PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Ogos 21st, 2013


NASI DALCA EKONOMISalam, Mamak Haji telah posting resepi Nasi Dalca yang boleh dianggap yang asli, tetapi untuk perniagaan kita bukan saja semata-mata bergantung pada nasi tetapi lauk juga memainkan peranan utama untuk keuntungan. Pelangan tidak akan mengeluarkan wang cuma untuk menikamati nasi kosong. Beras basmathi yang digunakan dalam resepi yang lepas ini mahal dan cara masakan perlu teliti kerana kacang dal dan nasi perlukan dua keadaan masa masak yang berlainan. Kacang dal juga dalam masakan di negara ini bukanlah pilihan bagi orang Melayu atau orang Cina. Dengan itu mamak haji permudahkan resepi nasi dalca untuk masakan untuk perniagaan. Resepi Nasi Dalca ini mamak haji telah pun cuba di bazar ramadan yang lepas dan sambutan amat menggalakan kerana bukan saja harganya cuma RM4.50 dengan nasi, ayam masakan pilihan dengan acar timun dan dalca sayur. dan juga Keuntungan juga amat mengalakan.  Kiraan mamak haji Nasi dalca RM1.00 + ayam pilihan seperti ayam masak ros, ayam kicap berempah atau ayam masak bawang cuma RM2.50 dan kerabu timun RM0.50 dan Dalca Sayur RM0.50. Maka harga menu ini cuma RM4.50 satu set. Murah dan sangat lazat.

RESEPI NASI DALCA EKONOMI ‘ALA MAMAK HAJI:

MASAKAN UNTUK 50 ORANG.

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:

  • 5 kg, Beras SST 5% hancur. Bila gunakan beras biasa tentukan beras dibasuh dengan sempurna untuk menghilangkan kanji berlebihan dan nasi jadi peroi. Beras yang telah basuh, airnya untuk masak perlu jernih sehingga berasnya kelihatan di mata kita.
  • 1 tin kimball soup besar.
  • 1/2 tin tomato puri.
  • 200 gm buah badam denga di rendam dan buang kulit dan dikisar halus.
  • 50 gm buah janggus.
  • 100 gm buah kismis.
  • 1 tin minyak sapi tulin yang kecil.
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 1 tin susu sejat.
  • 1 sudu besar (tbsp)  serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar  (tbsp) serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 2 biji bawang labu besar di kisar halus.
  • 3 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 2 kpg kayu manis panjang 2 inci, 5 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih.
  • 1 sudu besar garam masala.
  • 3 helai daun panda disimpul.
  • 2 sudu besar (tbsp) gula pasir.
  • Garam dan warna mearah oren kalau dikehendaki.

CARA MEMASAK:

1. Beras yang dibasuh ditoskan.

2. Panaskan periok dan masukkan minyak sapi dan gabungkan dengan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cenkih. Bila mula  rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan daun pandan. Kemudian masukkan hirisan bawang . Tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Bila mula baunya naik masukkan air bawang kisar. Tumiskan bahan-bahan ini  sehingga baunya naik dengann api kecil sederhana. Semasa tumisan jangan sekali hanguskan sebarang rempah.

3. masukan serbuk serbuk jintan manis, jjintan putih dan juga garam masala – awas jangan rempah ini terhangus dengan kepanasan melampau, cepat-cepat masukkan kimball sup dan puri tomato. Adunkan sebati bahan-bahan ini. masukkan susu sejat. masukkan beras dan adunkan rata semua bahan-bahan ini sehingga sebati dengan beras.

4. Masukkan air telah sukat biasanya air dan beras nisbahnya 1:1 atau gunakan hukum ibu jari. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup penutup dan biarkan ia masak. Bila airnya mengelegak, kecilkan api dapur dan biarkan nasi itu sejat.  Bila wap keluar mengikut penutup periok nasi mula masak. Anda buka penutup periok masukkan pewarna oren merah di tiga atau tempat dipermukaan nasi. Biarkan nasi masak secukup. Terbalikan nasi permukaan atas itu kebawah dan bawah itu naik ke atas.

5. Bila nasi cukup masak taburkan bawang goreng di atas untuk mewangikan lagi. Selamat mencuba.


Nasi Dalca Mamak Haji

RESEPI NASI KANDAR: NASI DALCA MAMAK HAJI PULAU PINANG:

Untuk Ahli Keluarga 6 -8:

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • 11/2 cawan basmathi.
  • 1/2 cawan kacang dal / paruppu.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak sapi tulin.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) biji jintan putih atau Jeera.
  • 1 sudu besar (tbsp) puri tomato.
  • 5 kuntum bunga cengkih.
  • 1 dengan ukuran panjang 1 inci keping kayu manis
  • 2 helai daun salam India/beriani.
  • 3 biji buah pelaga.
  • 1/4 sudu keci (tsp) serbuk lada hitam kasar.
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 biji bawang labu besar dihiris halus.
  • 1 sudu besar pes halia bawang putih.
  • 1/2 sudu keci (tsp) serbuk ketumbar.
  • 1/2 cawan mix.vege / kacang campur.
  • 5 cawan (cup) air.
  • Bawang Goreng dan Daun pudina untuk hiasan.
  • Garam dan gula secukup rasa.

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras dan kacang dal.  Rendamkan bersama 20 -25 minit.

2. Panaskan periok nasi, masukkan minyak sapi dgn satu sudu minyak masak (minyak masak untuk mengelak minyak sapi mudah terbakar). Bila minyak mula panas masukkan biji jintan putih. Masukkan Goreng beberapa saat tapi jangan sampai hangus. Masukan kayu manis, bunga cengkih, pelaga, tumis sehingga keluar baunya. Masukan pes halia bawang putih dan tumis sehingga baunya naik.

3. Masukkan hirisan bawang dan goreng sehingga warna hirisan bawang bertukar kepada warna kuning keemasan. Masukkan serbuk kunyit dan adunkan dengan bawang yang sedang goreng. Masukan kacang campur/ mix vege. Sekiranya anda gunakan mix vege yg sejukbeku/ frozen, Tentukan ia dimasukan dalam air panas dan toskan. Masak mix vege itu 3 minit dengan tutup tudung periok nasi.

4. Buka tudung periok masukkan satu sudu puri tomato, gaulkan dengan rata. Anda perlu lakukan semua ini dengan api dapur yang minimum. Jangan sampai adunan ini terbakar.

5. Toskan beras basmathi dan kacang dal yang telah rendam. Adunkan adunan di atas dengan beras dan kacang dal. Masukan serbuk lada hitam, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan garam masala, garam dan gula. Adunkan dengan sekata semua bahan-bahan rempah.

6. Masukkan 5 cawan air dalam campuran tadi. tutup tudung periok dan masak dengan api sederhan kecil. Masa yang diambil nasi anda dan masak oalah 20 -25 minit. Hidangkan nasi ini dengan dihias bawang goreng dengan daun pudina. Ia juga boleh makan bersama sald timun dicampur dengan yogurt asli dan juga sebarang lauk ayam. selamat mencuba.

Label:

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,547,695 hits
Ogos 2013
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.