PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

POLITIK TEH TAREK MAMAK HAJI: SIRI 2.

Posted on: Oktober 7, 2012


Salam, walau pun mamak haji  jarang buat posting dalam blog sekarang tetapi masih setiap hari membalas email-email dari pengunjung blog ini. Mamak haji kini ke konsep “personal touch” atau sentuhan peribadi untuk peniaga-peniaga baru dalam bidang masakan ini di mana saja mereka ingin berniaga. Kadang-kala jawapan dalam e-mail itu terpaksa menulis berjela-jela panjang, seperti  lazim bukan semua jawapan mamak haji itu tepat dan betul. Seperti manusia biasa ada kesilapan dan juga jawapan yang kabur. Harap pembaca blog ini memahami cara penulisan mamak haji yang begitu rupa selama ini. Inilah kelemahan mamak haji bukan perlu dibanggakan. Perniagaan sebenarnya satu persepsi mencapai kejayaan yang ada dalam pemikiran kita. Ia perlu anggap sebagai satu persepsi atau pun angan-angan dalam fikiran kita. Angan-angan ini sekiranya ingin jadikan kenyataan perlukan semangat berjuang yang tinggi. Semangat berjuang ini jangan dipendamkan dihati saja, jika dipendamkan ia cuma satu khayalan atau cita-cita Mat jenin, ia perlu dikeluarkan dan berikan dengan suntikan rajin berusaha untuk jadikan realiti dalam kehidupan. Berusaha saja tanpa menggunakan akal cuma merupakan satu pembaziran tenaga, untuk mencapai kejayaan perlu gunakan akal. Akal atau kebijaksanaan terbentuk melalui hasil penapisan pemikiran. Tapisan ini pemikiran terbentuk melalui pengalaman dan juga pembelajaran. Menimba pengalaman dari belajar bagi peniaga ialah dengan gunakan wang ringgit. Adakah kita sentiasa perlu belajar dengan kesilapan yang dilakukan atau “trial in error” ini?. kesilapan yang kerap akan menjurumuskan diri kepada kegagalan.Kegagalan bagi peniaga bermakna hilangnya  modal atau wang ringgit. Maka yang terbaik ialah belajar dari orang berpengalaman tentang perniagaan amat mustahak. Pengalaman dan belajar boleh mengelakan risiko perniagaan dengan meramalkan risiko yang akan datang yang perlu dihadapi. Setiap perniagaan tidak lari dari risiko, lebih tinggi risikonya, maka lebih tinggilah keuntungannya. Menceburi perniagaan seperti membeli dan menjual saham adalah risikonya tinggi tapi pulangan amat lumayan. Ada yang main saham menjadi jutawan dan ada juga menjadi papa-kedana dan kalau Iman tak kuat boleh terjun dari Jambatan Pulau Pinang sebagai mandi air garam buang tabiat. Perbedzaan orang Islam dan bukan Islam ialah kita yang Islam ini selalunya Allah SWT akan hulurkan talian hayat. Talian hayat dari Allah SWT  diberi melalui doa. Sebagai peniaga kita jangan sekali putuskan hubungan dengan Allah SWT. Jangan pula kalau dah berjaya dalam perniagaan mula lupakan Allah dan mula besar kepala dan tepuk dada mengatakan semua hasil usahanya adalah hasil dari kecerdikannya. Kita cuma cerdik tetapi kadang-kala tak pandai. Yang pandai dan cerdik cuma Allah SWT. Kita jadi kaya kerana rezeki limpahan dari Allah dan  bukan dari 100 peratus hasil usaha kita. Itu takbur namanya. Menjadi kaya dan hidup dalam lingkungan kehidupan kekayaan bukan senang. seperti Allah terangkan, jarak syurga di antara si miskin dan si kaya adalah, “Orang susah masuk syurga awal 500 tahun sebelum orang kaya iaitu bersamaan separuh hari”. Maknanya orang miskin akan menjejak kaki ke syurga dulu sebelum si kaya. Perjalanan menuju ke syurga setiap hasta perlu mengahadapi berbagai ujian dan juga soal-jawab. Ini yang  mamak haji paling takut dalam usia tua ini. Masa muda tak ingat semua ini.

Ramai diantara pemimpin politik yang beragama Islam di negara ini tidak lagi  pentingkan nilai-nilai Islam yang sebenar. Mereka ini cuma ingin kuasa politik dengan menjaja agama seperti mamak haji menjaja, “Mee Goreng Mamak”. Kalau jual hanya , “mee goreng” saja tanpa Mamak, ia tak laku, kena bubuh belakang perkataan  mee itu MAMAK. Parti saja tak laku, kena bubug Islam atau Melayu baru laku. Macam itulah ahli politik ini menjaja politik mereka dengan guna ISLAM atau Agama, mereka tak pentingkan nilai-nilai Islam yang mulia dipertengahkan dalam perniagaan politik mereka tetapi yang mereka mahu ialah cuma seperti mamak ingin lakukan mee, mereka ingin meraih undi dari orang Islam. Islam telah menjadi barangan dagangan yang boleh dijual beli dengan harga wang ringgit. Harga untuk diri mereka sebagai orang Islam tak penting. Perpaduan ummah tidak penting sehinggakan kerana politik  orang Islam bermusuhan walau pun berjiran. Ada yang takut pakai pun ikut parti politik.  Songkok dan kopiah menjadi hak parti politik masing-masing. Songkok untuk UMNO dan Kopiah untuk orang PAS. Orang Islam PKR pulak tak ada pilihan terpaksa pakai “cap” seperti penyanyi rap eminem.  Ada pemimpin parti yang kata undi parti politik tertentu, akan dapat pahala wal hal ulama-ulama ini mengerti pahala dan dosa adalah hak mutlak Allah SWT. Ada Propaganda politik orang Islam yang sudah bertukar menjadi, “propaganda ‘ala Nazi” atau pun seperti buku propaganda kuasa politik ditulis  oleh penjenayah perang dunia kedua, Adolf Hitler, yang bertajuk, “Mein Kampf”. Ahli-ahli politik orang Islam ini, lakukan apa saja untuk merebut dan pertahankan kuasa politik telah menjadi ikutan seperti orang-orang dahulu yang menagongkan Raja Firaun Mesir walau pun diketahui umum  kezalimannya Raja Firaun itu gemar memukul dan membunuh dengan cokmar di raja yang akan meretakan tengkorak orang yang menentang pemerintahannya. Kezaliman disanjung, kemuliaan nilai-nilai Islam dipingirkan kini. Ada yang menakutkan orang Islam untuk serakah politiknya sehingga bayang-bayang salib pun jadi cerita hangat politik. Tak lama lagi ada orang politik yang bertopengkan agama akan mengharamkan umat Islam menggunakan jalan raya yang ada tanda jalanraya,  “simpang empat” kerana simpang empat itu lambang kristian “Salib” dengan itu akan buat demo dihadapan pejabat JKR untuk perlu ubah menjadi bulatan (round about) kerana ikut lambang bulatan salah sebuah parti politik orang Melayu. Yang menentang parti politik lambang bulatan itu pulak minta JKR jadikan tanda  jalan simpang empat kepada, “keris bersimpang”.  Apakah iman umat Islam di negara ini begitu tipis dan lemah dan orang Islam tidak punyai akal lagi?. Yang kafir itu tetap kafir, tak payah disuluh lagi. Paling kita takutkan ialah orang munafik yang bertopengkan Islam. Musuh bagi Islam adalah orang Islam sendiri. Di Turki bukan orang British yang bunuh ulamak-ulamak fundamatalis,  yang bunuh ulamak-ulamak Turki itu adalah adalah Pemimpin Islam laknatullah,  “bekas presiden Mustafa Kemal Atartuk”!. Maka ingatlah musuh Islam yang sebenar adalah dalam kalangan kita bukannya dari orang lain. Orang barat kafir Harbi kini menyerang Agama Islam cara,”guna duri untuk keluarkan duri yang sentiasa tertusuk dalam daging busuk mereka itu. Orang Islam bukanlah suka mencari musuh. Orang dari agama lain berduyun masuk Islam bukan kerana takut atau paksaan, kerana keindahan Islam yang tidak ada pada penganut lain,  ia itu keperibadian orang Islam yang tinggi. Kita kini sudah tinggalkan keperibadian mulia Rasullullah s.a.w kini, maka bukan kita saja dalam kehinaan sehingga kita telah terpalitkan kepada Nabi besar, Nabi kesayangan Allah SWT. Maka kalau kita ingin orang Islam dihormati, kita cerminkanlah hati kita selalu melalui mata hati.

Kemakmuran ialah satu keberkatan dari Allah SWT. Kemakmuran bukan membawa hanya membawa makna “kemewahan” semata-mata. Kehidupan kita walau pun kaya raya dengan segala kemewahan tetapi hati tidak pernah senang atau susah hati bukan makmur namanya. Negara kita seringkali dikatakan mendapat pendapatan lebih saban tahun tetapi golongan peniaga yang kecil-kecilan dan juga di luar bandar masih dalam keadaan yang kemiskinan. Rakyat beragama Islam terutama orang Melayu masih ketinggalan dalam arus pembangunan ini. Lawatlah flet-flet kos rendah dua bilik di Pulau Pinang, siapa majoriti penghuninya?. Lihat sendiri kehidupan penghuni flet-flet kos rendah ini yang membanting tulang saban hari mencari rezeki untuk menyara keluarga. Sekiranya golongan miskin ini, untuk tambah pendapatan buka warung dicop sebagai “perniagaan haram” dan dirobohkan tanpa memberikan sebarang bantuan untuk menggantikan cop, “warung halal”, dari pihak majlis tempatan, orang kaya bukan Islam membuka kedai judi, kelab malam, tempat hiburan boleh diberi lesen dengan mudah di, “cop halal”. Kadang-kala kerajaan kita ini teringin menunjuk mereka ini lebih Islamik dan kadang-kala menjadi lebih hina dari seperti orang yang tidak punyai agama. Kita tidak pernah pegang prinsip Islam,  “ubidiah masuliah dan Itqan” untuk cara memerintah sangat mengecewakan kita.

Orang Melayu di negara ini dominasikan kuasa politik, orang Cina pula mendominasikan ekonomi negara. Isu politik perkauman  di negara ini sebenarnya terwujud adalah diprovokasikan oleh elit-elit ahli politik melalui dua perkara ini amat popular. Ini cara mudah untuk mendapatkan publisiti murahan untuk elit-elit politik yang ingin maju lebih tinggi dalam karier politik mereka.  Elit-elit politik ini sebenarnya pentingkan kelas atasan sahaja bukan bawahan. Slongan untuk bangsa dan agama adalah cara reotorik yang paling mudah untuk mencari sokongan masyarakat kelas bawahan. Ahli Falsafah Politik “Gramsci”  menyatakan , ” Hegemony dalam politik adalah dikawal oleh kelas atasan masyarakat yang dominan terhadap kumpulan kelas masyarakat yang bawahan”. Sebenarnya yang susah ialah kelas masyarakat kelas bawahan dari kumpulan majoriti dan juga masyarakat kelas bawahan kumpulan masyarakat minoriti. Bukan semua rakyat keturunan Cina dan India kaya di negara ini. Faktur perkauman cuma untuk kelas bawahan, dan kelas masyarakat atasan tidak ada sebarang masalah siapa yang pegang kuasa, mereka tetap akan senang. Contoh terbaik kini ialah cara memberikan kontrak pembangunan LRT Ampang bernilai  RM1 billion yang telah tawarkan kepada Syarikat Taukeh Cina yang tidak punyai pengalaman teknikal. Bukankah taukeh Cina ini yang khabar angin katakan, cuba minta rasuah US$500,000 juta untuk melobi projek landasan keretapi dua hala dari kerajaan Cina “China Habor”. Siapa jual Melayu, kalau bukan Melayu sendiri.  Peniaga seperti kita perlu memahami ini.  Kelas atasan masyarakat tidak akan menjengok warung burger atau gerai makan. Mereka juga tidak faham atau tidak akan mengambil pusing masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil. Politik sebenarnya menggunakan desepsi atau tipu daya meraih sokongan dari masyarakat majoriti peringkat bawah untuk mengekalkan kuasa masyarakat kelas atas yang minoriti. Ini tidak boleh ubah, masyarakat kelas bawah sentiasa perlu harapkan belas ikhsan dari  masyarakat kelas atasan dalam sistem demokratik barat yang diwujudkan oleh kelas masyarakat menengah yang digelar kapatalis. Golongan kapatalis ini tidak terikat dengan undang-undang negara tetapi mereka pastikan setiap undang-undang direka untuk menjaga kepentingan mereka. Segala polisi awam kerajaan akan dibuat untuk menjaga kepentingan mereka. Seperti dizaman penjajahan, British datang ke Malaya sebagai peniaga menerusi syarikat Hindia  Timur. Untuk menjaga kepentingan modal pelaburan disini kerajaan British hantar kapal perang dan resoden (penasihat). Lama kelamaan Malaya telah ditawan menerusi ekonomi dan segala polisi Malaya dibawah Duli-Duli Sultan Melayu  bertukar mengikut kehendak British. Ada juga profesor sejarah kita yang bijak kata, Malaya tidak pernah ditawan. memang betul ikut sejarah dia tetapi profesor-profesor ini tak faham apa yang dikatakan ideologi “kapatalism”. Menawan melalui ekonomi”. Malang sekali, ada manusia bijak pandai sekarang selepas 55tahun merdeka ini masih ditawan dengan wang ringgit barat seperti “soros”. Mereka di NGO-NGO ini yang terima dana dari negara barat tak faham maksud, “No such thing as a free lunch”.

Pada belajawan negara 2013 ini, ada belajawan Pembangkang dan ada kerajaan sendiri. Apa yang sedihkan ialah belajawan negara kita sejak Merdeka tak pernah duit cukup. Asyik tak cukup pendapatan. Kalau restoren kita asyik tak cukup pendapatan tapi belanja lebih, lama kelamaan perniagaan kita akan bye-bye kita. Negara pula kalau tak cukup pendapatan belanja tinggi, kena hutang. Sekarang ada minyak oklah , satu masa akan datang minyak dah kering, siapa tanggung semua hutang ini.  Kalau hutang dengan orang tak boleh bayar, tergadai body, kalau hutang negara tak boleh bayar tergadai negara, bukan begitu. Apa peduli kita generasi akan datang, takat kita senang oklah.Kerajaan mengurus perbelanjaan daripada hasil yang mereka perolehi. Hasil kerajaan datang dari cukai pendapatan, cukai keatas perusahaan dan perniagaan dan hasil2 dari pelaburan. Jadi pada satu pihak kita ada perbelanjaan dan pihak lagi satu, kita ada hasil pendapatan. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan, maka kita berada dalam bajet, “deficit”. Kalau hasil  kurang Pendapatan, kita ada bajet lebihan atau “surplus”. Ada lebihan kita boleh simpan. Kalau kurang pendapatan, kena hutang atau kalau kerajaan naikkan cukai. Kalau naik cukai, siapa yang susah?.

Pembangkang pun bentang juga bajet 2013 cara mereka. Mereka ini mana boleh kalah dengan pemerintah, nama pun pembangkang, pasti kena bangkang walau pun benda yang baik kerajaan buat. Maka mereka bisinglah pembangkang ini, kerajaan boleh bangkerap kerana kerajaan telah beri BR1M dengan membelanjakan RM3 billion. Dalam pada itu pembangkang atau pakar-pakar ekonomi Pakatan Rakyat lupa, mereka juga laungkan akan adakan gaji minima untuk pekerja akan laksanakan sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan. Kononnya kalau mereka menumbangkan kerajaan sekarang, mereka akan wujudkan gaji minimum RM1,0000 untuk setiap pekerja di negara ini. Sekiranya gaji minimum dilaksanakan adakah mereka tahu untuk satu tahun pekerja asing di negara ini akan menghantar pulang RM7.2 billion ke negara-negara asal mereka.Bagi mamak haji, gaji bawah seribu itu lebih manfaatkan untuk pekerja asing daripada pekerja tempatan negara ini. Orang kita sekarang kalau gaji bawah seribu nak makan apa?. Satu lagi mamak haji nak bagi tahu, pembangkang bukan berentap dengan DS Najib. Mereka sebenarnya berentap dengan Mamak. Kalau anda lihat mamak sedang keringkan sungai, mesti ada sebabnya. Mamak Penang gila-gila nak demontrasi mesti ada sebabnya. Golongan Mamak ini sebenarnya ramai yang peniaga, mereka tidak peduli nasib orang Melayu, berapa ramai taukeh nasi kandar upah pekerja Melayu?. Mereka ini cuma pentingkan diri cari Mykad…hahaha. Dari zaman kesultanan Melaka sampai sekarang,kegiatan mamak-mamak ini dalam politik Melayu tak ubah. Mereka adalah kaum kapatalis Islam. Maka orang Melayu janganlah terpedaya semangat nasionalisma mamak-mamak ini termasuk mamak haji atau mamak  kat Kedah tu…hahahaha!. Posting ini cuma untuk mengisi masa cuti ahad ini. Jangan ambil serius!. Anggap sajalah ia sebagai “politik sembang masa pekena teh tarek”…hehehe!. Haram maaf kalau mamak haji tersinggung perasaan orang politik..hehehe. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,948,210 hits
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: