PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Selamat Berpuasa

Posted on: Julai 22, 2012


salam, sebenarnya mamak haji berat nak beri ucapan ‘selamat berpuasa’. Apa yang sebenarnya ‘selamat’ itu yang mamak haji masih lagi

Buah kurma ‘Ajwa

kurang faham. Sebelum kita memberi ucapan selamat berpuasa, kita perlu hayati pengertian berpuasa ini.Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Ramai ingat puasa itu menahan dari makan dan minum. Ini yang difahami rakyat bukan Islam di negara ini tentang umat Islam mula berpuasa dalam bulan Ramadhan dan juga segelintir orang islam di negara ini, yang aneh lagi selepas waktu asar dalam bulan ramadhan, suasana bertukar menjadi pesta makananan di setiap pelusuk negara. Dan waktu malam pula bertukar menjadi suasana berhimpun di mesjid untuk solat sunat tarawih.Pada permulaan minggu pertama Setiap ruang mesjid akan penuh, di minggu kedua 3/4 dan minggu terakhir cuma 1/4 ruang mesjid di isi. Mungkin ramai balik kampung untuk hari raya aidil fitri. Mamak haji minat tentang tajuk puasa ini kerana ia membabitkan bidang masakan bukan mamak haji handal dalam bidang agama dan pandai merumuskan puasa ini. skop puasa amat luas. jadi mamak haji cuma sentuh mengenai bab makanan dan perniagaan dalam bepuasa Ramadhan ini.

Makna Puasa: Sebahagian ulama’ menta’rifkan puasa sebagai : “ menahan diri dari syahawat mulut ( makan dan minum ) dan syahawat kemaluan ( jima’ ) dan yang seumpama keduanya, kerana melawan hawa nafsu dan taat kepada Allah swt di keseluruhan waktu siang, dengan niat sebelum terbit fajar atau bersamanya, pada hari-hari yang bukan hari haid dan nifas atau hari-hari raya.”
Ta’rif lain pula menyebut: ” iaitu beribadat kepada Allah dengan menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar sehingga tenggelam matahari”. – dari blog: http://www.ustazshauqi.com.

Makna Ramadhan: Ibnu faris menyebut asal perkataan yang pangkalnya ra’-mim-dha’ bermksud: “ ketajaman atau kepedihan pada sesuatu kerana kesan kepanasan dan lainnya”. Ramadh bermakna “kepanasan batu kerana kepanasan cahaya matahari”. Al Raghib menyebut: “Ramadhan dari perkataan ramadh iatu teruknya kesan panas matahari”. Kata, assamin alhalabiy tentang sebab dinamakan ramdhan : “ kerana kebetulan pada masa mula puasa difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan.” Al Qhadhi Abu Yaala al Farraa’ menyebut tentang rahsia penamaan ramadhan :” dikatakan bahwa sebab dinamakan ramadhan kerana ianya membakar dosa-dosa dan menyahkannya”.

Sebelum teruskan resepi-resepi masakan bulan ramdhan tahun ini, mamak haji ingin menceritakan perihal “Buah Kurma” yang telah sebati dengan musim berpuasa di negara ini. Tanpa buah kurma atau tamar seperti tidak cukup syarat semasa buka puasa. Makan buah kurma semasa buka puasa adalah amalan Nabi besar s.a.w. Maka apa juga perlakuan nabi s.a.w dituruti dapat ‘bonus’ pahala. Buah kurma mendapat perhatian khusus nabi mohammad s.a.w kerana kerana Allah SWT menyebut kurma di surah Al-Raad ayat : 4 dan juga di surah Maryam ayat:26. Buah kurma yang terbaik ialah:
1. Selaput luarnya atau kulit buahnya tidak rosak dan masih kelihatan segar,
2. Kadang-kala buah kurma ini untuk menguntungkan perniagaan dipetik muda dan dilumurkan dengan gula. Buah kurma yang tua berwarna coklat dan kemerahan kuning, tanda boleh dilihat tangkainya ditanggal dari tandu buah dengan mudah mudah terlepas.
3. bila pilih buah kurma, pilih buahnya bersaiz besar dan juga dibungkus rapi untuk menjaga kesegeran buahnya.

Setiap buah kurma mempunyai kandungan 50-57 peratus “glukos”. glukos yang terdapat dalam buah kurma boleh terus diresap kedalam darah dan boleh memberi tenaga terus menerus. Wal hal buah-buahan lain cuma mengandungi gula yang dipanggil fruktos, di mana ia perlu ditukarkan kepada glukos dibantu oleh enzim-enzim.Maka gula jenis ini memakan masa untuk memperolehi tenaga.Umat Islam disarankan mengambil buah kurma semasa buka puasa untuk mendapatkan tenaga serta-merta cukup untuk melakukan solat Maghrib dan juga solat sunat terawih. Jika kita memakan makanan yang berlebihan semasa buka puasa, ia akan menjadikan tubuh badan semakin kepenatan dan sukar untuk menjalankan kewajiban ibadah solat.

Bila kita sebut mengenai buah kurma, tak cukup sayrat jika tidak sebut mengenai jenis kurma yang ajaib yang digelar, “Kurma nabi atau kurma ajwa”. Mengenai khasiat istimewa buah kurma ini di riwayatkan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir Bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabada: ” Barang siapa memakan 7 biji tamar ‘Ajwa, dia akan terkawal daripada perbuatan syaitan dan sihir. Sahih muslim 153:2046 dan sahih al-Bukhari 5445,5768,5769,5779. Kisah asal usul kurma nabi ini yang dikatakan selepas Nabi Muhammad s.a.w menceritakan sendiri. diceritakan pada suatu hari rasulullah s.a.w sedang berpuasa dan apabila tiba waktu berbuka puasa, satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda. Malaikat Jibrail yang melihat keadaan Rasulullah s.a.w sedemikian merasa sedih lalu memohon kepada Allah SWT yang sememangnya maha mengetahui segala, memenuhi permintaan malaikat jIbrail dan berikan buah kurma Ajwa ini untuk Rasulullah membuka puasa. setelah selesai iftar, biji kurma tersebut kemudian ditanam oleh rasulullah s.a.w. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok korma Ajwa ini memebesar dikawasan Madina. Yang peliknya pokok korma ‘Ajawa ini tidak akan hidup dikawasan lain selain Madinah. Mohammad Bin Ali al husayin meceritakan buah korma ‘Ajawa ini berasal dari syurga.

Buah korma ‘Ajwa adalah salah satu jenis buah korma yang paling mahal dari Madinah Munawarah. Buah kurma ‘ajwah ini bersaiz kecil,Kehitaman, dan isi buahnya lembut bila dijamah. Buah kurma ini amat sesuai untuk dimakan oleh pesakit kronik seperti penghidap diabetes (kencing manis) dan kanser klon. Di dunia moden yang mengejar wang ringgit, jangan lupa pada penipuan dilakukan terhadap pelangan dengan menjual buah kurma ‘Ajwa yang palsu. Untuk mengetahui buah kurma ‘Ajwa yang tulin, perhatikan permukaan kulit buah ‘Ajwa. Anda akan dapat lihat urat-urat yang berwarna putih wujud di permukaan kulit buah kurma tersebut. Wassalam.

Advertisements

4 Respons to "Selamat Berpuasa"

Selamat menyambut bulan ramadhan mamak haji… Hehhe ari tu d5 pi penang nk cari kedai rempah ratus but xjumpe pun kat penang tu ermm but pueh ler mkn nasi kandar n durian balik pulau tu terbaekkkk lah …

Salam mamak haji.. Kalau di izin kan Allah leh tak mamak haji ajar cara2 nk masak briyani udang ermmm teringin nk makan lak :D..Terima kasih mamak haji..

As salam, terjumpa blog Mamak ni masa dok cari resepi nak buat tom yam, lepaih tu macam best pulak dok baca your writings sampai la jumpa pasai kurma nabi ni..ala, saya baru saja beli 300gm for rm28.. ada yang berurat ada yang takdak.. nasib la, kalau dah lagu tu depa nak menega, ni nampak sendiri orang tu ambik daripada kotak, so kalau campoq, maka yang pengilang tu la yang campoq, yang tukang juai tu mungkin tak tau pun kata dia campoq, tapi kalau semua yang beli tu ori, maka orilah.. tapi, terima kasih untuk semua ilmu dan maklumat.. atikah

Salam dlm dunia perniagaan manusia tamak sanggup gadaikan nama nabi saw. Tapi mereka ini lupa seburuk-buruk perangai dan Allah SWT laknat ialah “orang gunakan nama Nabi saw”.Kini air zam-zam dah dikomersialkan…bagaimana pula nak pastikan air zam zam itu ori atau palsu..Allahuallam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: