Archive for November 20th, 2011
MASALAH TIKUS DI RESTOREN
Posted November 20, 2011
on:Salam, Kali ini Mamak Haji ingin menulis satu atikal yang jarang dapat perhatian dari pengusaha restoren, gerai makanan atau pun Kantin. Mamak Haji menulis tajuk kali ini khas untuk pembaca blog Mamak Haji melalui e-mailnya bertanya berkenaan, restoren yang diusahakannya setiap hari diserang oleh tikus-tikus. Sehinggakan pengusaha restoren ini sudah tidak tahan lagi keroskan yang dilakukan oleh geng-geng tikus ini. Haiwan mamalia perosak yang bernama TIKUS ini dalam kedai makan, restoren atau di rumah bukan mudah dihapuskan dan janganlah anggap kehadiran tikus ini masalah kecil. Haiwan Perosak Tikus ini merupakan satu ancaman besar kepada peniaga makanan dan juga kepada kesihatan manusia. Tikus bukan saja boleh menyebabkan ganguan emosi dan trauma kepada sesetengah induvidu, kerosakan fizikal terhadap harta benda dan juga kepada sumber alam yang akan mengakibatkan kerugian ekonomi kepada negara. Paling bimbang ialah Haiwan perosak tikus ini penyebab ganguan kesihatan kepada manusia dan juga haiwan yang lain. Pasti kita tahu ramai yang maut angkara dari kencing tikus ini seperti di Lata Bayu, Baling di Kedah, Lubuk Yu, Maran di Pahang, Pegawai kadet Polis di Melaka dan kes-kes di Sarawak. Maka masalah kehadiran tikus dalam restoren atau premis menjual makanan kepada orang ramai, bukan lagi perkara biasa atau tak perlu ambil berat untuk menghindarkan haiwan perosak ini. Tikus biasanya mencemarkan makanan melalui najis, air kencing, dan bulunya. Maklumat lengkap mengenai penyakit yang dibawa oleh tikus yang dijangkiti bakteria ini boleh dibaca: http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/376-bahaya-penyakit-leptospirosis-kencing-tikus
Adalah dikatakan tikus merangkumi 40 peratus dari jumlah mamalia tetapi bukan semua jenis tikus ini digolongkan sebagai haiwan perosak. Cuma 5 peratus jenis tikus yang dianggap haiwan perosak kepada manusia dan alam semula jadi. Tikus yang kita jumpa dirumah dan tempat perniagaan ialah tikus rumah. Tikus jenis ini dapat beradaptasi dengan baik di kawasan perkumpulan manusia. Bagaimana pulak kita boleh menghindarkan atau pun menghapuskan tikus di Restoren atau permis perniagaan makanan?. Boleh kah Restoren Mamak atau Pasaraya yang hebat di negara ini boleh lakukan seperti, Wal-Mart yang menjanjikan pada para pelanggannya bahawa mereka akan pastikan semua pusat penyediaan dan juga simpanan mereka adalah bebas dari sebarang serangan serangga dan juga makhluk perosak yang boleh mendatangkan masalah kesihatan pada pengguna – “As part of our commitment to food safety, the bakery and deli remain closed until the problem can be corrected. We’re working with a pest control company, a professional cleaning service and the Department of Agriculture to remedy the situation”. Read more: http://www.wgal.com/news/28776369/detail.html#ixzz1eIamkVYM Kita tidak dapat lakukan seperti ini di negara ini pada masa ini tak payah kita berdabik dada. Apa yang perlu lakukan ialah, kita sebagai penjual makanan perlu perihatian kepada pelangan tentang kesihatannya. Ia seperti kita bonceng motor memakai topi keledar. Adakah kita memakainya kerana takut kena saman atau ingin menjadikannya keselamatan kepada kepala kita?. Penyedaraan perlu terbit dari tanggung-jawab dan keperihatinan bukan dengan paksaan.
Mengawal dan menghindarkan tikus di restoren atau premis terdapat empat cara:
1. Sentiasa memeriksa kehadiran Tikus di premis.
Haiwan perosak ini suka buang najis di merata tempat. Sekiranya dijumpai najis tikus maka sahlah kehadiran tikus ini. Selain dari ini tanda-tanda tapak kaki tikus, kesan kerosakan dari gigitan tikus ke atas kayu, plastik, sabun basuh tangan,wayer dan lain-lain barangan didapur. Kesan air kencing yang busuk atau ternampak tikus hidup atau mati disekitar premis anda. Sekiranya kencing tikus tercemarkan makanan, ia boleh diperiksa dengan menggunakan lampu ultraviolet.
2. Kebersihan.
- Pecahan pada pintu atau dinding atau bumbung.
- Saluran longkang yang masuk ke dalam kedai.
- Perhatikan ruang terbuka dibawah antara pintu kedai kita dengan lantai. Jika ada ruang pastikannya ditutup atau dirapatkan.
- Tangkapan atau menghapuskan tikus tanpa menggunakan bahan kimia.
- Membunuh tikus dengan menggunakan racun atau bahan kimia.
- Apabila kita tidak mahu menggunakan racun kerana khuatir kesan bahaya pada haiwan peliharaan atau kanak-kanak.
- Apabila kita khuatir racun akan menyebabkan makanan di rumah kita tercemar.
- Apabila tikus malu atau mengelak untuk makan umpan racun yang kita letak.
- Kita tidak mahu rumah kita dihantui bau busuk tikus yang mati termakan racun.
- Sebelum memasang perangkap tikus, pastikan semua sumber makanan tikus dilenyapkan sebaik mungkin. Ini akan memaksa tikus merayau dan memasuki perangkap bagi mendapatkan makanan.
- Pastikan perangkap bersih dan berfungsi dengan baik.
- Simpan perangkap yang tidak digunakan dengan membungkus di dalam beg plastik bagi menghilangkan bau yang boleh menghindari tikus.
- Jika ada tikus terperangkap atau mati pastikan anda tidak menyentuhnya dengan tangan tanpa perlindungan. Ini bagi mengelak dari berbagai penyakit bawaan tikus.
- Perangkap yang disentuh oleh manusia akan meninggalkan bau manusia, kebiasaannya tikus tidak kisah dengan bau tersebut. Tetapi jika perangkap anda disentuh oleh haiwan seperti kucing atau anjing, ia mampu menghalau tikus dari menghampiri perangkap tersebut.
- Usaha terakhir bagi menghapuskan tikus adalah dengan menggunakan racun tikus. Walau bagaimanapun penggunaan racun tikus adalah lebih baik dan selamat jika diserahkan pada pengendali khidmat kawalan makhluk perosak yang bertauliah. – Sumber dari http://malaysiapest.blogspot.com.
Komen Terbaru