PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

SIRI 2 :CARA MENGHADAPI PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN – STRATEGIK PERANG SUN TZE

Posted on: Mei 11, 2012


Salam, Dalam siri pertama Mamak Haji telah terangkan mengenai sifat hasad dengki yang hina, peranan sifat mulia Ghibah dan juga persaingan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut lunas-lunas Islam. Dalam bahagian kedua ini kita belajar sedikit mengenai startegi bagaimana kita memulakan ‘perang’ terhadap pesaing perniagaan kita, apabila perniagaan kita digugat oleh pesaing yang tidak beretika. Dalam dunia perniagaan semua perniagaan ada risiko, dan juga jangan heran, banyak perniagaan gulung tikar sebelum usia setahun. Persaingan ini bukan saja dari restoren, syarikat-syarikat katering yang berada disekitar tempat perniagaan anda tetapi harus ingat persaingan hebat juga masih berlaku melalui warung-warung makanan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, kedai-kedai makan dan juga gerai-gerai yang canggih yang terdapat didalam pasar-pasar raya terbesar yang terdapat di kawasan anda berniaga. Memahmi dan bersaing denga pesaing-pesaing juga adalah faktur penting untuk menyediakan “Rancangan Perniagaan”, sebelum anda ingin buka perniagaan.  Jangan hanya mengalisa perniagan makanan yang sedang maju tetapi perlu juga kaji premis-premis dan juga syarikat restoren yang telah gulung tikar. Ini nasihat untuk yang ingin membuka perniagaan restoren, katering atau pun gerai-gerai makanan.

Bagi peniaga-peniaga yang sedang berniaga dan menghadapi persaingan hebat, tidak boleh hanya peluk tubuh dan serahkan sebulat-bulatnya kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita perlu ada sifat marah. Sekiranya tiada sifat marah, atau yang lemah sifat kemarahan itu adalah tercela dari segi agama Islam. Seperti Firman Allah SWT dalam surah al-Fath: 29 yang bermaksud, “Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir.” Allah SWT juga berfirman dalam Al-Quran, surah at-Tahrim:9 yang bermaksud: “Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” Bersikap keras bermakna ada tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, ia itu menyebabkan wujudnya sifat marah. ‘Marah’ bukan bermaksud kita perlu lakukan perkara-pekara yang ditegah oleh Agama Islam seperti jumpa bomoh, menjerumus diri dalam perkara keji atau merampas secara kekerasan hak orang lain.  Kita perlu marah bermaksud, kita perlu bangkit dengan memberi persaingan yang sihat dalam perniagaan. Kita jangan ada hasad dengki tetapi perlu ada sifat “ghibah” yang terpuji untuk menjadi peniaga yang lebih baik dari pesaing untuk majukan perniagaan kita.

Seni peperangan Sun Tze,  ini terkenal untuk melawan musuh dan menang dalam peperangan. Membuka perniagaan bukan sukar sangat tetapi mempertahankan perniagaan yang sedia adalah sangat sukar. Dunia perniagaan bukan seperti  10 tahun dulu seperti cuma golongan tertentu saja menceburkan diri dalam perniagaan, tapi kina siapa saja boleh memulakan perniagaan dan boleh memberi persaingan yang hebat kepada peniaga lama. Peniaga lama yang tidak akan tahan dengan cabaran dan kehendak atau trend baru pelangan, akan gulung tikar. Seni Peperangan Sun Tze yang terkenal dalam memenangi setiap peperangan boleh diadapsikan kepada perniagaan, politik atau pun ekonomi. Strategi ini juga digunakan oleh ramai peniaga-peniaga Tiong Hua yang berjaya dalam perniagaan di negara ini. Di sini Mamak haji menerangkan sedikit mengenai Falsafah Strategik Peperangan Sun Tze. Bila disebutkan “peperangan” anda perlu berfikir ia sebagai “persaingan”. Apa yang Sun Tze berkata, Sebelum kita memenangi pertempuran(persaingan) ini, perlu ada perancangan. Perancangan ini perlu digariskan melalui,  5 faktur utama, kedudukan dan Muslihat. Jangan terkejut bila kata “Muslihat”. Anda perlu tahu, semua peperangan dimenangi dengan cara muslihat.

1. 5 FAKTOR YANG MENENTUKAN KEJAYAAN.

  1. Pemimpin.
  2. Langit.
  3. Bumi.
  4. Moral
  5. Doktrin dan Disiplin.
2. Lima Faktor utama ini kita pecahkan kepada 3 kumpulan utama:
  • Pemimpin.
  • Langit dan Bumi.
  • Hukum Moral, Doktrin  atau cara dan Disiplin.

a. Pemimpin atau Diri Usahawan itu sendiri.

Apa kah ciri-ciri utama yang perlu ada pada setiap pengusaha atau peniaga:

  • Memahami semau aspek mengenai perniagaan yang diceburi.
  • Memahami mengenai persaingan yang bakal dihadapi.
  • Memahami mengenai makanan dan kesihatan.
  • Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
  • Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat
  • Jujur dan ikhlas.
  • Berdaya kreatif.
  • Mahir berkomunikasi.
  • Berani menanggung risiko.
  • Pandai keputusanyang mengikut keperluan dan masa.
  • Cita-cita yang kuat untuk berjaya.
  • Sentiasa mengamalkan disiplin yang tegas dan juga seorang yang penyayang terhadap pekerja.
  • Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap.
  • Sentiasa membuat hubungan baik diantara peniaga-peniaga dan juga masyarakat setempat.
  • Jangan lupa sikap ushawan perlu seperti “peniaga 1000 Dinar” dan sentiasa taqwa pada Agama.

2. LANGIT DAN BUMI.

seperti anda tahu langit dan keadaan muka bumi akan berubah-ubah. Langit dan Bumi ini dikaitkan dengan faktor-faktor luaran yang sentiasa berubah bagi kedua-dua pihak. Faktor luaran seperti keadaan ekonomi dan politik negara, kedudukan premis kita, dan keadaan Geography pelangan. Faktur luaran seperti tempat letak kereta, Jalan trafik sibuk, kepadatan penduduk dan jenis pelangan, trend pelangan  yang beriring dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda. Faktur luaran ini juga termasuk undang-undang Majlis Tempatan. Setiap peniaga perlu berubah dan mengikut faktor luaran ini. Jika anda tidak berubah maka perniagaan akan gagal seperti Dinosor yang mati kerana tidak ubah mengikut cuaca bumi yang berubah. Anda juga sentiasa perlu kaji perubahan yang dilakukan oleh pesaing anda.

3. Hukum Moral atau sikap keperibadian.

Moral adalah bermaksud semangat. Semangat anda perlu sentiasa tinggi untuk berjuang dalam perniagaan. Anda perlu sentiasa yakin, “apa juga anda buat itu adalah betul dan amat diperlukan survival perniagaan. Sentiasa perlu “benar” terhadap diri sendiri. Untuk mempastikan anda benar, boleh boleh menguji berapa soalan pada diri anda seperti:

  • Adakah saya betul apa yang saya lakukan?.
  • Adakah saya mempunyai sebab yang betul?
  • Adakah orang lain akan setuju apa yang saya lakukan?

Disiplin pulak amat penting dalam organisasi perniagaan. Pengurusan Masa perlu sentaiasa ditepati. Sekiranya waktu kerja bermula pada pukul 6:00 pagi, sebagi pemimpin perlu ada pada pukul 5.30 pagi, jangan pekerja pulak tunggu kita. Jangan membazirkan waktu, “masa itu emas” dalam prniagaan perkhidmatan makanan. Etika kerja juga perlu disemaikan kepada semua pekerja. Perkara ini anda boleh lihat kepada pesaing anda.  Sekiranya anda sendiri gagal mengetahui kesilapan anda, bagaimana anda boleh cari  kesilapan dari pesaing anda?. Untuk mengetahui kelemahan pesaing kita perlu mengetahui dulu kelemahan kita. Dengan sebab itu Sun Tze ingatkan, “sebelum kenali musuh anda, kenali diri anda dahulu, nescaya anda dapat harungi seratus peperangan tanpa kalah”. Seperti orang beragama kata, ” Maka siapa yang akan kenal dirinya, maka kenal lah tuhannya”. Yang Mamak Haji kata kenali diri ini tak payah, bukak-bukak oleh tuan guru. Kena bukak sendiri. Ingatkan nak habiskan tajuk ini tapi masih panjang lagi namapak gaya nya kena berhenti setakat ini saja. Nanti cuba sambung dalam bahgian 3 nanti, itu pun kalau ada yang minat …kalau benda logik ini memang bosan membaca. Kalau Mamak Haji menulis kisah, ” Adengan porno karpal DAP”, meletup blog Mamak haji ini…hahaha!. Dunia..dunia. Teringat, Bekas Perdana menteri yang terkenal Winston Churchill pernah berkata, “Sesuatu cerita bohong boleh sampai kepada ke separuh  dunia,  sebelum orang itu pakai seluar dan beritahu perkara itu tidak benar”. Mamak haji stop setakat ini saja. Ada perkara-perkara yang nak tanya mengenai perniagaan makanan, katering, atau kantin secara peribadi boleh hantaq e-mail kat: mohd.roslan@gmail.com. Wasaalam.

Advertisements

4 Respons to "SIRI 2 :CARA MENGHADAPI PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN – STRATEGIK PERANG SUN TZE"

diminta tuan dapat meneruskan utk siri ketiga…

Salam, terima kasih. Insyallah mamak haji teruskan siri 3.

Salam, Mamak Haji, saya amat tertarik dengan gaya penulisan encik. Untuk makluman encik saya baru memulakan blog berkonsepkan majalah keusahawanan, http://www.sokmo.org. saya berbesar hati jika Encik dapat menjadi salah seorang kolumnis untuk majalah tersebut, bayaran berdasarkan artikel. boleh saya tahu berapa bayaran untuk satu artikel penulisan encik. Memandangkan konsep blog ini untuk membantu usahawan dan individu baru nak jadi usahawan. Saya harap encik dapat menerima jemputan ini. saya bercadang untuk siarkan artikel encik 2 kali sebulan. Jika ada cadangan lain kita boleh bincangkan lebih lanjut.

Salam, terima kasih atas kesudian singgah diblog mamak haji ini. Terima kasih atas jemputan saudara itu. Kalau mamak haji menolak ia bermakna mamak haji sombong. Cuma mamak haji tak setuju dgn pembayaran itu.Kalau ingin membayar juga, niatkanlah mamak haji sedekah kepada yang lebih memerlukan. Mamak Haji lebih suka membantu secara sukarela dari bayaran. Lagi pun mamak haji dah puas menerima dan kini nak habiskan sisa hidup ini, mamak haji lebih suka memberi. Tangan yg memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerma…hahaha!. Sila hubungi mamak haji di e-mail: mohd.roslan99@gmail.com.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: