PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

RESEPI: NASI BERINGIN.

Posted on: April 27, 2014


 

NASI BERINGIN

NASI BERINGIN

RESEPI: NASI BERINGIN.

Bahan-Bahan:
– 1 kg. Beras basmati. Rendam beras selama 30-45 minit.
– 4 biji bawang labu sederhana besar dihiris.
– 1 sudu besar pes halia bawang putih.
– 1 batang serai diketuk perdunya.
– 1 sudu kecil garam masala.
– 1 kpg kayu manis, 3 bunga lawang, 3 biji pelaga, 5 cengkih.
– 1 sudu besar minyak sapi.
– 2 sudu besar minyak masak.
– 1/2 tin susu cair.
– 2 sudu besar air mawar.
– 1 helai daun pandan dan sedikit daun ketumbar, bawang goreng untuk taburkan di atas nasi.
– Air untuk masak nasi sama paras dengan beras. Kaedah Nisbah 1:1.
– sedikit pewarna kuning telur.
– Garam dan gula secukup rasa.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak sapi bersama dengan minyak masak. Masuk kayu manis, bunga lawang, biji pelaga, cengkih, serai dan daun pandan.
2. Masukkan bawang dan goreng sehingga warna keemasan.
3. Masukkan pula pes halia bawang putih. Bila pes mengeluar aroma wangi,
4. Masukkan air, susu cair, garam, gula dan pewarna kuning. Bila air mula mendidih masukan beras basmati. Tutup dan biarkan nasi masak. Ikut tip-tip masak nasi istimewa lain. Bila nasi mula masak masukkan air mawar.
5. Hidangkan nasi dengan dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Selamat mencuba.

Advertisements

4 Respons to "RESEPI: NASI BERINGIN."

Assalamualaikum, semoga Mamak Haji dirahmati & diberkati ALLAH SWT.

Saya nak bertanya pada Mamak Haji lah, di antara bahan2 ramuan di atas ada dinyatakan 1 sudu teh garam masala. Saya juga difahamkan garam masala ini tidak ditumis bersama bahan2 yg ditumisan, oleh itu bila ianya sesuai dimasukkan ke dlm nasi tersebut?

Sekian, terima kasih.

Mualaikumwasalam..Jazakallah,
Garam masala sebenarnya sebagai “Flavour Enchancers”..cuma menyedapkan masakan..sebenarnya ia telah pun digoreng kering dan adunkan..tidak perlu ditumis lagi..biasanya garam masala mamak haji masukkan setelah sukatan air telah dimasukkan dalam periok baru masukkan seperti garam dan gula dan pewarna. Ok yea..terima kasih singgah kat blog mamak haji. Wassalam.

mamak haji assalam….teruja tengok blog mamak haji ni, sangat informatif…saya tengah mencari resipi nasi beriani..boleh mamak haji terangkan…dah lama cuba buat nasi beriani tapi tak erapa nak jadi mamak……saya ni orang penang, tapi nasi beriani pon tak gheti masak..ish ish ish..terima kasih didahulukan mamak haji

[…] ini ita ambil daripada Perniagaan, Katering dan Restoran Resepi di kongsikan oleh Mamak Haji. Nasi ni memang sedap, rasanya seakan nasi minyak, tapi kalau […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,186,181 hits
April 2014
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: