PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI MASAKAN KANTIN SIRI: 1.RESEPI INDONESIA TEMPE GORENG KERING & TAUHU GORENG.

Posted on: Mei 12, 2012


Salam, Resepi masakan Indonesia ini, mamak haji ceduk dari internet dan ubah-suai, tapi malangnya tak ingat pulak hasil dari siapa, maka mamak haji mohon empunya diri halalkan  resepi-resepi ini. Bagi mamak haji Ilmu ini untuk kebaikan bersama, untuk tujuan ini boleh diambil  Ilmu orang lain seperti kita ambil Ilmu yang cipta lampu, sistem air, sistem jalan, kipas angin, radio, telivisyen tapi jangan ambil ilmu Yahudi Bil Gates nanti kena saman. Salah ialah gunakan ilmu orang lain untuk cari wang untuk diri sendiri. Ia seperti DVD cetak rompak, Cetak rompak ini seperti  mencuri hak orang lain dan buat duit dengan senang. Resepi-resepi ini mamak haji telah cuba di kantin-kantin perusahaan dan mendapat sambutan yang baik. Masalah masak dikantin dan di restoren sangat berlainan. Restoren rsepinya mudah tak perlu ubah kerana yang suak resepi kita saja yang kunjung ke restoren kita. Tak akan ada pelangan nak makan burger mai restoren mamak?. Masakan kantin perlukan berbagai-bagai jenis resepi dan setiap hari perlu ditukar, sehingga boleh pecah kepala otak kita memikirkan perlu masak. Mamak Haji masa jalankan perniagaan kantin biasanya mengadakan 15 resepi sehari dan kalau sebulan perlukan sekurang-kurangnya seratus jenis resepi.  Ini tolak resepi tetap, kari ikan, kari ayam, ayam goreng dan ikan goreng. Sayur pulak setiap hari sekurang-kurangnya lima jenis perlu adakan. Seronok buat kantin ialah pelangan tetap tak perlu peningkan kepala. Masak pasti habis. Paling leceh adalah isu komplen tak tahan. Setiap hari ada saja masalah. Ini yang tak tahan dalam perniagaan kantin ini. Kalau takat  1,000 pekerja boleh kita puaskan hati mereka 100 peratus?. Maa dengar telingga kanan, buang ikut telingga kiri. jangan ambil serius sangat, ini keran manusia ini kalau kita buat seribu kebaikan tak nampak, tapi satu kesalahan tersilap menjadikan isu yang besar dan lupakan seribu kebaikan kita. Maka sesiapa yang minat buat perniagaan kantin jangan lupa pesanan ini. Buat selagi terbaik yang termampu, buat duit dan habis kontrak cabut cari tempat lain.  Jangan beli peralatan untuk kantin tapi sewa peralatan kantin. Pastikan dalam enam bulan kita ambil balek modal dan enam bulan lagi  cari untung maksima. Kalu pengurusan yang bertimbang rasa dan mewujudkan keadaan menang-menang boleh sambung perkhidmatan. Kebanyakan pengurus kilang ini cakap besar, satu pii boleh cari sepuluh. Lama kelaman kantin kilang dia tak ada katere yang ingin berniaga. Katerer-katerer baru yang terkobar-kobar ingin berniaga, kena awas jangan masukan kepala anda  kedalam mulut cap harimau..dulu duit pakai  cap harimau sekarang pakai kepala agong. Kita kata rasuah ini orang kerja kerajaan saja terlibat, tapi sebenarnya dalam pengurusan swasta lebih kuat rasuah. Mula dari pintu gerbang sehinggalah kepada pengurus-pengurus yang bergaji puluhan ribu. Astaga..kita marah orang kerajaan yang ambil sepuluh dua puluh tapi di  swasta lagi teruk?. Ada supplier mempunyai tiga empat nama syarikat, yang  masuk sebut-harga cuma tiga sayrikat kepunyaannya. Siap kerani purcasing mintak tambahkan harga. Tambah untuk dialah. Dengan sebab itulah kontraktor Melayu tak ada peluang langsung di kilang-kilang bukan Melayu di Pulau Pinang ini. Tapi orang-orang ini juga kata, kuota Melayu atau hak keistimewaan Melayu di negara ini perlu dihapuskan. Taukeh-taukeh kilang ini, sifat perkauman mereka ini lebih tebal dari kulit babi hutan. Kalau ada kaum ini kata, perlu hapuskan hak istimewa Melayu di negara, orang melayu perlu kata, Piiraaah lan@$#!!!!. hahaha! geram, kalau orang Melayu tak bergantung kepada kerajaan nak bergantung kepada jenis kaum keparat ini?.

Kebaikan Kantin kepada katerer, cuma mempunyai pelangan yang tetap dan mereka pulak tak ada pilihan dan terpaksa menjamu selera dengan kita. Selera makan orang ini banyak bergantung kepada  keadaan fizikal mereka. Ada yang kerja di pejabat seleranya lain dan ada yang kerja berat selera lain, tambahan pulak sekarang ini kilang di negara ini sudah menjadi seperti PBB (Pertubuhan Bangsa-bangasa Bersatu- UN) Ada pekerja Nepal, Bagladesh, Sri Langka, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Melayu, Cina dan India. Bayangkanlah masak untuk mereka bukan kerja mudah. Kadang-kala kita kesian juga memikirkan selera mereka. Kebanyakannya kilang-kilang perusahan pengeluar barangan letronik, telah memahami keperluan kantin di kilang mereka. Ada juga kilang memberi subsidi makan tengah hari kepada pekerja-pekerja ini sebanyak RM2.00 hingga RM3.00. Sekiranya wang subsidi diberi terus kepada pekerja dari luar negara ini , mereka sebenarnya tidak akan gunakan wang ini untuk makan tetapi gunakan untuk membeli kad pre-paid. Maklum sajalah mereka ini tinggalkan anak bini dikampung halaman. Makanan yang diet seimbang perlukan untuk tubuh badan untuk kekuatan fizikal dan mental. Bila makanan yang berzat tidak diambil, maka tubuh badan akan lemah dan perlu menghadapi berbagai jenis penyakit. Bila pekerja sering sakit, siapa yang susah?. Produktiviti kilang akan merosot. Maka Mamak haji nasihatkan kepada pengurusan kilang, beri subsidi makanan ini terus kepada katerer untuk membekalkan makanan yang berkhasiat untuk pekerja-pekerja ini. Inilah peranan utama kantin dikilang-kilang, selain dari mendapat makanan yang bersih, sihat dan juga murah untuk pekerja anda, dan dapat meningkatkan produktiviti dan ia menjadi fungsi utama dalam menjaga kebajikan pekerja-pekerja. Pengurusan kilang perlu ingat, pekerja luar negara ini bukan seperti mesin-mesin diimpot dari luar negara, mereka ini adalah manusia seperti kita. Sifat berperikemanusian atau empathy perlu ada pada setiap usahawan. Zaman beli hamba abdi ini lama telah berlalu. Jangan ulangi perbuatan keji ini.

RESEPI INDONESIA:

1. RESEPI : MASAK KERING TEMPE

TEMPE GORENG KERING PEDAS

TEMPE GORENG KERING PEDAS

Hidangan : 10 orang.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping tempe dipotong halus.
  • 250gm kacang tanah.
  • 200gm ikan bilis.
  • 5 cili merah dihiris halus.
  • 5 cili api dihris halus.

Bahan Tambahan:

  • 2 sudu besar airsam jawa pekat.
  • 3 sudu besar gula merah.
  • 1 sudu besar gula pasir.
  • sedikit air + garam.

Perencah: Ditumbuk halus atau dikisar (dengan air yg paling minima)

  • 8 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci lengkuas bersaiz ibu jari dihiris.

CARA-CARA:

1. Goreng semua bahan utama, tempe, kacang tanah, ikan bilis dan cili.

2. Tumiskan perencah denga sedikit minyak hingga bau harum naik. Masukan jus asam jawa, gula merah, gula pasir dan air. Adunkan gula sehinnga cair dan rata. Air asam untuk gula tak menjadi keras bila sejuk.

3. Masukkan semua gorengan di atas. Gaulkan sama rata. Angkat dan hidang didalam tray.

Selamat mencuba.

2. RESEPI TAUHU GORENG SUMBAT.

TAUHU GORENG

TAUHU GORENG

hidangan : 20 KEPING.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 keping tauhu (putih) dibelah dua bukan  seperti tahu sumbat ptong silang tapi potong bahagi dua. Tahu ini di Pulau Pinang digelar “takua”. Tauhu di sini tebalnya lebih 1″ maka kena potong ketebalan 1/2″ atau menjadikan dua. Kalau tauhu nipis 1/2″ tak perlu potong dua.Setiap tahu perlu dipotong “kocek” untuk mudah sumbat isinya sebelum digoreng. Di goreng dan diasingkan.

Bahan-bahan untuk inti tauhu:

  • 1 batang saderi dipotong halus.
  • 100 gn taugeh.
  • 3 ketul isi ayam (200 -250gm).
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan dicincang.
  • 1/2 sudu kecil tsp serbuk cili.
  • secubit lada hitam.
  • Garam dan sedikit gula pasir.

Cara-Cara masak inti:

1. Panaskan kuali dan masukan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik baunya dan masukkan isi ayam bersama serbuk cili dan serbuk lada dan sedikit garam. Biasanya kita dapati isi ayam akan melekat pada kuali semasa goreng dengan minyak yang sedikit. Untuk elakan isi  ayam melekat pada kuali, salutkan isi ayam dengan sedikit minyak sebelum masukkan dalam kuali panas. Bila isi ayam mula masak, masukkan daun saderi dan diikuti taugeh. Inti anda telah siap.

2. Sejukkan inti. Masukkan inti kedalam kocek tahu yang telah goreng secara menekan dengan ibu jari. Apabila tauhu telah diisi (kalau tahu itu pecah sedikit tak mengapa). Sedia untuk goreng dengan tepung.

PENYEDIAAN TEPUNG UNTUK GORENG:

  • 100gm tepung beras.
  • 50gm tepung ubi.
  • 1/2 cawan santan.
  • 1 butir telur.
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
  • garam secukup rasa.

Cara-cara menyediakan tepung goreng.

1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dan gunakan sedikit air untuk mendapatkan hasil tepung yang baik. Kelikatan tepung goreng itu sama seperti goreng pisang. jangan terlalu likat dan nipis. Celurkan tahu satu persatu dan goreng sehingga warna tahu anda kuning keemasan. ia sangat sedap dan amat diminati oleh tenaga kerja Indonesia.

2. Kalau ada lauk ayam yang tidak habis jualan, basuh ketul ayam segera dan simpan dipeti sejuk (freezer) kalau di rumah  dibahagian atas. Ketul ayam yang disimpan, kalau ingin gunakan perlu rebus sehingga mendidih dan gunakan sebagai inti tauhu goreng atau pun masakan “begedil” ayam. amat sedap dari daging ayam yang segar. Jangan bazirkan makanan.

3. Cara buat tahu goreng ini cepat, penerangan mamak haji nampak macam lama. sebenarnya Mamak Haji boleh siapkan 60 keping tauhu dalam masa kurang dari 30 minit. Selamat mencuba.

P/S : Mamak Haji cuba bantu katerer dikilang dengan resepi-resepi yang sangat diminati oleh pekerja-pekerja dari negara lain untuk pengusaha mencuba resepi baru untuk menambahkan pendapatan. Sekiranya ada pengusaha katering ingin kongsi pandangan tentang berniaga di kantin boleh e-mail mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com. WASSALAM.

Advertisements

3 Respons to "RESEPI MASAKAN KANTIN SIRI: 1.RESEPI INDONESIA TEMPE GORENG KERING & TAUHU GORENG."

Salam mamak haji.Macam mana nak goreng tempe bg tahan garing walau dah dimasak dengan sambal.slalu makan kat kedai org indon masak, tempe depa masih gering walau terbuka.Terima kasih.

sALAM, Biasanya org Jawa memang pandai goreng tempe ini garing walau pun keadaan sejuk. Rangup tepung terpulang kepada kekerasan jenis tepung. Mamak Haji juga bila tulis resepi goreng ayam berempah banyak terfikir apa akan jadi ayam goreng bila sejuk. KFC tak apa mereka ada pelangan bertali arus, tapi bagaimana pula org yg berniaga di kantin. Sekali time makan serbu tiga emapta ratus pekerja. Maka dgn sebab itulah dlm resepi goreng ayam mamak haji sengaja tambah tepung ubi dan beras. Kalau yg betul cuma guna tepung jagung dan tepung gandum, baking soda,dan air sejuk (ais). kalau goreng fish & Chip org gunakan air soda atau ginger ale untuk ranggupan. Mat sallaeh kat England atau english fish & Chip guna bir beralkohol yg haram bagi org Islam. Berpatah balik pada tempe ini kalau kerangupan nak tahan lama guna tepung beras dgn sedikit kapur makan. Bila tepung beras diadun dgn kapur makan ia bertukar warna keoren jadi tak perlu tambah warna. Kalu nak berlemak sedikit guna santan pekat sesudu seperti kita gunakan untuk tepung karipap kalau nak ranggup. Peniaga jarang pakai santan tetapi gunakan minyak masak yg panas atau majerin panas. Kalau nak ranggup lagi guna air ais dari guna air biasa. Tepung pisang goreng pun sama juga tepung beras ditambah sedikit tepung gandum dan kapur. kapur adalah tip untuk rangup. Goreng pisang goreng musuhnya adalah gula pisang. Jadi pisang yg bersesuain untuk goreng perlu dipilih. Pisang terlalu masak jadikan pisang salai..hahaha!.Wassalam

saya berminat untuk belajar makanan indonesia…

sila jemput ke blog saya…

http://vitaminbite.com/antara-makanan-terbaik-di-dunia/

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,948,210 hits
Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: