PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PENGURUSAN PRODUK MAKANAN SIAP: SIRI PERTAMA.

Posted on: Januari 1, 2013


Salam, mengikut tajuk yang mamak haji tulis di atas memang keliru, mamak haji tak dapat perkataan yang sesuai untuk makna , “specialty food business” dalam bahasa Melayu. Seperti mamak haji katakan bidang masakan ini amat luas se hinggakan kita boleh terokai makanan untuk angkasawan tapi bukan nasi kandar lah, mungkin masakan berbentuk pil yang secocok dengan keadaan keperluan mereka. Dunia masakan begitu luas. Sekiranya perniagaan warung atau kedai makan tak menjadi,  kita pilih pulak bidang yang sama “masakan” tapi kita ubah jadi pengeluar makanan yang tersedia masak siap untuk dijual. Pasaran kini amat luas untuk masakan halal yang disejuk beku atau dalam tin atau pembungkusan yang unik. Banyak resepi yang mamak haji berikan kepada pembaca blog ini memang kearah produk makanan siap seperti contohnya, anda boleh membotolkan sos cili yang paling enak, mayonise, worchester sauce, barbeque sauce, serbuk kari, serbuk beriani, serbuk garam masala, serbuk kurmak, perencah tomyam enak, pes halia bawang putih dan banyak lagi mamak haji sendiri pun sudah lupa. Mamak Haji semalam menerima sepucuk e-mail yang sangat baik. Beliau adalah seorang  pegawai anggota keselamatan yang ingin hijrah dari makan gaji kepada perniagaan. Jiwanya, jiwa berniaga. Kalau jiwa dah jadi berniaga ini , anda makan gaji lah beribu-ribu sebulan tapi di sudut hati tetap akan cenderong kepada perniagaan. Kalau kita ada anak yang cenderung kepada perniagaan, biar kita beri dorongan kepadanya. Janganlah seperti penjajah Inggeris buatkan orang Melayu galakan makan gaji dengan kerajaan tetapi menggalakan orang Cina pendatang untuk berniaga. Dalam pada masa yang sama wujudkan ketuanan Melayu. Sebenarnya ketuanan Melayu yang sebenar adalah orang Melayu jadi Boss bukan dari segi politik saja tetapi paling penting adalah menjadi boss ekonomi negara. Cuba fikirkan di negara mana ekonomi negara terletak pada kaum minoriti?. Tidak ada maknanya jadi boss tapi duit tak ada.Bila orang Melayu pegang ekonomi sudah tentu kuasa politik akan mengikut kuasa ekonomi. Tidak ada dalam sejarah politik, kuasa ekonomi akan mengikut kuasa politik. Polisi setiap kerajaan amalkan demokrasi lebih condong kepada kuasa kapatalis. British sebenarnya telah menipu orang Melayu dan berikan kuasa sebenar kepentingan kaum minoriti. Orang Melayu masih dibuai mimpi ketuanan Melayu dengan poket kosong. British menjajah Tanah Melayu bukan dengan bala tentera tetapi dengan motifkan perniagaan yang digelar, Syarikat Hindia Timur. Ada juga profesor sejarah kata Tanah melayu tak pernah ditawan.  Memang tak tawan tetapi yang ditawan adalah ekonomi. Orang luar yang melabur berjuta atau berbillion ringgit bukan saja nak untung dari pelaburan mereka  tetapi mereka perlukan jaminan dan sokongan kuasa politik dalaman dan dari negara asal mereka untuk kepentingan pelaburan mereka. Sekiranya terjadi perkara buruk dalam negara yang mereka labur, apa akan terjadi pada nilai pelaburan mereka?. Maka pelabur-pelabur ini sentiasa mengawal politik dalam negara yang mereka melabur untuk kepentingan mereka. Siapa kisah dengan rakyat?. Itu semua persepsi yang dicanang melalui propaganda kerajaan. Apa yang ahli politik pentingkan cuma keselamatan pelaburan mereka terjamin. Maka untuk kepentingan ini pelabur-pelabur ini biasanya membeli pemimpin-pemimpin politik dengan nama saham untuk ahli politik tempatan. Inilah mamak haji katakan ekonomi selalunya mengawal politik. Sebenarnaya sukar nak merampas kembali ekonomi dari  tangan orang lain ini pulangkan kepada orang Melayu. Selama 56 tahun UMNO mencuba melalui segala cara politik,  adakah mereka berjaya?. Orang Melayu boleh berjaya sekiranya keluar dari kepompong reotorik  kuasa politik parti-parti politik dan berdiri di atas keyakinan diri. Ramai daripada kita terlalu bergantung kepada kerajaan yang berkuasa membuatkan kita hilang keyakinan jati diri sendiri. Ada yang terlalu taksub pada parti-parti politik, percayalah sekiranya parti politik  ini, satu hari akan istiharkan solat cuma 4 kali sehari dan ada yang akan yakin dengan kata-kata mereka. Sebenarnya kerajaan tidak galakan orang Melayu ada keyakinan diri, kalau nak bentuk keyakinan diri mereka takut rakyat tidak peduli siapa yang memerintah tetapi yang memerintah perlulah ada sikap, Dari rakyat kepada rakyat. Tolonglah jangan tanam benih ketakutan di pemikiran Melayu dengan cerita-cerita karut seperti cerita hantu. Tugas media yang sepatutnya membina minda rakyat telah terpesung kepada propaganda untuk pemerintah. Orang melayu dah sampai ketahap, bila mana ingin buka perniagaan baru, solan pertama mereka akan tanya ialah, “Kerajaan ada sediakan bantuan kah?”, Seperti mamak haji selalu perkatakan, “tolong itu ada  dua jenis”. Satu tolong orang betul-betul dengan ikhlas, satu lagi tolong diri sendiri. Kerajaan tolong itu anda katogarikan dalam bahagian mana?. Tolong undi kami, kami akan tolong kamu. Inilah, ada parti politik berjanji sebelum menang pilihanraya bermacam-macam, harga minyak boleh diturunkanlah, air percuma, mak jan boleh dapat elaun khas dan macam -macam lagi janji, ini tolong apa benda namanya?. Bukan kah mereka ini ingin tolong diri mereka untuk menang dalam pilihanraya?. Maaf, mamak haji dah bawa anda pusing lagi padang kota naik beca.

Disebabkan celoteh mamak haji ini dah berlebihan mamak haji jadikan tajuk ini dua siri. Harap pembaca jangan bosan. Mamak haji suka kepada perencah yang terbaik bila masak kuah kari macam itu juga posting mamak haji. Rempah kena adunkan supaya pembaca betul-betul faham apa yang berlaku disekeliling mereka. Kita sebagai peniaga perlu sensitif kepada apa yang sedang atau akan berlaku disekitar kita terutamanya untuk membentuk strategi pemasaran yang tepat dan betul. Ada seorang pembaca blog mengirim e-mail. Soalan beliau begini:

  • Saya berminat masak begitu juga seluruh keluarga, timbul idea ingin komersialkan beriani sejuk beku. Masukkan cuma dau minit boleh dapatkan beriani seperti masakan asli.
  • Di Negara ini sejuk bekuan ini jarang di jumpai seperti di luar negara.
  • Mohon pandangan dan nasihat mamak haji di mana boleh mendapatkan kursus tentang proses makanan sejuk beku ini.
  • Mohon  nasihat cara mulakan perniagaan ini.

PRO DAN KONTRA MEMBUKA PERNIAGAAN MEMPROSES MAKANAN.

Perniagaan memproses makanan boleh memberi pemulangan yang amat menguntungkan dan sangat memberi kepuasan untuk peniaga kecil. Jangan lupa perniagaan ini juga bakal memberi cabaran yang anda tidak dapat bayangkan dan sentiasa mempunyai risiko seperti cabaran dalam pemasaran, kualiti dan akta bersangkutan dengan keselamatan makanan yang ketat perlu dihadapi. Risiko ini bukanlah sesuatu perkara yang sukar di atasi sekiranya kita punyai cara untuk menghindarkannya. Senarai yang mamak haji sediakan ini salah satu cara pengurusan yang akan mengurangkan “risk” / risiko perniagaan ini. Ini terpulang kepada kebijaksanaan dan keberanian untuk anda menghadapi.

KEBAIKAN PERNIAGAAN INI:

  • Anda akan menjdi, “BOSS”. Tak pelu lagi jadi kuli bawah orang lain.
  • Anda dapat mengaturkan masa depan anda sendiri tanpa 3 “B” (Bodek, Bangsat, Baruah).
  • Masa itu emas bagi anda. Masa tidak terbuang tapi digunakan untuk memajukan diri dan perniagaan anda. Tiada siapa yang boleh aturkan masa anda seperti punch card dan lain-lain. Anda adalah “master” bagi masa. Lebih masa anda kerja lebihlah pendapatan.
  • Anda melakukan apa yang anda selama inginkan selama ini yang terbuku dalam hati anda.  Keyakinan diri anda akan meningkat.
  • Keuntungan atau kebaikan yang diperolehi adalah milik anda sendiri, tiada orang akan merampas dari anda.
  • Kebebasan berfikir dan laksanakan pendapat dan kejayaan yang menunggu adalah milik anda. Tiada siapa yang merampas kebebasan anda.
  • Sekiranya produk anda meletup di pasaran anda adalah Raja bagi produk anda, bayangkan kejayaannya.

KEBURUKAN:

Setiap kebaikan pasti ada risiko yang digelar keburukan. Ia adalah lumrah alam seperti siang diganti malam. Maka kita nak cahaya di malam hari, dan manusia berjaya cipta lampu. Maka perniagaan juga begitu. Setiap keburukan sekiranya kita tahu dan di ambil kira , boleh lah mengurangkan keburukan ini.

  • Risiko kegagalan.
  • Masa akan menjadi musuh kita, perlu berkerja tak kira waktu. Tidak ada waktu kerja pejabat 8.00 pagi balik pukul 5:00 petang.Selepas itu bersama keluarga.
  • Cengkaman kewangan dan akan dirasai. Anda akan mungkin kekeringan wang untuk operasi sekiranya tidak ada kawalan kewangan yang cekap.
  • Mungkin konflik keluarga dari segi kewangan akan timbul. Masa untuk keluarga akan berkurangan menyebabkan kekeciwaan ahli keluarga yang tidak memahami tentang perniagaan membawa masalah peribadi.
  • Cara hidup akan berubah pada diri anda mungkin ia merenggangkan hubungan sosial anda.
  • Emotional Burnt out atau tekanan perasaan akan menimpa anda.
  • Igauan kemungkinan produk anda tidak diterima di pasaran sentiasa gusarkan anda.

Dengan sebab-sebab di atas, anda perlu mengambil keputusan untuk mengurangkan risiko kegagalan dan maksimumkan peluang kejayaan perniagaan anda dengan cara berikut:

  • Usahakan Rancangan Perniagaan (business plan) yang baik.
  • Sentiasa meniliti Rancangan Perniagaan dan ubah-suai untuk keadaan se masa dan situasi mengikut perniagaan anda, bersesuain kecapaian dan matlamat kejayaan perniagaan.
  • Mempertingkatkan Rancangan dan Strategi Pemasaran yang baik.
  • Belajar dan ikut akta-akta penguatkuasaan pemakanan dengan belajar garis panduan dan sentiasa amalkan.
  • Buat analisa kewangan dan sentiasa mengubah-suai mengikut perniagaan.
  • Anda perlu tahu mana satu kehidupan perniagaan dan mana satu kehidupan berkeluarga. Jangan adunkan kedua ini. buat garisan pemisah antara dua perkara ini.

Wassalam, dalam siri kedua nanti , mamak haji akan terangkan perkara ini satu persatu. Mamak haji akan beri penerangan bagaimana membuat rancang perniagaan yang terbaik.

Advertisements

4 Respons to "PENGURUSAN PRODUK MAKANAN SIAP: SIRI PERTAMA."

As Salam Tn. Hj..

Terima kasih atas respond Tn. Hj kpd email saya. Saya tidak tahu apa kekuatan yg ALLAH kurniakan pd Tn Hj hingga Tn ikhlas menjawab pertanyaan saya. Ramai saya temui usahawan Islam/Melayu yang membantu dgn menggunakan nama ‘saudara seagama/sebangsa’ tetapi sebaliknya memberi keuntungan berlipat ganda kpd mereka, dgn bayaran beribu-ribu ringgit utk membimbing kita yg baru cuba cuba masuk alam perniagaan ini. Baru-baru ini sya cuba mendaftarkan diri seminar pernagaan ‘utk membantu orang Islam’ yg dianjurkan seorang hamba ALLAH ini. Bayarannya kurang 3 ringgit genap RM1,000. Saya cuba berunding utk bayar booking dahulu dan selebihnya masa mendaftar kursus, namun hampa. Depa nak cash. Takpe la..may god bless him…takde rezeki kot…

Saya melihat makanan halal sejuk beku ini boleh dipelbagaikan dan dikomersialkan dgn baik khususnya produk nasi. Jika Maggi & Mamie boleh buat kenapa pula kita tak boleh?? Saya juga telah hubungi MARDI dan FAMA, tiada kursus seumpanaya disediakan. Jika kursus sejuk beku makana ringkas spt cakoi, karipap dan sbgnya mmg banyak.

Semoga Tn diberi kekuatan utk terus menulis sebagai panduan peniaga2 baru spt saya. Harap saya dapat bertemu Tn satu hari nanti. Ingin saya juga sya berborak2 dgn ‘unsung hero’ ini. Seikhlasnya, sya doakan Tn sejahtera hendaknya. Tak sabar saya menunggu SIRI KEDUA dr Tn. Terima kasih.

Salam, Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair.

boleh sy dpt kan alamat email Tn. Haji?

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,405,822 hits
Januari 2013
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: