PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

PERADUAN MENJAWAB SOALAN PENGUNJUNG BLOG MAMAK HAJI.

Posted on: Mac 9, 2013


Assalamualaikum,
Kali ini mamak haji siarkan e-mail yang mamak haji terima dari pengunjung blog..kalau ikutkan banyak lagi e-mail tapi ini pengunjung istimewa sikit dari belum berniaga sehingga dia dah berniaga sentiasa menghubungi mamak haji. Mamak haji kali ini minta anda para pembaca tolong jawab soalan ini. Jawapan yg terbaik mamak haji bagi hadiah. Hadiah taklah mahal tapi mamak haji terasa nak beri sesuatu kenangan untuk pembaca mamak haji yang sentiasa SETIA mengikuti blog ini. Jawapan yang terbaik mamak haji siarkan bersama soalan ini.Kalau ada yang berat nak beri alamat dalam ruang komen, berikan alamat melalui e-mail mamak haji: mohd.roslan99@gmail.com. Tapi tolong jangan hantar spam.  Tarikh tutup seminggu dari sekarang. Siapa cepat dia dapat hadiah..hahaha. e-mail atau komen pertama juga dapat hadiah Top-up RM5.00 percuma…hahaha!. Ini bukan hadiah Seperti BR1M. Ini hadiah untuk mengalakan anda mahir dalam masakan. Idea ini mamk haji dapat dari Cikgu kelas cucu mamak haji. Wassalam.
SOALAN SESI PERTAMA:
1. Macamana / tips memasak nasi beriani yg sedap? Nasi yg saya masak tawar je rasanya. Apa rempah / ingredients yg perlu saya lebihkan? sya dah ikut resepi beriani Tn Hj. Mungkin sya perlu sedikit masa lagi utk master cara masakan.
2. Baru baru ini saya masak ayam masak merah 17 ekor. Akibat overcooked, ayam manjadi hancur. Sejam selepas itu, ayam masak merah sya menjadi busuk dan berbuih. Busuk macam dah basi seminggu. Tn Hj. pernah tak ada pengalaman mcm nih?
3. Ada couple minta quotation nasi beriani untuk 1000 orang bulan 8 nanti. So saya ada 5 bulan untuk preparation. Masalahnya saya kurang yakin dengan kemampuan sya untuk handle masakan for 1000 orang. Tapi saya ada 5 bulan untuk belajar dan sya rasakan ini adlah peluang baik utk saya majukan diri dlm bidang ni. Kalau Tn Hj di tempat apa Tn Hj buat? ambik tempahan itu atau tidak? .
Advertisements

11 Respons to "PERADUAN MENJAWAB SOALAN PENGUNJUNG BLOG MAMAK HAJI."

Assalamualaiku yang dikasihi Tn Hj & blog followers..

Saya taknak jawab..nak tunggu jawapan jer..hehe

Terima kasih Tn Hj…

Salam..hahaha macam mana ini, ingatkan mamak haji nak rileks sikit bagi kat hampa jawab..ini kena kita balik pulak dah. Terima Kasih FG. wassalam.

1) guna air rebusan ayam/daging
2) ayam xdicuci bersih atau terbiar lama pada suhu bilik
3) yg ni tn hj yg jawab dia lebih otai… kwn pun baru belajar

Salam, Tahniah saudara adalah pemenang dlm kategori pengunjung yg pertama menjawab soalan…hahaha. Hadiah tetap menanti, sila e-mailkan mamak haji : mohd.roslan99@gmail.com no.hand phone anak anda. No.talipon anda yg diberikan adalah rahsia dan tidak akan digunakan untuk apa saja kegunaan lain terutama untuk perniagaan lariskan jualan nasi kandaq. Kalau kerbau pegang dgn tali, mamak haji pegang dengan janji. Janji di tepati..pasal guna kiasan kerbau jgn salah anggap sudah.Tentang ayam ini tak salah mamak haji pernah buat posting tapi tak apa nanti mamak haji terangkan tentang ayam untuk masakan nanti.Wassalam.

Assalamualaikum mamak haji, Mungkin mamak haji masih ingat saya. Saya ada emial mamak haji pasal bagaiman nak mulakan bisnes katering dari rumah. Alhamdulillah, kini saya sudah 2 bulan mulakan production kek saya dari rumah.

https://www.facebook.com/pages/Mama-Herda-Chocolate-Cake-MHCC/139688456191481?fref=ts

Alhamdulillah permintaan tinggi. Masalah saya, bagaimana nak mengawal kos inventori dan aliran wang tunai keluar masuk dan bersesuaian dengan production. dalam sehari saya boleh buat 100-200 kek, tapi masalahnya pembelian bahan mentah terlalu kerap dan bagaiman saya nak menyusun akaun.

Saya doakan mamak haji sentiasa di rahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan kerja. Terima kasih.

Eh lupa nak jawab soalan mamak haji ni..saya cuba ya..

1) Practice..practice..practice..makes perfect..
2) Kalau goreng dulu baru ok kot.
3) Berani bertindak untuk keluar dari kotak selesa. :)

PN HERDA JOHAN

Tahniah berjaya memulakan langkah sbg usahawan. Sya pun baru bermula dgn perniagaan katering. Itu pun atas tunjuk ajar mamak haji. Setakat ni masih merangkak lagi coz agak sukar buat katering part time ni. awak la masak, awak la basuh pinggan awak la bla..bla..bla..hahah.

All the best Pn Herda..

Salam..hahaha, kita taukeh kita juga kuli, memang payah sikit, cari pekerja part-time cuma untuk basuh pingan dan kemas. Cari ibu-ibu yang borink duk kat rumah..sambil ada kawan samabil itu boleh cari duit tambahan…wassalam.

Salam betul itu..baik sekali Fridge Magnet…boleh mamak haji buat iklan jual Fridge Magnet..dan snow ball ke?. very nice.

Salam Tn.Hj. …saya ni baru saja mengikuti blog ni… dan memang sudah menceburi bidang katering selama 2 tahun lebih… tapi masih banyak perkara yang perlu saya pelajari bagi memantapkan lagi perniagaan saya.. ..pada bulan Mei ini saya ada satu job majlis perkahwinan 1500 pax dan ayam masak madu (berkuah pekat)adalah diantara menu utama yang di tempah pelanggan saya.
Oleh kerana menu tersebut jarang diminta oleh pelanggan, saya merasa agak gusar tentang penyediaan kuantiti bahan mentah dan teknik memasak yang mudah lebih-lebih lagi memasak nyer dalam kuantiti yang banyak…..sekiranya ada kesudian dari Tn.Hj. untuk memberikan pendapat .. samada cara nya sama dengan penyediaan memasak ayam masak merah juga….
( kebiasaanya kalau ayam masak merah saya akan goreng sampai masak, start goreng dlm pukul 5 petang hingga ke malam, dan di simpan, malam saya tumis kuah sambal – lebihkurang 4 jam kuah ini dimasak, esok paginya dalam pukul 4 pagi sambal di panaskan hingga mendidih dan kemudian dimasukan ayam yang digoreng )

terima kasih … semoga dipersudikan untuk memberi pendapat yang bermanfaat untuk kita semua… mudah2an Allah berkati Tn Hj. dan rakan yang mengikuti blog ini… insyallah….. aminnn

Salam, caranya ok..kerana kita katering ini kejar masa. Dlm katering ini ramai buat silap tentang ayam. Pertama sekali ayam yg kita beli itu tentukan ayam segar atau ayam yg telah disejuk-bekukan. Tak salah mamak haji ada tulis posting tentang ayam diblog ini. Masalah besar pembekal yg kurang budiman kalau bekalkan ayam, 50 segar seratus lagi ayam sejuk beku beli kat Tesco masa offer…hahaha. Mamak haji nak bagitau kalau masak resepi nasi kandar guna ayam segar. Ayam disupermarket itu, ayam beku yang direndam dengan air untuk melembutkan. Kalau tak habis dibekukan lagi dan begitulah sistem mereka belajar untuk berniaga. Ayam sekiranya sekali dibeku dan perlu dilembutkan dengan cara membiarkan ayam itu selama 16 jam. Maknanya esok pagi pukul 6.00 anda ingin masak, keluarkan dari bahagian sejuk-beku (freezer) dan membiarkan di bahgian dingin peti sejuk semalaman. Jangan sekali bila telah dilembutkan ayam sejuk beku ini dan simpan kembali. Tekstur daging ayam lembut itu makin jadi lembut dan rasa ayam asli akan hilang. Dengan sebabkan inilah restoren-restoren nasi kandar yang besar proses ayam sendiri. Banyak juga mamak haji hadiri kenduri yang masak menu nasi kandar seperti ayam masak ros atau merah, ayam berbau dan meloyakan tekak. Mungkin tak sampai tahap keracunan tetapi bila jadi..apa yang kita perlu buat?. dLM KATERING INI JGN PERJUDIKAN DGN KEBERSIHAN DAN JUGA KERACUNAN MAKANAN.

Sekiranya kita goreng ayam awal masalahnya ialah gorengan kita untuk masakn ayam bukanlah 100%. Ayam gorengan untuk berlauk seperti ayam masak ros/merah/kicap berempah/bawang atau pun madu perlu goreng cuma 75% atau 3/4 saja. Sekiranya goreng sampai 100%, takut jus ayam dalam ketulan ayam akan hilang dan isi ayam jadi kebatu makudnya keras dan rempah yg kita masak tak diserap oleh daging ayam. sekiranya masak 75% isi ayam masih mampu rosak bila lebih dari 6-8 jam kalau dibiarkan dalam suhu bilik atau biasa terdedah. Resepi ayam mana pun kalau peramkan untuk goreng atau dibakr perlu disimpan dipeti sejuk. Garam bukan pembunub bakteria..garam cuma menjadi ajen menyerap air dgn cepat dan menghidratkan isi ayam. Lada hitam pula menghindarkan bau ayam.

Mamak haji faham masa akan mengejar kita dlm katering ini. Cara menyelesaikan masa ialah dgn menggunakan dapur tambahan. Memang kalau satu dapur ia akan mengambil masa sekali goreng 20 ketul dlm 20 minit. sekiranya 1500 ketul 750×20 minit, 1500 minit. bahagi 60 lebih kurang 25 jam..hahaha. satu har lebih goreng ayam saja. Jadi paling mudah bila gunakan dua kuali masa akan jadi pendek dgn 12 jam..sekiranya 3 kuali cuma 8 jam. * jam adalah zon selamat bakteria bertindak. Faham yea. Nasi pun kaedah begitu juga. Tak perlu beli peralatan buat sewa utk permulaan. Di Pulau pinang banyak mesjid atau surau sewakan dapur atau peralatan masak dgn harga murah.

Sambal tidak mengapa boleh sediakan awal kerana kita boleh panaskan kembali selepas 8 jam. Tapi mamak haji nak pesan cara panas kembali lauk ini..tentukan gunakan api kecil biar mendidih atau mereneh lama sikit. Api yg kuat sebenarnya tak mampu membunuh bakteria. Kepanasan perlu dinaikan sedikit demi sedikit untuk membunuh bakteria. Itu saja cara chek betul tapi ini cuma untuk tambahan. Selamat maju jaya.sabar dan kuatkan semangat dlm katering ini. Mamak haji cuba posting banyak lagi maklumat katering pada tahun ini..doakan mamak haji sihat, insyallah. Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
Mac 2013
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

%d bloggers like this: