PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Oktober 2013


LASAGNE

RESEPI LASAGNA DAGING

Bahan utama ialah kepingan Lasagna segera. Celupkan dlm air sebelum digunakan. Dlm buat lasagna ini ada dua sos yg penting. Sos putih yg digunkan utk melekatkan kepingan dan juga sos merah yg dikatakan inti mcm sanwich. Sos merah biasa boleh buat dgn daging cincang (beli yg dah siap pun boleh) atau pun dgn daging ayam cincang. Sos merah ini kita boleh gunakan sos pasta berjenama ‘prego’ atau pun ikut style mamak haji guna tomato puri dan sos cili saja.

BAHAN-BAHAN: Buat Inti Merah.

  • 600gm daging cincang (MH guna Azmy).
  • 3/4 tin Tomato Puri kimball.
  • 2 sudu besar cili sos.
  • 1/4 sudu kecil Paprika atau serbuk cili (kalau tak nak pedas tak apa).
  • 1 tin cendawan butang dlm tin (MH tak guna kerana anak-anak tak suka).
  • 1 biji bawang labu kuning dipotong dadu (Mat salleh suka bawang ini).
  • 3 ulas bawang putih diketuk dan cincang halus.
  • 1 sudu besar (tbsp) butter dan 1/2 sudu besar minyak masak..takut butter terbakar pulak nanti.
  • 1 sudu besar keju Mozarella bagi wangi dan bagi likat lagi sebatikan daging dengan kuahnya.
  • 1/2 sudu kecil (tsp) lada hitam kasar.
  • 1/2 sudu kecil serbuk oregano kering.
  • Boleh juga tambah sayuran yang di potong dadu seperti lada benggala merah dan hijau, celery, tomato , karot dan lain – lain tapi tentukan dilayukan dulu, kalau tidak ia akan berair bila sejuk.

CARA-CARA MEMBUAT SOS MERAH:

1. Seperti biasa panaskan kuali, masukan minyak lepas itu butter. Minyak untuk mengelakan butter terbakar.

2. Masukkan bawang putih diikuti dgn bawang dan tumis layu saja. Masakan mat salleh biasanya tak garingkan bawang cuma layukan saja.

3. Masukkan daging cincang, mcm biasa goreng sehingga air daging hilang dan timbul minyak daging dari lemak daging. MH borink dgn daging cincang ready made ini pasal tipu dibuat dgn 1/4 bhg. lemak daging. Kalau boleh buang sedikit minyaknya. Hindarkan minyak berlebihan.

4. Bila daging cincang agak masak tuang tomato puri dan cili sos.

5. Kalau nak pakai cendawang masukan. Masukan lada hitam dan serbuk oregano dan garam secukup rasa. Bila masak agak pekat dan ketepikan.

CARA-CARA BUAT SOS PUTIH:

BAHAN-BAHAN:

  • 2 sudu besar (tbsp) majerin atau minyak masak.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 3 kpg Cheese.
  • 250 ml susu penuh krim dutch lady.
  • Garam secukup rasa.

CARA-CARA MEMBUAT SOS PUTIH.

1. Panaskan kuali dgn api sederhana, masukan majerin. Bila majerin naik panas, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Cara ini utk hilangkan bau tepung je.

2. Masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan cheese dan kacau sebati sehingga cheese cair. Masukkan garam secukup rasa.

3. Kacau sehingga sos jadi pekat. Sekiranya pekat sgt, tambahkan susu lagi dan kacau.

4. Angkat dari dapur dan tepikan.

Cara lapik lasagna:

1. Loyang empat segi yg bersesuain, bubuh sedikit butter. Susunkan lapisan terbawah ini dgn kepingan lasagna yg telah celup air. Susunkan rapat-rapat. Potong ikut size loyang anda.

2. Ratakan sos merah di atas kepingan lasagna yang telah susun. Tutup dan susun permukaan sos merah itu dengan kepingan lasagna yang telah rendam dengan air . Tuang dan ratakan dengan sos putih.

3. Taburkan Parmesan dan keju mozerella diats sos putih tadi.

4. Ulang balik cara yg sama sehingga tiga lapisan..Ingat ye last sekali mesti cuma sos putih dan morzerella cheese yg di taburkan lagi banyak lagi best.

5. Panaskan oven dulu pada 180C dan bakar selama 40 minit. Keluarkan dan sejukan dulu sebelum potong. Dah siap Lasagna Daging anda ..selamat mencuba

Label:

chicken tikka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Resepi ini adalah salah satu resepi restoren yang amat terkenal di dunia. “Tikka” bermakna ketulan . Asal usul resepi ini sukar nak ditentukan kerana kerajaan British telah istiharkan chicken tikka ini resepi rasmi kerajaan British. Chicken Tikka juga amat popular di restoran diseluruh Britain, di Pakistan, India, Bangladesh dan Juga di Sri Lanka. Adalah dikatakan Chicken Tikka ini mempunyai 40 jenis variasi resepi. Biasanya chicken tikka ini berbentuk seperti satay di negara kita atau pun disediakan dalam berbentuk kuah yang digelar, “masala“. Di India chicken Tikka ini dibakar dgn sejenis ketuhar diperbuat dari tanah yang digelar, “Tandoor”, tetapi chicken tikka ini boleh juga disediakan dgn api terdedah seperti satay dan juga dengan oven di rumah kita.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg. daging ayam bahagian dada. Buang kulit dan potong dadu size: 2-3cm.
  • 1 cawan yogurt.
  • 1 cawan daun ketumbar. (daunya digunakan utuk tabur dia atas, batangnya digunakan untuk jadikan pes).
  • 3 sudu besar (tbsp) pes halia – bawang putih.
  • 3-4 sudu besar garam masala.
  • 1 sudu kecil (tsp) serbuk cili.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1/2  sudu kecil serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar.
  • 1/2 sudu kecil perwarna merah oren.
  • 3 sudu besar jus limau nipis atau lemon.
  • 1 biji limau nipis / lemon dipotong wedges untuk hidangan.
  • 1 biji bawang dihiris bulat untuk hiasan.

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Cincang halus daun ketumbar atau masukkan dalam food processor dan dikisar.  Batang daun ketumbar dikisar halus jadikan pes.  Adunkan dengan yogurt dan jadikan ia seperti pes.

2. Masukkkan semua rempah dan bahan-bahan tadi dalam pes ini dan masukkan ketulan daging ayam yang telah sediakan. Tutup bekas pemerapan ini dan masukkan dalam peti sejuk untuk pemerapan semalaman. Rendam lidi satay dalam air selama 30 minit. Dan mulakan cucuk ketulan daging ayam ini pada lidi satay seperti penyediaan satay dengan jarak diantara satu ketul daging dengan yang lain dalam jarak 1cm. Boleh gunakan skews (batang besi) juga.  Cara kayu satay ini lebih sesuai dibakar dengan api terdedah seperti satay. Sekala-sekala terbalikan bakaran inidengan merenjiskan sedikit minyak ke atasnya. Biasanya dalam 15 minit ketulan ayam ini boleh masak.

3. Sekiranya bakar di oven anda perlu gunakan skews ia itu batang besi yang digunakan untuk bakar atau grill. Panaskan oven pada 200 C darjah, susun skew anda di tapak grill disediakan untuk grill,  tentukan anda tempatkan perangkap minyak berlebihan di bawah tapak grill dlm oven anda. Sekala sekala sapukan minyak keatas daging ayam dan terbalikan. Daging ayam biasanya dalam boleh masak dalam 30 – 40 minit.

4. Hiaskan Chicken tikka anda dengan bawang dihiris halus bulat dan wedges limau atau gunakan salad.


AIS KRIMRESEPI AIS KRIM:

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cawan susu.
  •  1/4 cawan air ais.
  • 1/4 gula icing/halus.
  • 1 sudu besar (tbsp) gelatin HALAL yg tiada perasa.
  • 1 sudu besar vanilla.

CARA MEMBUATNYA:
1. Adunkan gelatin pada 1/4 cawan air ais dgn taburkan sedikit demi sedikit di permukaan air ais. Biarkan gelatin ini menyerap air, tak perlu dikacau.

2. Panaskan 1/2 cwn susu di dlm kuali dgn api dapur yg sederhana. Sentiasa kacau susu sehingga didihan berlaku disekeliling kuali anda. Jgn sampai susu ini terbakar yea.

3. Keluarkan susu panas tadi dan masukan dlm mangkok adunan. Masukkan gelatin yg dicairkan. Pukul/whisk adunan itu sehingga gelatin adun dgn sempurna.

4. Masukkan gula icing dan vanilla dan sambung balik pukul sebatian ini. selepas gula sebati, tuang adunan dlm bekas yg sesuai dan masukkan dlm peti sejuk selama 90 minit. Selepas 90 minit keluarkan adunan ini dari peti sejuk dan ambil mangkok adunan yg boleh memuatkan bekas adunan tadi (mcm double boiling) Masukkan air ais dlm mangkok ini dan masukan pula bekas adunan tadi. Sejukkan adunan ini selama 30 minit dengan air ais tadi. kacau adunan ini sekali-sekala dgn whisker tangan atau elektrik.

5. Selepas 30 minit keluarkan adunan itu dari bekas air sejuk dan pukul/whisk adunan ini dgn pengadun letrik yg kelajuan yg tinggi sehingga adunan ini terbentuk pekat dan gebu seperti ais krim.

6. Anda boleh tambahkan apa saja perasa seperti coklat atau perasa jagung dlm adunan ini. Selamat mencuba.

Label:

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,948,205 hits
Oktober 2013
I S R K J S A
« Sep   Nov »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.