PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

Archive for Ogos 2014


Makanan sejuk atau sejuk dingin membawa maksud makan yang yang di simpan pada suhu -1 darjah C hingga +10 darjah C. Manakala makanan beku ialah di simpan pada suhu -18 darjah C ke bawah. Tujuan makanan di simpan  dalam suhu ini untuk memastikan makanan terus segar dan tahan lama.  Suhu persekitaran makanan dikawal supaya mikroorganisma tidak boleh menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk.

Perkembangan penyelidikan dan pembangunan telah menghasilkan makanan proses dan juga makanan segera boleh di pasarkan dalam sejuk beku seperti roti canai segera, karipap segera dan berbagai masakan lagi dengan cara ini.  Pengusaha makanan sejuk beku perlu mengambil kira gelagat atau behaviorism pengguna khususnya nenentukan saiz bungkusan, harga pasaran dan persaingan dan juga pusingan penghantaran produk mereka ke permis jualan.

Usahawan produk ini juga harus memberi tumpuan kepada aktiviti kesedaran dan promosi penggunaan produk sejuk beku seperti berikan demonstrasi kualiti produk mereka sama seperti kualiti produk segar. Kualiti roti canai sejuk beku boleh dikatakan lebih rangup dari roti canai segar. Usahawan roti canai sejuk beku boleh buktikan dengan pengguna dengan promosi di pasar-pasar raya hypermarket.  Aktiviti promosi ini perlu berterusan akan meningkatkan lagi jumlah dan meningkatkan lagi produk sejuk beku di pasaran terbuka.

Pasar raya atau pasar raya besar (hyper market) masih merupakan saluran pemasaran  yang besar dan penting. Tapi masalah dengan pasar-pasar raya ialah mereka cuba beli barangan dengan murah dan jual dengan harga tinggi. Keuntungan akan menjadi rendah dan syarat-syarat di kenakan adalah sangat sukar bagi usahawan-usahawan kecil-kecilan dalam bidang sejuk bekuan ini. Namun begitu jangan lupa pada pasar raya serbanika atau kedai-kedai runcit masih berupaya penting untuk pemasaran ini.

Faktor-faktor mempengaruhi pembelian produk sejuk bekuan ialah:

  • Promosi hadiah percuma untuk pembelian.
  • Ada tertulis bahan-bahan yang digunaka (ingredients).
  • Cita rasa pengguna
  • Tanda Logo Halal
  • Harga berpatutan.
  • Ada diskaun.
  • Mudah diperolehi.
  • Mudah untuk menyediakan.
  • Pembungkusan yang menarik.
  • Produk Bumiputera.
  • Saiz pembungkusan.
  • Label yang menarik dengan tertulis tarikh luput dan tarikh dikeluarkan.
Advertisements

Berniaga kecilan dan baru ingin bergiat dalam perniagaan ini, Ingat yea kehidupan sebagai peniaga ini umpama di roda yang berputar, kadang di atas dan kadang-kala kita ke bawah. Bila berada bawah tidak semestinya kita akan terus dibawah. Kita tetap ke atas jua bila rezeki itu sampai lambat-laun. Setiap orang yang berjaya itu bukannya semua dari golongan cerdik pandai, dan setiap orang cerdik dan pandai bukannya semua berjaya dalam perniagaan. Dalam perniagaan kita tak perlu ada ijazah perniagaan, tapi kalau ada ia seperti bonus tahunan 2 tahun. Tidak semestinya yang ada ijazah itu boleh berjaya dalam perniagaan.

Perniagaan yang berada sekeliling kita sentiasa berubah dan meningkat dan perlukan ilmu yang secukup untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan seperti menawan puncak gunung yang tinggi. Puncak gunung tidak akan berubah ketinggian, ia tetap di sana untuk sesiapa yang mampu menawannya. Pendaki yang ingin menawan puncak gunung itu perlu berubah dan gunakan segala tenaga dan akal kepandaian untuk menjejak kaki ke atas puncak. Begitulah kejayaan dalam perniagaan, anda perlu mendaki setapak demi setapak mencapai kejayaan mutlak. Pendakian yang kita ingin mulakan itu bukannya senang, mudah atau ada jalan pintas. Kita cuma boleh berjaya dengan semangat waja seperti seorang pendaki gunung yang sedia hadapi berbagai risiko. Hidup tanpa cabaran ini, hidup yang amat membosankan. Hidup akan lebih bermakna sekiranya hidup diwarnai dengan visi,matlamat dan cabaran yang gerakan kita ke puncak kejayaan yang kita ingini. – Mamak Haji


Ramai kini ingin memulakan perniagaan pengeluaran produk makanan dari rumah, memang satu cara memulakan perniagaan yang betul. Boleh dikatakan banyak barangan Jenama terkenal di dunia (Branded) bermula dari rumah. Dalam Fb pun ramai sahabat-sahabat menghasilkan produk makanan di bungkus dari rumah secara kecil-kecilan. Kalau minta nasihat mamak haji tentang cara nak berniaga perniagaan ini, tiga faktor sangat penting untuk anda terus maju dlm perniagaan ini….

  • Kualiti produk sentiasa kena beri perhatian
  • produk anda perlu sampai pada pelangan dengan cepat dan tepat pada masa..
  • selepas dah capai ini, baru lah fikir tentang Iklan.

Bagaimana anda akan sampaikan produk ini kepada pelangan dengan cepat?.

Jenama baru memang sukar untuk tembusi pasaran terbuka dan cabaran utama sukar untuk pujuk pekedai atau pemborong mengambil produk kita. Maka tidak ada pilihan lain kecuali anda perlu terus kepada pelangan seperti di Pasar-Pasar Malam atau pun di mana tumpuan orang ramai. Iklan mulut ke mulut adalah iklan yang terbaik. Maka untuk lakukan ini kita perlukan “Network”. Zaman sekarang Face Book adalah terbaik untuk bina network ini.

Untuk mengetahui kualiti produk baik atau tidak?.

Hantar saja produk anda kepada 100 orang sahabat aktif dalam dunia masakan. Suruh mereka mencuba produk anda dan minta pandangan dari mereka secara jujur dan tanya mereka berapa kah harga mereka sanggup beli..ini adalah kajian tentang produk anda dengan cara jimat dan murah dalam pasaran terbuka. Sekiranya produk anda diakui berkualiti dari sahabat-sahabat yang telah mencuba mungkin ada yang ingin memasarkan produk anda..inilah di katakan anda sedang bina network / jaringan pengedar anda. Selepas anda ada produk berkualiti mulakan langkah untuk bina jaringan pengedar..

Memilih Label Untuk Produk:
Label produk anda akan bermula dengan “jenama”. Tentukan jenama yang sesuai untuk produk anda. Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan untuk menjenanamakan produk anda. Jenama produk anda tidak mestinya yang menerangkan produk yang bakal dikeluarkan tetapi perlu menunjukkan kriteria syarikat anda sendiri. Label yang anda buat itu kemungkinan anda boleh keluarkan produk yang lain disamping dengan produk yang ada.

Maka jangan terlalu tergantung kepada sebuah jenama untuk semua produk yang bakal anda ingin keluarkan. Jenama produk perlu punyai emosi. Jenama anda mungkin ganjil dan kontraversi tetapi nama itu mungkin akan terlekat di hati dan mulut bakal pelangan anda. Ini lah di gelar, “branding”. Lagi pun jenama produk anda bukan untuk anda tetapi untuk pelangan dan bakal pelangan.

Pemilihan jenama untuk produk bukan untuk peribadi anda tetapi nama yang dipilih ialah strategi pemasaran. Jadi pilih lah nama yang terbaik untuk produk anda dan jadikan “jenama” / Brand anda.

Sebelum produk anda dikeluarkan anda perlu tahu peraturan-peraturan undang-undang pemakanan negara.

Ia amat penting walau pun segelintir dari kita tak pedulikan perkara ini. Kalau nanti popular ada saja nak jatuhkan anda. Agensi-agensi kerajaan seperti MARDI atau FAMA menyediakan bantuan untuk analisa mikrob, biologi dan nilai pemakanan bagi tujuan menyediakan label untuk produk anda. Cuba dapatkan penjelasan dari Pegawai FAMA di bahagian Pemasaran Produk Proses. Kawal mikrob boleh rujuk dengan MARDI depa ada tunjuk ajar teknik pengawetan yang betul dan mengikut piawaian kesihatan yang telah ditetapkan….

Adalah diberitakan juga al-kisah panglima-panglima FAMA ini akan membantu anda untuk menyediakan rancangan untuk menyertai pameran, karnival, ekspo dan memberi liputan publisiti untuk produk anda. Sejauh mana FAMA ini berkesan Allahwuallam. Tak cuba belum tahu bukan?. Cuba dapatkan informasi dengan menghadiri sendiri ke pejabat FAMA negeri. Ini jawapan seorang pembaca: “hubby saya Peg.FAMA so far mmg banyak membantu org kg.”..Jadi jangan lupa mencuba.

Kalau tak dapat bantuan yang anda harapkan jangan lemah semangat. Kalau orang biasa macam kita yang tak ada kabel minta pertolongan dari agensi kerajaan memang lagu itu. Kena sabar dan bersemangat waja. Kalau tak dapat juga lawat Makmal-makmal syarikat persendirian untuk dapatkan penerangan tentang perkara ini. Sirim juga boleh membantu.

Pilih saiz dan bentuk label yang mudah untuk pembungkusan.
Sekiranya skala kecil pengeluaran produk anda, lebih baik buat label ini menggunakan komputer anda. Ia jimatkan kos dan juga boleh anda kaji selidik jenama anda ini boleh tembusi pasaran atau sebaliknya. Dengan kos murah anda tidak ada masalah untuk tukarkan label produk anda mengikut analisa pemasaran anda.
Anda juga boleh gunakan “bar kod” dalam label anda sekiranya anda ingin bekalkan kepada pasaraya-pasaraya. Mereka mungkin letakan bar kod sebagai syarat untuk menerima produk anda. Cuba kaji selidik kos untuk mencetak bar kod dalam label anda. Buat keputusan bijak mengenai kewangan dalam label produk anda.


Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 6,187,436 hits
Ogos 2014
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.