PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Oktober 2012


Dalam setiap perniagaan walau pun strategy pemasaran, pengurusan perniagaan dan juga pengurusan kewangan adalah tunggak kejayaan sesebuah perniagaan kecil atau pun besar tetapi keseluruhan kejayaan perniagaan masih perlukan pelangan. Pelangan yang mempunyai kata putus untuk memilih produk yang anda ingin menjual, Perniagaan ialah jual dan beli. Tanpa pembeli tak ada penjual. Anda boleh gunakan segala apa saja strategi pemasaran yang anda telah pelajari dan mempersembahkan tentang segala kualiti yang anda ada untuk menarik minat pelangan untuk menggunakan perkhidmatan anda.  Tunggu sebentar dulu!. Apakah anda fikir pelangan akan menerima begitu saja bila anda kata, “kami sediakan perkhidmatan katering yang terbaik”, dengan cara pemasaran yang selalunya,  “angkat bakul, naik lif “?. Anda boleh kata apa saja tentang kehebatan perkhidmatan katering anda tetapi bolehkah pelangan akan membeli segala apa yang anda katakan itu?. Siapa yang telah sahkan bahawa syarikat katering anda adalah terbaik?. Perniagaan katering di negara ini tidak ada yang membuat, “RATING” atau kedudukan. Kita selalu juga dengar perkataan rating ini. Tapi dimana yea?. Oh, di negara ini cuma untuk  “politik”  yang diberi rating untuk kepopularitian Perdana Menteri kita,  DS Najib. Bila ratingnya tinggi rakyat suka dan kalau rating merundum rakayat mulai bosan. Dulu tak ada benda ini semua, kini terpaksa buat rating agaknya.  Perihal badan yang buat rating kepopulariti PM kita masih boleh pertikaikan. Rating hotel terbaik atau rating restoren nasi kandar terbaik malangnya tiada dinegara ini. Bila rating tidak ada, bagaimana pelangan yakin terhadap sesuatu perkhidmatan?.  Rating untuk Perkhidmatan Katering 10 terbaik tidak ada. Dengan sebab inilah pelangan sukar untuk memilih katerer terbaik. Sebenarnya dalam katering sikap kroni tak boleh dipraktikan cuma pelangan sukar membuat keputusan drastik untuk menukar katerer yang terbaik yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang.. Membuat keputusan untuk memilih katerer baru memang tinggi  risikonya. Siapa yang nak pikul risiko ini?. Tiada yang mahu mahu menyesal apabila tersalah memilih katerer yang baru. Dengan sebabkan inilah seseorang pengusaha katerer menjalankan perniagaan untuk berpuluh-puluh tahun katering dikantin sekolah, pejabat kerajaan atau pun kantin kilang perindustrian, walau pun katerer ini survival dengan menu masakan 10 tahun yang sama. Dalam perkara ini anda sebagai katerer baru dalam pasaran ini, jangan pula tuduh bukan-bukan kepada yang membuat keputusan mengekalkan perkhidmatan katerer lama berpuluh tahun. Kita ini memang suka menyalahkan orang lain dari salahkan diri sendiri. Cuba tanya diri kita sebagai katerer, apakah kita telah cukup meyakinkan panel temu-duga kantin atau pelangan yang ingin mendapatkan perkhidmatan katering kita?. Mamak haji pernah menghadiri berpuluh temu-duga untuk dapatkan tender perkhidmatan katering atau menemui beratus-ratus pelangan untuk mendapatkan perkhidmatan katering. Mamak haji telah lama mencari kunci atau memikirkan apa yang sebenarnya pelangan ini mencari dan ingin dari katerer seperti kita?. Bagaimana kita boleh meyakinkan mereka ini supaya mereka boleh anggap  kita sebagai  pilihan terbaik untuk mereka?. Tapi anehnya pelangan ini tidak tahu apa yang mereka cari. Ada juga pelangan ini minta penyata bank 6 bulan seperti kita ingin beli kereta baru dari bakal katerer untuyk mereka, ada pula ingin melawat ke premis perniagaan yang kita jalankan, dan ada juga pelangan ini mahu mencuba masakan kita di premis mereka. Ini mereka gelar test food. Test food ini sebenarnya boleh dibeli dari restoren-restoren terbaik dan hidangkan untuk bakal pelangan ini..hahaha!. Pelangan yang minta penyata bank pulak, siapa yang nak hutang sebenarnya?. Pelangan atau katerer?. Biasanya yang nak hutang adalah pelangan. Jadi risikonya dimana?. Apa kena mengena dengan ingin tahu kedudukan kewangan syarikat yang menawarkan perkhidmatan katering, bukan katerer ini buat bangunan kantin. Karut depa ini..hahahaha!.

Orang Malaysia ini sudah ketagih dengan kertas yang segulung ijazah. Ada yang sanggup bayar beribu ringgit semata-mata dapatkan ijazah ini cara singkat. Pergi lah ketemuduga mana pun, yang mereka inginkan ialah sekeping kertas yang dinamakan ijazah. Tentang erti bekerja jadi perkara kedua. Maka berlumba-lumbalah orang Malaysia ini cari sekeping kertas yang dinamakan Diploma atau Ijazah. Maka universiti-universiti kita pun sudah bertukar kilang cop kertas diploma atau ijazah untuk permintaan pasaran kerja di negara ini sehingga lupa mengeluarkan para ilumuan terulung. Tak ada yang peduli dengan kecerdikan pekerja. Maka kita ini bila nak jadi negara maju?. 2020? boleh?. entahlah. Walau macam mana pun , “Malaysia Boleh”. Kita ambil pekerja luar negara pun yang tak tahu tulis nama sendiri dari Bangladesh, Nepal, Burma. Bagaimana pekerja yang tidak berpelajaran ini boleh majukan syarikat kita dan boleh jadikan negara Malaysia, negara maju menjelang 2020?.

Mamak haji dah kornar sana sini pulak dah. Sebenarnya ingin sampaikan,  untuk mendapatkan pelangan baru dalam perniagaan katering ini perlukan “KERTAS”. Kertas yang mamak haji maksudkan ialah, ” SURAT KEPUJIAN DARI PELANGAN”. Seperti mamak haji katakan, setiap manusia perlukan alasan untuk menutup sekiranya tersilap membuat keputusan. Sekiranya katakanlah pelangan anda membuat keputusan memilih anda sebagai katerer untuknya. Pemilihan dibuat berdasarkan dari surat-surat  penghargaan dari pelangan anda yang terdahulu, yang memuji perkhidmatan anda. Maka surat-surat penghargaan ini menjadi sandaran kepada pelangan baru anda. Sekiranya dia tersalah pilih katerer yang merosakan imej syarikat atau majlisnya dengan mudah pelangan ini melepskan diri dengan berkata, ” saya memilih katerer baru ini berdasarkan kepada surat penghargaan dari pelangan-pelangan telah menerima perkhidmatannya”. Maka Surat Penghargaan dari pelangan yang lampau, akan memberi semangat baru untuk bakal pelangan mengambil anda sebagai katerer baru mereka. Mamak haji ingin memberi sedikit tip untuk anda yang baru dalam perniagaan katering, bagaimana menggunakan surat penghargaan ini:

1. Sekiranya bakal pelangan anda ingin menemui anda , jangan lupa membawa surat-surat penghargaan dari pelangan anda yang lampau dengan persembahan yang baik dan kemas. Pastikan surat kepujian itu di laminate dan masa perbualan itu selitkan cerita tentang surat penghargaan dan perkhidmatan yang terbaik anda telah berikan untuk setiap pelangan anda. Cara ini lebih meyakinkan pelangan anda. Sekiranya anda punyai pejabat, bingkaikan (frame) surat penghargaan ini didinding pejabat anda. Setiap kali mengatakan betapa uniknya perkhidmatan anda, turunkan bingkai itu dan terangkan bagaimana anda telah berjaya membuat perkhidmatan katering yang terbaik untuk pelangan anda sehingga mendapat pujiaannya.

2. Sekiranya anda punyai album gambar yang muat dengan gambar-gambar perkhidmatan katering, selitkan juga surat penghargaan dan ceritakan mengenai surat kepujian kepada bakal pelangan anda. Ia akan memberi respon yang terbaik dari pelangan anda. Surat penghargaan ini akan ceritakan segala-galanya bersama dengan gambar.

3. Surat penghargaan ini juga anda perlu  diselitkan dalam blog anda atau website syarikat katering anda. Surat penghargaan ini akan memberi impak yang lebih baik.

4. Akhir sekali ramai di antara kita minat dengan YOUTUBE, Bila mana ada majlis katering dikendalikan oleh anda, mula buat video dan postkan kepada youtube. Segala pemintaan atau pertanyaan melalui e-mail mengenai perkhidmatan katering anda boleh muat turun klip video ini di email anda. Ia juga boleh gunakan di page FB anda. Cara iklan ini di alaf internet ini akan menakjubkan.

Akhir sekali mamak haji ingin anda menjawab soalan-soalan yang sering bermain dipemikiran bakal pelangan dan mereka sukar untuk meluahkan kepada katerer mereka yang ingin dipilih. Soalan ini mungkin tak bertanya pada anda tetapi anda harus berikan jawapa seperti, ” anda ingin bertanya soalan ini tetapi biar saya yang menjawab”.

1. Adakah makanan yang bakal bekalkan itu sedap?.

2. Apakah anda sanggup membantu saya untuk memeriahkan lagi majlis saya dengan segala pertolongan berkaitan tanpa saya perlu minta?.

3. Bagaimana dengan sikap pekerja katering anda?. Adakah mereka bersopan dengan tetamu, tidak panjang tangan, sentiasa menjaga disiplin dan sentiasa kerja dengan ikhlas dan jujur sehingga majlis selesai?.

4. Bagaimana saya dapat kepastian perkhidmatan katering anda tidak memalukan saya dengan perkhidmatan katering yang memalukan?.

5. Sekiranya jumlah tetamu majlis bertambah tanpa diduga, boleh perkhidmatan katering anda membekalkan makanan yang secukup untuk semua tetamu saya?.

6. Pernakah katerer ini telah membuat sesuatu majlis yang sangat teruk?.

7. Bolehkah katerer ini menepati janji masa yang ditetapkan untuk menghantar makanan?.

8. Di mana katerer ini menyediakan makanan?. Adakah tempat penyediaan yang sangat kotor?.

9. Bagaimana dengan pengendaliaan makanan?. Adakah semua pekerja ini telah dilatih tentang pengendalian makanan dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit semasa menyediakan makanan?.

10. Siapakah pelangan yang pernah anda beri perkhidmatan dan bagaimana respon mereka dari perkhidmatan yang telah diberikan itu?

Wasalam.

Advertisements

Salam, izinkan mamak haji membebel sedikit lagi tentang strategi pemasaran dalam bahagian dua ini.  Semalam mamak haji ke Kepala Batas untuk mengunjungi saudara mami yang lama telah mengundang mamak haji ke kedai Nasi kandar yang baru dibukanya selepas Hari Raya. Isterinya adalah adik ipar bongsu mamak haji yang comel loteh. Suaminya orang melayu dan bekas perajurit yang sangat bersemangat ingin kekalkan tradisi keluarga isteri dalam masakan Nasi kandar. Adik Ipar bongsu mamak haji adalah seorang tukang masak hebat dari bentuk badan anda boleh kenali kehebatan masakan. Dia pernah berkerja dengan mamak haji, 4 kg bee hon boleh digoreng sekali. Goreng bee hoon goreng bukan mudah. Selepas kahwin dia terpaksa jadi suri rumah sepenuh masa. Entah kenapa suami dia mula minat dengan membuka kedai Nasi kandar. Mamak haji memang sayangkan bakat dia dan pernah beri galakan. Masalah kewangan katanya. Mamak haji bantu juga kewangan untuk dia dan suaminya membuka perniagaan. Tapi nak pergi jengok perniagaan orang adalah paling mamak haji tak suka. Mami tersayang sampai merajuk dengan mamak haji kerana tak sudi kedai nasi kandar yang baru buka adiknya itu. Mamak Haji bukan tak sudi, kadang-kala mulut mamak haji ini tak boleh zip bila dengar celoteh-celoteh mengenai perniagaan ini. Ada yang nanti masam muka kerana pendapat mamak haji dan pandangan mereka tidak sama. Satu lagi, mamak haji benci dengar dari pengusaha makanan baru  ini ialah, “Mamak haji tak apalah sekarang sudah kaya, senang cakaplah, kita baru niaga, mana boleh sama mamak haji”.  Dia baru nak niaga tapi dia ingat senang nak berjaya. Dia belum pernah lalui perjalanan mamak haji dalam perniagaan, seperti usman awang kata, “Ranjau Sepanjang jalan penuh dengan onak dan duri”.  Satu lagi mamak haji tak suka dengar ialah, bila kita bertanya, ” Macam mana berniaga? OK kah”. Tahu apa jawapan dari pengusaha baru ini, “semua dalam Allah punya tangan, ada rezeki adalah, kita apa boleh bikin?”. Betul jawapannya, semuanya dengan kuasa Allah, tapi Allah juga beri kita akal untuk berfikir. Apa yang pengusaha jenis ini, beritahu ialah tentang takdir yang telah disuratkan. Tapi dia lupa ada perkara yang kita kena buat dan ada perkara sukar untuk diubah. Mamak Haji sudah pun huraikan tentang ini dengan panjang lebar diposting . Sila link ini : https://balannambiar.wordpress.com/2012/08/27/pengertian-rezeki-dunia-dan-akhirat/ anda akan faham pendapat mamak haji tentang rezeki ini, peniaga-peniaga kecil terutama peniaga golongan orang Islam ramai keliru tentang rezeki dalam perniagaan dan apa yang maksudkan dengan rezeki itu. Tentang rezeki ini sebenarnya Allah terangkan dalam surah yang amat dikenali sebagai 1000 dinar. Mamak haji telah terangkan maksud ini disalah sebuah posting disini. Maka sebab -sebab seperti inilah mamak haji jarang sekali ke pembukaan kedai atau restoren baru oleh sanak-saudara atau pun anak-anak mamak haji sekali. Tapi kali ini mamak haji terpaksa kerana sayangkan mami yang hidung mancung macam pelancung. Maka mamak haji terpaksa gunakan file zip seperti dicadangkan oleh sahabat mamak haji, seorang juru jual hartanah atau orang lebih suka gelar.”real estate salesman” atau dalam bahasa pasar kita, “broker” beri nasihat tentang cara bercakap dengan pelangan untuk tujuan jualan (atau beli orang yang dengar cakap kita, lepas itu kita jual produk kita). Sebelum kita cakap dengan orang lain, perlu cakap pada diri kita sendiri dulu. Bagaimana nak lakukan ini, anda pernah dengar siaran terus menerus dari pendengar radio dan juru hebah radio membebel melalui telepon?. Sebenarnya siaran radio yang kita dengar  itu selalu dilambatkan 7 saat sebelum di pancarkan untuk pendengar. Sekiranya dialog pendengar radio itu tidak kehendaki oleh penerbit rancangan itu, dengan serta merta penerbit rancangan itu boleh buang tanpa disedari oleh pendengar lain. Ia seperti censor (tapis) apa yang kita akan cakap pada pelangan. Begitu jugalah apabila kita ingin cakap sesuatu kepada orang lain, dengar dulu apa yang kita ingin cakap itu. Sekiranya tidak akan disukai oleh pendengar kita, dengan serta merta kita boleh berhentikan perbualan kita dan tukar tajuk lain. Dalam pemasaran produk katering ia sangat penting bila berbual tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh kita. Ini seperti orang kata, berfikir sebelum cakap. Tapi mamak haji tukarkan, “cakap dengan diri sebelum cakap dengan orang lain”.Sekiranya kita senang dengar, maka senang jugalah orang lain dengar.

Satu lagi mamak haji ingin terangkan di sini ialah tentang ciri-ciri kebudayaan golongan peniaga atau tradisi mamak yang sangat baik, bila menerima jemputan berkunjung untuk majlis buka kedai atau perniagaan baru oeh kalangan masyarakat peniaga mamak ini. Pembukaan perniagaan baru ini sama seperti orang Melayu, baca yassin dan tahlil, doa selamat dan makan. Tetapi bezanya majlis pembukaan kedai orang Melayu, makan free. Kebanyakan yang hadir ke majlis pembukaan kedai orang Melayu adalah saudara mara dan rakan atau ketua kampung dan ajk mesjid atau JKK atau parti politik. Apa kena mengena politik dengan berniaga?. Kecuali kita tak ada lesen berniaga perlu juga jemput orang kuat majlis perbandaran. Anehnya jemputan itu bukan bakal pelangan kita. Jadi apa untungnya jemput mereka ini. Lebih baik panggil penduduk setempat berniaga , layan mereka. sekurang-kurangnya kita akan dapat pelangan. Ini mamak haji tak faham jemput saudara mara dari KL, Kelantan tapi bukak kedai kat Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mamak pun dah ramai ikut trend peniaga Melayu sekarang dalam Melayusasikan diri mereka. Cara mamak dahulu selepas doa selamat, perniagaan akan bermula terus pada saat itu. Tetamu secara otomatik bertukar menjadi pelangan biasa. Tiada makanan percuma, kena bayar seperti perniagaan biasa, tapi satu keistimewaan ialah,”Bill tak ada”. Sukarela membayar. Membayar bermakna hulurkan bantuan kewangan termampu untuk peniaga yang baru buka perniagaan atau tuan kedai. Kadang-kala bantuan seperti ini mencecah kepada ribuan ringgit pada hari pertama berniaga. Wang sumbangan tunai ini adalah untuk meringankan sedikit peniaga baru yang baru mulakan perniagaan yang kesukaran dalam “aliran tunai”. Maka lain kali, anda mengunjungi kedai makan baru dibuka oleh kawan anda, jangan cuma bayar apa yang anda makan. Kalau mampu hulurkan sedikit wang tambahan dari apa yang dibillkan.  Sumbangan sedikit ini sebagai sokongan anda kepada perniagaan sahabat anda. Jangan lah harap makan percuma saja, ia bukan tanda persahabatan tapi itu nak linkup perniagaan kawan. Mamak haji harap peniaga Melayu cuba bawa ciri-ciri ini dalam perniagaan makanan seperti kedai makan atau restoren bila baru dibuka. Insyallah ia adalah tanda siratul-rahim diantara orang-orang mukmin yang sama-sama bantu-membantu dalam perniagaan secara ikhlas.

PEMASARAN DALAM PERNIAGAAN KATERING BUKAN SUKAR SEPERTI ANDA SANGKAKAN:

1. SENTIASA BERSEMANGAT TINGGI.

Pemasaran katering yang anda perlu lakukan adalah 24 jam sehari. Anda tidak tahu bila atau dari mana dan di mana pelangan anda akan bertemu anda. sebagai pengusaha katering kecilan anda tidak punyai temu janji atau pun jadual kerja cuma 8 jam sehari. Anda perlu berwaspada 24 jam sehari. Bila anda dapat peluang atau sedikit ruang temu bakal pelangan, anda perlu kejar. Anda perlu sentiasa bersemangat dan sedia untuk berjuang di mana juga pertempuran berlaku. Sekiranya anda cukup semangat dan punyai keyakinan diri, tentu sekali Bakal pelangan anda juga bersemangat untuk menghubungi anda, bila mana memerlukan perkhidmatan katering anda. Setiap kali berdepan dengan bakal pelangan walau pun  di mana, bila masa pun anda perlu menonjolkan diri anda berkeyakinan penuh,berprofilisma dan orang yang sentiasa membanggakan diri apa yang anda buat. Jangan luntur semangat.

2. JANGAN SELALU SANGAT BERI ALASAN.

Orang yang suka beri alasan adalah orang yang sukar untuk berjaya dalam perniagaan atau pun dalam kehidupan. Pernah seorang pelangan katering mamak haji, isteri kepada orang pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi sangat marah dengan perkhidmatan katering yang diberikan oleh mamak haji. Ini disebabkan mamak haji sangka ambil order lepas itu ditawarkan kat katerer lain kerja yang sangat mudah. Allah nak tunjukan kepada mamak haji, katerer yang mamak haji sub kerja itu, tak hantar pesanan makanan masakan menu ‘ala barat yang mamak haji tak ada keyakinan buat sendiri. Mem Mat salleh bila tanya keddudukan hal ini, mamak haji beritahulah alasan sebenar. Mem Mat Salleh, sangat marah alasan yang mamak haji berikan, dengan nada tinggi yang  telingga mamak haji masih berdesing, “He who makes  excuses, accuse himself” (Siapa yang memberi alasan, sebenarnya dia sepatutnya menyalahkan diri sendiri), mamak haji pun masa itu muda dan cenggih (garang) juga, bila pandang tepat muka dia, dia mula berlembut dengan berkata,“The day you take complete responsibility for yourself, the day you stop making excuses,  that’s the day you start to climb to the top” ( bila mana anda mengambil tanggung-jawab penuh dengan diri anda, pada masa itu anda telah berhenti beri alasan, dan pada masa sama juga anda sudah mulai langkah pertama mendaki puncak kejayaan). hahaha. Bukan senang nak jadi senang, cuba bayangkan air muka mamak haji, yang hitam ini jadi cerah dok belasah dengan mem mat salleh. Mamak Haji selepas itu malu nak jumpa untuk mengambil wang baki. Selepas seminggu suami mem Mat salleh itu (suami orang Melayu) panggil pejabat dan tanya kenapa tak mengambil wang baki dari mem. Bila mamak haji ceritakan hal sebenar dan mem basuh mamak haji pakai klorox, terbahak-bahak ketawa suaminya dengar kisah mamak haji. Walau pun suami ini orang berpangkat besar tetapi seorang yang berwatak lembut tegas dan sangat baik terhadap mamak haji kerana dia ini “kaki nasi kandaq”. Dia ceritakan kisah isterinya adalah seorang pemegang ijazah MBA dari university oxford.  Dia sukakan cara perniagaan mamak haji dan faham tentang insiden western food tempoh hari. Katanya, isterinya bukan marah tetapi mendidik mamak haji tentang ilmu pemasaran dan perniagaan. Suaminya kata, Inilah bezanya orang barat dengan kita. Kita hidup penuh dengan alasan. Mungkin betul mungkin tidak. Selepas itu mamak haji jumpa isteri dan cara orang barat ini satu yang mamak haji suka, mereka ini bukan jenis pendendam. Dia dah lupa perkara itu dan banyak juga mamak haji buat katering nasi kandar untuk kelurga ini. Pernah juga mem Mat Salleh ini mempelawa mamak haji ke England untuk memperkenalkan Nasi Kandar disana secara berniaga kongsi. Mamak Penang tetap Mamak Penang, dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung..hahaha!. Betulkah? mcm slongan mamak demonstrasi di depan komtar je!.

Rupanya kali ini banyak mamak celoteh dari tulis atikal. Tak apa esok cuti,  kita sambung balik bahagian dua ini OK. Di bawah ini mamak sertakan sekeping gambar ayam goreng yang telah katakan disihir..hahaha! patutlah ada yang gian makan ayam goreng mamak setiap hari… cuba anda cari dimana jin yang dikatakan duduk dalam pic ayam goreng ini?. Ini pic mami ambil dari handphone di restoren nasi kandar terkenal di Penang…hehehe!. Betulkah?. Ini cuma. “Just For Fun”. Jangan serius yea!. Cuma satu kebetulan..mami serius sangat dah!.

dari Mami yg hantar pic ini kata, ada wajah jinn dan tubuh yang sempurna. Boleh anda lihat..mamak haji rabun sikit. Betulkah?

 


Pemasaran yang mantap dan berkesan amat perlukan dalam setiap perniagaan. Kebanyakan buku atau atikal-atikal di internet cuma memaparkan lebih tiori dari apa yang patut diamalkan. Kadang-kala mamak haji terasa juga, “cakap ini tak serupa bikin”. Kita boleh cakap tapi nak buat memang payah. Ia seperti kita mampu beli alat senaman yang mahal tapi cuma guna pakai dalam sebulan kita sudah bosan dan campak masuk dalam bawah katil. Apabila dengar atau baca saja tentang kebaikan senaman, semangat kita mulai kobar-kobar tetapi bila amalkan dalam satu atau dua bulan, ia seperti orang Mamak Penang kata, ” semangat cuma genggam ayak ketui (ais batu), lama-kelamaan jadi caiyaq (cair).” Sebelum mulakan perniagaan kita buat strategi itu dan ini tetapi bila mula berniaga dalam tempoh dua atau tiga bulan strategi kemana, perniagaan kita pulak ke arah mana pun tak tahu. Setiap strategi dalam perniagaan yang kita buat seperti amalan harian, ia perlu buat seperti kita amalkan perkara-perkara yang lain seperti solat, makan, minum dalam kehidupan harian.  Amalan ini seperti makan pil-pil vitamin, kesannya memang lambat dan perlahan. Kita tak dapat hasil segera, walau pun menjual makanan segera hasilnya lambat jua. Orang kita ini jenis yang tak sabar. Sikap ingin untung banyak dan kaya cepat dan tamak haloba untuk mencari kesenangan akhirnya menggagalkan kita atau cepat meruntuhkan semangat kita untuk berjuang untuk kejayaan berkekalan  dalam perniagaan. Akhir sekali untuk menyenangkan hati kita, kena bomohlah, kerajaan tak tolonglah, kawan tipulah dan berbagai alasan. Ingin cepat kaya ini kita boleh lihat sikap pengusaha warung atau pasar malam atau warung tepi jalan. contohnya, Mamak Restoren nasi kandar jual seketul ayam dengan harga RM3.00 dan nasi sepinggan RM1.00, ini peniaga yang menjual kat pasar malam pun nak ikut restoren mamak nasiq kandaq apa hal?. Restoren mamak, perlu jual harga itu kerana, sewa, peralatan restoren, bayar letrik, air dan upah pekerja yang sangat mahal. Restoren Nasi kandar untung bukan kerana harganya tinggi tapi mereka tahu apa yang maksudkan, “titik pemulangan modal”. Peniaga pasar malam yang ini pulak tak faham apa yang dikatakan, “titik pemulangan modal” dalam perniagaan. Peniaga pasar kerana harganya tinggi cuma mampu jual  10 ketul ayam di pasar malam sehari dan mamak restoren mampu jual 100 ketul, membawa makna  sangat beza. Samping jual ayam goreng, air minuman juga membantu, Sekiranya  taukeh pasar malam jual lah seketul RM4.00 tapi cuma dapat jual 10 ketul, gaji sendiri pun tak lepas. Maka sebelum berniaga perlu tahu serba sedikit berapa perlu jual dan bagaimana boleh lariskan jualan target itu. Bagaimana nak lariskan jualan bermaksud  dalam bahasa perniagaan digelar, “strategi pemasaran perniagaan”. Bukan ajaib perkataan ini bukan?.

Seperti orang lain , mamak haji tak mahu tulis tiori panjang lebar mengenai strategi pemasaran ini tetapi ingin tanya beberapa soalan, Sekiranya soalan ini jawapannya anda boleh jawab, maka anda sedang ikut strategi pemasaran perniagaan anda. Sekiranya jawapannya tidak, anda perlu segera buat sesuatu untuk dapatkan jawapan “YA”. Berikut adalah soalan Mamak Haji kepada taukeh-taukeh katering mengenai strategi pemasaran:

1. Adakah anda tahu pelangan anda yang pernah menempah perkhidmatan anda majoritinya terdiri dari golongan masyarakat berpendapatan yang mana?. Golongan bawahan, pertengahan atau atasan?.Kalau hanya satu golongan masyarakat, kenapa?

2. Adakah anda tahu, apa pendapat dan pandangan pelangan yang pernah tempah perkhidmatan katering anda?. Adakah mereka ini akan menempah kembali gunakan perkhidmatan katering anda?.

3. Apakah anda tahu langkah-langkah yang biasa di ambil oleh bakal pelangan anda, sebelum membuat keputusan untuk menerima perkhidmatan katering anda?.

4. Adakah anda menyimpan rekod atau catatan pelangan-pelangan yang pernah memberi perkhidmatan katering seperti no.Tel, alamat, harga yang telah ditawarkan , jenis katering dan lain-lain bersangkutan maklumat pelangan?.

5. Apa kah menu atau cara melayan (buffet, hidang dll)menjadi  kegemaran majoriti pelangan anda?.

6. Adakah anda tahu, jenis menu atau perkhidmatan yang dianggap mahal oleh pelangan anda?.

7. Apakah pelangan anda berharap,  anda perlu menyediakan  potongan harga (added-value) atau hadiah sampingan untuk sesuatu perkhidmatan yang anda tawarkan?.

8. Apakah pandangan dan pendapat katerer pesaing tentang perkhidmatan katering anda?.

9. Adakah anda tahu kelemahan dan kelebihan dalam setiap menu yang anda tawarkan seperti rasa, harga dan mutu masakan. Boleh kah anda kekalkan kelebihan ini untuk satu tempoh yang lama?.

10. Kenapa anda mulakan perniagaan katering, adakah anda telah mencapai matlamat anda sekarang?.

11.  Adakah anda tahu rasa setiap menu yang dimasak tukang masak anda masak itu sedap atau sebaliknya.  Apa pandangan orang lain terhadap masakan tukang masak anda?.

12. Adakah anda senang dan sering mempromosikan perniagaan katering anda kepada orang yang anda tidak kenali?.

13. Apakah jaminan anda kepada pelangan dari segi perkhidmatan, ketepatan masa penghantaran, kualiti makanan atau rasa makanan?.

14. Apakah kini anda mempunyai kewangan, pengetahuan, pengalaman, peralatan, staff dan kemahiran masak yang secukup untuk mengembangkan sayap perniagaan anda?.

Wassalam.


Salam, walau pun mamak haji  jarang buat posting dalam blog sekarang tetapi masih setiap hari membalas email-email dari pengunjung blog ini. Mamak haji kini ke konsep “personal touch” atau sentuhan peribadi untuk peniaga-peniaga baru dalam bidang masakan ini di mana saja mereka ingin berniaga. Kadang-kala jawapan dalam e-mail itu terpaksa menulis berjela-jela panjang, seperti  lazim bukan semua jawapan mamak haji itu tepat dan betul. Seperti manusia biasa ada kesilapan dan juga jawapan yang kabur. Harap pembaca blog ini memahami cara penulisan mamak haji yang begitu rupa selama ini. Inilah kelemahan mamak haji bukan perlu dibanggakan. Perniagaan sebenarnya satu persepsi mencapai kejayaan yang ada dalam pemikiran kita. Ia perlu anggap sebagai satu persepsi atau pun angan-angan dalam fikiran kita. Angan-angan ini sekiranya ingin jadikan kenyataan perlukan semangat berjuang yang tinggi. Semangat berjuang ini jangan dipendamkan dihati saja, jika dipendamkan ia cuma satu khayalan atau cita-cita Mat jenin, ia perlu dikeluarkan dan berikan dengan suntikan rajin berusaha untuk jadikan realiti dalam kehidupan. Berusaha saja tanpa menggunakan akal cuma merupakan satu pembaziran tenaga, untuk mencapai kejayaan perlu gunakan akal. Akal atau kebijaksanaan terbentuk melalui hasil penapisan pemikiran. Tapisan ini pemikiran terbentuk melalui pengalaman dan juga pembelajaran. Menimba pengalaman dari belajar bagi peniaga ialah dengan gunakan wang ringgit. Adakah kita sentiasa perlu belajar dengan kesilapan yang dilakukan atau “trial in error” ini?. kesilapan yang kerap akan menjurumuskan diri kepada kegagalan.Kegagalan bagi peniaga bermakna hilangnya  modal atau wang ringgit. Maka yang terbaik ialah belajar dari orang berpengalaman tentang perniagaan amat mustahak. Pengalaman dan belajar boleh mengelakan risiko perniagaan dengan meramalkan risiko yang akan datang yang perlu dihadapi. Setiap perniagaan tidak lari dari risiko, lebih tinggi risikonya, maka lebih tinggilah keuntungannya. Menceburi perniagaan seperti membeli dan menjual saham adalah risikonya tinggi tapi pulangan amat lumayan. Ada yang main saham menjadi jutawan dan ada juga menjadi papa-kedana dan kalau Iman tak kuat boleh terjun dari Jambatan Pulau Pinang sebagai mandi air garam buang tabiat. Perbedzaan orang Islam dan bukan Islam ialah kita yang Islam ini selalunya Allah SWT akan hulurkan talian hayat. Talian hayat dari Allah SWT  diberi melalui doa. Sebagai peniaga kita jangan sekali putuskan hubungan dengan Allah SWT. Jangan pula kalau dah berjaya dalam perniagaan mula lupakan Allah dan mula besar kepala dan tepuk dada mengatakan semua hasil usahanya adalah hasil dari kecerdikannya. Kita cuma cerdik tetapi kadang-kala tak pandai. Yang pandai dan cerdik cuma Allah SWT. Kita jadi kaya kerana rezeki limpahan dari Allah dan  bukan dari 100 peratus hasil usaha kita. Itu takbur namanya. Menjadi kaya dan hidup dalam lingkungan kehidupan kekayaan bukan senang. seperti Allah terangkan, jarak syurga di antara si miskin dan si kaya adalah, “Orang susah masuk syurga awal 500 tahun sebelum orang kaya iaitu bersamaan separuh hari”. Maknanya orang miskin akan menjejak kaki ke syurga dulu sebelum si kaya. Perjalanan menuju ke syurga setiap hasta perlu mengahadapi berbagai ujian dan juga soal-jawab. Ini yang  mamak haji paling takut dalam usia tua ini. Masa muda tak ingat semua ini.

Ramai diantara pemimpin politik yang beragama Islam di negara ini tidak lagi  pentingkan nilai-nilai Islam yang sebenar. Mereka ini cuma ingin kuasa politik dengan menjaja agama seperti mamak haji menjaja, “Mee Goreng Mamak”. Kalau jual hanya , “mee goreng” saja tanpa Mamak, ia tak laku, kena bubuh belakang perkataan  mee itu MAMAK. Parti saja tak laku, kena bubug Islam atau Melayu baru laku. Macam itulah ahli politik ini menjaja politik mereka dengan guna ISLAM atau Agama, mereka tak pentingkan nilai-nilai Islam yang mulia dipertengahkan dalam perniagaan politik mereka tetapi yang mereka mahu ialah cuma seperti mamak ingin lakukan mee, mereka ingin meraih undi dari orang Islam. Islam telah menjadi barangan dagangan yang boleh dijual beli dengan harga wang ringgit. Harga untuk diri mereka sebagai orang Islam tak penting. Perpaduan ummah tidak penting sehinggakan kerana politik  orang Islam bermusuhan walau pun berjiran. Ada yang takut pakai pun ikut parti politik.  Songkok dan kopiah menjadi hak parti politik masing-masing. Songkok untuk UMNO dan Kopiah untuk orang PAS. Orang Islam PKR pulak tak ada pilihan terpaksa pakai “cap” seperti penyanyi rap eminem.  Ada pemimpin parti yang kata undi parti politik tertentu, akan dapat pahala wal hal ulama-ulama ini mengerti pahala dan dosa adalah hak mutlak Allah SWT. Ada Propaganda politik orang Islam yang sudah bertukar menjadi, “propaganda ‘ala Nazi” atau pun seperti buku propaganda kuasa politik ditulis  oleh penjenayah perang dunia kedua, Adolf Hitler, yang bertajuk, “Mein Kampf”. Ahli-ahli politik orang Islam ini, lakukan apa saja untuk merebut dan pertahankan kuasa politik telah menjadi ikutan seperti orang-orang dahulu yang menagongkan Raja Firaun Mesir walau pun diketahui umum  kezalimannya Raja Firaun itu gemar memukul dan membunuh dengan cokmar di raja yang akan meretakan tengkorak orang yang menentang pemerintahannya. Kezaliman disanjung, kemuliaan nilai-nilai Islam dipingirkan kini. Ada yang menakutkan orang Islam untuk serakah politiknya sehingga bayang-bayang salib pun jadi cerita hangat politik. Tak lama lagi ada orang politik yang bertopengkan agama akan mengharamkan umat Islam menggunakan jalan raya yang ada tanda jalanraya,  “simpang empat” kerana simpang empat itu lambang kristian “Salib” dengan itu akan buat demo dihadapan pejabat JKR untuk perlu ubah menjadi bulatan (round about) kerana ikut lambang bulatan salah sebuah parti politik orang Melayu. Yang menentang parti politik lambang bulatan itu pulak minta JKR jadikan tanda  jalan simpang empat kepada, “keris bersimpang”.  Apakah iman umat Islam di negara ini begitu tipis dan lemah dan orang Islam tidak punyai akal lagi?. Yang kafir itu tetap kafir, tak payah disuluh lagi. Paling kita takutkan ialah orang munafik yang bertopengkan Islam. Musuh bagi Islam adalah orang Islam sendiri. Di Turki bukan orang British yang bunuh ulamak-ulamak fundamatalis,  yang bunuh ulamak-ulamak Turki itu adalah adalah Pemimpin Islam laknatullah,  “bekas presiden Mustafa Kemal Atartuk”!. Maka ingatlah musuh Islam yang sebenar adalah dalam kalangan kita bukannya dari orang lain. Orang barat kafir Harbi kini menyerang Agama Islam cara,”guna duri untuk keluarkan duri yang sentiasa tertusuk dalam daging busuk mereka itu. Orang Islam bukanlah suka mencari musuh. Orang dari agama lain berduyun masuk Islam bukan kerana takut atau paksaan, kerana keindahan Islam yang tidak ada pada penganut lain,  ia itu keperibadian orang Islam yang tinggi. Kita kini sudah tinggalkan keperibadian mulia Rasullullah s.a.w kini, maka bukan kita saja dalam kehinaan sehingga kita telah terpalitkan kepada Nabi besar, Nabi kesayangan Allah SWT. Maka kalau kita ingin orang Islam dihormati, kita cerminkanlah hati kita selalu melalui mata hati.

Kemakmuran ialah satu keberkatan dari Allah SWT. Kemakmuran bukan membawa hanya membawa makna “kemewahan” semata-mata. Kehidupan kita walau pun kaya raya dengan segala kemewahan tetapi hati tidak pernah senang atau susah hati bukan makmur namanya. Negara kita seringkali dikatakan mendapat pendapatan lebih saban tahun tetapi golongan peniaga yang kecil-kecilan dan juga di luar bandar masih dalam keadaan yang kemiskinan. Rakyat beragama Islam terutama orang Melayu masih ketinggalan dalam arus pembangunan ini. Lawatlah flet-flet kos rendah dua bilik di Pulau Pinang, siapa majoriti penghuninya?. Lihat sendiri kehidupan penghuni flet-flet kos rendah ini yang membanting tulang saban hari mencari rezeki untuk menyara keluarga. Sekiranya golongan miskin ini, untuk tambah pendapatan buka warung dicop sebagai “perniagaan haram” dan dirobohkan tanpa memberikan sebarang bantuan untuk menggantikan cop, “warung halal”, dari pihak majlis tempatan, orang kaya bukan Islam membuka kedai judi, kelab malam, tempat hiburan boleh diberi lesen dengan mudah di, “cop halal”. Kadang-kala kerajaan kita ini teringin menunjuk mereka ini lebih Islamik dan kadang-kala menjadi lebih hina dari seperti orang yang tidak punyai agama. Kita tidak pernah pegang prinsip Islam,  “ubidiah masuliah dan Itqan” untuk cara memerintah sangat mengecewakan kita.

Orang Melayu di negara ini dominasikan kuasa politik, orang Cina pula mendominasikan ekonomi negara. Isu politik perkauman  di negara ini sebenarnya terwujud adalah diprovokasikan oleh elit-elit ahli politik melalui dua perkara ini amat popular. Ini cara mudah untuk mendapatkan publisiti murahan untuk elit-elit politik yang ingin maju lebih tinggi dalam karier politik mereka.  Elit-elit politik ini sebenarnya pentingkan kelas atasan sahaja bukan bawahan. Slongan untuk bangsa dan agama adalah cara reotorik yang paling mudah untuk mencari sokongan masyarakat kelas bawahan. Ahli Falsafah Politik “Gramsci”  menyatakan , ” Hegemony dalam politik adalah dikawal oleh kelas atasan masyarakat yang dominan terhadap kumpulan kelas masyarakat yang bawahan”. Sebenarnya yang susah ialah kelas masyarakat kelas bawahan dari kumpulan majoriti dan juga masyarakat kelas bawahan kumpulan masyarakat minoriti. Bukan semua rakyat keturunan Cina dan India kaya di negara ini. Faktur perkauman cuma untuk kelas bawahan, dan kelas masyarakat atasan tidak ada sebarang masalah siapa yang pegang kuasa, mereka tetap akan senang. Contoh terbaik kini ialah cara memberikan kontrak pembangunan LRT Ampang bernilai  RM1 billion yang telah tawarkan kepada Syarikat Taukeh Cina yang tidak punyai pengalaman teknikal. Bukankah taukeh Cina ini yang khabar angin katakan, cuba minta rasuah US$500,000 juta untuk melobi projek landasan keretapi dua hala dari kerajaan Cina “China Habor”. Siapa jual Melayu, kalau bukan Melayu sendiri.  Peniaga seperti kita perlu memahami ini.  Kelas atasan masyarakat tidak akan menjengok warung burger atau gerai makan. Mereka juga tidak faham atau tidak akan mengambil pusing masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil. Politik sebenarnya menggunakan desepsi atau tipu daya meraih sokongan dari masyarakat majoriti peringkat bawah untuk mengekalkan kuasa masyarakat kelas atas yang minoriti. Ini tidak boleh ubah, masyarakat kelas bawah sentiasa perlu harapkan belas ikhsan dari  masyarakat kelas atasan dalam sistem demokratik barat yang diwujudkan oleh kelas masyarakat menengah yang digelar kapatalis. Golongan kapatalis ini tidak terikat dengan undang-undang negara tetapi mereka pastikan setiap undang-undang direka untuk menjaga kepentingan mereka. Segala polisi awam kerajaan akan dibuat untuk menjaga kepentingan mereka. Seperti dizaman penjajahan, British datang ke Malaya sebagai peniaga menerusi syarikat Hindia  Timur. Untuk menjaga kepentingan modal pelaburan disini kerajaan British hantar kapal perang dan resoden (penasihat). Lama kelamaan Malaya telah ditawan menerusi ekonomi dan segala polisi Malaya dibawah Duli-Duli Sultan Melayu  bertukar mengikut kehendak British. Ada juga profesor sejarah kita yang bijak kata, Malaya tidak pernah ditawan. memang betul ikut sejarah dia tetapi profesor-profesor ini tak faham apa yang dikatakan ideologi “kapatalism”. Menawan melalui ekonomi”. Malang sekali, ada manusia bijak pandai sekarang selepas 55tahun merdeka ini masih ditawan dengan wang ringgit barat seperti “soros”. Mereka di NGO-NGO ini yang terima dana dari negara barat tak faham maksud, “No such thing as a free lunch”.

Pada belajawan negara 2013 ini, ada belajawan Pembangkang dan ada kerajaan sendiri. Apa yang sedihkan ialah belajawan negara kita sejak Merdeka tak pernah duit cukup. Asyik tak cukup pendapatan. Kalau restoren kita asyik tak cukup pendapatan tapi belanja lebih, lama kelamaan perniagaan kita akan bye-bye kita. Negara pula kalau tak cukup pendapatan belanja tinggi, kena hutang. Sekarang ada minyak oklah , satu masa akan datang minyak dah kering, siapa tanggung semua hutang ini.  Kalau hutang dengan orang tak boleh bayar, tergadai body, kalau hutang negara tak boleh bayar tergadai negara, bukan begitu. Apa peduli kita generasi akan datang, takat kita senang oklah.Kerajaan mengurus perbelanjaan daripada hasil yang mereka perolehi. Hasil kerajaan datang dari cukai pendapatan, cukai keatas perusahaan dan perniagaan dan hasil2 dari pelaburan. Jadi pada satu pihak kita ada perbelanjaan dan pihak lagi satu, kita ada hasil pendapatan. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan, maka kita berada dalam bajet, “deficit”. Kalau hasil  kurang Pendapatan, kita ada bajet lebihan atau “surplus”. Ada lebihan kita boleh simpan. Kalau kurang pendapatan, kena hutang atau kalau kerajaan naikkan cukai. Kalau naik cukai, siapa yang susah?.

Pembangkang pun bentang juga bajet 2013 cara mereka. Mereka ini mana boleh kalah dengan pemerintah, nama pun pembangkang, pasti kena bangkang walau pun benda yang baik kerajaan buat. Maka mereka bisinglah pembangkang ini, kerajaan boleh bangkerap kerana kerajaan telah beri BR1M dengan membelanjakan RM3 billion. Dalam pada itu pembangkang atau pakar-pakar ekonomi Pakatan Rakyat lupa, mereka juga laungkan akan adakan gaji minima untuk pekerja akan laksanakan sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan. Kononnya kalau mereka menumbangkan kerajaan sekarang, mereka akan wujudkan gaji minimum RM1,0000 untuk setiap pekerja di negara ini. Sekiranya gaji minimum dilaksanakan adakah mereka tahu untuk satu tahun pekerja asing di negara ini akan menghantar pulang RM7.2 billion ke negara-negara asal mereka.Bagi mamak haji, gaji bawah seribu itu lebih manfaatkan untuk pekerja asing daripada pekerja tempatan negara ini. Orang kita sekarang kalau gaji bawah seribu nak makan apa?. Satu lagi mamak haji nak bagi tahu, pembangkang bukan berentap dengan DS Najib. Mereka sebenarnya berentap dengan Mamak. Kalau anda lihat mamak sedang keringkan sungai, mesti ada sebabnya. Mamak Penang gila-gila nak demontrasi mesti ada sebabnya. Golongan Mamak ini sebenarnya ramai yang peniaga, mereka tidak peduli nasib orang Melayu, berapa ramai taukeh nasi kandar upah pekerja Melayu?. Mereka ini cuma pentingkan diri cari Mykad…hahaha. Dari zaman kesultanan Melaka sampai sekarang,kegiatan mamak-mamak ini dalam politik Melayu tak ubah. Mereka adalah kaum kapatalis Islam. Maka orang Melayu janganlah terpedaya semangat nasionalisma mamak-mamak ini termasuk mamak haji atau mamak  kat Kedah tu…hahahaha!. Posting ini cuma untuk mengisi masa cuti ahad ini. Jangan ambil serius!. Anggap sajalah ia sebagai “politik sembang masa pekena teh tarek”…hehehe!. Haram maaf kalau mamak haji tersinggung perasaan orang politik..hehehe. Wassalam.


Salam, ramai pembaca yang keliru tentang cash flow atau pun “aliran wang tunai”. Aliran tunai ialah wang dalam simpanan anda seperti wang syling, wang kertas, simpanan di bank atau pun over draft yang telah ditawarkan oleh pihak bank. Aliran wang tunai bukan hidangan yang telah masak untuk dijual. Jangan ambil kira ia sebagai aliran tunai. Pendek kata, wang yang ada dalam simpanan kita untuk membayar invoice, gaji pekerja atau pun membayar segala bil-bil. Jangan keliru dengan keuntungan jualan harian. Berpengetahuan sedikit dan serius dalam kendalikan pengurusan kewangan adalah sangat mustahak dalam perniagaan restoren yang sedang beroperasi atau pun yang ingin membuka perniagaan restoren yang baru. Anda perlu mengetahui cara untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan bijak bukan saja semasa perniagaan sedang untung tetapi ia juga perlu dititik-beratkan semasa musim perniagaan mulai menjadi lembab dan merundum yang akan mengakibatkan pengaliran wang tunai masuk yang rendah. Perniagaan yang terbaik ialah apabila wang tunai yang masuk melebihi wang yang keluar. Ini akan menjadikan perniagaan anda sihat. Keadaan ini  jarang wujud untuk perniagaan baru malah dalam perniagaan baru wang masuk akan ketinggalan dibelakang wang yang keluar. Maka anda perlu adakan wang secukup untuk perbelanjaan harian. Cara ini digelar, “cash flow forecast” atau pun ramalan aliran tunai. Ramalan aliran tunai yang jelas akan menentukan  jumlah wang yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda dimasa kan datang berterusan. Dalam mengadakan bajet kewangan ramalan itu, anda perlukan dua jenis penyata perbelanjaan: 1. Perbelanjaan yang berhubung kait dengan jualan hidangan masakan  harian 2. Penyata perbelanjaan keseluruhan operasi perniagaan. Ini  bermakna pada akhir waktu perniagaan setiap hari anda perlu tahu jumlah jualan dan perbelanjaan yang berlaku di restoren anda. Ini bukan untuk pengiraan untung rugi tetapi menetukan kedudukan aliran tunai.

Mamak haji telah banyak kali menulis dalam posting mengenai akaun perniagaan ini. Cash Flow dalam perniagaan restoren seperti darah dan daging. Sekiranya anda mula mengambil berat tentang cash flow atau aliran tunai ini, sekurang-kurangnya insyallah boleh tentukan kejayaan seperti anda kehendaki atau pun dirancangkan. Kegagalan dalam mengawal dan menguruskan cash flow ini, kemungkinan perniagaan anda seperti menjangkiti  penyakit kanser, sedikit demi sedikit ia akan menjadi besar dan terpaksa anda tutup perniagaan dan memaksa diri anda untuk membuat pinjaman segera seperti “ah long”. Maka  anda tahu kenapa ramai pengusaha-pengusaha restoren terjebak dengan hutang ah long ini. Bila mula hutang dengan kadar faedah yang pelik dan manakjubkan, anda  bukan lagi  kandaq nasi tetapi hutang yang harus kandaq sampai patah kandar. Awas yea!. Mamak Haji harap sangat pengusaha-pengusaha Melayu ambil serius dalam menguruskan aliran tunai ini, insyallah anda boleh berjaya dalam perniagaan yang anda sedang jalankan atau yang ingin membuka perniagaan.

10 PERATURAN DALAM MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI DALAM PERNIAGAAN YANG ANDA PERLU TAHU:

1. Jangan jadikan kantung aliran tunai syarikat anda kepada hampir sifar, ia ibarat anda telah gagal dalam perniagaan yang sedang anda menguruskannya.

2. Aliran Tunai ibarat roh dalam tubuh badan, ingat cuma Wang tunai yang terus hidupkan perniagaan anda.

3. Pada masa yang sama baca posting ini, tahukah anda berapakah baki wang tunai anda dalam syarikat anda atau dalam pegangan anda sekarang?. Adakah anda cuma bergantung kepada jualan harian yang belum tentu cukup untuk  perbelanjaan untuk esok hari. Jangan ingat cuma orang baru dalam perniagaan atau kurang pengalaman akan gagal dalam perniagaan, orang yang lama berniaga juga akan lingkup sekiranya tidak bijak menguruskan kewangan terutama dengan aliran wang tunai. Maknanya bukan semua perniaga yang berpengalaman boleh berjaya dalam perniagaan dan bukan semua peniaga yang baru dan tidak punyai pengalaman akan gagal dalam perniagaan. Kejayaan atau kegagalan perniagaan amat bergantung kepada pengurusan dan bukannya semata-mata pengalaman. Siapa juga sekiranya pandai menguruskan perniagaan yang diceburi, insyallah anda akan berjaya.

4. Apa saja perlu lakukan untuk hari ini, jangan sekali tunda untuk ke esok hari. Dalam perniagaan, “tiada esok untuk mu”. Mat Salleh kata, “tommorrow never dies”. Sikap menunda apa yang perlu buat untuk hari ini akan menjadi tabiat buruk yang mengongkong kita. Maka pastikan apa saja perlu buat seperti tutup kira-kira akaun perniagaan seperti jumlah jualan dan jumlah perbelanjaan perlu buat setiap hari. Pada mulanya ia memang sukar tetapi, ” alah bisa tegal biasa”. Ia akan menjadi routine harian yang amat menyeronakan dalam perniagaan.

5. Sekiranya tak mampu mengupah pekerja untuk menguruskan akaun syarikat, belajar dan buat sendiri. Jangan beri alasan yang bukan-bukan seperti pepatah melayu, “kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai”. Kalau tak pandai dalam akaun syarikat terutamanya menguruskan kewangan, belajar sekarang.

6. Jangan cari jalan mudah untuk menguruskan kewangan atau akaun perniagaan anda dari penyata akaun bank di akhir setiap bulan. Baki yang terdapat dalam penyata akaun bank tak sama dengan baki yang betul ada pada anda. Anda akan keliru nanti.

7. Bolehkah anda bayangkan enam bulan akan datang, berapakah baki tunai yang anda tinggal untuk anda menjalankan perniagaan?. Ramai peniaga gagal dalam perniagaan restoren kerana tak cerdik untuk meramalkan kewangan aliran tunai mereka untuk unjuran masa depan perniagaan yang mungkin hadapi kelembapan dan menyebabkan  alliran wang tunai juga turut lembab dan merundum.

8. Masalah aliran tunai tidak terjadi sendiri atau hadir tanpa diundang. Biasanya kita yang mengundang masalah aliran tunai kerana tidak cekap menguruskan atau meramalkan untuk masa depan perniagaan.

9. Menentukan dengan tepat ramalan (forecasting) aliran tunai adalah kunci  kejayaan dalam perniagaan restoren. Belajar cara yang betul dan bagaimana anda boleh meramalkannya “cash flow forecasting”.

10. Masalah aliran tunai adalah masalah besar sekali dalam perniagaan restoren, sekiranya anda terkeluar dari masalah ini, insyallah, anda boleh tumpukan 100 peratus untuk majukan perniagaan anda. Kadang-kala anda memang punyai bakat semula jadi dalam perniagaan restoren tetapi tidak boleh jadikan kenyataan  seluruh bakat anda untuk majukan perniagaan kerana sering terbantut kerana pengurusan tidak cekap dalam menguruskan aliran wang tunai.

Sebelum mamak haji sudahkan tajuk ini, sila baca masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha restoren Melayu, yang telah dikirimkan oleh seorang pembaca budiman melalui email seperti berikut: “Salam mamak,baru-baru ini saya telah membuka sebuah restoran hasil perkongsian dengan seorang kawan.Masalah yg sy hadapi ialah restoran sy tidak mempunyai`cash flow`seperti yg mamak terangkan di artikel mamak.Kawan sy menggunakan wang jualan harian untuk membeli keperluan.Soalan saya bukankah seorang peniaga harus mempunyai modal pusingan sebelum memulakan operasi perniagaan dan tidak menganggu wang jualan harian?”.

JAWAPAN:

Salam Saudara Khubrani,

Terima kasih singgah diblog mamak haji. Soalan anda juga sangat baik. Untuk perniagaan terbaik perlu ada ramalan aliran wang tunai atau cash flow forecasting. Ramalan ini akan membantu seorang usahawan untuk ramalkan baki cash atau cash balance. Ramalan ini juga membantu anda jumlah keperluan tunai yg perlu ada untuk menjalankan perniagaan seharian, bila masa perlu  mencari sumber pinjaman,dan berapa jumlah cash flow yang anda perlu ada untuk sesuatu masa yg ditetapkan. Biasanya ramalan aliran cash flow ini dibuat untuk setahun tetapi dalam perniagaan restoren, ramalan dibuat untuk sehari ke sehari adalah terbaik.Satu perkara yang perlu ingat dlm perniagaan restoren adalah, cash atau tunai dimaksudkan ialah. duit syling, wang kertas, duit dalam simpanan bank atau pun kemudahan overdraft yg diberi bank dan bukan  hidangan yang telah siap masak untuk jualan harian.Sekiranya belum jual nilai hidangan kita cuma sifar. Jangan seakli-kali keliru dengan cash flow dengan keuntungan perniagaan yea.
saudara, perniagaan terbaik ialah bila mana wang tunai masuk melebihi wang tunai yang keluar. Ini akan memberi gambaran “perniagaan anda sihat”. Tetapi perlu ingat pendapatan dan perbelanjaan dalam cashflow jarang sekali dalam keadaan sama atau equal. Biasanya cash yang masuk akan tinggal dibelakang oleh cash flow yang keluar, maka dengan sebab itu anda perlu adakan cash flow yang cukup untuk menjalankan perniagaan seharian anda. Mamak Haji dah jawab soalan anda, ”  .Kawan sy menggunakan wang jualan harian untuk membeli keperluan”. Bila anda telah gunakan habis cashflow masuk, cashflow bagi perniagaan  anda adalah “O”. Sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dalam perniagaan anda.
 
Dengan itu anda bersama rakan kongsi anda perlu mencari jalan untuk mempercepatkan cash flow masuk dari cash flow yang keluar.Maksud mamak haji anda perlu tahan cash flow keluar sebelum cash flow masuk dari jualan. Ini kena belajar “rolling cash” bukan rolling stone hahaha!. Cuba kongsi fikir bagaimana caranya tahan duit keluar itu sebelum duit masuk dari jualan. Perniagaan biasanya, Masuk dulu baru keluar tetapi perniagaan anda sudah jadi keluar dulu, baru masuk. Awas yea!. satu hari nanti keluar lebih dari masuk.sedikit demi sedikit ia menjadi bukit dan keadaan yang tak baik akan berlaku dalam perniagaan anda.Do something now! before too late!!!!.
 
Mamak haji bagi sedikit panduan untuk membaiki cash flow syarikat anda:
1. Cuba sediakan menu yang yang memberi sumbangan lebih kepada cash flow anda. Maksud mamak haji dari jual ulam-ulam dan ikan kering jual ayam goreng yg lazat. Kalau ulam 0.50 kupang harga ayam seketul RM3.00 – RM3.50. Daripada untung dua kupang jual ulam kita jual ayam dapat RM2.00. Dengan 1 ketul ayam anda dapat RM2.00 berbeza dgn untuk dapat untung ulam anda perlu jual 10 pingan. Bayangkan mana yg terbaik.
2. Kawal pembelian dengan cara kawal inventori. Mamak haji ada tulis mengnai ini panjang lebar diblog.
 
3. Akhir sekali yang penting cari jalan untuk lonjakan jualan (sales) dan keuntungan. OK dah panjang dah. Sekiranya ada masa baca posting mamak haji mengenai “Rakan Kongsi perniagaan”. Mamak haji dah jawab soalan anda “Soalan saya bukankah seorang peniaga harus mempunyai modal pusingan sebelum memulakan operasi perniagaan dan tidak menganggu wang jualan harian?” Wassalam.

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,401,089 hits
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.