PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for April 2012


SPAGHETTI BLOGNESE AYAMbahan-bahan spaghettiSalam, jangan terkejut kerana resepi kali ini mamak haji ingin menulis tentang Resepi Spaghetti Bolognese. Resepi ini begitu terkenal sejak kebelakangan ini, mungkin disebabkan iklan di TV yang di syorkan oleh cef selibriti kita yg terkenal sekarang, berkata spaghetti bolognese amat mudah dibuat dan cuma memerlukan tiga langkah saja untuk memasak. Mungkin juga ramai anak-anak kita terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan di kaca tv itu..bila saja ke pasar raya dengan ibu-bapa mereka, memaksa ibu-bapa mereka membeli sebotol sos bolognese yang berjenama “prego” dan memaksa ibu masak spaghetti. Kadang-kala strategik pemasaran perniagaan yang dipaparkan melalui tv ini, begitu berkesan dan amat berpengaruh dalam kehidupan kita atau kanak-kanak. Betul juga Ray Kroch taukeh MacDonald’s berkata, “Restoren MacDonald’s bukan jalankan perniagaan Restoren tetapi ia adalah, Perniagaan berlandaskan “show Business”. Mcd ini membelanjakan berpuluhan juta dalam iklan bagi setahun. Minda Kanak-kanak kita dari kecil telah pun disemaikan dengan makanan ‘ala francise barata seperti, “kalau ingat makan ayam, ingat KFC!, kalau ingat makan Burger, Ingat MacDonald’s!, Kalau nak minum kopi, ingat nescafe, kalau nak berus gigi, ingat colgate. Tak rugi syarikat ubat gigi colgate berikan colgate mini kepada kanak-kanak di sekolah dan MILO diberikan minuman percuma kepada murid-murid sekolah semasa temasya sukan sekolah. Syarikat induk Nestle sebenarnya tanam modal untuk masa depan perniagaan mereka dengan bertali arus . Bila dewasa nanti kanak-kanak ini, mana nak cari ayam goreng rempah?, burger Ramli?, Indocafe?, atau ubat gigi zaiton atau safi (ada lagi kah syarikat zaiton ini?). Maka kalau ingat Spaghetti Bolognese bersos segera, kita kena cari “Prego”. Ia sama seperti Kenapa fikir kalau nak susu kena bela lembu. Jangan susahkan diri anda dengan bela lembu, anda cuma beli susu kami yang sedia ada. Cuma anda perlu membeli saja. Anak yang minum susu lembu kita, Otak anak anda bergeliga macam lembu feed lot. Cuba fikir cara orang Barat perbodohkan orang Asia. “Anak kami hanya minum susu ibu, maka anak kami jadi cerdik seperti manusia dan anak anda minum susu lembu akan cerdik seperti lembu. Bangsa Melayu ini  dulu kena dijajah orang barat dengan menggunakan bala tentera dengan perbelanjaan yang besar. Maka untuk menampong modal perbelajaan, penjajah ini akan kaut seberapa boleh hasil semula jadi negara yang dijajah. Bila  komunis Malaya melumpuhkan ekonomi penjajah dan penjajah pulak modal tak dapat kembali tetapi bila duit poket kena keluar, mereka tutup kedai dan cabut lari dengan terhormat dengan nama kemerdekaan. Kalau ada untung sapa nak tutup kedai?. Pulun sampai 24 jam. Ekonomi menjadi senjata yang paling berbisa dalam dunia politik sekarang.  Contohnya, Amerika adalah kuasa besar dunia itu, sekiranya tidak suka dengan polisi luar negara sesuatu kerajaan berdaulat yang dipilih rakyat cara demokrasi, perkara yang pertama mereka lakukan ialah melumpuhkan ekonomi negara itu supaya rakyat tersiksa dan merana dengan kesempitan hidup. Maka ditiupkan agenda,  bangun menentang kerajaan yang mana mereka  mereka pilih sendiri. Ia seperti, Ambil jari sendiri, cucuk mata sendiri!. Jadi butalah kita seumur hidup. Orang Melayu kena faham natijah cara penjajahan baru ini. Jangan leka dan sentiasa berwaspada dengan kaum elite kapatalis ini yang kebanyakannya terdiri dari orang zionis. Ada juga Melayu zionis. Bukan semua Yahudi itu zionis dan bukan semua zionis itu Yahudi ada juga Melayu..hahaha!. Jangan gadaikan maruah negara. Ke Politik pulak dah Mamak haji ini…teh tarek satu..siap teh tarek satu!. Standard mamak haji cuma standard teh tarek, jangan ambil hati noo!.

Mamak haji cuma nak tumpukan kepada pembuatan sos yang seakan sama dengan sos bolognese yang yang dihasilkan oleh syarikat “Prego”. Tujuan resepi ini ialah untuk meringankan kos bahan untuk para pengusaha kantin, untuk katerer yang adakan majlis jamuan atau untuk keluarga yang agak besar. Anda juga boleh mengubah suai resepi mamak haji mengikut cita rasa anda sendiri. Spaghetti sebenarnya resepi makanan orang Italy yang asal usulnya ia adalah makanan utama untuk tentera Greek Kuno. Spaghetti diperbuat dari tepung suji atau digelar semolia. Nama Bolognese adalah menunjukkan sos yang digunakan. Sos ini berasaskan daging. Asal usul nama sos ini berasal dari nama tempat di Italy bernama “Bologna”. Ia sama seperti “mee udang sg.dua” yang berasal dari Sg.Dua Seberang Perai.

Masak Spaghetti adalah sangat mudah.

1. Masak air dalam stok pot sehingga mendidih. Masukkan 5 liter air dalam stok pot dan 2 sudu kecilgaram dan sedikit minyak masak supaya ia tak melekat satu sama lain.

2. 1 bungkusan 500gm pasta spaghetti. Gengam kuat-kuat bungkusan itu di tangan kiri, halakan ke air yang tengah mendidih.Beri sedikit ketukan kuat pada penghujung bungkusan dengan tapak tangan kanan. Terburailah spaghetti anda kedalam air. MASA MASAK ADA DICATITKAN DI BUNGKUSAN. Biarkan ia masak mengikut masa yang ditetapkan dalam setiap bungkusan. Pilihlah saiz ketebalan yang anda sukai. Jangan risau sekiranya rebus dalam keadaan tegak kerana ada bahagian tidak ditenggalami air rebus. Spaghetti yang sedang masak akan turun sedikit demi sedikit dan memenohi dibawah paras air sekali sekala kacau tak ada hal.

3. Setelah sampai pada jangka masa masak yang ditetapkan, keluarkan spaghetti dari rebusan dengan penapis dan  segera masukkan dalam bekas yang mengadungi air. Biarkan spaghetti  sehingga spaghetti anda betul-betul sejuk.

5. Toskan spaghetti. Panaskan kuali dengan sederhana panas dan masukkan dua sudu besar “butter”. Biarkan “butter” cair dan masukkan spaghetti ke dalam kuali dan gaulkan dengan butter.  terbalik-balikan spaghetti supaya butter meresapi keseluruhan bahagian spaghetti. Ini TIPS untuk elakan  spaghetti anda tidak berair sekeliling spaghetti semasa hidangkan di pinggan.

6. 1 minit sudah memadai untuk spaghetti berada dalam kuali. Keluarkan spaghetti anda. Spaghetti anda telah siap.

CARA MEMBUAT SOS BLOGNESE AYAM – 6 ORANG.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm. isi ayam (tanpa kulit) bahagian dada amat sesuai. Dipotong kiub kecil.
  • 2 cawan Tomato segar dipotong dadu. (buang kulit dan bahagian dalam bersama biji).
  • 2 biji bawang kuning / Holland (bersaiz sederhana) dihiris dadu.
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang.
  • 1/2 tin “tomato puri” 430gm.
  • 1  sudu besar madu atau gula pasir.
  • 1 batang celery dikupas kulit dan dipotong dadu.
  • 1 batang karot dikupas dan dipotong dadu kecil.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • 2 sudu besar sos cili.
  • 2 atau tiga ranting daun rosemarry cuma ambil daun saja.
  • 2 sudu kecil daun oregano kering,
  • 2 helai daun “bay leaf” kering.
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk buah pala.
  • 2 sudu besar daun “basil” Italy.
  • 1 cawan air / susu segar.
  • Minyak zaiton / olive oil.
  • 1 sudu besar ‘parsley’ yang dicincang atau parsley flake kering untuk diadunkan dhn spaghetti semasa digoreng dgn butter.
  • 2 sudu besar cheese parmesan untuk taburkan di atas hidangan.

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan minyak masak  ke dalam kuali sos (sauce pan) atau kuali biasa pun boleh juga. Masukkan minyak olive, biar lebih tak kisah. Bila panas, masukkan bawang putih dan bawang. Layukan saja, jangan sampai garing. Masukan celery dan karot. layukan. Masukkan daun rosemarry. Biarkan ia masak dalam 5-7 minit.

2. Masukkan isi ayam dan masak sehingga isi ayam bertukar warna ke perangan, Masukan serbuk cili, tomato puree, tomato segar didadukan, sos cili, dan semua bahan-bahan rempah kecuali daun parsley.

3. Masukkan air / susu 500ml. Masukkan kiub segera stok ayam. Kacau sebati semua bahan-bahan. Bila mula mendidih , kecilkan api dan renehkan sos sekurang-kurang 30 minit.

4. Masukkan garam secukup. Kepekatan boleh ubah suai dengan tambahkan air. Sos bolognese anda telah siap. Hidangkan dengan spaghetti dengan taburkan paramesan. Selamat mencuba.

 


Salam, sebenarnya mamak haji hari ini ingin membuat tiga posting resepi antara-bangsa yang popular. Ia itu Resepi-resepi  Spaghetti bolognese dengan membuat kuah bolognese, Sup cendwan berkrim atau Mushroom cream soup dan cara membuat sos worcestershire. Mamak Haji berubah hati apabila membaca komen dari seorang pengunjung blog bertanya mengenai, “Bagaimana cara membuat bubur Talbinah?”. Tentang bubur Talbiah ini ada di kitab Hadis sahih Muslim  dan Bukhairi . Nabi s.a.w telah memberikan perhatian sangat serius tentang makanan kesihatan untuk orang Islam tetapi kini kita telah lupakan hadis-hadis berkenaan tentang resepi-resepi masakan sunnah tetapi lebih bertumpu mengenai sijil halal dan haram. Mamak haji rasa kita semakin hari, semakin jauh dari nilai-nilai agama Islam yang indah ini yang sepatutnya dihebahkan kepada seluruh manusia sejagat tetapi sayangnya umat Islam kini lebih bertumpu pada isu-isu yang radikal sehingga golongan yang bukan Islam “fobia” dengan Agama Islam itu sendiri. Berapa ramai di antara kita pernah menghadiahkan bubur Talbiyah kepada keluarga jiran tetangga yang menimpa musibah atau kehilangan orang kesayangan untuk meringankan kesedihan yang dialami oleh mereka. Kita lebih suka hadiahkan biskut mayat dan kopi ‘O’.

Sila baca hadis ini: Diriwayatkan daripada Aisyah isteri Nabi r.a katanya: “Apabila ada keluarganya yang meninggal dunia, para wanita berkumpul. Kemudian setelah mereka beredar kecuali keluarga dan orang-orang tertentu, beliau menyuruh untuk memasak seperiuk bubur Talbinah (bubur tepung), kemudian dibuat pula Tharid (sejenis makanan yang diperbuat dari campuran roti dan daging), lalu disiram dengan bubur Talbinah tersebut, kemudian beliau berkata: Makanlah! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bubur Talbinah itu boleh menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Diriwayatkan oleh Muslin dan Bukhairi)

Bubur Talbinah sebenarnya adalah bubur barley. Biji barley yang dimaksudkan ialah bukan biji barley mutiara yang seperti kita buat air barley tetapi biji barley yang masih belum dikisar. Masih fibernya melekat pada beras barley itu. Biasanya bubur ini diperbuat daripada biji barley yang ditepungkan dan tepung itu dimasak dengan air atau susu dan madu tetapi Ibn al-Qayim menerangkan “talbina” sebagai sup yang dicampur dengan yogurt.

RESEPI BUBUR TALBINA:

CARA-CARA:

1. Ambil 2 sudu besar tepung Barli dan masukan kedalam bekas 1 1/2 cawan air atau susu dan masak 10-15 minit. Bila buburnya masak, maniskan dengan satu sudu besar madu.

2. Boleh juga dibuat sup dengan air diganti dengan air stok ayam atau daging dengan sayur-sayuran.

Bubur Talbinah berkhasiat untuk mengubati penyakit fizikal dan Mental, terutamanya adalah untuk pengubatan penyakit jantung, darh tinggi, lemah jantung, kurangkan paras kolestrol, ganguan tidur dan juga penyakit parkinson. Resepi masakan bubur talbiah ini telah berubah mengikut peredaran masa tetapi bahan utama ialah biji Barley atau Hordeum Vulgare atau Di Indonesia digelar “jelai”. Walau pun bijirin oat juga mempunyai ciri-ciri kebaikan kesihatan  yang sama dengan barley tetapi bubur Talbinah ini mempunyai keistimewaan sendiri kerana ia adalah resepi dari Rasullulah s.a.w. Nabi Besar Kita yang tiada tolok bandingannya.

TIP-TIP UNTUK MASAK SUP BARLEY:

1. Biji barley perlu dibasuh dulu seperti cara basuh beras.

2. Perlu dibahagian 3 bahagian. Satu bahagian barley, satu bahagian lagi air dan satu bahagian lagi stok (air daging yg telah reneh) daging atau ayam.

3. Mendidihkan dengan api keras . Apabila telah mendidih perlahnkan api dan ‘reneh’ (simmering)  selama 90 minit. Selepas itu bolehlah ditambah rasa atau bahan-bahan makanan lain bersama sup anda. Seperti daging, celery, karot atau lain-lain sayuran yang anda suka.

P/S: Mamak Haji sendiri dah lama tak buat bubur Talbinah ini kerana kesukaran mendapatkan biji barley yang belum dikisar dan lebih suka membuat air barley dan bubur teruju (biji gandum). Biji barley yang belum dikisar memang banyak digunakan dalam perubatan Cina. Di Mesir atau di Jeddah mamak haji pernah jumpa “tepung Talbina” dijual kedai-kedai biasa. Ada juga yang membuat “tepung Talbina” untuk dijual dalam kotak yang mempunyai sachet didalamnya sebagai makanan perubatan di Indonesia. Tepung Talbinah punyai potensi besar dalam perniagaan makanan. Kalau ada yang ingin berniaga tepung ini, memang idea yang terbaik. Mulakan dalam bulan Ramdhan ini. Kalau ada pembaca yang minat ingin membaca kitab-kitab masakan dari dunia Islam silam sila cari kitab-kitab ini:

1.Kitab karangan Abu Muhammad al-Muzaffar Ibn Nasr Ibn Sayyar al-warraq dari Baghdad: ” Al-Kitab Al- Tabih (kitab ini mengenai hidangan kurun ke-10 dan ditulis pada tahun 1226.

2. Kitab Al- tabij fi- I- Maghrib wa- I – Andalus fi’asr al-muwahhidin – kitab masakan Andulusia.

3. Kitab wasf al-Ati’ima al – Mu’tada  – kitab masakan kurun ke-14 dan ditulis pada tahun 1373.

4. Dokumen dan catatan pengurusan Raja Akhbar dari kerajaan Empayar Moghul Islam di India yang menerangkan terperinci menu masakan dan juga harga setian bahan masakan. – Kitab Ain-I-Akhbari.

5. Manuskrip resepi “Ni’matnama” dari Sultan kerajaan Mandu ( Uttar Pradesh) Islam di India. Pada  kurun ke-15.

Nota: Dalam pada itu jangan lupa juga dengan khasiat rempah Jintan Hitam atau digelar ” Hab’aatus Sauda“. Hadis dari Bukhairi dan Muslim : ” Hendaknya kalian mengambil jintan hitam kerana jintan hitam mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit kecuali As- Saam (mati)”.

Kepada saudara yang bertanya berkenaan Bubur Talbinah, sekiranya ada kekurangan harap maafkan. Mamak haji juga perlu belajar banyak lagi. Terima Kasih banyak kerana ingatkan Mamak haji tentang syiar Islam yang maha agong ini. Wassalam.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,380,642 hits
April 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.