PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

SIRI 1: CARA MULAKAN PERNIAGAAN ‘BOX LUNCH’.

Posted on: Februari 16, 2012


Salam, Kali ini mamak haji ingin terangkan perniagaan katering jenis “Box Lunch”. Harap maaf kerana namanya mamak haji sengaja ditulis dalam bahasa Inggeris. “Box Lunch” bererti Makan tengah hari dalam kotak. Tak sedap pulak dengar alih bahasanya. Jadi kita gunakan sebutan  bahasa Inggeris ini. Ia sama dengan “account” digelar, “akaun” dan perkataan “bank” masih kekal “bank” juga.

Box Lunch akan mengubah cara makan kita yang akan sibuk. Masa untuk beratur panjang menikmati makan tengah hari di restoren nasi kandar atau menjamu selera makan tengah hari di kerusi empuk akan akan berlalu dimasa hadapan. Kesesakan tempat letak kereta, kesesakan jalan raya, tol, kenaikan harga minyak dan juga restoren yang penuh sesak dengan pelangan yang perlu berebut tempat duduk akan membosankan pekerja-pekerja pejabat dibandar-bandar kosmopolitan atau banfar besar yang sibuk. Kebanyakan pejabat-pejabat komersial yang kecil dan sederhana ini biasanya tidak disediakam kemudahan kantin menyukarkan untuk mengisi perut pekerja pejabat-pejabat ini. Maka wujudlah perniagaan katering memberi perkhidmatan kepada pekerja-pekerja pejabat ini menjamu selera hidangan tengah hari di tempat kerja tanpa membazirkan waktu, tenaga dan juga kewangan mereka. Perkhidmatan “Lunch Box” ialah makan tengah hari yang dipilih secara induvidu dengan dipersembahkan dengan cara yang amat menawan dengan kotak yang istimewa. Jangan salah anggapan “Lunch Box” bukanlah seperti nasi bungkus yang dibungkus direstoren atau warung. Itu namanya nasi bungkus. Masih ada juga peniaga yang nak untung banyak bungkus dengan kertas surat khabar lama yang kurang laku sekarang, terutamanya surat khabar Utusan dan berita Harian. Entah berapa ramai yang pegang surat khabar yang dibungkus nasi itu. Orang Cina pun dah tak pakai surat khabar lama dah, pakai tisu, tisu yang depa pakai kesat itu, ada juga taukeh warung letak kat atas meja makan. Perniagaan Lunch Box boleh diperkembangkan dan punyai daya maju yang amat cemerlang di masa akan datang. Perniagaan ini bukan hanya bertumpu kepada memberi perkhidmatan makan tengah tetapi ia boleh memberi perhidmatan membekal sarapan pagi, makan malam atau pun untuk makan tengah hari di seminar, mesyuarat di pejabat-pejabat perniagaan kecil dimana tidak mempunyai kemudahan tempat untuk menjamu-selera. Lunch Box juga menjadi pilihan utama untuk pekerja kilang yang tidak mempunyai kemudahan kantin atau tempat makan yang jauh dari tempat kerja.  Potensi perniagaan Lunch Box adalah amat besar untuk diterokai.

Perniagaan Box Lunch boleh dimulakan dari rumah kediaman anda dengan keperluan asas perniagaan yang paling minima seperti kenderaan, pengetahuan dalam pengurusan yang berasaskan perkhidmatan, dan perlu ada tempat sasaran pemasaran terutamanya yang tinggal berdekatan di kawasan bandar atau kawasan perkilangan. Sebagai memulakan apa saja perniagaan tentukan tempat sasaran lokasi perniagaan anda adalah selesa dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Perlu juga buat sedikit penyelidikan perniagaan dengan ambil kira kewujudan perniagaan yang sama yang anda ingin terokai itu terdapat dalam kawasan yang anda ingin mulakan perniagaan. Sekiranya terdapat perniagaan yang dilakukan oleh peniaga lain, perlu mengetahui harga yang ditetapkan peniaga tersebut. Kaji selidik apakah semua pelanggan yang berlanggan itu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Paling penting ialah apakah harapan yang diletakan oleh pelangan dari perkhidmatannya yang anda bakal sumbangkan. Dengan kaji selidik ini anda boleh bergerak untuk mulakan perniagaan. Masalah nya bagaimana anda mulakan perniagaan anda?

Seperti perniagaan lain, suka atau tak suka anda perlu punyai “Rancangan Perniagaan” atau business plan sendiri sebelum mulakan perniagaan. Rancangan Peniagaan bukannya di buat dalam kotak pemikiran didalam otak anda kerana biasanya dalam otak itu sukar diwujudkan. Rancangan perniagaan perlu ditulis dan ikuti, tulis saja tapi kalu tak ikut tak ada faedahnya. Sekiranya ia tak sesuai dan perlu diubah. Ubah dengan yang baru yang bersesuain dengan  perniagaan apabila anda menceburi. Tanpa perancangan kita tak akan kemana. Pii mai, pii mai tang situ je!. Setiap perniagaan perlu ada kemajuan, sekiranya kita berniaga 20 tahun di atas pokok perlu ubah ke kedai makan dan dari situ ke Restoren. Bila kena halau dengan Majlis Tempatan kita sumpah serana, keluarkan parang nak tetak. Ini bukan zaman Hang Tuah siapa kuat dia menang. Gunakan akal dan fikiran. Perlu mengetahui asas perniagaan sedikit bukan kita belajar nak jadi graduan pengurusan perniagaan. Ramai graduan yang keluar dari universiti itu pun cuma jadi kuli kepada apek yang berpelajaran sekolah rendah bahasa Cina saja. Teringatkan usahawan jutawan mendiang Boon Siew di Pulau Pinang. Belajar berniaga dengan berniaga dan belajar adalah dua perkara yang berlainan.

Cuma Mamak Haji pertekankan di sini ialah “Perkhidmatan Pelanggan” itu amat musthak dalam perniagaan perniagaan seperti ini. Baru-baru ini isu insiden pergaduahan di antara staff dan pelangan syarikat restoren segera ikat multi-nasional KFC  adalah contoh yang terbaik. Kfc dan piza hut sebenanya menghadapi masalah serius “perkhidmatan pelangan”. Di sini mamak haji tak mahu bicara, “siapa salah dan siapa yang betul”, tetapi ini adalah perkara biasa dan lumrah untuk setiap pemilik restoren mengalami pelangan beratusan setiap hari dalam perniagaan yang berteraskan perkhidmatan pelangan. Cuma yang penting ialah siapa yang untung dan rugi dalam kesan dari insiden ini. Di restoren Mamak setiap pekerja dapur tidak dibenarkan masuk ke counter pembayaran atau tempat makan. Cara Mat Salleh dan kita amat berbeza. Mereka dalam negara yang lama sudah maju, kita pulak baru nak maju. Apa juga sistem Mat salleh cipta itu bukan semuanya sesuai dan boleh guna-pakai untuk kita di negara ini. Dapur adalah tempat yang panas dan kerja yang amat berat membandingkan tempat lain dalam restoren. Pekerja dapur ini adalah jenis cepat panas baran dan tak suka dikritik kerana kepanasan yang membuatkan letih dan otak kurang oksigen. Cuma yang boleh kendalikan mereka ialah ketua tukang masak yang sama perangainya. Sebagai pemilik restoren mamak haji terus terang mengatakan ada juga pelangan yang amat biadap, hobi mereka sengaja mencari masalah dengan orang lain. Sombong dan bongkak. Kata-kata yang boleh menusuk jantung dan sekira tak terkawal boleh laku pembunuhan. Kalau anda bertengkar dengan pembuat rojak, bukankah senjata tersedia terhunus di tangannya, apa akan berlaku?. Siapa yang akan untung?.

Perkhidmatan Pelangan yang dikatakan dalam perniagaan seperti ini pada asasnya ada empat perkara: 1. Akauntabiliti / bertanggungjawab. 2. Buka telingga dan pemikiran dengan tutup mulut. 3. keperluan pelanggan 4. Membentuk perhubungan dengan pelangan.

1. Akauntabiliti.

Produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelangan perulah yang terbaik yang termampu oleh pihak yang menawarkan. Apa saja iklan atau brocer yang tertulis mengenai perkhidmatan yang disediakan perlulah diikuti. Sekiranya tidak, pelangan akan anggap anda seorang penipu dan produk anda juga bukan yang terbaik. Anda juga harus ingat, alat promosi terbaik ialah dengan cara mulut ke mulut. Sekiranya pelangan yang dapat perkhidmatan yang terbaik seperti dijanjikan dia akan menjadi promoter percuma untuk anda menarik lebih banyak pelangan.

2. Buka telingga dan buka pemikiran.

Layan semua rungutan pelangan anda dengan hati yang terbuka dan sentiasa senyuman mengukir diwajah anda. Jangan provoksi. Bila dapat pujian dari pelangan, harus berhati-hati juga. Dengar setiap perkataan pelangan dengan minat dengan berfikir apa kah niat dibelakang rungutan dan kepujian sebenar pelangan itu. Selalu berfikir apa yang nak jawab dan pa yang perlu lakukan.

3. memenuhi cita rasa pelangan.

Setiap pelangan yang datang kepada anda ialah bakal pelangan tetap anda. Untuk dapatkan pelangan tetap bukan mudah ia memerlukan memahami cita -rasa pelangan itu.

4. Membina perhubungan

Membina perhubungan ini bukan saja melayan cara istimewa, setengah pelangan tidak gemar cara ini yang akan di salah tafsirkan sebagai “bodek”. Semua pelangan adalah sama tidak ada yang terbaik dan tidak yang terburuk. Dalam perniagaan jangan selalu ikut hati, perniagaan perlukan empathy ia memahami keadaan suka duka pelangan. Inilah akan menjalinkan perhubungan baik.

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN BOX LUNCH

1. Perkenalkan diri dan perniagaan anda kepada katerer-katerer besar di kawasan anda. Katerer-katerer besar ini seringkali terlalu sibuk dan tidak pandang pada perniagaan box lunch yang cuma  menggangu konstrasi mereka. Kadang-kal mereka juga sukar menolak permintaan dari pelangan yang berpotensi untuk mereka. Dengan anda boleh membantu katerer-katerer besar ini. Mungkin pada kali pertama mereka keberatan tetapi janji dengan mereka anda akan menghantar contoh lunch box kepada mereka untuk mendapatkan pandangan. Anda perlu cari jalan untuk menyakinkan perkhidmatan anda.

2. Dalam perniagaan katering atau lunch box orang yang paling kenali dan dekat dengan anda adalah bakal pelangan yang terbaik. Perkenalkan perniagaan anda dengan sanak-saudara dan sahbat anda. Ini boleh dilakukan dengan melawat mereka dengan contoh lunch box yang anda sediakan. Berikan sedikit name card dan juga brocer harga dan jenis hidangan.

3. Bila anda mendapat pesanan pertama, bawa satu bungkusan lebih untuk diberi percuma kepada orang yang bertanggung jawab untuk mengambil pesanan di pejabat atau tempat kerja. Buatkan sistem kawan memperkenalkan kawan akan mendapat mata ganjaran sebagai diskaun harga bungkusan.

4. Menu adalah senjata terpenting dalam strategi pemasaran “box Lunch” ini. Cuba buat menu yang terbaik untuk kegunaan pemasaran anda.

Kerana atikal ini terlalu panjang..penat..lain kali sajalah mamak haji sambung dalam siri 2. Wassalam.

Advertisements
Label:

5 Respons to "SIRI 1: CARA MULAKAN PERNIAGAAN ‘BOX LUNCH’."

Mamu haji, Alhamdulillah, saya ni baru bercadang nak meniaga nasi Dalca di Ipoh, Penang style (Tasha Dal Kandar, Sg ARa style), so, apa kah nasihat mamu untuk mempromosikan nasi Dalca tu? saya akan buat style gerai menumpang di kedai org yg menjual minuman.Kirfa saya handle nasik Dalca je le ni. Mcm solan saya tadi, apakah promosi yg baik untuk tarik orang serta bagitau orang yg ‘Nasik Dalca’ juga wujud di Ipoh. For your info, Nasi Dalca mmg takde di Ipoh,walaupun Basicaly ianya just nama yg modified dari nasik Kandar, tapi marketing Nasi Dalca Penang, di Penang amat berjaya..bantu saya Mamu..

Salam, sebelum mula perniagaan perlu ada perancangan perniagaan. menjaul apa yang terbaik untuk jual.perancangan ini akan menjelaskan bagaimana perniagaan anda akan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mengatasi persaingan yang tersedia ada dan akan wujud disekitar saudara.Ramai dari kita menceburi bidang perniagaan menjual makanan ini secara kebetulan atau tak secara langgsung. Ada juga mulakan sebagai hobi yg memenuhi masa lapang yg ingin perolehi sedikit pendapatan tambahan. Apa saja sebab kita mulakan perniagaan, Kita perlu mulakan perniagaan dengan perancangan yang strategik. Kejayaan tanpa perancangan itu cuma sementara dan penat. Perancangan strategik punyai 4 faktor penting. 1. Strategy Pemasaran 2. Unjuran Jualan (sales fore-cast) 3. Tempuh kecapaian keputusan (Date-line) 4. Aktiviti. Saudara minta dgn mamak haji perkara yang pertama “Strategi Pemasaran” (Market Strategy). Sebelum kita laknakan strategi pemasaran kita perlu membuat “Analysis Pemasaran” (jgn trekejut dgn bahasa perdagangan ini, ia cuma sedapkan telingga saja, sebenarnya ia perkara biasa bagi seorang peniaga). Dlm analisis pemasaran ini anda pii duduk ditempat yang nak berniaga, kaji semua aspek tentang nasi dalca di niagakan disana. Bayangkan atau berangan stall nasi dalca anda dan apa yang perlu buat.Fikir pelangan yang kunjungi tempat itu, apa yang mereka perlukan, bagaimana anda boleh memenuhi hasrat mereka itu dan fikir ada kah nasi dalca perlukan oleh pelangan yang mengkunjungi food court itu. Setiap perniagaan bermula dengan keperluan dan permintaan pasaran (pelangan).

Strategi pemasaran amat diperlukan Sekiranya ia adalah produk baru dan belum diperkenalkan di pasaran tempatan Iklan memainkan peranan utama. Lah ini iklan paling berkesan ialah internet terutama Network sosial seperti FB dan juga Tweeter.FB memperkenalkan kawan-kawan baru di kawasan anda. Ambil peluang ini dan mula ambil gambar masakn ditawarkan dan personel message kawan-kawan dengan memberi discount minggu pertama pembukaan. kedua anda boleh buat brocer dgn harga murah. Masukkan katering sekali. Kalau mlm berniaga siang kita free boleh buat katering atau box lunch. Bantai apa yg dapat pada permulaan, sekiranya perniagaan semakin maju kita ada pilihan mana yg nak buat mana yg tak payah. Banner juga mainkan peranan utama. Tapi iklan mulut ke mulut adalah iklan yg terbaik. Sebenarnya saudara boleh buat..cuma kadang-kala kita ini ada perasaan was-was seperti nak menumpukan semasa solat bukan mudah tapi boleh mengatasinya. Mamak haji ucapkan selamat maju jaya semoga Allah SWT permudahkan urusan perniagaan untu saudara. Untuk masalah terperinci sila e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Wassalam.

tima kasih atas jawapan mamu tu. Untuk info, saya mmg dah buat analisa pasaran serba sedikit dgn pengalaman saya tinmggal di ipoh selama 34 tahun ni. Saya juga seperrti ramai Ipohans adalah food hunter, di mana, lantgaran Ipoh adalah kawasan besar namun dekat2 dan kurang jam, maka, ramai org di waktu lunch sanggup makan di mana2 juga yg di katakan ada masakan ‘signature’ atau ‘rare itu.

Oleh itu, terima kasih atas nasihat mamu itu, dan asaya akan laksanakan, walaupun perlu keluar modal.sebab marketing adalah 50% dari bisnes..tanpa marketing, ada produk yg bagus pun tak guna..

terima kasih sekali lagi mamu.

P/s: FYI. mamak2 yg meniaga secara bergenrasi di Ipoh adalah berniaga style ‘gangster’, bukan gangster jahat, tapi style ‘ikut kepala mereka je, dan tak ikut time customer’. Mmg selayak nya lah mereka buat mcm tu,sebab mmg mereka ada signature cooking. Cthnya, Nasik Ganja dan juga Beriyani Anarkali Salim, serta Rahmath belakang masjid negeri, kesemua mereka bukak waktu tertentu je, dan tak bukak sampai ke malam pun, tapi ramai org berulang2 dtg.. :) just untuk info je..

Assalamualaikum Tuan, apa pendapat Tuan sekiranya saya apply Lunch Box catering specific untuk orang lepas bersalin (dalam pantang) yang mana menu nya hanya utk org dalam pantang. Saya dapat idea ni bila saya melawat sepupu saya bersalin baru2 ni.

Mualaikum Wasalam,
Sessuatu perniagaan kita tak boleh khusus pada permulaannya. Box Lunch seperti katering tidak boleh khususkan dlm satu bidang.Selepas kita berniaga..kita akan ketahui dibidang mana kita perolehi perolehan yg baik. Sila rujuk posting “cara memileh bidang katering”..Anda juga boleh memilih Box lunch juga sesuai untuk orang-orang tua yang mempunyai penyakit kronik yang memerlukan pemakanan khusus seperti penyakit kencing manis, penyakit hamar, penyakit jantung dan juga pemakanan kesihatan. Cuba tumpukan kepada Box Makanan Kesihatan. insyallah boleh berjaya kalau sungguh berusaha, Idea box luch untuk dalam pantang adalah idea yg baik…mamak haji setuju dgn pendapat anda. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,948,210 hits
Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: