakat di negara ini (pesta?). Perubahan seperti ini memang baik untuk peniaga Islam untuk meraih sedikit imbuhan untuk Hari Raya. Kini zaman Bazar Ramadhan bukan saja untuk tempat yang menyediakan hidangan berbuka puasa untuk kaum muslimin tetapi telah bertukar menjadi pesta untuk semua rakyat yang berbilang kaum dan agama. Hahahaha…1 Malaysia wujud dalam Bazar Ramadhan…betul ke?. PM akan bangga dengan kejayaan ini atau pun makna Puasa Ramadhan mengikut perpektif Islam telah berubah?. Apa yang mamak sangat keciwa ialah, tentang Bazar Ramadhan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Mesjid di kawasan Mesjid di mana pengunjung perlu menghormati tata-susila pakaian dan tingkah-laku sebagai orang Islam dalam bulan yang suci tidak endahkan oleh pengunjung yang beragama Islam sendiri dan apa lagi dengan bukan Islam. Memang baik kawasan mesjid dijadikan tempat memajukkan ekonomi orang Islam tetapi kita juga jangan kompromi mencermarkan kesucian Agama Islam itu sendiri. Kawasan Mesjid sentiasa perlu diambil perhatian supaya sekurang-kurangnya di kawasan mesjid inilah terwujud kebudayaan Islam yang sebenar. Islam yang sebenar perlu pancar dari mesjid seperti mempraktik jual-beli cara Islam (muamalat), Akad beli dan jual juga perlu dilakukan oleh peniaga dan pembeli, penjual perlu menyediakan makanan yang paling bersih, menghindarkan meraih keuntungan yang berlebihan, dan sentiasa bersopan-santun terhadap pelangan. Dengan ini ¬†setiap perbuatan yang lakukan oleh pelanggan dan penjual akan mencerminkan roh Islam yang sebenar. Insyallah¬† Bazar Ramadhan ini bukan saja menjadi tempat perniagaan tetapi ia akan menjadi dakwah Islamiyah yang terbaik untuk orang bukan Islam memahami tentang ibadah muamalat dalam Islam. Indahnya …Islam ini. Takat muamalat Islam di pertontonkan oleh Bank-Bank gergasi di negara ini dengan perbankan Islam, orang bukan Islam tak minat pun apa yang mereka sajikan kerana depa kata cara perbankan Islam kena bayar bunga yang lebih dari bank yang amalkan riba…cuma tak sebut riba. Pengertian riba dipesengkon dengan bermacam-macam perkataan yang sukar difahami oleh bukan Islam dan juga orang Islam sendiri. Segala apa yang kita buat dengan nama Islam perlu mencerminkan yang terbaik. Sekiranya kita gunakan nama Islam untuk nilai komersial ia perlu barangan atau produk yang terbaik untuk pelangan. Itulah makna produk Halal sebenar. Ok..dah melalut dah Mamak ini lagi..hehehehe!. Yang kerja kat Bank Islam dan Tabung Haji jangan marah pulak dengan mamak yea!. Ok lah Mamak bagi sedikit Tip-Tip masakan dari pengalaman Mamak:

Tip-Tip Untuk Masak Nasi Kandar:

1. Kuah Ayam Masak merah apabila hidangkan Berbuih:

Ayam masak merah yang mengunakkan bawang kisar yang banyak sekiranya tidak ditumis sempurna kuah anda akan berbuih selepas 5-10 minit dihidangkan.

2. Masalah Nasi beriani/Tomato/Minyak menjadi mentah semasa masak:

Apabila masak nasi beriani atau nasi tomoto kadangkala sukatan air kita tidak sama dengan kuantiti atau pun quality beras itu sendiri. Dalam masak nasi ini tidak sukatan air standard. Apa yang mamak lakukan ialah sukatan air sama dengan sukatan beras. Maknanya sekiranya satu baldi beras sukatan air adalah 1 baldi juga dan sekiranya gunakan basmathi kena tambahkan 1/4 bhg air dari sukatan beras. Nasi bukan masak dengan air panas tetapi dengan wap yang dihasilkan oleh air basuhan. Maka keluasan wap amat penting dalam masak nasi. Gunakan periok atau bekas nasi yang sesuai. Satu lagi masalah masak nasi ialah jangan kerap kali buka tudung nasi yang sedang masak. Wap akan terkeluar dan ini akan sejatkan nasi sbelum masak sempurna. Sekiranya nasi tidak masak sempurna anda masukan satu atau dua cawan air panas ditepi nasi dan tutupkan periok nasi dengan daun pisang atau pun pembalut plastik dan masak kembali. Tujuannya kita tidak benarkan wap terkeluar dari periok. Sekiranya anda berasa takut nasi anda akan hanit letakan kuali leper dibawah periok nasi supaya haba dari dapur anda tidak hanguskan nasi dibahagian bawah. Nasi beriani selalunya masak diatas baine merry yg di isi air yang panas 60 – 70 darjah celsius adalah sangat memeberi hasil yg memuaskan. Insyallah.

3. Tip Goreng ayam atau ikan.

Goreng ketul ayam atau ikan garing dan kekalkan bentuk satu cabaran bagi semua tukang masak. Seperti mamak menulis dalam atikal goreng ayam suhu minyak adalah faktor utama dalam apa jua jenis gorengan. Apakah faktor yang menyebab suhu panas minyak menurun mendadak ialah kuantiti gorengan dan juga kelembapan yang terdapat dalam bahan gorengan itu. Ikan atau ayam ketul yang perlu goreng itu tentukan dikeringkan sebelum digoreng. Tepung gandum menyerap kelembapan yang baik. Tepung gandung sukar untuk ranggup dengan ini ada boleh adunkan sedikit tepung jagung. Sekiranya anda keras sedikit keranggupan boleh juga dicampur tepung beras atau tepung ubi. Adunkan sedikit serbuk penaik untuk mendapatkan crispy gorengan anda. Nisbah campuran mamak ada menulis dalam atikal ayam goreng. Tip-tip yang terdapat dalam atikal itu boleh dimanfatkan dan memahirkan cara masak anda.

Sekiranya anda ada masalah dalam masakan mamak sila utarakan masalah anda kepada Mamak melalui e-mail : mohd.roslan99@gmail.com.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,383,762 hits
September 2011
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.