PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

KATERING: MENETAPKAN HARGA JUALAN KATERING.

Posted on: Februari 22, 2013


Salam, lama mamak haji tak up-date blog. Sebenarnya mamak haji baru pulang dari Kota Bahru, Kelantan. Dalam usia begini dan kesihatan yang semakin pudar, dapat juga mengunjung ke Kota Bahru selama 1 minggu. Tentang makanan kota Bahru mamak haji tak ada komen kerana sukar untuk anda menemui kedai mamak di sini kecuali Pasar Besar Maidin. Lagi pun sempat juga mamak rasa, mee kuah ‘ala Kelantan, tapi tak ada komen, “lain padang, lain pulak jenis belalangnya”. Tapi mamak haji rasa kena bagi kredit untuk, “Nasi Ayam Radix”, bila kata Radix jangan pulak beranggapan Nasi ayam tambah serbuk tongkat Ali. Lagi pun Radix itu bermakna, “tongkat ali”, atau “pasak bumi”, yang digelarkan oleh orang orang Indonesia. Di Kota Bahru ada sebuah Restoren ayam goreng segera yang diuruskan oleh syarikat HPA (radix). Mamak haji rasa ia dimiliki oleh 100 peratus orang Melayu. Mamak haji lupa nama jalannya tetapi ia betul-betul dibelakang Hospital USM Kubang Kerian. Bukan saja nak puji Restoren segera ini tetapi ayam gorengnya memang terbaik dari KFC atau MacDonald tetapi sayangnya pelangan Kelantan tidak memberi sambutan. Waktu tengah hari restoren ini ada resepi nasi ayam ini. Satu set cuma RM5.00. dengan 1 ketul ayam goreng size XL yang paling sedap mamak haji pernah rasa ayam goreng ranggup. Rasanya dan juga texture isi ayam, boleh kalahkan KFC atau ayam goreng mamak. Tepungnya sama seperti KFC, tapi isi ayamnya rasa ‘ala mamak. Nasinya berwarna kekuningan, sup dan sos cili yang terbaik, dalam pada itu air minuman kordial percuma. Bayangkan harganya cuma RM5.00 untuk lunch hour. Layanan di Restoren ini memang terbaik. Kalau sekiranya pembaca blog mamak haji singgah di Kota Bahru singgahlah di restoren ini, anda pasti tidak akan keciwa. Sayang Restoren Radix ini tiada di Pulau Pinang, kalau ada ia akan beri persaingan hebat kepada restoren nasi kandar Mamak..hahaha!. Ke lain pulak mamak haji promosikan Restoren segera Ayam Goreng Radix, “Mai secawan teh tarek Radix”.Ini bukan iklan komersial. Iklan ini bukan juga iklan politik TV3. Ini iklan ikhlas dari hati pelangan.

Pada ‘amnya konsep harga jualan akan menentukan kejayaan sesebuah syarikat perniagaan. “Harga jualan”, yang dimaksudkan ialah jumlah wang yang kita terima dari pelangan dengan menukar-ganti dengan perkhidmatan katering yang kita berikan kepada pelangan. Dalam perkataan lain, “Harga Jualan”, ialah pelangan sedia membayar untuk perkhidmatan katering yang disediakan. Masalah katerer yang terbesar ialah, bila ingin kemukakan harga jualan kepada pelangan. Katerer yang baru cuma memberi perhatian kepada dapatkan pelangan dengan apa juga harga. Maka tawar menawar harga berlaku dan kebiasaannya dalam suasana ini pihak pelanggan yang menang. Situasi menang-menang tidak akan berlaku. Cara ghairah mendapatkan pelangan dari keuntungan akan merundumkan perniagaan katering bagi katerer-katerer baru dalam perniagaan katering yang sungguh mencabar. Perniagaan katering adalah kerja yang paling keras dan tekanan kerja yang melampui batas tetapi kita ditawarkan harga yang paling minima dan ada-kalanya katerer yang baru ditipu pembayaran kerana takut meminta deposit dan bayaran penuh bila mana perkhidmatan selesai. Ada yang tidak pernah membuat perjanjian hitam-putih walau pun Allah SWT sendiri berfirman, segala hutang perlu dicatitkan secara jujur, mamak haji banyak kali tulis tentang ini dalam bab akaun perniagaan diblog ini.

Cuba anda bayangkan pada suatu hari, seorang pelangan yang menempah perkhidmatan katering anda berkata pada anda, ” saya terima harga katering anda, tetapi saya ingin tambah RM2.00 untuk satu kepala, kerana harga awak terlalu murah”. Bukan kah hari itu seperti  akan menjadi, “sejarah dalam hari ini”. Mamak haji nak tanya, pernah anda dapat perhatian seperti ini dari pelangan anda?. Kalau ada pelangan seperti itu anda ambil gambar wajahnya , buat bingkai dan gantungkan dalam pejabat anda. Apa saja anda berikan harga, pelangan tetap akan kata. “harga Mahal”. Kalau anda kurangkan harga, pelangan akan bertanggapan, perkhidmatan katering anda, “Low Class” dan tidak sesuai untuk majlis pelangan anda. Bukan mudah untuk menetapkan harga jualan perkhidmatan katering anda. Harga Jualan perkhidmatan katering anda perlu menentukan keuntungan BERPATUTAN anda. Berpatutan adalah bermaksud “empathy” dan bukan sympathy. Empathy bermakna kita juga merasa dan ingin kongsi emosi atau kesusahan yang sama seperti pelangan kita, sympathy bermakna kesian. Kesian ini lain sikit, oleh kerana pelangan ini seorang janda yang montok, kita jangan pulak rasa kesian lampau..hahaha. Berniaga- berniaga jangan aduk peribadi dalam perniagaan tetapi setiap peniaga perlu ada empathy terhadap pelangan. Ini bukan saja strategi bagaimana McD’s bangun semula dari kejatuhan tetapi yang penting adalah tuntutan agama Islam. Pokok pangkalnya apa saja harga jualan anda tapi pastikan pelangan juga dapat pulangan yang terbaik dari harga jualan anda terima. Untuk dapatkan harga jualan tepat unuk perkhidmatan katering bukan perkara mudah tetapi ia merangkumi bidang seni dan sains. Penilaian atau estimation harga jualan adalah seni yang sukar dipelajari walau pun di universiti. Maka meletakan harga jualan ialah bakat perlu ada setiap induvidu peniaga. Untuk mengilap bakat ini mamak haji beri sedikit cara untuk menetapkan harga katering anda. Walau apa pun harga yang anda tawarkan, beri keutamaan kepada tiga faktur ini: 1. Keuntungan. 2. Empathy 3. Perniagaan yang berulang (maksudnya tentukan pelangan akan sentiasa berulang membuat tempahan).

Apabila anda ingin kemukakan harga jualan sila beri perhataian kepada perkara-perkara ini:

  • Berapa harga yang diinginkan oleh pelangan anda.
  • Berapa  kah Harga yang diharapkan oleh pelangan anda.
  • Harga pesaing lain di kawasan anda.
  • Adakah tarikh dan cara penghantaran berpihak kepada anda?.
  • Sila tentukan kaedah katering yang mudah atau yang sukar. Yang sukar seperti katering koperat, yang mudah seperti jamuan biasa.
  • Adakah anda fikir pelangan ini akan datang semula dengan anda?.
  • Anda perlu tentukan dua perkara, volume over profit atau profit over volume, makana anda ingin keuntungan dari jumlah atau jumlah ke atas keuntungan. Kalau 100 orang jemputan harga yang berlainan dari 1000 orang jemputan. Harga mengikut jumlah.
  • Kualiti yang pelangan anda harapkan, adakah pelangan nak simple katering atau pun katering yang istimewa.

Harga jualan katering  anda berubah-ubah mengikut situasi yang mamak haji sebutkan di atas. Maka harga katering bukanlah tetap tapi ia boleh berubah mengikut keadaan keperluan. Satu lagi anda perlu tahu, pelangan akan mencari sebut-harga di merata tempat lain, maka setiap hidangan yang anda meletakan harga jualan untuk menu bukan sebenarnya harga untuk hidangan itu atau masakan. Ia terpulang kepada cara anda masak dan bahan-bahan masakan yang digunakan dalam masakan itu. Maka janganlah terlalu terikut-ikut dengan harga yang diletakan katerer lain. Contohnya nasi minyak menggunakan beras biasa 5% dan menggunakan berasmathi. Harga 10kg beras biasa cuma RM24.00 tetapi harga 5kg basmathi cecah RM40.00. Maka harga tidak mungkin sama. Bahan masakan utama seperti daging dan ayam juga main peranan utama dalam harga jualan. size ayam, ketulan ayam dan cara masakan juga mainkan peranan utama dalam menetukan harga jualan. Ayam Masak Merah Mamak dan Ayam masak merah Melayu lain caranya. Daging masak kicap dan daging masak itam lain caranya dan bahan-bahan yang gunakan dan kos akan berubah. Kadang-kala pelangan tak faham maksud ini, tugas anda bukan saja menerangkan menu yang anda tawarkan tetapi meyakinkan pelangan dengan cara pengendalian masakan, size, cara masakan, dan kualiti katering anda. Pendek kata , pelangan harus faham maksud, “If you give peanut, you get monkey”.

Apa yang anda perlu fahamkan pelangan yang kurang pengetahuan tentang maksud katering dan maksud restoren, mereka (pelangan) bukan membeli cuma masakan yang kita sediakan seperti restoren tetapi mereka membeli keseluruhan perkhidmatan katering anda.  Perniagaan Katering bukan sepertti perniagaan restoren atau warung yang pelangan perlukan cuma makanan, mereka cuma perlu pergi kepada restoren atau warung pesan 500 ketul ayam, pekedai akan masukkan dalam bungkusan plastik dan hantar kepada pelangan itu, tetapi pelangan pergi kepada perniagaan katering, jika 500 ketul ayam, katerer itu akan sediakan tray hidangan yang terbaik, siap di hias dengan dibawah daun pisang dan di atas daun kari, hirisan bawang baru digoreng sehingga buka tudung saja seluruh ruangan rumah anda akan semerbak wangi. Gorengan ayam adalah sama waktu, bukan seperti kedai mamak kemungkinan anda akan terima ayam goreng semalaman. Yang peliknya di negara kita harga seketul ayam direstoren lebih mahal dari katerer yang menyediakan perkhidmatan yang begitu sempurna  didalam rumah anda.

Akhir sekali banyak katerer buat silap dengan suka menjual harga dari apa yang  jaminan harga yang diberikan itu berperanan memuaskan pelangan. Kadang-kala katerer tidak mahu menukar menu masakan dan bertegang leher dengan pelangan mengatakan opsyen yang diberikan adalah terbaik dengan tidak sedikit pun memberi peleuang kepada pelangan dengan opsyen pertengahan. Ah! satu perangai buruk katerer adalah memberi bandingan dengan harga jualan syarikat persaingan yang dianggap musuh. Ada juga setengah katerer tidak mahu tawarkan harga murah seperti nasi minyak boleh gunakan beras biasa dan basmathi. Di Pulau Pinang Nasi dalca dimasak guna beras baisa, tapi kenapa nasi minyak orang melayu perlu masak dengan basmathi yang sangat mahal. Basmathi amat terbaik untuk nasi beriani, kenapa tak masak saja beriani dari masak nasi minyak. Kalau pelangan itu kaya raya tak apalah ini orang yang tak mampu pun pii pekena apa hal. Patutlah hantaran kahwin lonjak berpuluhan ribu sampai ramai dok lari kahwin kat Siam. Maka katerer juga perlu faham mereka juga ada tanggung-jawab yang perlu pikul. Yang ada anak dara itu janganlah ikut belanja kahwin yang dikenakan pada pihak lelaki mengikut sebut-harga katerer beri. Kalau ikut harga katerer itu elok kahwinkan anak katerer itu saja..hahahaha!. Mamak Haji pun cari calon untuk anak mamak haji lelaki yang masih bujang 3 orang ini. Wassalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
Februari 2013
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: