PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI SAYUR 1: KOBIS GORENG MAMAK PENANG.

Posted on: Oktober 12, 2011


Cacing Sayur

Pada kali ini Mamak ingin menulis tentang resepi sayur yang ramai tak minat tetapi ia adalah satu dari makanan yang amat perlu di ambil perhatian.  Ramai anak-anak sekarang sudah tak mahu makan sayuran kerana mungkin cara kita masak sayur ini amat membosankan dan atau cara menu yang tidak begitu kreatif. Sayur-sayuran ini punyai nutrien yang tinggi seperti vitamin, mineral, protin dan karbohiderat yang amat memerlukan oleh tubuh badan kita.  Sayur-sayuran juga adalah ubat mujarab semula-jadi yang amat mujarab. Adalah dikatakan secara kajian saintifik, KOBIS yang dikukus boleh menurunkan kadar kolestrol dengan drastik kerana sayur kobis mengandungi kadar tinggi vitamin C, glutimine dan asid amino. Sekarang anda tahu kenapa tak perlu risau jamu hidangan nasi kandar yang dikatakan tinggi kolestrol. Seperti mamak katakan dalam posting rahsia rempah, setiap hidangan nasi kandar ada rahsia sebaliknya. Nasihat Mamak jangan lupa mengambil sayur kobis goreng nasi kandar setiap kali anda menjamu hidangan nasi kandar. Yang tak berminat nasi kandar itu, para pengkaji pemakanan syorkan dalam seminggu 2-3 kali anda perlu ambil sayur kobis.

Khasiat sayur Kobis:

  • Rendah lemak tepu.
  • Tinggi kalsium.
  • Kandungan serat yang tinggi.
  • Zat besi yang tinggi.
  • Galian Manganese yang amat tinggi.
  • Zat Potasium yang tinggi.
  • Kandungan Thiamin yang tinggi.
  • Vitamin B6 yng amat tinggi.
  • Vitamin C yang amat tinggi.

petikan: Daily fitnessmagz.com

Tip-Tip Masakan Sayur Kobis:

  1. Biasanya bahagian dalaman kobis ini bersih. Ala kadar bersihkan di luaran saja sudah mencukupi. Tetapi dalam banyak kes dalam masakan sayur ini, Mamak temui ” cacing sayuran” di dalam bahagian dalam kobis terutamanya dari bekalan tempatan. Dengan ini apa yang mamak sarankan ialah, “biar lambat, asalkan selamat” untuk dimakan, kalau tidak pelangan anda yang termakan cacing ini, akan fobia pada sebarang masakan kobis sepanjang hayat dia. Cara bersihkan kobis yang selamat ialah, buka sehelai ke sehelai dan bersihkan dengan cara alirkan air bersih menerusi pili paip di dapur. Selepas itu masukan dedaun kobis itu ke dalam besin yang berisi air garam (garam secekak)  atau air cuka untuk membersihkan telur cacing atau pun serangga yang lain yang sukar dibersihkan. Rendam selama 15 – 20 minit. Basuh kembali dengan air bersih dan masukkan ke dalam penapis supaya kobis dikeringkan. Cara kebersihan ini anda akan yakin 100 peratus bersih.
  2.  Memotong kobis perlu gunakan pisau diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel) sekiranya gunakan pisau besi (carbon steel) biasa, kobis anda bertukar warna kepada kehitaman.
  3. Selepas potong kobis jangan biarkan lebih dari 20 minit, kerana vitamin C yang terdapat dalam kobis akan rosak. Terus masak kobis selepas saja proses pembersihan. Mamak juga ingatkan kepada suri rumah yang ingin jimat sedikit perbelanjaan, jangan sekali beli kobis yang telah dipotong bersaiz di pasar.  Elakan membeli kobis yang telah kopek, hinggakan kobis sekilo jadi setengah kilo itu.

RESEPI KOBIS GORENG.

BAHAN-BAHAN:

  • Kobis bulat lebih kurang beratnya 1 kg. Kobis biasanya di pasar tempatan terdapat dua jenis ia itu kobis Indonesia dan kobis Cameron Highland. Kobis Indonesia keras dan padat, kobis cameron pula tidak terlalu padat tapi lembut. Cara menentukan jenis kobis dengan menekan sedikit kobis itu sekiranya padat dan keras ia adalah kobis Indonesia. Mamak suka pilih kobis cameron yang texture lembut dan manis dari kobis Indonesia. Kobis Indonesia lebih sesuai untuk perniagaan kerana harganya murah sedikit. Bersihkan dan potong empat bahagian dan potong dan buang bahagian tengah. Hiris kobis dengan cara 45 darjah kalau dalam kuantiti yang banyak. Bagi suri rumah eloklah cara mengopel sehelai demi sehelai dan potong halus (lebar 4-5mm).
  • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.  Masih ingat lagi bagaimana buat pes ini?. Rujuk posting lama. (kobis 1 kg ini biasanya boleh hidangkan untuk 10 -14 tetamu). Sekiranya cuma perlu gunakan separuh, tentukan kobis 1/2 lagi itu disimpan dibungkus kertas di dalam peti sejuk. Jangan biarkan kobis itu terdedah, melecur nanti.
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus.
  • 1 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 3 dahan daun kari.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil (tsp) jintan putih.
  • 1/2 sudu halba campur (kalau suka)
  • 1 sudu besar (tbsp) serbuk cili.
  • 1/2 kecil (tsp) serbuk lada putih (white pepper).
  • 3-4 cili kering.
  • 2 biji cili hijau.
  • 1 batang karot di potong halus untuk hiasan.
  • 1 sudu kecil gula pasir.
  • 3-4 sudu minyak masak.
CARA-CARA:
1. Masukkan minyak masak dalam kuali. Bila minyak panas masukan halba campur. Bila rempah-rempah itu mula meletop, masukkan segera bawang putih yang telah dihiris halus. Bila hirisan bawang putih mula berwangi (3-5 saat), masukkan  bawang hiris dan juga cili kering dan juga daun kari. Bila bawang digoreng mula bertukar berwarna keemasan, masukkan segera pes bawang putih halia (Ini kena lakukan dengan cepat, sekiranya minyak terlalu panas, masukan satu sudu lagi minyak baru dalam kuali untuk kurang kepanasan minyak dalam kuali).
2. Masukan serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk lada putih, gula tetapi jangan masukan garam dahulu. Goreng sehingga pecah minyak . Bila minyak mula timbul, masukan sayur kobis. Keraskan api dapur dan goreng cuma dalam tempuh 3 minit. Sederhanakan api dapur dan tutup gorengan dengan tudung. Jangan biarkan terlalu kering dan hingga hangus. Yang selamat masukkan 1 cawan air.
3. Masakan sayur Mamak lebih kepada Masak sempurna (well done) dari masakan sayur cina atau orang Melayu. Sebab itu biarkan sayur gorengan itu masak bertutup selama 10-15 minit dengan api yang sederaha.
4. Buka tudung, masukkan garam secukup rasa (biasanya sukatan 1 tsp memadai). Masukkan hirisan cili muda (atau merah) dan hirisan hiasan karot. Keluarkan dan hidangkan dengan daun rempah (corriander) di atas. Anda juga boleh gunakan kacang campur sejuk beku gantikan karot.
Cuba resepi ini bersama ayam masak , lauk nasi kandar seperti daging masak itam atau kari ayam. Warna kompleksi di pinggan makan memang cantik. Halba campur boleh digantikan denagn biji sawi tapi awas janagan goreng sampai hangus. Kalau tak pandai main api..biasakan dengan api sederhana. Walau bagaimana pun anda perlu belajar main api dapur bila mamak ke resepi masakan sayur cina kerana ada sayur cuma masak dengan 30 saat saja.
P/S:  Cara Mamak Haji tulis resepi lain sikit. Banyak penerangan diberikan, kadang-kala Mamak Haji masukkan tip-tip sekali. Ini cara Mamak Haji menulis resepi jangan samakan dengan resepi cef-cef handal Mamak Haji cuma tukang masak Nasi kandar dapur kayu. Seperti Mamak haji selalu katakan blog Mamak haji bukan untuk orang profesional tetapi untuk orang yang minat buka perniagaan walu pun di tepi jalan. Maka yang anak muda di luar sana yang minat membuka perniagaan kalau ada masalah dalam masak ersepi mamak e-mailkan pada Mamak Haji tanpa segan. Mamak haji bukan profesional tapi seorang yang biasa meniaga tepi jalan pakai payung, pasar malam, buka warung, lewat belajar ..kerja di hotel dan buka restoren. Sekarang pencen sebab anak-anak dah besar dan pandai berniaga. Melalut pulak dah…e-mail Mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com…jangan hantar spam..kesian kat Mamak yea!. Wassalam.
Advertisements

3 Respons to "RESEPI SAYUR 1: KOBIS GORENG MAMAK PENANG."

Mamak haji, pes halia bawang putih yang Mamak haji mention dlm entri ni kat entri mana nak carik?

Salam, Ramai tanya mengenai pes halia bawang putih yang sering digunakan dalam masakan Nasi Kandar atau resepi benua kecil India. Pes halia bawang putih amat mudah untuk sediakan. Buang kulit halia tua dan cincang satu cawan. Begitu juga kupas bawang putih 1 cawan. Maknanya halia dan bawang putih 1 nisbah 1 (1:1). Kisar halia dan diikuti dgn Bawang putih sehingga halus. Air untuk kisaran jadikan minimum utk dapatkan pes yg pekat. Semasa kisaran masukan sedikit dlm 1/4 tsp serbuk kunyit dan 1 tbsp minyak masak untuk mengekalkan kesegaran pes. Masukan dlm botol yg sesuai dan simpan dipeti sejuk anda. AWAS..jgn gunakan jari anda dalam proses perpindahan dari jug blender ke dalam botol utk simpan. Pes ini boleh tahan sehingga 30 hari..selamat mencuba. Jgn lupa cari Mamak Haji di Facebook .wasalam

Assalamualaikum mamak haji,

Mohon syer entry ini dalam blog Sajian Dapur Bonda ye. Saya ada juga poskan resepi Kobis Goreng Mamak Penang ini dalam blog saya. Hari iitu saya dah cuba masak, dan Alhamdulillah sedap. Saya masak dan bawa untuk anak-anak pondok menjamu selera. Nanti kalau senang, mamak haji singgah-singgahlah kat blog saya. Minta dihalalkan apa yang saya `cedok’ daripada mamak haji ye!. Tk.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
Oktober 2011
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: