PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN

INGIN KELUARKAN PRODUK MAKANAN BUNGKUS DARI RUMAH?.

Posted on: Ogos 25, 2014


Ramai kini ingin memulakan perniagaan pengeluaran produk makanan dari rumah, memang satu cara memulakan perniagaan yang betul. Boleh dikatakan banyak barangan Jenama terkenal di dunia (Branded) bermula dari rumah. Dalam Fb pun ramai sahabat-sahabat menghasilkan produk makanan di bungkus dari rumah secara kecil-kecilan. Kalau minta nasihat mamak haji tentang cara nak berniaga perniagaan ini, tiga faktor sangat penting untuk anda terus maju dlm perniagaan ini….

  • Kualiti produk sentiasa kena beri perhatian
  • produk anda perlu sampai pada pelangan dengan cepat dan tepat pada masa..
  • selepas dah capai ini, baru lah fikir tentang Iklan.

Bagaimana anda akan sampaikan produk ini kepada pelangan dengan cepat?.

Jenama baru memang sukar untuk tembusi pasaran terbuka dan cabaran utama sukar untuk pujuk pekedai atau pemborong mengambil produk kita. Maka tidak ada pilihan lain kecuali anda perlu terus kepada pelangan seperti di Pasar-Pasar Malam atau pun di mana tumpuan orang ramai. Iklan mulut ke mulut adalah iklan yang terbaik. Maka untuk lakukan ini kita perlukan “Network”. Zaman sekarang Face Book adalah terbaik untuk bina network ini.

Untuk mengetahui kualiti produk baik atau tidak?.

Hantar saja produk anda kepada 100 orang sahabat aktif dalam dunia masakan. Suruh mereka mencuba produk anda dan minta pandangan dari mereka secara jujur dan tanya mereka berapa kah harga mereka sanggup beli..ini adalah kajian tentang produk anda dengan cara jimat dan murah dalam pasaran terbuka. Sekiranya produk anda diakui berkualiti dari sahabat-sahabat yang telah mencuba mungkin ada yang ingin memasarkan produk anda..inilah di katakan anda sedang bina network / jaringan pengedar anda. Selepas anda ada produk berkualiti mulakan langkah untuk bina jaringan pengedar..

Memilih Label Untuk Produk:
Label produk anda akan bermula dengan “jenama”. Tentukan jenama yang sesuai untuk produk anda. Jangan terburu-buru untuk membuat keputusan untuk menjenanamakan produk anda. Jenama produk anda tidak mestinya yang menerangkan produk yang bakal dikeluarkan tetapi perlu menunjukkan kriteria syarikat anda sendiri. Label yang anda buat itu kemungkinan anda boleh keluarkan produk yang lain disamping dengan produk yang ada.

Maka jangan terlalu tergantung kepada sebuah jenama untuk semua produk yang bakal anda ingin keluarkan. Jenama produk perlu punyai emosi. Jenama anda mungkin ganjil dan kontraversi tetapi nama itu mungkin akan terlekat di hati dan mulut bakal pelangan anda. Ini lah di gelar, “branding”. Lagi pun jenama produk anda bukan untuk anda tetapi untuk pelangan dan bakal pelangan.

Pemilihan jenama untuk produk bukan untuk peribadi anda tetapi nama yang dipilih ialah strategi pemasaran. Jadi pilih lah nama yang terbaik untuk produk anda dan jadikan “jenama” / Brand anda.

Sebelum produk anda dikeluarkan anda perlu tahu peraturan-peraturan undang-undang pemakanan negara.

Ia amat penting walau pun segelintir dari kita tak pedulikan perkara ini. Kalau nanti popular ada saja nak jatuhkan anda. Agensi-agensi kerajaan seperti MARDI atau FAMA menyediakan bantuan untuk analisa mikrob, biologi dan nilai pemakanan bagi tujuan menyediakan label untuk produk anda. Cuba dapatkan penjelasan dari Pegawai FAMA di bahagian Pemasaran Produk Proses. Kawal mikrob boleh rujuk dengan MARDI depa ada tunjuk ajar teknik pengawetan yang betul dan mengikut piawaian kesihatan yang telah ditetapkan….

Adalah diberitakan juga al-kisah panglima-panglima FAMA ini akan membantu anda untuk menyediakan rancangan untuk menyertai pameran, karnival, ekspo dan memberi liputan publisiti untuk produk anda. Sejauh mana FAMA ini berkesan Allahwuallam. Tak cuba belum tahu bukan?. Cuba dapatkan informasi dengan menghadiri sendiri ke pejabat FAMA negeri. Ini jawapan seorang pembaca: “hubby saya Peg.FAMA so far mmg banyak membantu org kg.”..Jadi jangan lupa mencuba.

Kalau tak dapat bantuan yang anda harapkan jangan lemah semangat. Kalau orang biasa macam kita yang tak ada kabel minta pertolongan dari agensi kerajaan memang lagu itu. Kena sabar dan bersemangat waja. Kalau tak dapat juga lawat Makmal-makmal syarikat persendirian untuk dapatkan penerangan tentang perkara ini. Sirim juga boleh membantu.

Pilih saiz dan bentuk label yang mudah untuk pembungkusan.
Sekiranya skala kecil pengeluaran produk anda, lebih baik buat label ini menggunakan komputer anda. Ia jimatkan kos dan juga boleh anda kaji selidik jenama anda ini boleh tembusi pasaran atau sebaliknya. Dengan kos murah anda tidak ada masalah untuk tukarkan label produk anda mengikut analisa pemasaran anda.
Anda juga boleh gunakan “bar kod” dalam label anda sekiranya anda ingin bekalkan kepada pasaraya-pasaraya. Mereka mungkin letakan bar kod sebagai syarat untuk menerima produk anda. Cuba kaji selidik kos untuk mencetak bar kod dalam label anda. Buat keputusan bijak mengenai kewangan dalam label produk anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog ini adalah catatan pengalaman dalam bidang Restoren, Katering dan Kantin Perusahaan. Tujuan blog ini adalah membantu para usahawan Melayu yang sedang atau pun berminat dalam perniagaan ini.

Kategori

Top Rated

Archives

Blog Stats

  • 5,948,210 hits
Ogos 2014
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kemaskini Twitter

Error: Please make sure the Twitter account is public.

%d bloggers like this: