PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

STRATEGI PEMASARAN KATERING BHG:3 : PENTING SURAT PENGHARGAAN DARI PELANGAN.

Posted on: Oktober 23, 2012


Dalam setiap perniagaan walau pun strategy pemasaran, pengurusan perniagaan dan juga pengurusan kewangan adalah tunggak kejayaan sesebuah perniagaan kecil atau pun besar tetapi keseluruhan kejayaan perniagaan masih perlukan pelangan. Pelangan yang mempunyai kata putus untuk memilih produk yang anda ingin menjual, Perniagaan ialah jual dan beli. Tanpa pembeli tak ada penjual. Anda boleh gunakan segala apa saja strategi pemasaran yang anda telah pelajari dan mempersembahkan tentang segala kualiti yang anda ada untuk menarik minat pelangan untuk menggunakan perkhidmatan anda.  Tunggu sebentar dulu!. Apakah anda fikir pelangan akan menerima begitu saja bila anda kata, “kami sediakan perkhidmatan katering yang terbaik”, dengan cara pemasaran yang selalunya,  “angkat bakul, naik lif “?. Anda boleh kata apa saja tentang kehebatan perkhidmatan katering anda tetapi bolehkah pelangan akan membeli segala apa yang anda katakan itu?. Siapa yang telah sahkan bahawa syarikat katering anda adalah terbaik?. Perniagaan katering di negara ini tidak ada yang membuat, “RATING” atau kedudukan. Kita selalu juga dengar perkataan rating ini. Tapi dimana yea?. Oh, di negara ini cuma untuk  “politik”  yang diberi rating untuk kepopularitian Perdana Menteri kita,  DS Najib. Bila ratingnya tinggi rakyat suka dan kalau rating merundum rakayat mulai bosan. Dulu tak ada benda ini semua, kini terpaksa buat rating agaknya.  Perihal badan yang buat rating kepopulariti PM kita masih boleh pertikaikan. Rating hotel terbaik atau rating restoren nasi kandar terbaik malangnya tiada dinegara ini. Bila rating tidak ada, bagaimana pelangan yakin terhadap sesuatu perkhidmatan?.  Rating untuk Perkhidmatan Katering 10 terbaik tidak ada. Dengan sebab inilah pelangan sukar untuk memilih katerer terbaik. Sebenarnya dalam katering sikap kroni tak boleh dipraktikan cuma pelangan sukar membuat keputusan drastik untuk menukar katerer yang terbaik yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang.. Membuat keputusan untuk memilih katerer baru memang tinggi  risikonya. Siapa yang nak pikul risiko ini?. Tiada yang mahu mahu menyesal apabila tersalah memilih katerer yang baru. Dengan sebabkan inilah seseorang pengusaha katerer menjalankan perniagaan untuk berpuluh-puluh tahun katering dikantin sekolah, pejabat kerajaan atau pun kantin kilang perindustrian, walau pun katerer ini survival dengan menu masakan 10 tahun yang sama. Dalam perkara ini anda sebagai katerer baru dalam pasaran ini, jangan pula tuduh bukan-bukan kepada yang membuat keputusan mengekalkan perkhidmatan katerer lama berpuluh tahun. Kita ini memang suka menyalahkan orang lain dari salahkan diri sendiri. Cuba tanya diri kita sebagai katerer, apakah kita telah cukup meyakinkan panel temu-duga kantin atau pelangan yang ingin mendapatkan perkhidmatan katering kita?. Mamak haji pernah menghadiri berpuluh temu-duga untuk dapatkan tender perkhidmatan katering atau menemui beratus-ratus pelangan untuk mendapatkan perkhidmatan katering. Mamak haji telah lama mencari kunci atau memikirkan apa yang sebenarnya pelangan ini mencari dan ingin dari katerer seperti kita?. Bagaimana kita boleh meyakinkan mereka ini supaya mereka boleh anggap  kita sebagai  pilihan terbaik untuk mereka?. Tapi anehnya pelangan ini tidak tahu apa yang mereka cari. Ada juga pelangan ini minta penyata bank 6 bulan seperti kita ingin beli kereta baru dari bakal katerer untuyk mereka, ada pula ingin melawat ke premis perniagaan yang kita jalankan, dan ada juga pelangan ini mahu mencuba masakan kita di premis mereka. Ini mereka gelar test food. Test food ini sebenarnya boleh dibeli dari restoren-restoren terbaik dan hidangkan untuk bakal pelangan ini..hahaha!. Pelangan yang minta penyata bank pulak, siapa yang nak hutang sebenarnya?. Pelangan atau katerer?. Biasanya yang nak hutang adalah pelangan. Jadi risikonya dimana?. Apa kena mengena dengan ingin tahu kedudukan kewangan syarikat yang menawarkan perkhidmatan katering, bukan katerer ini buat bangunan kantin. Karut depa ini..hahahaha!.

Orang Malaysia ini sudah ketagih dengan kertas yang segulung ijazah. Ada yang sanggup bayar beribu ringgit semata-mata dapatkan ijazah ini cara singkat. Pergi lah ketemuduga mana pun, yang mereka inginkan ialah sekeping kertas yang dinamakan ijazah. Tentang erti bekerja jadi perkara kedua. Maka berlumba-lumbalah orang Malaysia ini cari sekeping kertas yang dinamakan Diploma atau Ijazah. Maka universiti-universiti kita pun sudah bertukar kilang cop kertas diploma atau ijazah untuk permintaan pasaran kerja di negara ini sehingga lupa mengeluarkan para ilumuan terulung. Tak ada yang peduli dengan kecerdikan pekerja. Maka kita ini bila nak jadi negara maju?. 2020? boleh?. entahlah. Walau macam mana pun , “Malaysia Boleh”. Kita ambil pekerja luar negara pun yang tak tahu tulis nama sendiri dari Bangladesh, Nepal, Burma. Bagaimana pekerja yang tidak berpelajaran ini boleh majukan syarikat kita dan boleh jadikan negara Malaysia, negara maju menjelang 2020?.

Mamak haji dah kornar sana sini pulak dah. Sebenarnya ingin sampaikan,  untuk mendapatkan pelangan baru dalam perniagaan katering ini perlukan “KERTAS”. Kertas yang mamak haji maksudkan ialah, ” SURAT KEPUJIAN DARI PELANGAN”. Seperti mamak haji katakan, setiap manusia perlukan alasan untuk menutup sekiranya tersilap membuat keputusan. Sekiranya katakanlah pelangan anda membuat keputusan memilih anda sebagai katerer untuknya. Pemilihan dibuat berdasarkan dari surat-surat  penghargaan dari pelangan anda yang terdahulu, yang memuji perkhidmatan anda. Maka surat-surat penghargaan ini menjadi sandaran kepada pelangan baru anda. Sekiranya dia tersalah pilih katerer yang merosakan imej syarikat atau majlisnya dengan mudah pelangan ini melepskan diri dengan berkata, ” saya memilih katerer baru ini berdasarkan kepada surat penghargaan dari pelangan-pelangan telah menerima perkhidmatannya”. Maka Surat Penghargaan dari pelangan yang lampau, akan memberi semangat baru untuk bakal pelangan mengambil anda sebagai katerer baru mereka. Mamak haji ingin memberi sedikit tip untuk anda yang baru dalam perniagaan katering, bagaimana menggunakan surat penghargaan ini:

1. Sekiranya bakal pelangan anda ingin menemui anda , jangan lupa membawa surat-surat penghargaan dari pelangan anda yang lampau dengan persembahan yang baik dan kemas. Pastikan surat kepujian itu di laminate dan masa perbualan itu selitkan cerita tentang surat penghargaan dan perkhidmatan yang terbaik anda telah berikan untuk setiap pelangan anda. Cara ini lebih meyakinkan pelangan anda. Sekiranya anda punyai pejabat, bingkaikan (frame) surat penghargaan ini didinding pejabat anda. Setiap kali mengatakan betapa uniknya perkhidmatan anda, turunkan bingkai itu dan terangkan bagaimana anda telah berjaya membuat perkhidmatan katering yang terbaik untuk pelangan anda sehingga mendapat pujiaannya.

2. Sekiranya anda punyai album gambar yang muat dengan gambar-gambar perkhidmatan katering, selitkan juga surat penghargaan dan ceritakan mengenai surat kepujian kepada bakal pelangan anda. Ia akan memberi respon yang terbaik dari pelangan anda. Surat penghargaan ini akan ceritakan segala-galanya bersama dengan gambar.

3. Surat penghargaan ini juga anda perlu  diselitkan dalam blog anda atau website syarikat katering anda. Surat penghargaan ini akan memberi impak yang lebih baik.

4. Akhir sekali ramai di antara kita minat dengan YOUTUBE, Bila mana ada majlis katering dikendalikan oleh anda, mula buat video dan postkan kepada youtube. Segala pemintaan atau pertanyaan melalui e-mail mengenai perkhidmatan katering anda boleh muat turun klip video ini di email anda. Ia juga boleh gunakan di page FB anda. Cara iklan ini di alaf internet ini akan menakjubkan.

Akhir sekali mamak haji ingin anda menjawab soalan-soalan yang sering bermain dipemikiran bakal pelangan dan mereka sukar untuk meluahkan kepada katerer mereka yang ingin dipilih. Soalan ini mungkin tak bertanya pada anda tetapi anda harus berikan jawapa seperti, ” anda ingin bertanya soalan ini tetapi biar saya yang menjawab”.

1. Adakah makanan yang bakal bekalkan itu sedap?.

2. Apakah anda sanggup membantu saya untuk memeriahkan lagi majlis saya dengan segala pertolongan berkaitan tanpa saya perlu minta?.

3. Bagaimana dengan sikap pekerja katering anda?. Adakah mereka bersopan dengan tetamu, tidak panjang tangan, sentiasa menjaga disiplin dan sentiasa kerja dengan ikhlas dan jujur sehingga majlis selesai?.

4. Bagaimana saya dapat kepastian perkhidmatan katering anda tidak memalukan saya dengan perkhidmatan katering yang memalukan?.

5. Sekiranya jumlah tetamu majlis bertambah tanpa diduga, boleh perkhidmatan katering anda membekalkan makanan yang secukup untuk semua tetamu saya?.

6. Pernakah katerer ini telah membuat sesuatu majlis yang sangat teruk?.

7. Bolehkah katerer ini menepati janji masa yang ditetapkan untuk menghantar makanan?.

8. Di mana katerer ini menyediakan makanan?. Adakah tempat penyediaan yang sangat kotor?.

9. Bagaimana dengan pengendaliaan makanan?. Adakah semua pekerja ini telah dilatih tentang pengendalian makanan dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit semasa menyediakan makanan?.

10. Siapakah pelangan yang pernah anda beri perkhidmatan dan bagaimana respon mereka dari perkhidmatan yang telah diberikan itu?

Wasalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,949,928 hits
Oktober 2012
I S R K J S A
« Sep   Nov »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: