Archive for Oktober 3rd, 2012
Salam, ramai pembaca yang keliru tentang cash flow atau pun “aliran wang tunai”. Aliran tunai ialah wang dalam simpanan anda seperti wang syling, wang kertas, simpanan di bank atau pun over draft yang telah ditawarkan oleh pihak bank. Aliran wang tunai bukan hidangan yang telah masak untuk dijual. Jangan ambil kira ia sebagai aliran tunai. Pendek kata, wang yang ada dalam simpanan kita untuk membayar invoice, gaji pekerja atau pun membayar segala bil-bil. Jangan keliru dengan keuntungan jualan harian. Berpengetahuan sedikit dan serius dalam kendalikan pengurusan kewangan adalah sangat mustahak dalam perniagaan restoren yang sedang beroperasi atau pun yang ingin membuka perniagaan restoren yang baru. Anda perlu mengetahui cara untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan bijak bukan saja semasa perniagaan sedang untung tetapi ia juga perlu dititik-beratkan semasa musim perniagaan mulai menjadi lembab dan merundum yang akan mengakibatkan pengaliran wang tunai masuk yang rendah. Perniagaan yang terbaik ialah apabila wang tunai yang masuk melebihi wang yang keluar. Ini akan menjadikan perniagaan anda sihat. Keadaan ini jarang wujud untuk perniagaan baru malah dalam perniagaan baru wang masuk akan ketinggalan dibelakang wang yang keluar. Maka anda perlu adakan wang secukup untuk perbelanjaan harian. Cara ini digelar, “cash flow forecast” atau pun ramalan aliran tunai. Ramalan aliran tunai yang jelas akan menentukan jumlah wang yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda dimasa kan datang berterusan. Dalam mengadakan bajet kewangan ramalan itu, anda perlukan dua jenis penyata perbelanjaan: 1. Perbelanjaan yang berhubung kait dengan jualan hidangan masakan harian 2. Penyata perbelanjaan keseluruhan operasi perniagaan. Ini bermakna pada akhir waktu perniagaan setiap hari anda perlu tahu jumlah jualan dan perbelanjaan yang berlaku di restoren anda. Ini bukan untuk pengiraan untung rugi tetapi menetukan kedudukan aliran tunai.
Mamak haji telah banyak kali menulis dalam posting mengenai akaun perniagaan ini. Cash Flow dalam perniagaan restoren seperti darah dan daging. Sekiranya anda mula mengambil berat tentang cash flow atau aliran tunai ini, sekurang-kurangnya insyallah boleh tentukan kejayaan seperti anda kehendaki atau pun dirancangkan. Kegagalan dalam mengawal dan menguruskan cash flow ini, kemungkinan perniagaan anda seperti menjangkiti penyakit kanser, sedikit demi sedikit ia akan menjadi besar dan terpaksa anda tutup perniagaan dan memaksa diri anda untuk membuat pinjaman segera seperti “ah long”. Maka anda tahu kenapa ramai pengusaha-pengusaha restoren terjebak dengan hutang ah long ini. Bila mula hutang dengan kadar faedah yang pelik dan manakjubkan, anda bukan lagi kandaq nasi tetapi hutang yang harus kandaq sampai patah kandar. Awas yea!. Mamak Haji harap sangat pengusaha-pengusaha Melayu ambil serius dalam menguruskan aliran tunai ini, insyallah anda boleh berjaya dalam perniagaan yang anda sedang jalankan atau yang ingin membuka perniagaan.
10 PERATURAN DALAM MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI DALAM PERNIAGAAN YANG ANDA PERLU TAHU:
1. Jangan jadikan kantung aliran tunai syarikat anda kepada hampir sifar, ia ibarat anda telah gagal dalam perniagaan yang sedang anda menguruskannya.
2. Aliran Tunai ibarat roh dalam tubuh badan, ingat cuma Wang tunai yang terus hidupkan perniagaan anda.
3. Pada masa yang sama baca posting ini, tahukah anda berapakah baki wang tunai anda dalam syarikat anda atau dalam pegangan anda sekarang?. Adakah anda cuma bergantung kepada jualan harian yang belum tentu cukup untuk perbelanjaan untuk esok hari. Jangan ingat cuma orang baru dalam perniagaan atau kurang pengalaman akan gagal dalam perniagaan, orang yang lama berniaga juga akan lingkup sekiranya tidak bijak menguruskan kewangan terutama dengan aliran wang tunai. Maknanya bukan semua perniaga yang berpengalaman boleh berjaya dalam perniagaan dan bukan semua peniaga yang baru dan tidak punyai pengalaman akan gagal dalam perniagaan. Kejayaan atau kegagalan perniagaan amat bergantung kepada pengurusan dan bukannya semata-mata pengalaman. Siapa juga sekiranya pandai menguruskan perniagaan yang diceburi, insyallah anda akan berjaya.
4. Apa saja perlu lakukan untuk hari ini, jangan sekali tunda untuk ke esok hari. Dalam perniagaan, “tiada esok untuk mu”. Mat Salleh kata, “tommorrow never dies”. Sikap menunda apa yang perlu buat untuk hari ini akan menjadi tabiat buruk yang mengongkong kita. Maka pastikan apa saja perlu buat seperti tutup kira-kira akaun perniagaan seperti jumlah jualan dan jumlah perbelanjaan perlu buat setiap hari. Pada mulanya ia memang sukar tetapi, ” alah bisa tegal biasa”. Ia akan menjadi routine harian yang amat menyeronakan dalam perniagaan.
5. Sekiranya tak mampu mengupah pekerja untuk menguruskan akaun syarikat, belajar dan buat sendiri. Jangan beri alasan yang bukan-bukan seperti pepatah melayu, “kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai”. Kalau tak pandai dalam akaun syarikat terutamanya menguruskan kewangan, belajar sekarang.
6. Jangan cari jalan mudah untuk menguruskan kewangan atau akaun perniagaan anda dari penyata akaun bank di akhir setiap bulan. Baki yang terdapat dalam penyata akaun bank tak sama dengan baki yang betul ada pada anda. Anda akan keliru nanti.
7. Bolehkah anda bayangkan enam bulan akan datang, berapakah baki tunai yang anda tinggal untuk anda menjalankan perniagaan?. Ramai peniaga gagal dalam perniagaan restoren kerana tak cerdik untuk meramalkan kewangan aliran tunai mereka untuk unjuran masa depan perniagaan yang mungkin hadapi kelembapan dan menyebabkan alliran wang tunai juga turut lembab dan merundum.
8. Masalah aliran tunai tidak terjadi sendiri atau hadir tanpa diundang. Biasanya kita yang mengundang masalah aliran tunai kerana tidak cekap menguruskan atau meramalkan untuk masa depan perniagaan.
9. Menentukan dengan tepat ramalan (forecasting) aliran tunai adalah kunci kejayaan dalam perniagaan restoren. Belajar cara yang betul dan bagaimana anda boleh meramalkannya “cash flow forecasting”.
10. Masalah aliran tunai adalah masalah besar sekali dalam perniagaan restoren, sekiranya anda terkeluar dari masalah ini, insyallah, anda boleh tumpukan 100 peratus untuk majukan perniagaan anda. Kadang-kala anda memang punyai bakat semula jadi dalam perniagaan restoren tetapi tidak boleh jadikan kenyataan seluruh bakat anda untuk majukan perniagaan kerana sering terbantut kerana pengurusan tidak cekap dalam menguruskan aliran wang tunai.
Sebelum mamak haji sudahkan tajuk ini, sila baca masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha restoren Melayu, yang telah dikirimkan oleh seorang pembaca budiman melalui email seperti berikut: “Salam mamak,baru-baru ini saya telah membuka sebuah restoran hasil perkongsian dengan seorang kawan.Masalah yg sy hadapi ialah restoran sy tidak mempunyai`cash flow`seperti yg mamak terangkan di artikel mamak.Kawan sy menggunakan wang jualan harian untuk membeli keperluan.Soalan saya bukankah seorang peniaga harus mempunyai modal pusingan sebelum memulakan operasi perniagaan dan tidak menganggu wang jualan harian?”.
JAWAPAN:
Salam Saudara Khubrani,
Komen Terbaru