PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

ALIRAN WANG TUNAI: 10 PERATURAN YANG ANDA PERLU TAHU

Posted on: Oktober 3, 2012


Salam, ramai pembaca yang keliru tentang cash flow atau pun “aliran wang tunai”. Aliran tunai ialah wang dalam simpanan anda seperti wang syling, wang kertas, simpanan di bank atau pun over draft yang telah ditawarkan oleh pihak bank. Aliran wang tunai bukan hidangan yang telah masak untuk dijual. Jangan ambil kira ia sebagai aliran tunai. Pendek kata, wang yang ada dalam simpanan kita untuk membayar invoice, gaji pekerja atau pun membayar segala bil-bil. Jangan keliru dengan keuntungan jualan harian. Berpengetahuan sedikit dan serius dalam kendalikan pengurusan kewangan adalah sangat mustahak dalam perniagaan restoren yang sedang beroperasi atau pun yang ingin membuka perniagaan restoren yang baru. Anda perlu mengetahui cara untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan bijak bukan saja semasa perniagaan sedang untung tetapi ia juga perlu dititik-beratkan semasa musim perniagaan mulai menjadi lembab dan merundum yang akan mengakibatkan pengaliran wang tunai masuk yang rendah. Perniagaan yang terbaik ialah apabila wang tunai yang masuk melebihi wang yang keluar. Ini akan menjadikan perniagaan anda sihat. Keadaan ini  jarang wujud untuk perniagaan baru malah dalam perniagaan baru wang masuk akan ketinggalan dibelakang wang yang keluar. Maka anda perlu adakan wang secukup untuk perbelanjaan harian. Cara ini digelar, “cash flow forecast” atau pun ramalan aliran tunai. Ramalan aliran tunai yang jelas akan menentukan  jumlah wang yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda dimasa kan datang berterusan. Dalam mengadakan bajet kewangan ramalan itu, anda perlukan dua jenis penyata perbelanjaan: 1. Perbelanjaan yang berhubung kait dengan jualan hidangan masakan  harian 2. Penyata perbelanjaan keseluruhan operasi perniagaan. Ini  bermakna pada akhir waktu perniagaan setiap hari anda perlu tahu jumlah jualan dan perbelanjaan yang berlaku di restoren anda. Ini bukan untuk pengiraan untung rugi tetapi menetukan kedudukan aliran tunai.

Mamak haji telah banyak kali menulis dalam posting mengenai akaun perniagaan ini. Cash Flow dalam perniagaan restoren seperti darah dan daging. Sekiranya anda mula mengambil berat tentang cash flow atau aliran tunai ini, sekurang-kurangnya insyallah boleh tentukan kejayaan seperti anda kehendaki atau pun dirancangkan. Kegagalan dalam mengawal dan menguruskan cash flow ini, kemungkinan perniagaan anda seperti menjangkiti  penyakit kanser, sedikit demi sedikit ia akan menjadi besar dan terpaksa anda tutup perniagaan dan memaksa diri anda untuk membuat pinjaman segera seperti “ah long”. Maka  anda tahu kenapa ramai pengusaha-pengusaha restoren terjebak dengan hutang ah long ini. Bila mula hutang dengan kadar faedah yang pelik dan manakjubkan, anda  bukan lagi  kandaq nasi tetapi hutang yang harus kandaq sampai patah kandar. Awas yea!. Mamak Haji harap sangat pengusaha-pengusaha Melayu ambil serius dalam menguruskan aliran tunai ini, insyallah anda boleh berjaya dalam perniagaan yang anda sedang jalankan atau yang ingin membuka perniagaan.

10 PERATURAN DALAM MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI DALAM PERNIAGAAN YANG ANDA PERLU TAHU:

1. Jangan jadikan kantung aliran tunai syarikat anda kepada hampir sifar, ia ibarat anda telah gagal dalam perniagaan yang sedang anda menguruskannya.

2. Aliran Tunai ibarat roh dalam tubuh badan, ingat cuma Wang tunai yang terus hidupkan perniagaan anda.

3. Pada masa yang sama baca posting ini, tahukah anda berapakah baki wang tunai anda dalam syarikat anda atau dalam pegangan anda sekarang?. Adakah anda cuma bergantung kepada jualan harian yang belum tentu cukup untuk  perbelanjaan untuk esok hari. Jangan ingat cuma orang baru dalam perniagaan atau kurang pengalaman akan gagal dalam perniagaan, orang yang lama berniaga juga akan lingkup sekiranya tidak bijak menguruskan kewangan terutama dengan aliran wang tunai. Maknanya bukan semua perniaga yang berpengalaman boleh berjaya dalam perniagaan dan bukan semua peniaga yang baru dan tidak punyai pengalaman akan gagal dalam perniagaan. Kejayaan atau kegagalan perniagaan amat bergantung kepada pengurusan dan bukannya semata-mata pengalaman. Siapa juga sekiranya pandai menguruskan perniagaan yang diceburi, insyallah anda akan berjaya.

4. Apa saja perlu lakukan untuk hari ini, jangan sekali tunda untuk ke esok hari. Dalam perniagaan, “tiada esok untuk mu”. Mat Salleh kata, “tommorrow never dies”. Sikap menunda apa yang perlu buat untuk hari ini akan menjadi tabiat buruk yang mengongkong kita. Maka pastikan apa saja perlu buat seperti tutup kira-kira akaun perniagaan seperti jumlah jualan dan jumlah perbelanjaan perlu buat setiap hari. Pada mulanya ia memang sukar tetapi, ” alah bisa tegal biasa”. Ia akan menjadi routine harian yang amat menyeronakan dalam perniagaan.

5. Sekiranya tak mampu mengupah pekerja untuk menguruskan akaun syarikat, belajar dan buat sendiri. Jangan beri alasan yang bukan-bukan seperti pepatah melayu, “kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai”. Kalau tak pandai dalam akaun syarikat terutamanya menguruskan kewangan, belajar sekarang.

6. Jangan cari jalan mudah untuk menguruskan kewangan atau akaun perniagaan anda dari penyata akaun bank di akhir setiap bulan. Baki yang terdapat dalam penyata akaun bank tak sama dengan baki yang betul ada pada anda. Anda akan keliru nanti.

7. Bolehkah anda bayangkan enam bulan akan datang, berapakah baki tunai yang anda tinggal untuk anda menjalankan perniagaan?. Ramai peniaga gagal dalam perniagaan restoren kerana tak cerdik untuk meramalkan kewangan aliran tunai mereka untuk unjuran masa depan perniagaan yang mungkin hadapi kelembapan dan menyebabkan  alliran wang tunai juga turut lembab dan merundum.

8. Masalah aliran tunai tidak terjadi sendiri atau hadir tanpa diundang. Biasanya kita yang mengundang masalah aliran tunai kerana tidak cekap menguruskan atau meramalkan untuk masa depan perniagaan.

9. Menentukan dengan tepat ramalan (forecasting) aliran tunai adalah kunci  kejayaan dalam perniagaan restoren. Belajar cara yang betul dan bagaimana anda boleh meramalkannya “cash flow forecasting”.

10. Masalah aliran tunai adalah masalah besar sekali dalam perniagaan restoren, sekiranya anda terkeluar dari masalah ini, insyallah, anda boleh tumpukan 100 peratus untuk majukan perniagaan anda. Kadang-kala anda memang punyai bakat semula jadi dalam perniagaan restoren tetapi tidak boleh jadikan kenyataan  seluruh bakat anda untuk majukan perniagaan kerana sering terbantut kerana pengurusan tidak cekap dalam menguruskan aliran wang tunai.

Sebelum mamak haji sudahkan tajuk ini, sila baca masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha restoren Melayu, yang telah dikirimkan oleh seorang pembaca budiman melalui email seperti berikut: “Salam mamak,baru-baru ini saya telah membuka sebuah restoran hasil perkongsian dengan seorang kawan.Masalah yg sy hadapi ialah restoran sy tidak mempunyai`cash flow`seperti yg mamak terangkan di artikel mamak.Kawan sy menggunakan wang jualan harian untuk membeli keperluan.Soalan saya bukankah seorang peniaga harus mempunyai modal pusingan sebelum memulakan operasi perniagaan dan tidak menganggu wang jualan harian?”.

JAWAPAN:

Salam Saudara Khubrani,

Terima kasih singgah diblog mamak haji. Soalan anda juga sangat baik. Untuk perniagaan terbaik perlu ada ramalan aliran wang tunai atau cash flow forecasting. Ramalan ini akan membantu seorang usahawan untuk ramalkan baki cash atau cash balance. Ramalan ini juga membantu anda jumlah keperluan tunai yg perlu ada untuk menjalankan perniagaan seharian, bila masa perlu  mencari sumber pinjaman,dan berapa jumlah cash flow yang anda perlu ada untuk sesuatu masa yg ditetapkan. Biasanya ramalan aliran cash flow ini dibuat untuk setahun tetapi dalam perniagaan restoren, ramalan dibuat untuk sehari ke sehari adalah terbaik.Satu perkara yang perlu ingat dlm perniagaan restoren adalah, cash atau tunai dimaksudkan ialah. duit syling, wang kertas, duit dalam simpanan bank atau pun kemudahan overdraft yg diberi bank dan bukan  hidangan yang telah siap masak untuk jualan harian.Sekiranya belum jual nilai hidangan kita cuma sifar. Jangan seakli-kali keliru dengan cash flow dengan keuntungan perniagaan yea.
saudara, perniagaan terbaik ialah bila mana wang tunai masuk melebihi wang tunai yang keluar. Ini akan memberi gambaran “perniagaan anda sihat”. Tetapi perlu ingat pendapatan dan perbelanjaan dalam cashflow jarang sekali dalam keadaan sama atau equal. Biasanya cash yang masuk akan tinggal dibelakang oleh cash flow yang keluar, maka dengan sebab itu anda perlu adakan cash flow yang cukup untuk menjalankan perniagaan seharian anda. Mamak Haji dah jawab soalan anda, ”  .Kawan sy menggunakan wang jualan harian untuk membeli keperluan”. Bila anda telah gunakan habis cashflow masuk, cashflow bagi perniagaan  anda adalah “O”. Sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dalam perniagaan anda.
 
Dengan itu anda bersama rakan kongsi anda perlu mencari jalan untuk mempercepatkan cash flow masuk dari cash flow yang keluar.Maksud mamak haji anda perlu tahan cash flow keluar sebelum cash flow masuk dari jualan. Ini kena belajar “rolling cash” bukan rolling stone hahaha!. Cuba kongsi fikir bagaimana caranya tahan duit keluar itu sebelum duit masuk dari jualan. Perniagaan biasanya, Masuk dulu baru keluar tetapi perniagaan anda sudah jadi keluar dulu, baru masuk. Awas yea!. satu hari nanti keluar lebih dari masuk.sedikit demi sedikit ia menjadi bukit dan keadaan yang tak baik akan berlaku dalam perniagaan anda.Do something now! before too late!!!!.
 
Mamak haji bagi sedikit panduan untuk membaiki cash flow syarikat anda:
1. Cuba sediakan menu yang yang memberi sumbangan lebih kepada cash flow anda. Maksud mamak haji dari jual ulam-ulam dan ikan kering jual ayam goreng yg lazat. Kalau ulam 0.50 kupang harga ayam seketul RM3.00 – RM3.50. Daripada untung dua kupang jual ulam kita jual ayam dapat RM2.00. Dengan 1 ketul ayam anda dapat RM2.00 berbeza dgn untuk dapat untung ulam anda perlu jual 10 pingan. Bayangkan mana yg terbaik.
2. Kawal pembelian dengan cara kawal inventori. Mamak haji ada tulis mengnai ini panjang lebar diblog.
 
3. Akhir sekali yang penting cari jalan untuk lonjakan jualan (sales) dan keuntungan. OK dah panjang dah. Sekiranya ada masa baca posting mamak haji mengenai “Rakan Kongsi perniagaan”. Mamak haji dah jawab soalan anda “Soalan saya bukankah seorang peniaga harus mempunyai modal pusingan sebelum memulakan operasi perniagaan dan tidak menganggu wang jualan harian?” Wassalam.

2 Respons to "ALIRAN WANG TUNAI: 10 PERATURAN YANG ANDA PERLU TAHU"

Salam sejahtera Mamak Haji,
Saya ni hendak bisnis franchise kecil kecilan lah, tak payah lah saya bagi tau apa bisnisnya, malu lah Mamak Haji, ok… Hanya yg perlu saya kehendaki bagaimana cara membuat Cashflow Projection. Saya bolih buat secara logik lah, tapi saya sedikit kebingungan dan kerana itu lah saya mau minta penerangan dari Mamak Haji yg bijak bistari.
1) Saya ada modal Cash MYR100,000
2) Jumlah Harga Franchise itu adalah MYR50,000, tetapi saya di bolihkan membuat deposit sebanyak MYR25,000 dan selebihnya akan di bayar setiap bulan selepas 2 bulan beroperasi,
3) Beerti balance cash saya masih ada sebanyak MYR50,000,
4) Semua barang2 keperluan bisnis akan di sediakan olih Franchisor,
5) Sekarang berapa type casflow projection yg harus saya sediakan utk bisnis ini.
Sekian, di harap Mamak haji dapat membantu saya.

Terima kasih.
Orang baru.

Salam, maaf kerana lambat balas jawapan..ini soalan untuk business consultant…hahaha!. Sila e-mail mamak haji untuk soalan-soalan yg tertentu..t.kasih. Lagi pun mamak haji bukanlah berpelajaran tinggi tapi hanya punyai pengalaman..belar dari pengalaman ini bukan buatkan kita bijak bistari tetapi buatkan keadaan kita sentiasa “alert” dlm perniagaan. Terima kasih kerana bertanya…Apa pun kena buat dulu dengan risiko yg diambil kira. Risiko tetap ada dlm semua jenis perniagaan tapi kita perlu tahu apa risikonya perniagaan “Franchaise” ini…good day sir!.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 5,463,179 hits
Oktober 2012
M T W T F S S
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: