PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

SOALAN-SOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH SETIAP KATERER PADA BAKAL PELANGAN.

Posted on: November 5, 2012


soalan-soalan seperti berikut di bawah ini akan bermain dipemikiran setiap bakal pelangan yang baru sebelum mereka tempah perkhidmatan katering yang anda bakal akan sediakan. Biasanya soalan-soalan ini cuma bermain di pemikiran pelangan tanpa mereka bertanya kepada anda terus terang. Kita masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang seringkali berat untuk bertanya atau cuba dapatkan jawapan yang dikira menyentuh perasaan orang lain. Soalan seperti, “adakah anda gosok gigi pagi tadi?’. Sudah pasti mulut kita berat untuk bertanya soalan-soalan begini kepada orang yang sebelah kita ini yang nafasnya dilif  yang bau harum mulutnya semerbak bau busuk tong sampah MPSP yang boleh kita hidu dan hampir membuatkan kita muntah. Kita adalah masyarakat yang sangat sensitif yang suka menjaga perasaan orang lain dari perasaan kita sendiri. Dengan sebab inilah masyarakat kita ini senang dan sering saja diekploitasikan ahli politik atau peniaga yang mencari keuntungan untuk dirinya. Kadang-kala kita tahu ada yang ingin menipu kita, tapi kita lebih rela menjaga hati si penipu ini agar penipu-penipu ini tidak “sakit hati” terhadap kita. Ini termasuklah warga-warga asing yang minta sedekah cara moden dengan nama derma untuk bina masjid di negara mereka, menderma untuk rumah anak yatim-piatu atau pun kebajikan rumah orang tua. Kita tahu mereka yang minta derma ini kebanyakannya menipu tapi kita cuma berdaya untuk serahkan kepada Allah SWT menentukan kesahihannya penipuanya. Kita tak mahu kaji-selidik kedudukan sebenar sesuatu perkara seperti apakah ia benar atau tidak tetapi bulat-bulat serahkan kepada Allah SWT mengambil tindakannya. Ada juga ahli politik yang ingin berebut kuasa, sering ada yang laksanakan sumpah laknat dengan gunakan agama atau mass-media untuk membuktikan  dia benar dan apa yang di tuturkan juga adalah benar belaka. Tetapi harus ingat untuk menipu ini perlukan dua pihak, satu pihak dengar dan satu pihak lagi tutur. Sudah semestinya dalam dua orang ini, salah satunya berbohong. Apa akan berlaku sekiranya kedua-dua ini bercakap dan tak menjadi pendengar. Maka bukankah kedua-dua ini saling berbohong. Kita malas nak dengar dan ambil keputusan, “biaq pii lah”. Tentang orang politik ini, “siapa saja bersandarkan kepada agama sangat menguntungkan mereka bukan sandaran kepada prinsip hidup yang selalunya merugikan”.  Seperti kata-kata, Benjamin Whichcote: “Among politicians the esteem of religion is profitable; the principles of it are troublesome”.

Soalan-soalan yang sering bermain difikiran bakal pelangan anda yang tidak akan bertanya kepada anda ialah:

1. Adakah makanan dibekalkan oleh anda itu sedap?

2. Apakah anda boleh membantu untuk menjayakan majlis mereka untuk jadikan majlis yang paling hebat?.

3. Bagaimana dengan pekerja-pekerja anda, adakah mereka akan kerja dengan ikhlas dan sentiasa menghormati setiap tetamu saya?.

4. Mungkinkah katerer ini akan memalukan reputasi saya dengan menyediakan perkhidmatan katering yang paling teruk?.

5. Sekiranya jumlah tetamu bertambah cara mendadak tanpa menduga, boleh kah saya harapkan katerer ini sediakan makanan tambahan tanpa merungut?.

6. Pernah kah katerer yang saya pilih ini selalunya kehabisan makanan di majlis yang pernah diberikan kepada pelangannya?.

7. Bolehkah katerer ini menepati masa yang ditentukan?.

8. Bagaimana dengan tempat penyediaan makanan?. Adakah ia kotor dan tidak mengikut cara penyediaan makanan dengan betul?.

9. Bagiamana dengan semua pekerjanya, adakah mereka ini pengendali makanan yang punyai kesihatan baik dan dilatih mengenai kendalian makanan secara betul?.

10. Pengalaman katerer ini dengan pelangan lain dan adakah katerer ini punyai rekod perkhidmatan yang cemerlang?.

11. Bagaimana dengan kebersihan kawasan majlis selepas tamat majlis?. Boleh kah katerer ini membantu membersihkan kawasan dewan atau premis selepas tamat majlis seperti sedia-kala?

12. Apa akan berlaku kepada deposit (wang cagaran) saya, sekiranya saya batalkan majlis atau majlis ditunda. Apa kah deposit saya dapat dikembalikan?.

13. Apakah perkhidmatan katering yang disediakan ini terlalu mahal dengan syarikat perkhidmatan katering yang lain?.

14. Apakah perkhidmatan tambahan atau diberi percuma oleh katerer ini?.

Inilah soalan-soalan biasanya bermain di fikiran bakal pelangan anda. Sekiranya anda ambil masa sedikit dan anda tanya soalan ini pasti  pelangan anda tidak perlu risau. Anda boleh mulakan dengan membuka perbualan dengan berkata, ” saya tahu di pemikiran anda banyak soalan-soalan yang belum terjawab seperti, ” ……….” susunkan soalan ini satu persatu dan jawab dengan yakin. Pasti pelangan anda akan menempah perkhidmatan anda dengan lapang dada. Tapi perlu ingat “janji perlu di tepati”. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Blog Stats

  • 5,463,213 hits
November 2012
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: