PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: NASI DALCA EKONOMI.

Posted on: Ogos 21, 2013


NASI DALCA EKONOMISalam, Mamak Haji telah posting resepi Nasi Dalca yang boleh dianggap yang asli, tetapi untuk perniagaan kita bukan saja semata-mata bergantung pada nasi tetapi lauk juga memainkan peranan utama untuk keuntungan. Pelangan tidak akan mengeluarkan wang cuma untuk menikamati nasi kosong. Beras basmathi yang digunakan dalam resepi yang lepas ini mahal dan cara masakan perlu teliti kerana kacang dal dan nasi perlukan dua keadaan masa masak yang berlainan. Kacang dal juga dalam masakan di negara ini bukanlah pilihan bagi orang Melayu atau orang Cina. Dengan itu mamak haji permudahkan resepi nasi dalca untuk masakan untuk perniagaan. Resepi Nasi Dalca ini mamak haji telah pun cuba di bazar ramadan yang lepas dan sambutan amat menggalakan kerana bukan saja harganya cuma RM4.50 dengan nasi, ayam masakan pilihan dengan acar timun dan dalca sayur. dan juga Keuntungan juga amat mengalakan.  Kiraan mamak haji Nasi dalca RM1.00 + ayam pilihan seperti ayam masak ros, ayam kicap berempah atau ayam masak bawang cuma RM2.50 dan kerabu timun RM0.50 dan Dalca Sayur RM0.50. Maka harga menu ini cuma RM4.50 satu set. Murah dan sangat lazat.

RESEPI NASI DALCA EKONOMI ‘ALA MAMAK HAJI:

MASAKAN UNTUK 50 ORANG.

BAHAN-BAHAN KEPERLUAN:

  • 5 kg, Beras SST 5% hancur. Bila gunakan beras biasa tentukan beras dibasuh dengan sempurna untuk menghilangkan kanji berlebihan dan nasi jadi peroi. Beras yang telah basuh, airnya untuk masak perlu jernih sehingga berasnya kelihatan di mata kita.
  • 1 tin kimball soup besar.
  • 1/2 tin tomato puri.
  • 200 gm buah badam denga di rendam dan buang kulit dan dikisar halus.
  • 50 gm buah janggus.
  • 100 gm buah kismis.
  • 1 tin minyak sapi tulin yang kecil.
  • 1/2 cawan minyak masak.
  • 1 tin susu sejat.
  • 1 sudu besar (tbsp)  serbuk jintan putih.
  • 1 sudu besar  (tbsp) serbuk jintan putih.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
  • 2 biji bawang labu besar di kisar halus.
  • 3 biji bawang labu sederhana besar dihiris halus.
  • 2 kpg kayu manis panjang 2 inci, 5 kuntum bunga lawang, 5 biji buah pelaga, 8 kuntum bunga cengkih.
  • 1 sudu besar garam masala.
  • 3 helai daun panda disimpul.
  • 2 sudu besar (tbsp) gula pasir.
  • Garam dan warna mearah oren kalau dikehendaki.

CARA MEMASAK:

1. Beras yang dibasuh ditoskan.

2. Panaskan periok dan masukkan minyak sapi dan gabungkan dengan minyak masak. Bila minyak mula panas masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cenkih. Bila mula  rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan daun pandan. Kemudian masukkan hirisan bawang . Tumis sehingga warna bawang menjadi kuning keemasan. Masukkan pes halia bawang putih. Bila mula baunya naik masukkan air bawang kisar. Tumiskan bahan-bahan ini  sehingga baunya naik dengann api kecil sederhana. Semasa tumisan jangan sekali hanguskan sebarang rempah.

3. masukan serbuk serbuk jintan manis, jjintan putih dan juga garam masala – awas jangan rempah ini terhangus dengan kepanasan melampau, cepat-cepat masukkan kimball sup dan puri tomato. Adunkan sebati bahan-bahan ini. masukkan susu sejat. masukkan beras dan adunkan rata semua bahan-bahan ini sehingga sebati dengan beras.

4. Masukkan air telah sukat biasanya air dan beras nisbahnya 1:1 atau gunakan hukum ibu jari. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup penutup dan biarkan ia masak. Bila airnya mengelegak, kecilkan api dapur dan biarkan nasi itu sejat.  Bila wap keluar mengikut penutup periok nasi mula masak. Anda buka penutup periok masukkan pewarna oren merah di tiga atau tempat dipermukaan nasi. Biarkan nasi masak secukup. Terbalikan nasi permukaan atas itu kebawah dan bawah itu naik ke atas.

5. Bila nasi cukup masak taburkan bawang goreng di atas untuk mewangikan lagi. Selamat mencuba.

Advertisements

4 Respons to "RESEPI: NASI DALCA EKONOMI."

salam.mamak haji..nak tumpang tanya….dlm nasi dalca ekonomi tak bubuh kacang parpu ka?kalau ikut resepi yg mamak post ada buh..maaf banyak tanya…

Salam..nasi dalca itu versi mamak haji untuk berniaga..seperti mamak haji terang kacang paruppu ini ramai org Melayu dan Cina tak berapa suka dengan bau dal tu..maka itulah mamak haji ubah sikit menu. Apa saja resepi tak perlu sgt ikut selera org lain..kalau kita rasa suka rempah..kita kurangkan rempah itu..tak salah ia seperti lauk kurmak itu..rempah dan kepedasan yg paling minima..OK yea. Terrima kasih. Wassalam

salam mamak haji..saya sebenarnya teringin nak cuba resepi nasi dalca ni sebagai menu baru kat gerai saya,seperti mana lauk pauk dari tunjuk ajar mamak haji,saya dapat komen positif dari pelanggan…minta halalkan jer…terima kasih…wassalam

salam syukria..alhamdulillah. mamak haji halalkan apa saja resepi di sini..doakan agar allah SWT membuka pintu rezeki seluas-luasnya pada tuan hamba. Amiin. wassalam

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
Ogos 2013
I S R K J S A
« Jun   Sep »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: