PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

MOTIVASI UNTUK PENIAGA BARU.

Posted on: Mac 28, 2013


Salam, lama juga tak up-date blog. Entah kenapa kesihatan Mamak haji setiap hari merosot sekali. Kemungkinan kepanasan Pulau Pinang semakin hangat. Jangka suhu ketika ini menunjukkan 33 celsius. Panas ini. Klinik kesihatan penuh dengan pesakit batuk dan demam. kemungkinan bahang pilihan-raya umum agaknya. Berita dari Lahat datu lagi panas. Kita doakan semoga askar-askar kita itu sentiasa dalam keadaan selamat.

MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PEJUANG YANG TELAH TERKORBAN MEMBELA KESELAMATAN NEGARA.

Pengorbanan mereka untuk negara adalah sangat besar harap kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan askar kita kepada keselamatan dan kedaulatan tanah Air sentiasa diberi keutamaan. Ini bukan saja untuk yang terkorban dalam insiden Lahat Datu tetapi yang telah berkorban di tangan komunis lebih ramai itu juga diberi ganjaran dan penghargaan yang sama. Kali ini pertama kali mamak haji dah tak larat nak berfikir dan menulis dan buat posting copy dan paste. Ini pun ada sahabat mamak haji hantar melalui e-mail. Memang terbaik artikal ini dibaca dan direnungkan. Harap anda semua baca dan fahamkan. kepada empunya posting ini mamak haji minta maaf banyak- banyak kerana tak dapat minta kebenaraan, tetapi dari nada penulisannya kita tahu beliau ini rela untuk berkongsi demi untuk kemajuan ummah negara dalam bidang ekonomi.

Bisnes & Nikmat Sabar

Ditulis oleh Azzah AR
Assalamualaikum, salam kebahagian buat Tuan Puan pembaca Majalah Niaga yang disayang Tuhan. Semoga sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Seringkali saya ditemukan dengan orang-orang yang begitu ingin menjalankan bisnes sendiri, namun kurang memiliki sifat sabar yang tinggi. Akhirnya, mereka putus asa kerana hasil yang dikehendaki, tidak berada di tangan dalam jangka waktu yang diinginkan dan terus angkat bendera putih – malah ada yang kembali kerja bermajikan!
Kalau diikutkan hati dan emosi lemah, diterjah pula situasi ekonomi dunia yang tidak menentu, saya sendiri pernah berfikir mahu menutup perniagaan. Apa yang menghalang saya daripada berbuat demikian adalah keinginan bagi mencapai impian kerjaya saya yang terbesar iaitu mengusahakan perniagaan sendiri, dan ketidakinginan untuk kembali bekerja di bawah seorang majikan.. oh tidak!
Apa Yang Membuatkan Saya Bertahan?
Jadi, saya memilih bagi meneruskan perjuangan ini walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa dahsyat cabaran bagi mendapatkan job, lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi yang merengsakan. Zaman semua orang berkata, “Kami tidak ada duit!”
Ya. Saya hanya bersandar dengan keyakinan terhadap pilihan yang telah saya ambil. Saya amat percaya bahawa bumi ini luas dan Tuhan menyediakan peluang rezeki itu di mana-mana, pada bila-bila masa.
Saya, dan mungkin ada di antara Tuan Puan juga, memulakan bisnes dengan tiada wang simpanan dalam tangan. Atau simpanan cukup-cukup bagi dibuat modal. Tidak mahu dibebankan dengan pinjaman bisnes, atau tidak layak membuat pinjaman. Jadi, tempoh awal bisnes, adalah tempoh yang paling sukar.
Perlu ikat perut, kerana wang yang ada hanya dapat digunakan bagi tujuan bisnes. Lebih-lebih lagi, bagi yang ada tanggungan keluarga, hutang, dan sebagainya. Jujurnya, saya sendiri pernah ada sebuku roti sahaja untuk dimakan selama seminggu. Namun, baca semula perenggan kedua artikel ini, maka saya bertahan dengan tabah.
Apakah yang diperlukan pada waktu-waktu sesak, terutama apabila bisnes baru sahaja hendak bertapak?
Satu kata, ‘sabar’.
Masih Ingat, Bagaimana Kita Boleh Pandai Berlari?
Selepas lahir, daripada berbaring, kita meniarap. Kemudian, kita mula mengengsot perut. Selepas itu, kita merangkak, bertatih, berjalan, dan akhirnya kita pandai berlari.
Kita bersabar dengan kuat dan bertatih dengan gigih. Bangkit, walau terjatuh berkali-kali. Kita melalui proses itu langkah demi langkah, dengan sabar. Jadi hasilnya hari ini, kita sudah mampu berlari, malah melompat dan memanjat!
Lihat kembali, beberapa pengalaman yang pernah kita sendiri alami. Peristiwa yang terjadi atau keputusan yang terhasil, disebabkan ketidaksabaran dan kegopohan kita dalam melakukan sesuatu dan membuat keputusan.
Apakah yang berlaku kepada perasaan kita pada waktu itu? Adakah kita bermurung, menyesal, dan berfikir… ‘Kalaulah….’?
Contoh. Semasa kecil, ibu meminta kita ke kedai membeli gula. Sebaik ibu memberikan wang, kita terus berdesup keluar kerana sukanya kita pergi ke kedai, walaupun ibu berteriak, “Nanti dulu!”
Tiba di kedai, saat tauke bertanya berapa kilo gula yang mahu dibeli? Kita menggaru kepala, kerana tidak menunggu ibu kita memberitahu maklumat lengkap pembelian gula. Kemudian, kita beli gula sekilo, berdasarkan agakan.
Pulang ke rumah, teruk dileteri ibu kerana dia sebenarnya hendak membuat banyak kuih yang ditempah orang, dan memerlukan tiga kilo gula! Waktu sudah lewat, kedai sudah tutup. Akibat tidak sabar, telinga panas dileteri, dan ibu gagal menyiapkan kuih berdasarkan tempahan.
Kalaulah Begitu & Kalaulah Begini
Hanya disebabkan kita tidak mahu sabar walau sedikit! Lalu kita murung, dan berfikir, “Kalaulah saya menunggu arahan ibu tadi, tentu ibu tidak akan rugi dan dimarahi pelanggannya.”
Guru saya pernah berkata, “Perkataan paling sedih di dunia, bukanlah ‘sedih’, tetapi ‘kalaulah’.”
Kalaulah kita bersabar sedikit. Kalaulah kita tidak gopoh. Kalaulah kita tidak membuat sesuatu keputusan berdasarkan emosi pada waktu itu…, tentu… oh!
Justeru, supaya kekesalan itu tidak berulang, ayuh sama-sama kita tingkatkan tahap kesabaran kita dalam bisnes. Rugi sekarang, tidak bermakna akan rugi selamanya. Tiada job sekarang, mungkin ada job yang lebih baik sedang menanti. Ditipu sekarang, boleh jadi Tuhan sedang menunjukkan kepada kita, siapa kawan dan siapa lawan.
Rujukilah rentetan pengalaman tokoh-tokoh bisnes yang cemerlang di negara kita. Mereka tidak sukses dan kaya raya dalam sekelip mata. Ada antara mereka yang sama seperti kita, mengikat perut bertahun-tahun demi menaikkan bisnes. Kesemua tokoh bisnes ini adalah orang-orang yang sabar, dan hari ini mereka memperoleh nikmatnya!
Berita gembira, apabila kita bersabar. Bukan sahaja Tuhan akan anugerahkan nikmat keuntungan dalam bisnes, malah anugerah pahala bagi mendapatkan nikmat penginapan yang terbaik di syurga!
Tuhan mengikut sangkaan kita. Jika kita bersangka baik kepadaNya, maka baiklah yang akan diberikan kepada kita. Jika kita bersangka buruk kepadaNya, maka buruklah jadinya.
Salam kebahagiaan sampai sorga. Jumpa lagi!
iklan
Advertisements

5 Respons to "MOTIVASI UNTUK PENIAGA BARU."

Assalamualaikum Tn Hj & pengunjung blog..

Artikel ini sya print dan gantung di rumah. Apabila saya rasa down & patah semangat sya akan renung kembali artikel ini bahawasanya Allah itu Maha Adil. Moga rakan2 peniaga lain dpt ambil iktibar..terima kasih juga utk doa kpd pejuang kita di Sabah. Cantik iklan Belanga Beriani tu…haha.

“Berita gembira, apabila kita bersabar. Bukan sahaja Tuhan akan anugerahkan nikmat keuntungan dalam bisnes, malah anugerah pahala bagi mendapatkan nikmat penginapan yang terbaik di syurga!”

Alhamdulillah
Tn haji sangat2 tidakmkedekut ilmu
Semoga Allah menambahkan rezeki

terjengah ke sini dan mendapat moivasi berguna. Terima Kasih Tn Haji! ^_^

saya jga ngan shahida trjengah kt sni ,xsangka dpt ilmu yg amat brharga.terima kasih tn haji

Assalamualaikum…

Tuan haji, sy amat teruja bile tuan haji bercerita tentang cash flow, banyak panduan yang saya boleh dapat dan nasihat yang berguna dari tuan haji.

Tuan haji, saya mempunyai seorang kenalan untuk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan restoran. ceritanya macam ni tuan haji, kenalan saya ni mempunyai restoran yang dia beli dengan harga 80k siap dgn peralatan dan telah beroperasi selama 2 bulan. setelah 2 bulan beroperasi, restoran tersebut telah kehabisan duit pusingan modal iaitu untuk membayar sewa, upah pekerja, dll. sekarang ni pun restoran dia hanya mampu menggaji seorang tukang masak sahaja dan dia sendiri sebagai pelayan a.k.a cashier a.k.a pembuat air a.k.a owner restoran.

Permasalahan disini ialah, pemilik restoran tersebut memerlukan modal tambahan untuk membayar sewa, menambah pekerja dan menambah menu restoran.

Kedudukan restoran tersebut sangat2 strategik dimana dikelilingi bangunan kerajaan seperti balai bomba, balai polis, mahkamah, majlis bandaran serta perumahan yang padat. kawasan restoran juga merupakan dekat dengan taman dimana banyak aktiviti waktu petang seperti jogging dan bermain layang2 selain mempunyai kawasan parking yang luas. kawasan tersebut juga mempunyai 3 kedai mamak dibuka serentak yang saya rasa apabila kedai mamak buka mesti ada kajian pasaran mengatakan kawasan tersebut mempunyai potensi…betul ke tuan haji??

Adakah saya patut melabur dalam restoran itu tuan haji?
Apakah baik buruk menjadi rakan kongsi dalam perniagaan makanan tuan haji?

Saya sangat berminat dalam perniagaan makanan dan telah melihat banyak rakan yang berjaya melakukannya. Saya mempunyai banyak idea tentang restoran dan saya berharap haji dapat respon ASAP sebab saya akan membuat loan dalam masa terdekat ini.

Terima kasih tuan haji.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,399,302 hits
Mac 2013
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: