Archive for Oktober 12th, 2011
Pada kali ini Mamak ingin menulis tentang resepi sayur yang ramai tak minat tetapi ia adalah satu dari makanan yang amat perlu di ambil perhatian. Ramai anak-anak sekarang sudah tak mahu makan sayuran kerana mungkin cara kita masak sayur ini amat membosankan dan atau cara menu yang tidak begitu kreatif. Sayur-sayuran ini punyai nutrien yang tinggi seperti vitamin, mineral, protin dan karbohiderat yang amat memerlukan oleh tubuh badan kita. Sayur-sayuran juga adalah ubat mujarab semula-jadi yang amat mujarab. Adalah dikatakan secara kajian saintifik, KOBIS yang dikukus boleh menurunkan kadar kolestrol dengan drastik kerana sayur kobis mengandungi kadar tinggi vitamin C, glutimine dan asid amino. Sekarang anda tahu kenapa tak perlu risau jamu hidangan nasi kandar yang dikatakan tinggi kolestrol. Seperti mamak katakan dalam posting rahsia rempah, setiap hidangan nasi kandar ada rahsia sebaliknya. Nasihat Mamak jangan lupa mengambil sayur kobis goreng nasi kandar setiap kali anda menjamu hidangan nasi kandar. Yang tak berminat nasi kandar itu, para pengkaji pemakanan syorkan dalam seminggu 2-3 kali anda perlu ambil sayur kobis.
Khasiat sayur Kobis:
- Rendah lemak tepu.
- Tinggi kalsium.
- Kandungan serat yang tinggi.
- Zat besi yang tinggi.
- Galian Manganese yang amat tinggi.
- Zat Potasium yang tinggi.
- Kandungan Thiamin yang tinggi.
- Vitamin B6 yng amat tinggi.
- Vitamin C yang amat tinggi.
– petikan: Daily fitnessmagz.com
Tip-Tip Masakan Sayur Kobis:
- Biasanya bahagian dalaman kobis ini bersih. Ala kadar bersihkan di luaran saja sudah mencukupi. Tetapi dalam banyak kes dalam masakan sayur ini, Mamak temui ” cacing sayuran” di dalam bahagian dalam kobis terutamanya dari bekalan tempatan. Dengan ini apa yang mamak sarankan ialah, “biar lambat, asalkan selamat” untuk dimakan, kalau tidak pelangan anda yang termakan cacing ini, akan fobia pada sebarang masakan kobis sepanjang hayat dia. Cara bersihkan kobis yang selamat ialah, buka sehelai ke sehelai dan bersihkan dengan cara alirkan air bersih menerusi pili paip di dapur. Selepas itu masukan dedaun kobis itu ke dalam besin yang berisi air garam (garam secekak) atau air cuka untuk membersihkan telur cacing atau pun serangga yang lain yang sukar dibersihkan. Rendam selama 15 – 20 minit. Basuh kembali dengan air bersih dan masukkan ke dalam penapis supaya kobis dikeringkan. Cara kebersihan ini anda akan yakin 100 peratus bersih.
- Memotong kobis perlu gunakan pisau diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel) sekiranya gunakan pisau besi (carbon steel) biasa, kobis anda bertukar warna kepada kehitaman.
- Selepas potong kobis jangan biarkan lebih dari 20 minit, kerana vitamin C yang terdapat dalam kobis akan rosak. Terus masak kobis selepas saja proses pembersihan. Mamak juga ingatkan kepada suri rumah yang ingin jimat sedikit perbelanjaan, jangan sekali beli kobis yang telah dipotong bersaiz di pasar. Elakan membeli kobis yang telah kopek, hinggakan kobis sekilo jadi setengah kilo itu.
RESEPI KOBIS GORENG.
BAHAN-BAHAN:
- Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg. Kobis biasanya di pasar tempatan terdapat dua jenis ia itu kobis Indonesia dan kobis Cameron Highland. Kobis Indonesia keras dan padat, kobis cameron pula tidak terlalu padat tapi lembut. Cara menentukan jenis kobis dengan menekan sedikit kobis itu sekiranya padat dan keras ia adalah kobis Indonesia. Mamak suka pilih kobis cameron yang texture lembut dan manis dari kobis Indonesia. Kobis Indonesia lebih sesuai untuk perniagaan kerana harganya murah sedikit. Bersihkan dan potong empat bahagian dan potong dan buang bahagian tengah. Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).
- 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih. Masih ingat lagi bagaimana buat pes ini?. Rujuk posting lama. (kobis 1 kg ini biasanya boleh hidangkan untuk 10 -14 tetamu). Sekiranya cuma perlu gunakan separuh, tentukan kobis 1/2 lagi itu disimpan dibungkus kertas di dalam peti sejuk. Jangan biarkan kobis itu terdedah, melecur nanti.
- 3 ulas bawang putih dihiris halus.
- 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
- 3 dahan daun kari.
- 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
- 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
- 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
- 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
- 1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
- 3-4 cili kering.
- 2 biji cili hijau.
- 1 batang karot di potong halus untuk hiasan.
- 1 sudu kecil gula pasir.
- 3-4 sudu minyak masak.
Komen Terbaru