PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Januari 2013


The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

About 55,000 tourists visit Liechtenstein every year. This blog was viewed about 730,000 times in 2012. If it were Liechtenstein, it would take about 13 years for that many people to see it. Your blog had more visits than a small country in Europe!

Click here to see the complete report.

Advertisements

Salam, Mamak Haji dah terlalu penat dalam seminggu, dua ini. Kesihatan terganggu, mungkin terlalu penat nak fikirkan nak undi siapa?. Di Pulau Pinang ini, musim pilihanraya bertukar menjadi musim kenduri parti politik. Bila ambil pesan katering ini, kita jadi serba-salah. Kita ini nak berniaga bukan nak berpolitik. Katerer-katerer di Pulau Pinang ini pun satu, segala-serbi adunkan politik. Ada yang taksub pada politik sanggup tukar nama anak (untuk panggilan) Najib atau Anwar. Biarkanlah politik ini, kita nak berniaga perlukan negara yang aman. Mamak Haji mohon maaf kerana banyak e-mail belum tak terbalas. Kadang-kala dalam bidang masakan ini kita memang baik, kita perlu jadi lebihi baik, sementara menjadi lebih baik, kita perlu belajar untuk menjadi amat terbaik A+. Bila dah tahu jadi amat terbaik, setiap masakan itu buatlah yang amat terbaik sekali. Dalam bahasa Inggeris “bagus” / “good”,  ini dikategorikan 3, pertama, “good”, kedua, “better” dan yang ketiga, “best”, maka orang putih kata, ” Do the best you can untill you know better. Then when you know better, do better”. Apa saja kita buat untuk kehidupan dunia atau pun akhirat, kita perlu buat yang paling terbaik untuk diri kita.

Kali ini mamak haji cuma dapat paparkan e-mail dari pengunjung blog. Walau pun e-mail dan soalan dan jawapan untuk peribadi, tetapi mamak haji sunting sikit supaya kita sentiasa perlu ingat,  jangan suka dedahkan aib orang. Sekiranya kita tutupkan aib orang, Insyallah, di padang mahsyar nanti, Allah SWT juga tutupkan aib kita. Yang hantar email jangan pulak risau, “apa benda mamak haji siarkan saya punya e-mail.” Ilmu ini kita jangan lokek, kita kongsi bersama untuk kebaikan ummah.

1. Cara buat sotong kembang seperti berikut:

Sotong kangkong ini resepi org cina yg digelar, “Ju Her Eng Chai” ..”ju her” = Sotong, “Eng Chai”, bermakna Kangkong.  Cara buat Sotong Rendam, sotong kering semalaman dengan air biasa.  Pada esoknya, tukar air sotong dengan air ais yang ditambah 1 sudu besar baking powder dan 1 sudu besar serbuk soda. Apabila sotong kering anda bertukar saiz dua kali dari saiz asal ia bermakna sotong kembang anda telah sedia. Keluarkan sotong, buang airnya dan diganti dengan air baru. Biarkan sotong kering ini berada dalam air. Setiap 2 jam tukar airnya untuk hilangkan bahan kimia yang diguna rendam. Sebenarnya ini adalah cara paling paling selamat mamak haji berikan. Mereka jual diluar sana itu gunakan bahan kimia, “borax” sejenis bahan kimia yang tinggi alkali yang orang cina gelarkan “Pangsah”. Bahan kimia ini kebanyakan negara telah haramkan dalam masakan. Namun Mamak Haji tak tahu adakah di negara ini diharamkan atau sebaliknya.  bahan kimia Borax ini senang diperolehi dari kedai ubat Cina tradisional. Tukang masak keturunan Cina gunakan ia sebagai pelembut daging. Maka jangan heranlah sekiranya ada kawan cina anda mengatakan daging lembu boleh disiatkan dengan chopstick saja. Mamak haji sarankan lebih selamat gunakan bahan yang mamak haji berikan. Untuk permulaan Cuba dlm kuatiti kecil. Sotong kembang boleh gunakan direndam dgn air abu (lye water) tetapi ia sangat corrosive (bersifat penghakis). Ada juga yang gunakan air abu pekat sedikit dan bila gunakannya ia perlu basuh sotong yang kembang itu dalam bekas air yg besar. Ini sajalah mamak haji tau. Untuk buat sotong kembang perlu ada kemahiran dan keselamatan menggunakan bahan corrosive ini adalah bahaya kepada keselamatan diri dan kalau boleh elakan. Wassalam.

2.Cara terbaik Goreng Potatoes Wedges ( kentang Goreng Bebaji?).
Ada juga ramai e-mail mamak haji ingin tahu cara goreng ranggup, “potatoes wedges” dan “French Fries”. Kedua-dua masakan ini begitu popular kini di negara kita. Mungkin ramai di antara orang Melayu kita ini, inginkan biji mata berwarna biru. Biji mata berwarna biru pakai konteks dari Cina itu merbahaya, kawan mamak haji yang pulang dari urusan niaga dari Cina pula bagitahu, ada banyak kilang di cina sekarang buat tepung susu palsu jenama mahal untuk bayi, maka susu yang terbaik adalah susu ibu. Kalau bagi susu lembu, mana boleh jadi bijak seperti manusia, bijaknya sama seperti lembu sajalah kalau minum susu lembu.
Kini di pesta-pesta boleh dikatakan ramai gemar menjual wedges, french fries, nugget dan lain-lain makanan ringan. Di antara nya ada peniaga baru belajar buat wedges yang lembik dan kita kesiian tengokan wedges itu. Wedges ini diperkenalkan di negara kita oleh KFC dan french Fries pula oleh McD’s. Kedua-dua ini adalah seteru dalam res

wegges

toren makanan segera di negara ini. French fries McD mempunyai keistimewaan sendiri dengan kerangupan, warna kuning keemasan dan rasa yang unik. Sebenarnya kedua-dua makanan segera ini tidak ada resepi yang rahsia cuma sebelum kita ingin tahu resepinya kita perlu tahu sains ubi kentang. Kita kena belajar biologi ubi kentang pulak dah, Mamak haji tak lah pandai sangat tentang Ilmu sains ini tapi bolehlah kita klongsi sedikit apa yang mamak haji tahu ini, bila kita faham tentang biologi kentang barulah kita boleh mengolah resepi, ikut cara kita. Jnagan bosan…hahaha!.
Ubi kentang memang diakui dan terkenal  untuk sumber karbohidrat. Dalam sebiji kentang sederhana besar mengandungi 26gm karbohidrat. Karbohidrat yang terdapat di kentang dalam bentuk kanji (starch).  Kanji yang terdapat dalam ubi kentang ini keistimewaannya tidak bertindak balas terhadap enzim di hasilkan oleh sistem penghadaman di perut atau usus kecil. Biasanya kanji ubi kentang terus ke usus besar untuk membantu mudahkan buang air besar. Ia seakan bersifat seperti Fiber. Dengan sebab ini kentang menjadi sumber terbaik untuk mengatasi masalah, “kanser kolon” dan juga membaiki tolaransi gula dalam tubuh badan untuk orang berpenyakit diabetes (kencing manis) dengan membaiki senstiviti Insulin dan mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan. Maknanya makan kentang tak jadi gemuklah?. Jadi amalkan makan kentang dari hari ini yang ingin diet.
Bila mamak haji kata, kentang mengandungi kanji yang banyak maka jangan lupa, bila masak atau digoreng,  kanji itu akan bertukar kepada gula. Gula ini selalunya  cepat hangus bila digoreng. Inilah penyebab utama kentang yang selalunya goreng menjadi kehitaman. Kentang juga dimasak berbagai cara seperti  masak lenyek / Mashed potatoes dalam bahasa melayu digelar, “kentar putar”?.  Caranya kentang dibuang kulit,direbus dan dilenyek dicampur susu atau cream (cream pun susu jugak) sederhana panas. sementara itu anda boleh bakar di ketuhar atau dibarbeque, distimkan atau orang kita lebih suka goreng.
4. CARA MEMILIH KENTANG:
Pilih kentang yang berpermukaan rata, elakan yang retak dan tumbuh tunas. Jangan pilih yang kecut, lembik atau berubah warna dari warna asal. Kentang yang segar anda boleh lihat dari kulit yang mudah terkopak. Kebanyakan nutri kentang berada dibawah kulit (dengan sebab ini orang India masak kentang dengan parrupu bersama dengan kulitnya sekali hahaha!). Bila nak buang kulit, anda perlu kopek kulit kentang senipis yang boleh. Sekiranya terdapat tompokan hijau, dipotong buang kerana dikhuatiri bahagian itu telah diserang kulat. Adalah dikatakan 200 jenis kentang yang berlainan. Di negara kita kebanyakan kentang adalah berasal dari Cameron Highland dan diimpot dari Indonesia. Ada juga kentang diimpot  dari Holland dan Australia. Jenis kentang impot seperti, “russet” , ini berkulit tebal, besar dan kandungan kanjinya amat tinggi dan juga kandungan air yang sangat rendah dan  sekiranya diadunkan dengan butter atau pun susu, ia cepat meresap. Maka kentang ini lebih sesuai untuk masakan resepi kentang putar atau lenyek. Jenis kentang Yukon Golds pulak, kandungan kanji sederhana dan sesuai untuk semua masakan. Kentang Red bliss pulak  strukturnya keras yang sesuai untuk dibuat salad atau boleh dibakar/barbecue. Jenis Desiree potatoes sangat sesuai untuk wedges, chips dan untuk digoreng.
5. TIP-TIP UNTUK GORENG KENTANG YANG GARING DAN BERWARNA KUNING KE EMASAN:
Seperti mamak haji beritahu di atas dalam goreng garing ini musuh utama ialah kandungan air dan juga kanji. Untuk mengelakan kentang menjadi hangus kehitaman, kita perlu keluarkan kanji yang terdapat dalan kentang seberapa yang boleh. Kanji yang sekiranya dikenakan haba (panas) ia  bertukar menjadi gula. Inilah penyebab utama chip, french fries atau wedges bertukar warna kepada coklat perang dari sepatutnya berwarna kuning keemasan warna asal. Kanji kentang boleh diminimumkan dengan potongan kentang yang sedia digoreng itu, direndam dengan air ais selama 15-30 minit. Ini bertujuan untuk keluarkan kanji (potongan Karot juga boleh dilakukan cara ini untuk mendapatkan garing dan kental dalam masakan). Seperti mamak haji katakan dalam ilmu gorengan apa saja, musuh utama adalah, kandungan air. Kandungan air ini akan menyejukan minyak yang panas semasa goreng, maka hasil gorengannya akan menjadi lembik dan minyak yang kurang panas akan meresap kedalam hasil gorengan. Sama juga kalau anda goreng ayam sekiranya nak garing tentukan isi ayam dalam keadaan kering seberapa yang boleh. Untuk keringkan potongan kentang anda boleh toskan dan taburkan di atas tuala dapur (kitchen towel) sebelum digoreng. Bila mula goreng tentukan suhu minyak cukup panas. cara uji minyak cukup panas dengan merinjis sedikit air kedalam minyak panas and sudah tahu minyak itu sedia untuk goreng, Dalam gorengan kentang ini anda perlu lakukan dua kali gorengan. Gorengan pertama anda goreng selama 5 minit dan keluarkan dalam biarkan dalam bucket selama 5-10 minit. Goreng kembali selama 4-6 minit kali kedua atau sehingga kentang anda bertukar warna kepada kuning keemasan. Ini untuk gorengan french fries hasil yang seakan seperti Frech Fries McD’s. Potong jejari Kentang yg telah dikupas, masukkan da

french fries

lam air ais selama 25 minit, tos dan keluarkan. Sediakan air pans dalam sebuah bekas dngan larutkan sedikit gula (tentukan sedikit saja) atau syrup jagung (corn syrup) selama 10 minit. Tos dan keluarkan, keringkan dan goreng selama 2 minit. Keluarkan – sejukkan 10 minit. Goreng kembali dalam 10 minit atau sehingga french fries anda bertukar kuning keemasan. Ramai di antara kita lebih suka beli french fries sejuk beku dan goreng, tetapi bila anda goreng kentang yang segar ini anda boleh bezakan rasa kelazatannya yang ori.
Posting mamak haji kali ini memang panjang, anda kalau jemu sangat, boleh baca hari ini separuh dan sambung esok sajs baca yang ini…hahaha!.
6. RESEPI KENTANG GORENG WEDGES HERBA BARAT DAN BAWANG PUTIH.
  • 4 biji kentang jenis russet (kentang ini mahal sikit boleh dapati di hypermarket pemilik omputih). Bersihkan kulit dan potong wedges. Belah dua memanjang ubi dan potong empat bahagian serong 45 darjah setiap separuh ubi. Satu ubi kita buat 8 bahagian. jadilah wedges.
  • 3 sudu besar minyak masak kalau takut badan naik pakai minyak zaiton. mamak Haji pakai minyak Murni untuk naikan saham FElda.
  • 4 siung (ulas) bawang putih, diketuk dgn parang dan cincang lumat sampai dendam kesumat anda hilang terhadap pemimpin politik kita.
  • 1/2 sudu kecil daun oregano kering.
  • 1/2 sudu kecil thyme kering.
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili atau paprika.
  • 1/2 sudu kecil lada putih.
  • 1 sudu kecil garam.

Nota: Kalau anda beli herba oregano dan thyme ini memang mahal sikit. Bagi mamak haji, kalau ke Jusco suka cari discount 50% herba ini dari beli sepaket RM1.00 (harga asal yg segar RM2.00). Bawa balik herba ini, ikat dengan benang kasar dan gantung dipenyidai baju dan jemur terik matahari. Dalam dua hari ia kering dan masukkan dalam botol dan simpan.

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Anda boleh adunkan semua bahan-bahan itu, sapu minyak pada tray pembakar dan lekatkan Foil Aluminium. Susun wedges kentang dalam tray pembakar dengan bahagian kulit kebawah dan terus masukkan dalam ketuhar yang telah di panaskan sedia-kala 220 darjah centigrade atau 425 darjah F.
  2. Bakar selama 20 minit, kemudian terbalikan wedges kentang tadi dan bakar semula 25 – 30 minit.

7. CARA GORENG UBI KENTANG WEDGES BERTEPUNG:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar tepung beras. (kalu nak berniaga tambah 1 sudu besar lagi untuk kekalkan kekerasan bila sejuk).
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu kecil serbuk baking powder.
  • 1 sudu kecil (tsp) herba kering mat salleh seperti di atas.
  • Sedikit cili flakes atau serbuk cili pun boleh.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk goreng.

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Adunkan semua bahan-bahan di atas. Masukkan dalam sebuahbeg plastik yang berzip atau yang biasa pun boleh.
  2. Masukkan wedges yang telah siapkan seperti mamak haji terangkan pada awal.
  3. goncangkan beg palstik supaya tepungnya melekat pada wedges. Simpan di peti sejuk.
  4. Panaskan minyak dan goreng.

NOTA: Mamak Hjai lebih suka rebus kentang separuh masak dan buat tepung cair seperti goreng ayam berempah dan goreng macam biasa saja. Rebus kentang separuh masak mempercepatkan lagi kentang itu cukup masak dan tak perlu khuatir kentang hangus. Ini, “Mamak Style”, bukan “Gangnam style”..hahaha!.

8. RESEPI KENTANG PUTAR ATAU POTATOES MASHED.

  • 6  biji kentang russet yang agak besar sedikit.
  • 2 sudu besar (tbsp) butter.Jangan beli butter tiruan yang berperasa butter diperbuat dari minyak sawit. Cari pure butter. Ia agak mahal tapi sedap.
  • 50ml susu, kalau dapat cream lagi sedap tapi itulah mahal!!!.
  • Secubit lada hitam dan garam secukup rasa. Garam ini payah bagi sukatan ada jenis garam yang halus, kasar, yang masin kuat dan pulak ada yang kuat masin ada yang anti masin. Pandai-pandailah.

CARA- CARA MEMASAK.

  1. Kopek kentang, potong dadu kentang. Rebus, tos air dan lenyek.
  2. Masukan susu, mentega gaul rata, masukkan serbuk lada hitam dan garam. Dah siap pun.

9. CARA BUAT SOS:

  • 650 ml air stock ayam. Ingat lagi cara buat sup creamer ayam. Sama juga caranya buat air stock ayam ini.( 1 liter = 4.2 cup/mangkok, 1 sudu besar (tbsp) = 15 ml., 1 cup = 23.7ml). Kalu malas pakai 2-3 kiub ayam ready made.
  • Setengah biji bawang kuning (holland mai) kalau bawang biasa baunya lebih kuat dari bau stok ayam. Di ptong kiub.
  • 3 sudu besar butter. butter kalau dipanaskan cepat hangus. Untuk elakan butter ini cepat hangus guna 3-4 titik minyak felda.
  • 4 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu besar besar sos tomato.
  • 1 sudu besar sos perasa tiram
  • 1 sudu besar worchester sauce yang kini dihalakan JAKIM.
  • 2-3 titis kicap perasa maggi.
  • kalau nak kehitaman sikit boleh titis dua tiga titis kicap kramel (kalau nak black is beautiful). Tapi mamak haji suka brown girl in the rain.
  • 1 sudi kecil lada hitam yang kasar sedikit.
  • Garam jangan lupa pulak.

CARA MASAK SOS:

  1. Masukan butter dalam pan, biarkan cair, masukan bawang. jangan hangit bawang dan butter. Bawang takat layu je cukup.
  2. masukan tepung gandum dan kacau rata sehingga jadi warna coklat (jgn hangus).
  3. Masukkan air stok ayam kacau serata. masukkan air sedikit demi sedikit kalau tidak ia berkental. Mamak haji gunakan pemukul telur untuk kacau rata.
  4. Masukkan sos-sos yang tersebut di atas. Modify saja ikut selera anda. Tapi jangan jadi kari nasi kandar sudah!.

Setakat ini sajalah mamak haji mampu menulis. Kalau ada yang ingin berniaga masakan kentang ini sila e-mail mamak haji, sekiranya masih celaru. Posting ini panjang kerana mamak haji sihat sikit tak perlu tulis bila sakit..hahaha!. Jangan lupa e-mail mamak haji, catit dan simpan. mohd.roslan99@gmail.com

Wassalam.


Salam, harap maaf lambat sedikit untuk meneruskan siri ketiga ini. Walau pun mamak haji tidak menulis diblog tetapi setiap hari tetap menjawab e-mail e-mail yang dihantar pengunjung blog yang perlukan perhatian segera. Ada yang ucapkan terima kasih dan ada yang tidak pernah balas.Tapi yang paling gembirakan hati mamak haji ialah yang ramai balas dengan doa untuk mamak haji. Walau pun kadang tak larat sambung blog ini ke tahun kelima tapi mamak haji teruskan juga bila kesihatan pulih sekejap. Terima kasih kepada yang doakan untuk mamak haji. Ini yang amat mengembirakan sepanjang berbloging ini selama hampir 5 tahun ini. E-mail dari pembaca memberi ilham dan semangat untuk terus menulis diblog. Menulis sesebuah atikal mudah tetapi menjawab sesuatu yang ingin tahu dan perlu dipraktikan adalah amat sukar. Tahun ini banyak lagi mamak haji ingin tulis tentang penyediaan makanan untuk katering dan juga perniagaan sampingan dalam idustri makanan. Suka diingatkan, mamak haji bukanlah seorang chef yang berkalibar yang berkaki lebar. Mamak haji cuma seorang peniaga dan tukang masak picisan yang berbekalkan pengalaman memasak lebih tiga puluh tahun. Kalau ada perkara diluar pengalaman, mamak haji tak menjawab takut nanti salah. Apa yang mamak haji ingin beritahu kepada peniaga kecilan dan baru ingin bergiat dalam perniagaan ini, hidup sebagai peniaga ini umpama duduk di roda yang berputar, kadang di atas dan kadang-kala kita  ke bawah. Bila berada bawah tidak semestinya kita akan terus dibawah. Kita tetap ke atas jua bila rezeki itu sampai. Setiap orang yang berjaya itu bukannya semua golongan cerdik pandai, dan setiap orang cerdik dan pandai bukannya semua berjaya. Dalam perniagaan kita tak perlu ada ijazah perniagaan, tapi kalau ada ia seperti bonus tahunan tiga bulan . Tidak semestinya yang ada ijazah itu boleh berjaya dalam perniagaan. Perniagaan yang ada sekeliling kita sentiasa berubah dan meningkat dan perlukan ilmu yang secukup untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan seperti menawan puncak gunung yang tinggi. Puncak gunung tidak akan berubah ketinggian, ia tetap di sana untuk sesiapa yang mampu menawannya. Pendaki yang ingin menawan puncak gunung itu perlu berubah dan gunakan segala tenaga dan akal kepandaian untuk menjejak kaki ke atas puncak. Begitulah kejayaan dalam perniagaan, anda perlu mendaki setapak demi setapak mencapai kejayaan mutlak. Pendakian yang kita ingin mulakan itu bukannya senang, mudah atau ada jalan pintas. Kita cuma boleh berjaya dengan semangat waja seperti seorang pendaki gunung yang sedia hadapi berbagai risiko. Hidup tanpa cabaran ini, hidup yang amat membosankan. Hidup akan lebih bermakna sekiranya hidup diwarnai dengan visi,matlamat dan cabaran yang gerakan kita ke puncak kejayaan yang kita ingini.

 

LABEL UNTUK PRODUK ANDA:

  1. Label produk anda akan bermula dengan “jenama”. Tentukan jenama yang sesuai untuk produk anda. Jangan terburu-buru untuk  membuat keputusan untuk jenanamakan produk anda. Jenama produk anda tidak mestinya yang menerangkan produk yang bakal dikeluarkan tetapi perlu menunjukkan kriteria syarikat anda. Kemungkinan anda boleh  keluarkan produk yang lain disamping dengan produk yang ada. Maka jangan terlalu tergantung kepada sebuah jenama untuk semua produk yang bakal anda ingin keluarkan. Jenama produk perlu punyai emosi. Jenama anda mungkin ganjil dan kontraversi tetapi nama itu mungkin akan terlekat di hati dan mulut bakal pelangan anda. Ini digelar, “branding”. Lagi pun jenama produk anda bukan untuk anda tetapi untuk pelangan dan bakal pelangan. Pemilihan jenama untuk produk bukan untuk peribadi anda tetapi nama yang dipilih ialah strategi pemasaran. Jadi pilih lah nama yang terbaik untuk produk anda dan jadikan “jenama” / Brand anda.
  2. Sebelum produk anda dikeluarkan anda perlu tahu peraturan-peraturan undang-undang pemakanan negara. Ia amat penting walau pun segelintir dari kita tak endahkan perkara ini. Agensi-agensi kerajaan seperti FAMA menyediakan bantuan untuk analisa mikrob, biologi dan nilai pemakanan bagi tujuan menyediakan label untuk produk anda. Cuba dapatkan penjelasan dari Pegawai FAMA di bahagian Pemasaran Produk Proses. Adalah diberitakan juga al-kisah panglima-panglima FAMA ini akan membantu anda untuk menyediakan rancangan untuk menyertai pameran, karnival, ekspo dan memberi liputan publisiti untuk produk anda. Sejauh mana FAMA ini berkesan Allahwuallam. Tak cuba belum tahu bukan?. Cuba dapatkan informasi dengan menghadiri sendiri ke pejabat FAMA negeri. Kalau tak dapat bantuan yang anda harapkan jangan lemah semangat. Kalau orang biasa macam kita yang tak ada kabel minta pertolongan dari agensi kerajaan memang lagu itu. Kena sabar dan bersemangat waja. Kalau tak dapat juga lawat Makmal-makmal persendirian untuk dapatkan penerangan tentang perkara ini.
  3. Pilih saiz dan bentuk label yang mudah untuk pembungkusan.
  4. Sekiranya skala kecil pengeluaran produk anda, lebih baik buat label ini menggunakan komputer anda. Ia jimatkan kos dan juga boleh anda kaji selidik jenama adakah ia boleh tembusi pasaran atau sebaliknya. Dengan kos murah anda tidak ada masalah untuk tukarkan label produk anda mengikut analisa anda.
  5. Anda juga boleh gunakan “bar kod” dalam label anda sekiranya anda ingin bekalkan kepada pasaraya-pasaraya. Mereka mungkin letakan bar kod sebagai syarat untuk menerima produk anda. Cuba kaji selidik kos untuk mencetak bar kod dalam label anda.  Buat keputusan bijak mengenai kewangan dalam label produk anda

KEPUTUSAN MENGENAI PEMASARAN:

  1. Tulis sebuah rancangan pemasaran yang baik. Di dalam rancangan pemasaran itu anda perlu memuatkan kajian mengenai harga , atau rancangan pemasaran pesaing dalam kategori sama dan apakah langkah-langkah untuk mengatasi pesaing anda.
  2. Buat keputusan, Apakah cara yang terbaik untuk mengedar produk anda seperti, secara runcit di pasar malam, pasar tani dan menghantar kepada kedai-kedai runcit atau jualan terus rumah ke rumah atau pun melalui pemasaran internet. Mamak haji sarankan agar anda lakukan cara moderate ia bukan saja senang untuk dijual bahkan anda boleh belajar reaksi pelangan dan maklum balas pelangan secara terus. Car ini lebih baik dari terjun terus untuk pengeluaran besar-besaran dan hanya tumpu kepada wakil-wakil yang anda lantik. Produk kita, kita yang kena pedulikan.
  3. Tentukan harga jualan produk anda melalui kajian ke atas harga pesaing yang ditawarkan untuk produk yang sama.
  4. Berusaha untuk mencipta satu sistem pengedaran produk anda yang betul dan baik. Anda boleh memilih menjual sendiri,melantik ajen pengedar atau pun pemborong.

Kali ini mamak haji mampu taip ini saja, dah tak larat dah. Bagi yang minat dalam bidang ini mamak haji sarankan baca Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di web-site : http://www.agc.gov.my /akta/vol%/206/Act%20281.pdf

Wassalam.


Salam, Seperti Mamak haji janjikan, alhamdullilah kita berjumpa kali ini dengan mengupas kembali cara-cara untuk mengurangkan risiko kegagalan dalam perniagaan produk makanan yang siap untuk dijual. Mamak haji sering-kali ingatkan kepada peniaga-peniaga baru yang ingin mencuba terokai apa jua jenis perniagaan perlu ada rancangan perniagaan. Rancangan Perniagaan ini bukan dalam pemikiran anda tetapi ia mesti ditulis dan dibaca selalu untuk kita tidak sesat diperjalanan yang jauh ke arah kejayaan. Rancangan Perniagaan seperti peta atau GPS yang akan memandu kita ke arah kejayaan perniagaan. Ramai ambil mudah perkara ini dan tidak suka menulis atau baca dan rujuk apa lagi nak ubah-suai mengikut keperluan. Orang kita ini fikir, rancangan perniagaan ini cuma untuk pinjaman bank saja, ia tak lebih dari itu. Ini pendapat yang salah. Pastikan anda menulis sebuah rancangan perniagaan yang boleh membawa kejayaan untuk anda. Jangan kata, “dulu nenek saya tak buat pun rancangan perniagaan, dia boleh berjaya”. Itu dulu masa anak dara lagi. Dulu tak ada cabaran seperti sekarang, kini perniagaan apa jua penuh dengan cabaran yang anda tidak akan duga. Kalau tak boleh cara bersaing profesional, cara bomoh membomoh bayak ada.  Biar kita papa bayaq pii bomoh siam..kita bagi dia mampooss, jenis macam ini pun banyak. Akhir zaman ini apa saja pelik akan berlaku. Bila anda berniaga nasi lemak, ia laku dan punyai ramai pelangan, orang sebelah merah mata, dia akan buka sebelah warung anda seperti nasi lemak anda sebiji. Jual tak apa tapi dia akan jual lebih murah dari anda. Ini berlaku di mana-mana. Kalau kita bertanya mengapa buat macam ini, Dia kan jawab, “rezeki Allah ada di mana-mana”, itu orang yang ada ilmu agama singkat, ini kalau tak ada agama apa dia akan cakap< “saya abang long kawasan, ini kawasan suka hati sayalah”. hahahaha!. Apa awak nak buat?. Jumpa Ayahandalah jawabnya.hehehe!. .Dalam perniagaan, bila orang jalan kita kena lari, bila orang lari kita kena terbang. Anda lihat sendiri bagaimana restoren-restoren mamak-mamak ini berubah. Dari mengelar restoren mamak kotor jijik anda perhatikan sekarang restoren mamak yang begitu canggih sehingga air mineral, tisu, pingan dilabel dengan nama restoren mereka. Orang sibuk Wifi di KFC kedai mamak pun ada wifi. Nak tengok perlawanan bola dengan kawan-kawan, pergi saja restoren mamak yang sediakan layar perak yang besar. Makanan kalau dulu, kena tunggu berjam-jam, kini KFC atau McD akan kalah cara layanan restoren mamak. Makilah pelayan-pelayan restoren, mereka tetap akan senyum ( pasal bangla mana nak paham?) tapi kalau anda maki pelayan KfC anda akan dipukul keroyok ramai-ramai oleh pekerja-pekerja…hehehe!. Ini kenyataan tentang perubahan cara perniagaan mamak. Mungkin anda lihat taukehnya sengkek dan tak berpelajaran tinggi tapi tahu kah anda satu barisan pengurusan profesional bekerja di belakang tabir untuk mereka. Taukeh-Taukeh restoren mamak nasi kandar di Pulau Pinang yang punyai 3 atau 4 kedai, tak perlu sentiasa lawat restoren mereka, tapi dengan menggunakan perhubungan moden seperti web cam internet  mereka tahu apa yang sedang berlaku di restoren mereka dari rumah mereka…ini mamak haji kata benar. Ini bukan mamak haji kata mamak hebat kerana mamak haji pun golongan itu, tapi mereka mahu ubah, walau pun tak pandai mereka sanggup bergajikan orang yang pandai. Seperti seorang perdana menteri, perlulah seorang yang pandai dan miliki Phd dalam sains politik, bila jadi perdana menteri mampu upah ambil sepuluh orang yang punyai Phd itu untuk menasihati dia, tapi apa yang kita harapkan ialah seorang Perdana Menteri yang punyai moral atau sifat yang terpuji. Moral ini tak dapat beli. Ia sama bagi seorang peniaga, semangat dan sikap ingin berjaya tak dapat beli. Maka inilah sebabnya kita kena buat Rancangan Perniagaan untuk ingin maju dan berjaya. Ok melalut lagi mamak haji. kita ke tajuk asal.

KOMPONEN YANG PERLU ADA DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN:

  1. Penerangan ‘am tentang rancangan perniagaan atau dipanggil “executive Summary” – Biasanya ia dimuatkan dalam satu muka depan dalam rancangan perniagaan.
  2. Penerangan tentang Perniagaan Anda –  a. Termasuk produk yang AKAN dihasilkan atau perkhidmatan yang ditawarkan. b. Bentuk perniagaan seperti enterprise atau Sendirian Berhad atau berbentuk koperasi.
  3. Objektif dan Matlamat Perniagaan. – contohnya seperti bagaimana anda akan mencapai objektif anda dan jangka masa (tarikh) matlamat anda  itu jadi kenyataan.
  4. Keterangan projek – bagaimana anda rancang operasi perniagaan untuk membantu capai matlamat asal.
  5. Penilaian pasaran – bagaimana anda aturkan rancangan pemasaran bagi produk yang anda hasilkan.
  6. Kajian tentang “trend” didalam industri ini – seperti terangkan persaingan yang akan dihadapi,  pelangan yang disasarkan dan terangkan bagaimana produk anda akan sampai kepada pelangan baru.
  7. Pengurusan dan pekerja – Melakarkan carta organisasi dan terangkan dengan jelas tugas-tugas dan juga latar belakang secara ringkas satff yang utama.
  8. Penyata Kewangan –  Termasuk Penyata Pendapatan dan balance sheet. Baget tahunan mula operasi dan bajet untuk 2 tahun akan datang.
  9. Punca Kewangan  untuk projek anda – punca kewangan termasuk ekuiti anda dalam syarikat dan jika anda punyai bantuan kewangan dari punca lain. Terangkan bantuan kredit yang dijamin.
  10. Sekiranya syarikat ini dikongsi senaraikan nama pengongksi, alamat, dan no.telipon.

LANGKAH-LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN PRODUK MAKANAN SIAP:

1. Anda perlu ada produk yang anda ingin meniagakan secara komersial. Ia dalah contoh asal atau di gelar proto type. Anda perlu sediakan masakan proto-type sehingga betul-betul sempurna. Panggil saudara mara, sahabat-tolan, jiran tetangga untuk rasa masakan proto-type yang anda akan buat apa saja, seperti sejuk beku, tinkan atau jual begitu saja dalam bungkusan. Pada masa buat kenduri ini (ini bukan tolong orang, ini tolong diri sendiri)..hehehe,  ini anda perlu edarkan borang kaji selidik seperti rasa, texture dan penonjolan masakan. Ini kena buat dengan borang kerana orang kita jarang buat komen depan tukang masak dan juga benda free memang sedap.

2. Selepas itu anda pastikan bagaimana anda ingin simpan sebelum dijual?. Adakah anda ingin simpan dalam peti sejuk beku, atau di rak, atau ingin tinkan. Bagaimana dengan tempat simpanan itu?.

3. Pastikan pada permulaan jumlah produk yang anda ingin hasilkan untuk komersial. Biasanya untuk makanan cecair seperi cili sos  50 – 100 liter memadai, bagi produk pepajal 10 kg – 25 kg adalah terbaik.

4. Sebelum anda terjun ke gelanggang pastikan contoh resepi anda dikemukakan kepada bahagian penguatkuasa makanan untuk diuji untuk mendapatkan kelulusan mengikut akta pemakanan 1983 dan peraturan makanan 1985 dengan pihak berkuasa yang bertanggung-jawab adalah terbaik. Kita tak mahu ada syarikat yang punyai produk sama yang berkelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki) akan membuat lapuran bila didapati produk anda laku dan produk mereka lingkup dalam pasaran. Orang Melayu tentang adu mengadu ini memang no.1. Tak boleh lihat saudara seagama dia berjaya. Maka eloklah persiapkan diri sebelum terjun ke gelanggang.

5. Mungkin resepi anda perlu ubah mengikut kepiawaian pihak berkuasa, selepas resepi akhir mendapat kelulusan, kaji kembali harga bahan-bahan masakan mengikut resepi yang telah diluluskan. Buat kaji selidik kepuasaan pelangan sebelum mula di komersialkan.

Mamak haji dah penat, terpaksa sambung esok tentang cara cipta label, pemasaran dan pengeluaran . Kalau baca banyak sangat pun boring dan cepat lupa. Biar kita perlahankan sedikit. Harap tunggu bahagian 3 dan akhir. Wassalam.


Salam, mengikut tajuk yang mamak haji tulis di atas memang keliru, mamak haji tak dapat perkataan yang sesuai untuk makna , “specialty food business” dalam bahasa Melayu. Seperti mamak haji katakan bidang masakan ini amat luas se hinggakan kita boleh terokai makanan untuk angkasawan tapi bukan nasi kandar lah, mungkin masakan berbentuk pil yang secocok dengan keadaan keperluan mereka. Dunia masakan begitu luas. Sekiranya perniagaan warung atau kedai makan tak menjadi,  kita pilih pulak bidang yang sama “masakan” tapi kita ubah jadi pengeluar makanan yang tersedia masak siap untuk dijual. Pasaran kini amat luas untuk masakan halal yang disejuk beku atau dalam tin atau pembungkusan yang unik. Banyak resepi yang mamak haji berikan kepada pembaca blog ini memang kearah produk makanan siap seperti contohnya, anda boleh membotolkan sos cili yang paling enak, mayonise, worchester sauce, barbeque sauce, serbuk kari, serbuk beriani, serbuk garam masala, serbuk kurmak, perencah tomyam enak, pes halia bawang putih dan banyak lagi mamak haji sendiri pun sudah lupa. Mamak Haji semalam menerima sepucuk e-mail yang sangat baik. Beliau adalah seorang  pegawai anggota keselamatan yang ingin hijrah dari makan gaji kepada perniagaan. Jiwanya, jiwa berniaga. Kalau jiwa dah jadi berniaga ini , anda makan gaji lah beribu-ribu sebulan tapi di sudut hati tetap akan cenderong kepada perniagaan. Kalau kita ada anak yang cenderung kepada perniagaan, biar kita beri dorongan kepadanya. Janganlah seperti penjajah Inggeris buatkan orang Melayu galakan makan gaji dengan kerajaan tetapi menggalakan orang Cina pendatang untuk berniaga. Dalam pada masa yang sama wujudkan ketuanan Melayu. Sebenarnya ketuanan Melayu yang sebenar adalah orang Melayu jadi Boss bukan dari segi politik saja tetapi paling penting adalah menjadi boss ekonomi negara. Cuba fikirkan di negara mana ekonomi negara terletak pada kaum minoriti?. Tidak ada maknanya jadi boss tapi duit tak ada.Bila orang Melayu pegang ekonomi sudah tentu kuasa politik akan mengikut kuasa ekonomi. Tidak ada dalam sejarah politik, kuasa ekonomi akan mengikut kuasa politik. Polisi setiap kerajaan amalkan demokrasi lebih condong kepada kuasa kapatalis. British sebenarnya telah menipu orang Melayu dan berikan kuasa sebenar kepentingan kaum minoriti. Orang Melayu masih dibuai mimpi ketuanan Melayu dengan poket kosong. British menjajah Tanah Melayu bukan dengan bala tentera tetapi dengan motifkan perniagaan yang digelar, Syarikat Hindia Timur. Ada juga profesor sejarah kata Tanah melayu tak pernah ditawan.  Memang tak tawan tetapi yang ditawan adalah ekonomi. Orang luar yang melabur berjuta atau berbillion ringgit bukan saja nak untung dari pelaburan mereka  tetapi mereka perlukan jaminan dan sokongan kuasa politik dalaman dan dari negara asal mereka untuk kepentingan pelaburan mereka. Sekiranya terjadi perkara buruk dalam negara yang mereka labur, apa akan terjadi pada nilai pelaburan mereka?. Maka pelabur-pelabur ini sentiasa mengawal politik dalam negara yang mereka melabur untuk kepentingan mereka. Siapa kisah dengan rakyat?. Itu semua persepsi yang dicanang melalui propaganda kerajaan. Apa yang ahli politik pentingkan cuma keselamatan pelaburan mereka terjamin. Maka untuk kepentingan ini pelabur-pelabur ini biasanya membeli pemimpin-pemimpin politik dengan nama saham untuk ahli politik tempatan. Inilah mamak haji katakan ekonomi selalunya mengawal politik. Sebenarnaya sukar nak merampas kembali ekonomi dari  tangan orang lain ini pulangkan kepada orang Melayu. Selama 56 tahun UMNO mencuba melalui segala cara politik,  adakah mereka berjaya?. Orang Melayu boleh berjaya sekiranya keluar dari kepompong reotorik  kuasa politik parti-parti politik dan berdiri di atas keyakinan diri. Ramai daripada kita terlalu bergantung kepada kerajaan yang berkuasa membuatkan kita hilang keyakinan jati diri sendiri. Ada yang terlalu taksub pada parti-parti politik, percayalah sekiranya parti politik  ini, satu hari akan istiharkan solat cuma 4 kali sehari dan ada yang akan yakin dengan kata-kata mereka. Sebenarnya kerajaan tidak galakan orang Melayu ada keyakinan diri, kalau nak bentuk keyakinan diri mereka takut rakyat tidak peduli siapa yang memerintah tetapi yang memerintah perlulah ada sikap, Dari rakyat kepada rakyat. Tolonglah jangan tanam benih ketakutan di pemikiran Melayu dengan cerita-cerita karut seperti cerita hantu. Tugas media yang sepatutnya membina minda rakyat telah terpesung kepada propaganda untuk pemerintah. Orang melayu dah sampai ketahap, bila mana ingin buka perniagaan baru, solan pertama mereka akan tanya ialah, “Kerajaan ada sediakan bantuan kah?”, Seperti mamak haji selalu perkatakan, “tolong itu ada  dua jenis”. Satu tolong orang betul-betul dengan ikhlas, satu lagi tolong diri sendiri. Kerajaan tolong itu anda katogarikan dalam bahagian mana?. Tolong undi kami, kami akan tolong kamu. Inilah, ada parti politik berjanji sebelum menang pilihanraya bermacam-macam, harga minyak boleh diturunkanlah, air percuma, mak jan boleh dapat elaun khas dan macam -macam lagi janji, ini tolong apa benda namanya?. Bukan kah mereka ini ingin tolong diri mereka untuk menang dalam pilihanraya?. Maaf, mamak haji dah bawa anda pusing lagi padang kota naik beca.

Disebabkan celoteh mamak haji ini dah berlebihan mamak haji jadikan tajuk ini dua siri. Harap pembaca jangan bosan. Mamak haji suka kepada perencah yang terbaik bila masak kuah kari macam itu juga posting mamak haji. Rempah kena adunkan supaya pembaca betul-betul faham apa yang berlaku disekeliling mereka. Kita sebagai peniaga perlu sensitif kepada apa yang sedang atau akan berlaku disekitar kita terutamanya untuk membentuk strategi pemasaran yang tepat dan betul. Ada seorang pembaca blog mengirim e-mail. Soalan beliau begini:

  • Saya berminat masak begitu juga seluruh keluarga, timbul idea ingin komersialkan beriani sejuk beku. Masukkan cuma dau minit boleh dapatkan beriani seperti masakan asli.
  • Di Negara ini sejuk bekuan ini jarang di jumpai seperti di luar negara.
  • Mohon pandangan dan nasihat mamak haji di mana boleh mendapatkan kursus tentang proses makanan sejuk beku ini.
  • Mohon  nasihat cara mulakan perniagaan ini.

PRO DAN KONTRA MEMBUKA PERNIAGAAN MEMPROSES MAKANAN.

Perniagaan memproses makanan boleh memberi pemulangan yang amat menguntungkan dan sangat memberi kepuasan untuk peniaga kecil. Jangan lupa perniagaan ini juga bakal memberi cabaran yang anda tidak dapat bayangkan dan sentiasa mempunyai risiko seperti cabaran dalam pemasaran, kualiti dan akta bersangkutan dengan keselamatan makanan yang ketat perlu dihadapi. Risiko ini bukanlah sesuatu perkara yang sukar di atasi sekiranya kita punyai cara untuk menghindarkannya. Senarai yang mamak haji sediakan ini salah satu cara pengurusan yang akan mengurangkan “risk” / risiko perniagaan ini. Ini terpulang kepada kebijaksanaan dan keberanian untuk anda menghadapi.

KEBAIKAN PERNIAGAAN INI:

  • Anda akan menjdi, “BOSS”. Tak pelu lagi jadi kuli bawah orang lain.
  • Anda dapat mengaturkan masa depan anda sendiri tanpa 3 “B” (Bodek, Bangsat, Baruah).
  • Masa itu emas bagi anda. Masa tidak terbuang tapi digunakan untuk memajukan diri dan perniagaan anda. Tiada siapa yang boleh aturkan masa anda seperti punch card dan lain-lain. Anda adalah “master” bagi masa. Lebih masa anda kerja lebihlah pendapatan.
  • Anda melakukan apa yang anda selama inginkan selama ini yang terbuku dalam hati anda.  Keyakinan diri anda akan meningkat.
  • Keuntungan atau kebaikan yang diperolehi adalah milik anda sendiri, tiada orang akan merampas dari anda.
  • Kebebasan berfikir dan laksanakan pendapat dan kejayaan yang menunggu adalah milik anda. Tiada siapa yang merampas kebebasan anda.
  • Sekiranya produk anda meletup di pasaran anda adalah Raja bagi produk anda, bayangkan kejayaannya.

KEBURUKAN:

Setiap kebaikan pasti ada risiko yang digelar keburukan. Ia adalah lumrah alam seperti siang diganti malam. Maka kita nak cahaya di malam hari, dan manusia berjaya cipta lampu. Maka perniagaan juga begitu. Setiap keburukan sekiranya kita tahu dan di ambil kira , boleh lah mengurangkan keburukan ini.

  • Risiko kegagalan.
  • Masa akan menjadi musuh kita, perlu berkerja tak kira waktu. Tidak ada waktu kerja pejabat 8.00 pagi balik pukul 5:00 petang.Selepas itu bersama keluarga.
  • Cengkaman kewangan dan akan dirasai. Anda akan mungkin kekeringan wang untuk operasi sekiranya tidak ada kawalan kewangan yang cekap.
  • Mungkin konflik keluarga dari segi kewangan akan timbul. Masa untuk keluarga akan berkurangan menyebabkan kekeciwaan ahli keluarga yang tidak memahami tentang perniagaan membawa masalah peribadi.
  • Cara hidup akan berubah pada diri anda mungkin ia merenggangkan hubungan sosial anda.
  • Emotional Burnt out atau tekanan perasaan akan menimpa anda.
  • Igauan kemungkinan produk anda tidak diterima di pasaran sentiasa gusarkan anda.

Dengan sebab-sebab di atas, anda perlu mengambil keputusan untuk mengurangkan risiko kegagalan dan maksimumkan peluang kejayaan perniagaan anda dengan cara berikut:

  • Usahakan Rancangan Perniagaan (business plan) yang baik.
  • Sentiasa meniliti Rancangan Perniagaan dan ubah-suai untuk keadaan se masa dan situasi mengikut perniagaan anda, bersesuain kecapaian dan matlamat kejayaan perniagaan.
  • Mempertingkatkan Rancangan dan Strategi Pemasaran yang baik.
  • Belajar dan ikut akta-akta penguatkuasaan pemakanan dengan belajar garis panduan dan sentiasa amalkan.
  • Buat analisa kewangan dan sentiasa mengubah-suai mengikut perniagaan.
  • Anda perlu tahu mana satu kehidupan perniagaan dan mana satu kehidupan berkeluarga. Jangan adunkan kedua ini. buat garisan pemisah antara dua perkara ini.

Wassalam, dalam siri kedua nanti , mamak haji akan terangkan perkara ini satu persatu. Mamak haji akan beri penerangan bagaimana membuat rancang perniagaan yang terbaik.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,337,559 hits
Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.