PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Februari 2nd, 2014


OLYMPUS DIGITAL CAMERAAYAM MASAK MALAYA VERSI MAMAK HAJI (10-12 ORANG).
Bahan-bahan:
1 ekor ayam potong 16.
6 batang serai – 4 btg dihiris halus dan kisar. 2 btg lagi di ketuk.*
2 biji bawang labu merah sederhana besar.*
1 biji bawang dipotong hiris untuk menumis.
5 ulas bwg putih.*
15 tangkai cili kering cari haq kerinting. rebus .*
1 inci lengkuas.*
1 inci kunyit hidup.*
2 keping asam keping.
1 sudu besar serbuk ketumbar (gunakan serbuk ketumbar yang anda telah sediakan).
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1/2 sudu kecil garam masala.
1 cawan santan pekat atau susu sejat.
1 btg kulit kayu manis, 7 biji cengkih, 3- 4 buah pelaga, 2 bunga lawang.
garam dan gula pasir secukup rasa.
minyak untuk menumis
Cara-cara
1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit dan goreng separuh masak.
2. Kisar semua bahan-bahan bertanda *. Jadikan pes.
3. Masukkan minyak, bila panas masukkan hirisan bawang diikuti dengan rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga dan lawang).
4. Rempah keluarkan aromanya, masukkan pes kisaran. Biarkan sedikit garing, masukkan ayam, serai dan asam keping.
5. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan garam masala. Biarkan goreng sehingga kering dan naik minyak.
6. Perlahankan api dapur, masukkan santan pekat. Kacau rata. Bila sambal anda mula mendidih, masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
7. Masakan anda telah siap, hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar dan bawang goreng dan buah jagus. Sesuai makan dengan nasi putih dan terbaik dengan nasi lemak (sebab itu mamak haji potong ayam seekor 16)


CARA MAKAN ORANG HINDU

CARA MAKAN ORANG HINDU

SOALAN: UNCLE MAMAK HAJI KENAPA ORANG INDIA PUN GUNA JARI JUGAK UNTUK MAKAN?. – Sheila Mani dari KL.

Bila mamak haji tulis mengenai jamu makanan dengan tangan mengikut sunnah Nabi Mohammad SAW ..ada sahabat Fb dari Agama Hindu pulak hantar pm bertanya..”kenapa pulak orang India pun perlu dan dilatih makan dengan tangan”. Adehhh pening kepala dibuatnya. Ini kerana hal makan kena jawab juga soalan sahabat ini..nasib baik tak tanya bagaimana susun makanan dalam, “thali”, Thali sejenis pingan makan yang besar hampir 18″ diperbuat dari stainless digunakan untuk hidangkan segala jenis makanan dalam satu pinggan mengikut sebuah jam. Contohnya, seperti garam diletakan pada 12:00, sebelah kiri garam pulak diletak chutney atau jeruk limau nipis dan di sebelah kanan pulak sayur-sayuran dan seterusnya. Bagi orang India makan di atas daun pisang pun ada tata-susila dan caranya, seperti basahkan dulu daun pisang sebelum dihidangkan lauk pauk. Dan susunan makanan akan ikut urutan sistem ,” Thali ” juga.

FUNGSI TANGAN SECARA ROHANI:
Tangan bukan saja digunakan sebagai organ untuk pergerakan tetapi tangan juga berkait rapat dengan “kerohanian” manusia. Dengan itu kita gunakan tangan untuk bersalam untuk mengeratkan siratul rahim..kenapa kita bersalam..kenapa perlu makan menggunakan tangan?. dalam kajian sains ayurvedic atau cara pengubatan ayurvedic yang berasal dari India beribu tahun dahulu mengatakan, tangan bertindak sebagai “pengalir/ conduit ” bagi lima elemen dalam tubuh badan yang menghubungi alam semesta. Ibu Jari mewakili – Alam semesta , Jari penunjuk mewakili – Bumi, jari hantu (tengah) mewakili Api, jari cincin mewakili – Udara dan jari keliking mewakili – Air. Maka kelima-lima tenaga ini alirkan kepada makanan yang kita makan dengan tangan dan serentak menghidupkan panca- indera kita lihat, hidu, dengar, rasa dan sentuhan untuk merasa makanan ini. Jadi dlm hidangan thalu diasingkan rasa makanan supaya mendapat tenaga maksima untuk tubuh badan. Hebat kurnia Allah SWT untuk Manusia dengan sebab itu jangan lupa baca “Bismillah” sebelum makan dan “alhamdulillah” sesudah makan..jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur…Subahana Allah.


KUIH SERABAI

KUIH SERABAI

?????????????????????? serabai 4

Kuih Serabai adalah kuih tradisi masyarakat Pulau Pinang. Kuih ini bukan saja pilihan masyarakat Melayu tetapi digemari oleh semua kaum. Ia adalah hidangan sarapan pagi yang amat mengenyangkan. Kuih ini biasanya di makan atau di cicah dengan kaya jenis mudah dan sering-kali juga masa musim durian dicampur dengan isi durian atau serawa durian terutama durian dari Balik Pulau yang terkenal. Jangan terkejut kuih ini di gelar, “kuih mayat”..hahahaha. Seperti orang Johor gelar biskut, cream-cracker kong guan – Biskut Mayat. Mungkin disebabkan kuih ini jadi hidangan utama untuk di hari kematian atau pun kenduri arwah. Mungkin, “serabai” yang membawa makna, “kekusutan” itu ditukar dengan nama Kuih Mayat kerana sebutan ini kurang menyenangkan. “Mayat”, bermakna di Pulau Pinang, “kematian”. Kalau Orang Pulau Pinang kata, “Ada Mayat”,  jangan pulak terkejut makna mereka itu ada kematian. Orang Indonesia gelar kuih ini, “”SERABI” yang terkenal ialah resepi, “Serabi Solo”. Berbagai resepi dipertengahkan….resepi mamak haji ini adalah salah satunya.

RESEPI SERABAI:

BAHAN-BAHAN:

  •  2 cawan tepung beras.
  •  1/2 cawan nasi sejuk.
  •  1/2 cawan santan pekat.
  •  1 sudu kecil yis segera.
  • 2 sudu gula.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan nasi dalam blender kisar dengan 1 cawan air sehingga hancur, masukan juga garam dan tepung beras. Kisar sehingga sebati.
3. Keluarkan dari balang pengisar dan masukkan dalam sebuah bekas dan tuang campuran yis bersama gula tadi. Gaul serata. Peramkan selama beberapa jam ( 2 jam lebih). Jangan terlalu lama, adunan akan masam.
4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). Liserkan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Tutup api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.

PENYEDIAAN KUAHNYA:
BAHAN-BAHAN:
– 1 cawan gula perang.
– 1 cawan santan.
– 1/2 cawan air.
– 2 biji telur.
– 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung – bancuh.
– 2 helai daun pandan di simpul.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan gula , air dan telur dan pukul rata.
2. masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini..bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung.
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat..bila sejuk kaya ini alan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.

CARA MENYEDIAKAN SERAWA DURIAN:
BAHAN-BAHAN:
– 2 cawan santan.
– 100 gm isi durian.
– 80 gm gula pasir.
– 1/4 sudu kecil garam.
– 1 helai daun pandan.
– 1 biji putih telur di pukul.
CARA PENYEDIAAN:
1. Sebatikan semua bahan-bahan hingga mendidih. Masukkan putih telur terkemudian.
2. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Kuah dah tersedia.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 8,544,528 hits
Februari 2014
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.