PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESPI : SOTONG KANGKONG.

Posted on: Januari 17, 2014


Sotong Kangkong

Sotong Kangkong

RESEPI SOTONG KANGKONG:
Resepi ini tidak menyentuh peribadi sesiapa yea..kebetulan ada sahabat yang bergelar, “sotong kicap”, minta resepi sotong kangkong ini yang mana terkenal di kalangan orang Cina di Pulau Pinang. Sotong kangkong ini resepi org cina yang digelar, “Ju Her Eng Chai” ..“ju her”  bermakna  Sotong, “Eng Chai”, bermakna pulak Kangkong.

Cara buat Sotong Rendam:

1. Sotong kering direndam semalaman dengan air biasa.
2. Pada esoknya, tukar air rendaman sotong dengan air ais yang ditambah dengan 1 sudu besar baking powder dan 1 sudu besar serbuk soda masakan.
3. Apabila sotong kering anda bertukar saiz dua kali dari saiz asal ia bermakna sotong kembang anda telah sedia.
4. Keluarkan sotong, buang airnya dan diganti dengan air baru. Biarkan sotong kembang ini berada dalam rendaman air.
5. Setiap 2 jam tukar airnya untuk hilangkan bahan kimia yang diguna rendam. Sebenarnya ini adalah cara paling paling selamat mamak haji berikan.

Mereka jual diluar sana itu gunakan bahan kimia, “borax” sejenis bahan kimia yang tinggi alkali yang orang cina gelarkan, “Pangsah”. Bahan kimia ini kebanyakan negara telah haramkan dalam masakan. Namun Mamak Haji tidak tahu adakah di negara ini diharamkan atau sebaliknya. bahan kimia Borax ini senang diperolehi dari kedai ubat Cina tradisional. Tukang masak keturunan Cina gemar gunakan ia sebagai pelembut daging. Maka jangan heranlah sekiranya ada kawan cina anda mengatakan daging lembu boleh di siatkan dengan chopstick saja dalam masakan ‘ala Cina. Mamak haji sarankan lebih selamat gunakan bahan yang mamak haji berikan di atas tapi hasilnya tak semolek gunakan “borax”. Untuk permulaan Cuba dalam kuatiti kecil. Sotong kembang boleh gunakan direndam dgn air abu (lye water) tetapi ia sangat corrosive (bersifat penghakis). Ada juga yang gunakan air abu pekat sedikit dan bila gunakannya ia perlu basuh sotong yang kembang itu dalam bekas air yg besar. Ini sajalah mamak haji tau. Untuk buat sotong kembang perlu ada kemahiran dan keselamatan menggunakan bahan corrosive ini adalah bahaya kepada keselamatan diri dan kalau boleh elakan.

RESEPI SOTONG KANGKONG – PENYEDIAAN SOS DAN HIDANGAN:
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
– 250gm sotong kembang.
– 1 cekak kangkung yang telah basuh dan bersihkan.
Cara Penyediaan: Celurkan kedua dalam air mendidih selama 2-3 minit dan celurkan kembali dalam air sejuk supaya haba dapat dihilangkan. Toskan dan potong ikut size yang anda suka. Sotong jangan masak lama yea..nanti jadi liat seperti tayar good year.

PENYEDIAAN SOS:

  •  4 sudu besar sos Hoi Sin”.
  •  3 sudu besar pes otak udang/ petis yang berwarna kehitaman.
  • 2 sudu kecil sambal belacan (biasa kita buat).
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1 biji limau kasturi – perahan airnya.

Cara menyediakan: Adunkan semua bahan-bahan itu jadikan pes.

Bahan untuk hiasan hidangan:

  • 1 sudu kecil bijan yang goreng kering.
  • 1 sudu besar kacang goreng tumbuk kasar.

NotA:
1. 610. HOISIN SAUCE HALAL – BRAND NAME: – MAKER: HAIS FOOD (M) SDN BHD.
2. 611. HOISIN SAUCE HALAL – BRAND NAME : DIM SUM. MAKER: KIAN GUAN SAUCE INDUSTRY SDN.BHD.
http://www.halal.gov.my/ehalal/directory_standalone.php?ty=directory&type=P&cari=sos&page=31

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,399,302 hits
Januari 2014
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: