PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: PIZZA BUAT SENDIRI / HOME COOK PIZZA.

Posted on: Februari 10, 2014


RESEPI PIZZA BUAT SENDIRI / HOME COOKED PIZZA: 2 biji pizza bersaiz 10″ – 12″.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK DOH PIZZA:
  • 3 1/2 cawan tepung gandum.
  • 2 1/4 sudu kecil (tsp) yis segera.
  • 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
  • 2 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1 – 1/2 cawan air suam (gunakan secawan dulu).
  • PIZZA SEDIA UNTUK BAKAR

    PIZZA SEDIA UNTUK BAKAR

    PIZZA SEDIA UNTUK DIJAMU

    PIZZA SEDIA UNTUK DIJ

CARA BUAT DOH:
1. Yis dan gula satu sudu kecil digabungkan dalam sebuah mangkuk. Isi dua sudu besar air suam. Bancuh yis dan gula sebati dengan air. Biarkan selama 10 minit. Yis cepat bertindak dengan gula.

2. Bahan-bahan lain minyak dan garam masukkan dalam tepung dan sebatikan. Buat kolam tengah tepung dan isikan adunan yis.

3. Uli tepung sehingga menjadi permukaan doh licin.

4. Sapukan tepung pada doh dan biarkan dalam bekas yang boleh tampung doh berkembang sukurang-kurangnya X3 ganda saiz doh. Tutup bekas. Biarkan selama 30 minit atau doh anda jadi 2 X besar. Cepat lambat terpulang pada suhu sekeliling dapur anda.

Nota: Dalam masa menunggu doh kembang, masukkan kuali leper yang anda gunakan untuk buat ketayap atau kueh gulung atau bakar capati. On kan oven dengan suhu 230 C atau 450 F . Setkan masa 30 minit. Tentukan papan grill oven diletakan pada paras bawah oven. Kuali leper kita menjadi “pizza Stone”.

5. Buka tudung bekas doh dan tumbuk doh anda dan leperkan. Bahagi dua doh sama saiz.

6. Ambil sekeping kertas aluminium ( sepatutnya gunakan pizza peel) taburkan dibawahnya bijirin untuk baby kalau ada atau nestum supaya senang ditanggalkan selepas masak. Sebelum leperkan doh sapukan kedua tangan anda dengan tepung. Leperkan guna tapak tangan bermula dari tengah doh. ketebalan yang perlu leperkan 1/2 inci. ukur keliling bersaiz 10-12 inchi. Setelah selesai leperkan, picit dengan jari penghujung doh pizza untuk jadikan bibir.

7. Bila roti pizza siap untuk dibakar, sapukan minyak (nipis) ke permukaan, supaya topping pizza anda tidak meresap dan buatkan pizza anda lebih keras sedikit. Tekan dengan jari anda supaya pizza anda tak gelembung semasa membakar. Rehatkan selama lima minit sebelum masukkan dalam oven untuk bakar. Cara buat topping pizza..next page.

8. Sapukan tomato sos/puri dengan menggunakan sudu di atas permukaan pizza anda. Tabur cheese Mozzarella atau Parmesan dan mula susun topping di atas pizza. Jangan banyak sangat sos tomato dan cheese, ia akan lembikan pizza anda. sukatan ialah 1/3 cawan tomato sos (3-4 sudu besar) dan 1/3 cawan cheese. Kalau guna cendawan butang dalam 2-3 biji dah cukup. Anda boleh tambah cheese cedar kalau mahu, bila pizza anda telah bakar 15 minit dalam oven.

9. Bakar dalam suhu 230 darjah C selama 15 -20 minit. Pizza anda dah siap. Mamak haji ada tunjukkan kuali yang digunakan dan contoh permukaan bawah pizza yang dihasilkan.

RESPI: SOS ASAS PIZA.
Biasanya selepas kepingan doh piza di bentukan kita perlu sapu sos piza ke atas doh sebelum bubuh inti dan cheese Mozrella dan apa saja…kebiasaan orang kita cuma sapu sos tomato atau sos cili..ini yg jadikan piza kita kurang umpphhh!. Sos ini kena buat dulu..
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
– 3 sudu besar minyak zaitun (olive oil kalau ada) minyak biasa pun boleh juga. Tujuannya tak bagi butter terbakar.
– 1 sudu besar butter (kalau tak ada pakai majerin pun boleh..
– 1/2 cawan bawang (kuning) dicincang.
– 1/4 cawan celery cincang (1 batang).
– 2 ulas bawang putih dicincang.
– 1 cawan sos tomato.
– 3/4 cawan tomato puri.
– 2 sudu besar cheese parmesan kalau adalah guna 1-2 keping cheese cedar pun boleh.
– 1 sudu kecil daun herba oregano.
– 1 sudu kecil daun basil kering (flake).
– 1 helai daun kecil bay leaf atau daun salam.
– secubit serbuk lada hitam yang kasar.
– 1 sudu kecil gula.
– 1 sudu kecil biji jintan putih.
– 1/2 sudu kecil garam.

CARA MASAK:
1. cairkan butter dan masukkan minyak. Masuk bawang putih, bila baunya naik masukkan bawang cincang..layukan bukan garingkan yea..masakan mat salleh semua main layu bawang..masakan mamak garingkan bawang. Pasal itu kita kena guna bawang kuning bau dia tak kuat.
2. Masuk sos tomato dan pes puri tomato. Didihkan.
3. Bila dah mula didih masukkan ke semua bahan-bahan itu. kecilkan apai dapur dan reneh selama 30 minit. Kita nak kurangkan kandungan air dan jadikan pes itu pekat. Bila siap keluarkan daun bay leaf.
4. Sos piza dah sedia.

PIZZA SAUCE

PIZZA SAUCE

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
Februari 2014
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: