PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Jun 10th, 2012


Salam, minggu ini mamak haji kurang sihat, bila umur dah senja memang perlu menghadapi ujian-ujian yang sangat getir dari empunya diri. Hidup kita cuma pinjaman bukan hak kita menentukan bila kita sanggup tak sanggup meninggalkan dunia ini dan berhijrah ke alam yang kekal. Dunia perniagaan ini penuh dengan cabaran. Setiap hari kita akan hadapi cabaran baru. Ini yang membuatkan mamak haji sangat sayang pada karier perniagaan ini.  Di akhir setiap cabaran ini ada ganjaran yang tidak ternilai. Bidang perniagaan amat sesuai untuk orang yang inginkan cabaran dalam hidup. Ia seperti mendaki gunung, bila sampai dipuncak gunung tersebut kita rasa kita telah menawan keseluruhan gunung tersebut walau pun hanya menjejak kaki di puncak gunung tersebut. Inilah kepuasan yang terdapat dalam dunia perniagaan ini. Seperti kita ingin mendaki dan menguasai gunung kita perlukan Ilmu mendaki, begitu juga dalam dunia perniagaan kita perlukan Ilmu perniagaan untuk mengorak langkah. Tanpa Ilmu kita tidak akan kemana-mana. Mamak haji harap sesiapa ingin menceburkan dalam dunia perniagaan persiapkan diri anda dengan segenap Ilmu yang ada di sekeliling anda. Jangan membuta tuli ingin mendaki puncak gunung yang anda tidak memahami risiko, persediaan mental dan fizikal atau lupa membawa bekalan makanan, peralatan yang cukup untuk mendakinya. Anda akan kecewa dan penat. Penat yang tidak berbaloi untuk diri dan kelaurga yang bergantung kepada anda. Cuma semangat dan cita-cita tidak akan boleh membawa kemana-mana tetapi persediaan yang secukup dalam setiap langkah untuk mendaki kejayaan akan memberi keyakinan diri dan sudah semestinya anda akan berjaya. Masa dan hayat hidup bergerak dengan pantas di zaman yang erlumba kejar-mengejar masa, jika anda lambat, anda akan ketinggalan bas untuk ke destinasi yang anda ingin sampai. Setiap langkah menuju kejayaan dalam perniagaan harus sedia tempuh kesukaran. Seperti sasterawan Usman Awang berkata,  “Perjalanan penuh dengan onak dan duri”,  kejayaan cuma untuk anda yang sanggup memikul kepayahan-kepayahan dan kesukaran ini. Kejayaan tidak akan golek didepan mata anda. Kejayaan yang datang dari bantuan orang lain tidak kekal dan anda tidak boleh bangga dengan kejayaan itu kerana kepuasan kejayaan adalah perlu hasil usaha sendiri. Bila kita berjaya jangan lupa rasa syukur pada Allah SWT dengan sendirinya akan muncul sikap rendah diri dan peribadi yang mulia.  Kemegahan (pride) dan kehormatan diri (dignity) pasti kepunyaan kita. Bila usia kita lanjut, inginkan kehormatan diri (dignity) dalam menempuhi di akhir-akhir hayat ia tidak perlu pinta atau mohon. Inilah sebabnya warga negara usianya menjangkau 60 tahun digelar warga emas. Mamak Haji kadang-kala terfikir juga apakah layak kita inginkan kehormatan diri tanpa lakukan sesuatu untuk orang lain?. Apa kah sumbangan kita pada orang lain sehingga kita perlu dihormati..mungkin inilah anak-anak mamak haji kata, “Mamak Haji Nyanyok, main blog di usia tua senja begini”. hahaha, biarkan apa saja tanggapan mereka tapi tanggapan mamak haji tak semestinya sama dengan orang lain. Kita berhak mempunyai pendapat sendiri..bukan begitu?. Sebelum mamak haji melalut kesana kesini mai kita baca e-mail yang dikirim oleh seorang pengunjung blog.

e-mail:

Salam,
Maaf jika e-mail in menggangu mamak beristirehat, apabila membaca blog mamak membuatkan sy teruja untuk memulakan perniagaan. sememangnya cita2 sy ingin mempunyai sebuah restoren sendiri. Begini mamak, sy ingin memulakan perniagaan sebuah restoran masakan ala thai yang mana kompetitor sy disini hanya 3 buah yang mana dikendalikan oleh org muslim-dan masakannya ala kadar rasa. untuk makluman mamak, sy di sabah. kerana ramai orang asemenanjung di sini, sy rasa target customer adalah org2 semenanjung yg dhagakan masakan ala-semenanjung yng mereka dahagakn di sini.
sy tidak punyai modal yg cukup. sy ada seorang rakan kongsi yang mana kami contribute rm35k seorang,,,jadi ingin pendapat bagai mana harus bermula….
e-mail ini dari seorang pembaca blog yang ingin membuka perniagaan sendiri untuk mencapai cita-cita yang murni. Walau pun beliau ini seorang yang makan gaji (mungkin lumayan) tetapi jiwanya lebih tertumpu ingin berdikari dan ingin berniaga dan capai cita-citanya. Semangat orang seperti ini bukan mudah untuk padam. Semakin hari, semakin jiwanya ingin ke arah bidang perniagaan. Tetapi kalau perhatikan isi e-mailnya dibawah sekali beliau mengatakan beliau ingin berkongsi berniaga. Kemungkinan api semangat yang membara dalam jiwanya tidak boleh lagi dibendung. Beliau nak bergerak cepat. Walau pun nasihat yang di pinta itu bukannya tentang “Rakan Kongsi”, tetapi mamak haji rasa masalah utama beliau akan datang dalam perniagaan ialah “rakan Kongsi“. Definasi rakan kongsi membawa makna: “Perhubungan yang diwujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan (S3 (1), Akta Perkongsian 1961). Perjanjian perkongsian boleh dibentuk secara bertulis.
Biasanya memulakan perniagaan dengan rakan kongsi memberi banyak manfaat, kalau tidak pun ia pasti memberi manfaat secara tidak langsung pun tetapi sekurang-kurangnya kita punyai seseorang rakan yang boleh kongsi suka duka dalam menjalankan perniagaan. Kebanyakan rakan kongsi dalam perniagaan yang kita pilih adalah sahabat karib yang kita kenali. Bila mula berniaga dengan rakan kongsi dalam perniagaan sering kali kita tidak teliti dan takut membuat perjanjian bertulis bersama kerana dikhuatiri menyinggung perasaan sahabat baik kita. Keadaan akan terjadi ialah , “Nak telan mati bapak, nak luah mati emak“. Kalau kita dapat keraskan hati pun sahabat kita akan kata, “tak akan engkau tak percaya persahabatan kita selama ini?, Kita kawan bukan baru setahun dua?.” Cuba anda bayangkan perasaan yang akan mempengaruhi akal fikiran dan kita jauhi asas perniagaan. Inilah sebab kita sering tidak teliti dalam memilih rakan kongsi perniagaan yang dari kalangan saudara mara, sahabat karib atau orang yang memepunyai kedudukan tiunggi dari kita. Rakan kongsi dalam perniagaan seperti sebuah hubungan perkahwinan. Walau pun sebelum kita berkahwin, bercinta berberapa tahun, berbagai-bagai perjanjian manis dimulut diluahkan oleh kedua pihak tetapi luahan ini bukan jaminan untuk kita tidak akan bercerai. Bila bercerai, semua janji-janji mulut seperti janji air lior saja, tidak boleh pakai. Inilah sebab Undang-undang keluarga Islam meletakan syarat-syarat dalam perkahwinan secara bertulis. Selepas akad nikah setiap pasangan lelaki diwajibkan tanda tangan surat perjanjian perkahwinan ini. Banyak kali mamak haji terangkan perjanjian yang terwujud diantara dua pihak mengikut perpektif Islam perlu ditulis. Perkara ini Allah SWT telah perintahkan dalam Al-Quran. Segala yang kita luahkan adalah diertikan sebagai perjanjian membuka perniagan bersama rakan kongsi adalah pejanjian. Perjanjian ini perlu ditulis dan disahkan oleh seorang yang lantik menjadi saksi segala perjanjian dibuat secara sukerela ini. (sekiranya boleh, dapatkan perkhidmatan peguam). Ini penting dalam menjalakan perniagaan secara rakan kongsi. Kita bukan apa, masa mula berniaga keuntungan mungkin sedikit dan selalunya duit yang kecil kita boleh kawal tetapi katakanlah restoren anda meletop seperti restoren nasi kandaq di Pulau Pinang, sehari jualan mencecah kepada 25K. Masa itu duit banyak…duit ini akan kawal kita. Mulalah berbagai masalah melalui orang ketiga terutamanya dari keluarga terdekat akan timbul. Kita juga tak mahu satu hari nanti isteri atau anak rakan kongsi kita akan masuk campur hal perniagaan kita. Buat perjanjian awal-awal lagi sebelum mulakan perniagaan. Insyallah ia kan jadi yang terbaik.
Kebaikan rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut:
  • Membantu mengurangkan kos permulaan perniagaan (start-up cost).
  • Mudah untuk menguruskan perniagaan seperti tanggung-jawan dan juga kerja pengurusan.
  • Risiko yang akan dihadapi boleh dibahagi sama rata dengan rakan kongsi.
  • Rakan kongsi anda akan menjadi pembekal semangan motivasi untuk perniagaan.
Biasanya omputih kata, ” One Man Control Business is the best Business In The World”. Keburukan atau kontra rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut.
  • Anda tidak punyai hak mutlak dalam syarikat.
  • Keuntungan yang diperolehi perlu dibahagi sama rata.
  • Apa saja tindakan rakan kongsi anda, anda juga terbabit.
Mungkin ramai yang keliru apa yang mamak haji katakan “Perjanjian” itu. Ada juga akan memberi jawapan daftar syarikat sendirian berhad akan menyelesaikan masalah rakan kongsi. Sendirian Berhad dilindungi oleh akta syarikat negara. Perjanjian yang mamak haji katakan ialah perjanjian persefahaman yang dipersetujui di antara rakan niaga. Perjanjian Persefahaman yang dilindungi Hak dan tugas rakan kongsi dalam perniagaan. Didalam perjanjian persefahaman (Mutual Aggrement) ini diterangkan terperinci hak rakan kongsi dan obligasi di antara anda dan rakan kongsi. Perjanjian perkongsian dibentuk secara bertulis. Perjanjian perkongsian biasanya mengandungi perkara-perkara berikut: Pihak-Pihak kepada perjanjian (pekongsi), nama syarikat, tempoh perkongsian, cara-cara pembubaran, cara mengendali harta perkongsian dan modal perkongsian, bahagian syer, dan cara pengurusan perniagaan. Ia termasuk juga kuasa-kuasa dan hak rakan kongsi, liabiliti dan tanggungan rakan kongsi dan  lain-lainnya. Perjanjian ini adalah secara ‘am. maksud Mamak haji ialah membuat satu “perjanjian Bersama” diluar dari skop yang terdapat dalam tubuhkan syarikat perkongsian. Anda tak perlu membuka syarikat sdn.bhd yang berharga ribu tetapi boleh dibuat hanya dengan syarikat enterprise berkongsi tetapi mempunyai set perjanjian yang terbaik. Di bawah ini mamak haji memberi sedikit penerangan tentang perjanajian bersama yang disebutkan.
  1. Setiap ahli rakan kongsi mempunyai hak mengambil bahagian aktif dalam pengurusan dan adiminastrasi syarikat.
  2. Buku akaun syarikat perlu disimpan di pejabat operasi syarikat dan setiap rakan kongsi mempunyai hak akses untuk melihat atau memeriksa akaun sayrikat dan rakan kongsi boleh dapatkan bila-bila masa salinannya.
  3. Setiap rakan kongsi berhak berhenti  menjadi rakan kongsi dengan hanya dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi yang lain.
  4. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk kongsi bersama keuntungan dan juga kerugian.
  5. Sekiranya untuk mencukupkan aliran tunai syarikat, sekiranya ada rakan kongsi memberi pendahluan atau memberi pinjaman , dia berhak memperolehi kembali pinjamannya berserta denga jumlah tambahan yang telah dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi.
  6. Setiap rakan kongsi punyai hak untuk melarang ahli rakan kongsi baru dan juga menghalang dari persaraan rakan kongsi yang tersedia ada.
  7. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk saman di makamah untuk mencairkan syarikat (dissolution) disebabkan kegagalan dalam perniagaan. Perkara ini cuma boleh dilakukan apabila dalam keadaan kecemasan dimana dari syarikat menanggung hutan yang lebih berat.
  8. Semua rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan yang sama operasinya atau menggunakan nama syarikat .

Berikut adalah tugas-tugas yang dipertanggung-jawapkan kepada setiap rakan-rakan kongsi:

1. Setiap rakan kongsi perlu bertanggung-jawab untuk memajukan perniagaan yang disertainya.

2. Setiap rakan kongsi perlu berkerja bersungguh-sungguh mengikut kemampuannya untuk menjalankan perniagaan.

3. Setiap rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan sendiri atau pun mengambil peluang mencuri pelangan atau pun pekerja syarikat bagi menjalankan perniagaan persendirian yang akan memudaratkan syarikatnya.

4. Buku akaun sayrikat perlu sentiasa dikemas kinikan untuk paparan semua rakan kongsi.

5. Semua rakan kongsi bukan saja mempunyai hak keuntungan tetapi segala hutang yang ditanggung syarikat juga perlu dibahagi sama-rata.

6. Setiap rakan kongsi dilarang menggunakan harta sayrikat untuk kegunaan peribadi.

7. Setiap rakan kongsi perlu ikhlas, tawakal pada Allah SWT, bertanggung jawab pada kemasyarakatan dalam menjalankan perniagaan.

Penjelasan di atas cuma adalah contoh yang perlu terdapat dalam surat perjanjian bersama (Mutual Aggrement) sebelum anada mula menjalankan perniagaan. Anda boleh tambahkan atau buang apa saja dari perbincangan dengan rakan kongsi. Perjanjian bersama ini bukan saja memberi kebaikan kepada syarikat, untuk anda dan rakan kongsi anad lebih yakin dengan syarikat yang anda bakal tubuhkan. Wassalam.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,547,757 hits
Jun 2012
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.