PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PERKARA YANG ANDA PERLU FAHAM SEBELUM BUKA PERNIAGAAN RESTOREN.

Posted on: November 19, 2012


Dalam perniagaan, bakat yang kita ada bukan sebagai kayu pengukur untuk berjaya dalam perniagaan mengikut bakat yang kita ada.  Sekiranya anda boleh masak dengan baik dan masakan yang anda masak itu, diakui sedap oleh setiap orang yang pernah menjamah makanan masakan anda, bukan semestinya anda boleh berjaya dalam bidang perniagaan restoren.  Cuma sebab anda pandai masak, adakah anda ingin membuka perniagaan restoren?. “Tunggu Dulu!”. Ramai diluar sana terdapat tukang-tukang masak yang hebat, mereka ini juga punyai idea-idea inovatif dan kreatif yang tidak pernah terfikir oleh pengusaha-pengusaha restoren yang lama berada dalam perniagaan ini. Apakah mereka semua ini bila membuka perniagaan restoren boleh berjaya?. Faktor pandai masak ini cuma salah satu kelebihan diambil kira sebagai calon terbaik untuk bidang perniagaan restoren. Cuma layak menjadi calon saja. Menjalankan perniagaan restoren bukanya soal pandai masak atau pun tidak, ia lebih dari itu. Memiliki sebuah restoren  bukan sekadar tahu memasak dan mempunyai satu set menu yang sedap untuk pelangan yang berkunjung. Kedua-dua elemen (pandai masak dan mempunyai idea) tersebut cuma menentukan kriteria restoren anda adalah sebuah restoren yang baik dan cuma salah satu dari faktor yang menentukan kejayaan restoren anda.

Perniagaan restoren adalah satu perniagaan yang mempunyai risiko yang amat tinggi. Peratus kegagalan dalam tahun pertama mula operasi adalah sehingga 60-70 peratus. Tapi kenapa ramai ingin mencuba dalam bidang ini?. Ini soalan yang sangat bagus. Perniagaan restoren boleh membuahkan hasil pendapatan yang paling lumayan dari perniagaan yang lain-lain. Sekiranya perniagaan restoren anda meletup dan pelangan beratur melimpah sampai luar kedai anda, bayangkan pendapatan yang bakal anda perolehi. Anggaran keuntungan bersih perniagaan restoren boleh mencecah kepada 60 peratus. Jarang ada perniagaan lain yang boleh sumbangkan peratusan keuntungan tinggi seperti ini. Maka tak heranlah ramai yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan ini walau pun risikonya terlalu tinggi. Kalau anda ke Pulau Pinang sekiranya terjumpa kereta BMW siri terbaru yang dipandu oleh mamak, sudah tentu mamak itu adalah taukeh restoren nasi kandar..hahaha!.

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membuka sebuah restoren dengan menu yang sangat sempurna dan semua masakan amat lazat, dengan barisan pekerja yang terbaik dan ikuti chef-chef yang paling mahir, anda jangan tafsirkan anda akan berjaya seratus peratus. Bakal kejayaan restoren anda itu cuma 1/3 dari keseluruhan dari kejayaan sebenar. “Apa mamak haji cakap ini?”, tolong jangan lompat!. Dengar apa yang mamak haji nak katakan. Kebanyakan pemilik restoren tidak sedar, bahawa memiliki  menu hidangan yang enak dan perkhidmatan terbaik cuma anda telah memenangi 1/3 dari peperangan yang sebnar dalam mencapai kejayaan mutlak dalam perniagaan restoran. Anda harus bertempur lagi 2/3 bahagian untuk capai kejayaan. 2/3 lagi ialah strategi pemasaran anda dan juga strategi pengurusan restoren perlu diberi keutamaan. Anda sebagai pengusaha restoren bukan sekadar menentukan masakan yang enak dan layanan terbaik diberi kepada pelangan, tetapi anda perlu juga dapatkan maklumat-maklumat yang penting untuk menjalankan perniagaan anda ke matlamat berjaya. Maklumat yang anda perlu ketahui ialah:

  • Berapa jumlah pelangan yang makan setiap hari di restoren anda.
  • Apa yang mereka beli dan berapa jumlahnya.
  • Apakah keuntungan kasar bagi setiap masakan yang dibeli pelangan.
  • Berapakah kos sebenar masakan tersebut sebelum dijual pada pelangan.
  • Berapakah  kos upah kerja untuk menyediakan masakan tersebut.
  • Berapa masa upah kerja digunakan untuk setiap jualan bernilai seringgit.
  • Apa yang anda beli dan bagaimana setiap pembeliaan disimpan, direkod dan kegunaannya.
  • Apakah jualan anda telah penuhi target yang ditetapkan.
  • Bagaimana dengan penyata Untung dan Rugi untuk setiap minggu.

Inilah mamak haji katakan bakat cuma memainkan peranan cuma 1/3 dalam perniagaan dan yang selebihnya adalah analisa perniagaan itu sendiri yang anda perlu aturkan untuk kejayaan sesebuah restoren. Banyak mamak haji telah menulis tentang 2/3 bahagian seperti strategi pemasaran dan juga pengurusan sesebuah restoren dalam blog ini. Wassalam.

Advertisements

3 Respons to "PERKARA YANG ANDA PERLU FAHAM SEBELUM BUKA PERNIAGAAN RESTOREN."

assalamualaikum haji, saya nak Tanya bagai mana cara membuat popia basah. yang sedap.

salam. kami bercadang untuk mengendalikan kursus usahawan katering / pengusaha kantin untuk bakal2 pesara tentera dengan kerjasama PERHEBAT. setelah membaca bloq tuan dan pengalaman yang kami ada kami ingin bergabung dengan pihak tuan dalam menyediakan sylabus dan module kursus untuk dipersembahkan kepada PERHEBAT. harap dapat tuan berhubung dengan saya.

Salam..insyallah tuan. Mamak haji pada masa sangat sibuk. Untuk membantu bekas perajurit yang banyak berjasa pada negara dan rakyat dengan berkorban masa dan tenaga untuk kita senang, pasti mamak haji bantu setakat yang boleh. Sila hubungi saya di email : mohd.roslan99@gmail.com

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
November 2012
I S R K J S A
« Okt   Dis »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: